Anda di halaman 1dari 20

Disiplin

Konsep dan Operasi



Bermula pada tahun 2010 pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan program rintis
bagi mengetengahkan satu cara baru untuk menangani masalah disiplin yang berlaku di sekolah.

KONSEP

SISTEM INI ADALAH SECARA ONLINE DAN DIPANTAU OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN).
Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal
tingkahlaku murid. e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin.
Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah
pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai. Lantikan Setiausaha Disiplin
boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa
sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin.

PENYIMPANAN REKOD

e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer SECARA ONLINE. Kaedah ini akan
mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-kerja
perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas.

JENIS SALAH LAKU
Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah seperti berikut:

Kod Kesalahan

TINGKAH LAKU JENAYAH

A01 BERJUDI
A02 MENCURI
A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU
A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN
A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID
A06 PERAS UGUT
A07 GENGSTERISME
A08 BAWA SENJATA MERBAHAYA
A09 MENCABUL KEHORMATAN
A10 MENCEROBOH
A11 TUNJUK PERASAAN
A12 MERUSUH
A13 MEMBUNUH
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK,
JALAN ST. MARK,
12000 BUTTERWORTH. TEL/FAX:04-3311881
Email : pbb2032@jpnpp.edu.my
A14 MEROGOL
A15 BERGADUH

PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN

B01 MEMILIKI / MENYIMPAN
B02 MEMBEKAL / MENAWARKAN
B03 MENJUAL / MENGEDAR
B04 MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT /
MEMINUM / MENGHIDU
B05 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN
BULI
C01 BULI BAHASA
C02 BULI FIZIKAL
C03 BULI ISYARAT
C04 BULI PERHUBUNGAN

ROKOK

D01 MEMILIKI / MENYIMPAN
D02 MEMBEKAL / MENAWARKAN
D03 MENJUAL DAN MENGEDAR
D04 MENGHISAP
1. Kali Pertama (1 Rotan)
2. Kali Kedua (2 Rotan)
3. Kali Ketiga ( 3 Rotan)
4. Kali Keempat (Gantung)
5. Kali Kelima (Buang)

PONTENG

E01 PONTENG SEKOLAH
1. 3 hari berturur-turut atau
10 hari tidak berturut-turut
2. 10 hari berturut-turut atau
20 hari tidak berturut-turut
3. 17 hari berturut-turut atau
40 hari tidak berturut-turut
4. 31 hari berturut-turut atau
60 hari tidak berturut-turut
E02 PONTENG KELAS
E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM
E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN
E05 PONTENG PREP
E06 PONTENG ASRAMA
E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH
E08 PONTENG PERHIMPUNAN







TINGKAH LAKU LUCAH

F01 BERCUMBUAN
F02 BERKHALWAT
F03 BAWA BAHAN LUCAH
F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH
F05 MENGINTAI
F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH
F07 MELUKIS MENULIS KATA-KATA
DAN GAMBAR LUCAH
F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH
F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA
F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK
TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP
G01 BIADAP KEPADA GURU
G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN
G03 BIADAP KEPADA TETAMU
G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID
G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID
G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN /
MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN
G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA
G08 INGKAR ARAHAN GURU
G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS
G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA
KESALAHAN VANDALISME
H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA
H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS
H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN /
TANAMAN HIASAN
H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH
H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA
H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT
H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN
H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA /
GURU / KAKITANGAN
H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID
TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
J01 PECAH AMANAH
J02 BERBOHONG
J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
J04 TIDAK JUJUR
KENAKALAN
K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH
K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA
K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN
K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK
K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN
K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK
K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN
K09 BERMAIN DALAM DORM
K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA
TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
L01 LEWAT KE SEKOLAH
L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN
L03 LEWAT MASUK KELAS
L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM
L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA
KEKEMASAN DIRI
M01 BERKUKU PANJANG
M02 MEWARNA KUKU / BERINAI
M03 BERAMBUT PANJANG
M04 RAMBUT BERFESYEN
M05 BERMISAI / BERJANGGUT
M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN
M07 PAKAI BARANG KEMAS
M08 MENCUKUR BULU KENING
M09 MEMAKAI ALAT SOLEK
PENGLIBATAN POLITIK
N01 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN /
PERARAKAN POLITIK
N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA
N03 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN /
PROPAGANDA POLITIK

