Anda di halaman 1dari 5

1.

Bismillahirrahmanirrahim
2. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
3. (SALUTASI)

YANG DIHORMATI KOP.

YANG DIHORMATI BARISAN PEN.KANAN

4. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana


dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat sama-sama berhimpun dalam
Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke SK Bukit Rawang Jaya
Tahun 2020 pada pagi ini. Selamat datang saya ucapkan kepada Yang
Dihormati ____________________________________________Polis Diraja
Malaysia atas usaha dan inisiatif melaksanakan program secara kolaboratif
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada JK
di bawah Unit HEM atas inisiatif menganjurkan majlis pelancaran ini.
Sesungguhnya kita amat mengalu-alukan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak
swasta seiring dengan Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 iaitu bekerjasama secara meluas antara ibu bapa, komuniti
dan pihak swasta di bawah Inisiatif 62: Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu
Bapa dan Komuniti (PIBK). 3. Saya amat bersyukur kerana program kerjasama
strategik pelbagai pihak ini telah menggabungkan kepakaran dan tenaga antara
Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pegawai Perhubungan
Sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh
warga pendidik yang berusaha untuk menjayakan program ini. Sememangnya ini
bukanlah kali pertama kita mengadakan permuafakatan bersama bahkan
hubungan erat antara kita telah sekian lama terjalin. 4. KPM berharap menerusi
Program Jom Ke Sekolah akan mempertingkatkan kerjasama yang lebih mantap
antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah. Program ini juga
diharapkan dapat menghindari murid daripada ponteng sekolah, membantu
mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan
perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di
dalam atau di luar sekolah.

6. Para hadirin yang dihormati sekalian,

Asas pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang berfungsi di tengah-


tengah setiap komuniti dan masyarakat. Saya telah menekankan dalam amanat
tahun baharu yang lalu bahawa sekolah untuk komuniti dan universiti untuk
masyarakat, maka sekolah sewajarnya menjadi tempat yang paling selamat dan
menyeronokkan. Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM memberikan penekanan
khusus kepada hala tuju mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan
memberi tumpuan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta (love),
kegembiraan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Saya yakin
bahawa sistem pendidikan yang berteraskan nilai ini mampu untuk melahirkan
insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan akhirnya
mencintai negara. 6. Sistem pendidikan negara kini telah memasuki Gelombang
Kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan tekad dan
azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang
dihasratkan oleh para pemimpin negara. Saya yakin kerjasama dan
permuafakatan bersama PDRM, komuniti, ibu bapa dengan pihak sekolah akan
dapat mempertingkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah. Saya berharap
Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan kunjungan ke sekolah
sekurang-kurangnya sebulan sekali agar dapat memberi nasihat dan panduan
kepada murid-murid semasa perhimpunan di sekolah. Pegawai Perhubungan
Sekolah juga boleh menjadi sumber rujukan pihak sekolah berkaitan undang-
undang dan salah laku disiplin.

7. Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan


kerjasama PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid
dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Oleh itu, menerusi program ini,
diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai
pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru
disiplin seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001
bahawa semua guru adalah guru disiplin.

Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada
segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan. Bagi menarik minat murid hadir
ke sekolah, pendekatan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan
pembelajaran haruslah sentiasa menarik dan berkesan. Justeru, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan
elemen pembelajaran menyeronokkan dengan konsep sekolah penyayang dan
menangani isu keciciran murid bagi memastikan murid-murid gembira ke sekolah
sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. 9. KPM berusaha membentuk
ekosistem pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tercapai melalui budaya sekolah, prasarana, pelibatan
ibu bapa dan komuniti, guru yang profesional serta proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Saya yakin bahawa pentadbir sekolah yang
berkesan akan berupaya menghasilkan pembelajaran yang kondusif,
menyeronokkan, memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid untuk datang ke
sekolah setiap hari dengan perasaan gembira, bersemangat dan seronok untuk
belajar. 10. Selain daripada itu, keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-
anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting. PPPM 2013-2025 memberi
ruang dan menggalakkan pelibatan ibu bapa terlibat secara langsung dalam
pembelajaran anak-anak sama ada di rumah atau di sekolah. Kita mempunyai
matlamat untuk melahirkan generasi cemerlang yang merupakan modal insan
terpuji agar dapat menjadi pemimpin pelapis negara suatu hari nanti. Saya ingin
menegaskan bahawa kemenjadian murid merupakan perkara penting dalam
mewujudkan generasi masa depan yang holistik dan seimbang. Sememangnya
menjadi harapan kita semua agar pengetahuan yang diperoleh murid akan
membentuk mereka menjadi remaja yang lebih jelas dan fokus untuk
menyumbang kepada pembinaan negara maju yang berwawasan. Para hadirin
yang dihormati sekalian, 11. Bagi tujuan menyampaikan maklumat atau memberi
informasi kepada sekolah dan pihak berkuasa polis melalui peranan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS), KPM menggalakkan sekolah menyedia dan
menggunakan ‘Papan Kenyataan PPS’ di semua sekolah. Papan Kenyataan
PPS ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga sekolah dan PPS
sebagaimana yang dibuat pada papan notis masjid dalam Program 1Masjid
1Polis (1M1P). Menerusinya, diharapkan pihak berkepentingan dapat
menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah yang memuatkan informasi dan
berita tentang kepolisan. Pihak sekolah juga perlu sentiasa prihatin dan
mengambil tindakan yang bersesuaian dengan maklumat yang disalurkan. 12.
Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat hadir ke sekolah serta
memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala
peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik
mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai
tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat dan mengasah
daya kepimpinan kerana anda merupakan aset negara yang bernilai pada masa
hadapan. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan
gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, penyalahgunaan
dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan
anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati ibu bapa, guru-guru dan komuniti
anda. Berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari
ini hanya yang terbaik akan berjaya.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada
semua pihak yang terlibat kerana bertungkus lumus menjayakan program pada
pagi ini. Begitu juga, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya
ucapkan kepada PDRM dan Persatuan Ibu Bapa Guru atas sokongan dan
kerjasama padu dengan KPM bagi merealisasikan majlis ini. Besarlah harapan
saya agar kesepakatan begini bukan sahaja dapat memastikan kejayaan
program, bahkan turut memperkasakan lagi keakraban dan rangkaian kerjasama
strategik antara kita semua. Semoga program seumpama ini dapat diperluaskan
lagi pada masa akan datang, insya-Allah.

 7. 7 Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya


merasmikan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah
Peringkat SK BUKIT RAWANG JAYA Tahun 2019 dan melancarkan PETI
ADUAN MURID . Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai