Anda di halaman 1dari 4

Selamat pagi,

Salam sejahtera,

Salam Sayangi Malaysiaku,

Salam Sarawak Ibu Pertiwiku,

Teruskan Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak, dan

Usaha menjulang SK Sacred Heart Mubaligh ,

Salam Selamat Harijadi kepada anak-anak prasekolah SK Sacred Heart Mubaligh


2019.

Yang dihormati, PK 1 Pn Karen ak Wilson Jana,

Guru Prasekolah, Pn. Sim Chiew Siong,

Para guru,

Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah, Pn. Bibi Riana

Para Ibu Bapa dan seterusnya anak-ank prasekolah yang diraikan.

Pertama-tamanya saya ini mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada


Tuhan kerana dengan berkat dan kurnia-Nya kita sekali lagi dapat berhimpun dan
sama-sama meraikan Sambutan Harijadi Murid-Murid Prasekolah 2019.
Sambutan yang telah dirancang sekian lama ini adalah untuk memberikan
peluang kepada anak-anak prasekolah harijadi bersama rakan-rakan mereka dalam
satu majlis yang sederhana tetapi ceria seperti hari ini. Ini juga memberikan pereka
peluang merasai kerseronokan apabila diraikan majlis seumpama ini oleh ibu
bapa khususnya dan pihak sekolah amnya.

Disamping itu, melalui majlis sebegini, anak-anak merasakan diri mereka


dihargai dan secara langsung mendorong sikap yang positif dalam pelajaran,
pergaulan serta meningkatkan keyakinan diri mereka. Anak-anak dalam usia yang
sebegini amat memerlukan perhatian dan kebijaksanaan kita untuk mencorakkan
mereka.

Jika kita bijak, bersabar dan bersungguh-sungguh dalam membentuk mereka,


pastinya kita tidak akan menyesal suatu hari nanti. Sebaliknya jika kita mengambil
sikap tidak peduli serta mengabaikan mereka, pastinya mereka tidak akan menjadi
seperti yang kita harapkan.

Oleh yang demikian, bak kata perpatah “Melentur aur biarlah dari
rebungnya” amat bertepatan dalam usaha kita melahirkan pelajar yang pintar,
cemerlang serta mempunyai nilai-nilai yang baik pada diri anak-anak. Ibu bapa
harus menggunakan peluang sebanyak mana yang mungkin untuk rapat dan
bersama-sama anak-anak. Masa bersama-sama anak-anak harus dimanfaatkan
kerana ianya penting bagi proses perkembangan dan tumbesaran mereka.

Anak-anak merupakan permata yang tidak ternilai kepada ibu bapa. Permata
ini jika selalu digilap pastinya akan berkilau serta bersinar walaupun di dalam
keadaan gelap. Tugas ini tidak hanya bergantung kepda guru semata-mata.
Malahan ibu bapa yang pemegang taruh yang paling banyak harus berusaha
dengan lebih gigih lagi bagi memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan dari
segi sahsiah, akademik dan penyertaan dalam kegiatan di sekolah. Bagi ibu bapa
yang sudah memula usaha, haruslah diteruskan secara berkekalan. Bagi yang
belum, masih belum terlambat untuk memulakannya.

Kepada anak-anak prasekolah yang sudah merasakan keseronokan dan tidak


sabar untuk menanti berlangsungnya majlis pada hari ini sejak dua tiga hari ini,
saya doakan agar kalian semuanya membesar dengan tubuh badan yang sihat, akal
ilmu yang mencukupi serta mempunyai nilai-nilai kemanusian yang baik untuk
diamalkan dalam hidup kalian. Semoga kalian dalam lindungan Tuhan selalunya.
Akhir kata, terima kasih kepada Guru Prasekolah, Pembantu Pengurusan
Murid Prasekolah, para ibu bapa serta semua pihak yang bertungkus-lumus dalam
memastikan kelancaran serta kemeriahan Majlis Sambutan Harijadi 2019 ini.
Terima kasih juga kerana sudi menyumbang dalam bentuk wang ringgit, tenaga
dan lain-lain bagi menjayakan majlis kali ini.
Selamat Menyambut Harijadi Prasekolah 2019, peringkat SK Sacred Heart
(M). Semoga perjalanan majlis kita akan diberkati serta memberikan peluang ibu
bapa serta guru-guru untuk beramah-mesra dalam majlis ini. Kita juga memohon
maaf jika ada sebarang kelemahan atau kesulitan yang dihadapi berkaitan sambut
ini, kita mengalu-alukan penambahbaikan.
Sekian, terima kasih.
SYALVASTINE GELAU AK. SYLVANUS JENGAN

Guru Besar SK Sacreh Heart (M), Sibu)……36

Anda mungkin juga menyukai