Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

TUAN GURU BESAR

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA TS25 SKBRJ 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.r

Terima kasih kepada Saudara Pengacara Majlis,

Yang Berhormat YB Chua Wei Kiat

ADUN Rawang,

Yang Berusaha, Encik Hashim Tee bin Abdullah,

YDP PIBG SK Bukit Rawang Jaya,

Yang Dihormati Puan Siti Hawa bt Hj Nawawi, P K Pentadbiran

Puan Chandradevi Chelliah, PK HEM

Puan Norsila bt Khalid , PK Kokuirkulum,

Yang Dihormati Tetamu-tetamu Undangan

Barisan JK PIBG

Guru-guru Warga Pendidik SKBRJ yang budiman

Seterusnya anak-anak BONDA yang disayangi…

“Anak-anak yang baik…..mendengar kata”

Tuan-Tuan & Puan-Puan,

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi
kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat sama-sama pada pagi ini bagi menjayakan Majlis
Sambutan Hari Raya TS25 SKBRJ 2018.

Saya ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran YB Tuan Chua Wei Kiat ADUN
Rawang ke SKBRJ buat julung-julung kalinya sebagai Jemputan Rasmi serta merakamkan
ucapan terima kasih atas kesudian Tuan meluangkan masa untuk hadir bersama-sama dalam
majlis yang kita adakan .
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JK Pelaksana Majlis
Sambutan Hari Raya TS25 dibawah kepimpinan PK HEM Puan Chandradevi. Majlis
sambutan hari raya merupakan program tahunan yang diadakan saban tahun samada
diperingkat sekolah, daerah atau peringkat kebangsaan. Walaupun hari ini 14/7 /2018
dah masuk 1 Zulkaedah menurut calendar islam namun ianya tetap dilaksanakan juga
dengan meriah dan gemilang. Namun sambutan yang dijalankan pada tahun ini agak
berbeza kerana pihak sekolah melaksanakannya dengan program serampang dua
mata.Majlis sambutan ini merupakan satu program khas di bawah Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP) yang melibatkan semua kaum di sekolah. Saya
percaya dan yakin dengan pelaksanaan program seperti ini akan memberikan satu
suntikan semangat dan dorongan kepada warga SKBRJ dalam mencapai hasrat KPM
apatah lagi dengan tanggungjawab yang diberikan ke atas SKBRJ sebagai sebuah
sekolah TS25 kohort 3.0 bermula 2018-2020. SKBRJ sangat komited dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai visi & misi yang diberikan di mana kami
meletakkan Guru berkualiti sebagai KRA yang hendak dicapai. Hubungan yang baik
dengan pemimpin setempat, agensi-agensi yang berkaitan, komuniti setempat adalah
antara peranan sekolah TS25. Selain daripada itu juga persekitaran pembelajaran yang
kondusif serta fizikal sekolah yang ceria mampu menjadi factor pendorong dalam
merealisasikan hasrat sebuah sekolah TS25.

Majlis yang diadakan pada hari ini adalah dengan matlamat untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah khususnya, serta jalinan akrab
bersama pemimpin setempat dan komuniti.

Hari ini, murid-murid diberikan peluang untuk memakai pakaian tradisional kaum
masing-masing ,merasai juadah kaum melayu. Ianya merupakan satu pendidikan tidak
formal sebagai pengenalan kepada budaya kaum-kaum di Malaysia.

Pihak sekolah akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama terhadap kepimpinan YB
Tuan Chua terutamanya dalam usaha memartabatkan pendidikan di sekitar DUN Rawang .
Kepada pihak agensi tempatan, semoga pertemuan hari ini merupakan pemangkin kepada
suatu hubungan yang lebih baik dalam usaha memartabatkan pendidikan dan juga ke arah
kemenjadian anak-anak kita yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

Akhir kalam

Anda mungkin juga menyukai