O01 MENGGUNAKAN TELIFON BIMBIT DALAM KELAS
ATAU KAWASAN SEKOLAH
MARKAH
Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;
Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10.
Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan.
Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang,
Markah 10 bermaksud salah laku yang berat

AMARAN DISIPLIN

Amaran Disiplin
Mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut;

Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) (AD1)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah.
Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) (AD2)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini
juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) (AD3)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah.
Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan
Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama
(AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung
sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah seperti berikut;

a. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)
b. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
c. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.
d. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
e. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang
terdahulu)
Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid
berkenaan.
f. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung

Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) (AD4)
Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini
juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

Buang Sekolah (AD5)
Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini
boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang
sekolah adalah seperti berikut;

g. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)
h. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
i. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.
j. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
k. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang
terdahulu)
Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan.
l. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.

Amaran-Amaran Lisan
Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku.

Hukuman Rotan Kes Merokok
Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok
PEMULIHAN

KERJA AMAL
Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela.
Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada
murid-murid.
Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;
a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan
b. Kerja-kerja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja /
kakitangan sekolah.
c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid
d. Dikawal selia oleh guru
e. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah








KERJA AMAL
KA01 MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH
KA02 KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN JAGA POKOK BUNGA DLL
KA03 KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT
KA04 KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS
KA05 KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUN
KA06 KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH
KA07 RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU
KA08 MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS
KA09 MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS
KA1O MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH
KA11 MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH
KA12 MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH
KA13 AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)
KA14 AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
KA15 PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAH AKTIVITI SEKOLAH
KA16 AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI

MARKAH KERJA AMAL
Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10.
3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan.
5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana,
10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.

Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Guru Besar dan GPK HEM.


BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang
bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada
individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara
umum.

KETAHUI PERANAN DAN TUGAS ANDA!!!!!
PERANAN GURU BESAR / PENGETUA
1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
3. Mengarah siasatan kes salahlaku.
4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.
5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.
6. Mengarah murid menjalani kaunseling.
7. Mengarah murid membuat kerja amal.
8. Menandatangani surat pertuduhan.
9. Menandatangani surat tunjuk sebab
10. Menandatangani surat hukuman
11. Menjatuhkan hukuman
12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga
13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin






PERANAN GPK HEM
1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk
sebab.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat amaran disiplin.
4. Mengarah murid membuat kerja amal.
5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling
6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.
7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.
8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.



PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN
1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
2. Menyiasat kes salahlaku.
3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.
4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.
5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/ Penyelia
Petang/PK HEM.
6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.
7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.
8. Mengemaskini/simpan BSL.
9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.
10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.
11. Menyelaras program disiplin sekolah

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Menjalankan sesi kaunseling individu.
2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok.
3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.
4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi
5. Membuat lawatan ke rumah murid .
6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain lain.
7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin
8. Menyelaras program disiplin sekolah

PERANAN GURU
1. Memantau salahlaku di kalangan murid.
2. Memberi bimbingan kepada murid
3. Mengisi BSL.
4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.
5. Membantu tugas SU Disiplin.
6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.

PERANAN MURID
1. Berkerjasama dengan semua guru.
2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh SU Disipin
sekolah.
3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.
4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.
5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.
6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku
7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.
2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya
apabila pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi
pihak sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.
3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku
anak mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.
4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam
proses menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman
Gantung Sekolah.
5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah
Pelajaran Negeri dalam tempoh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah
ke atas anak mereka.

PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

1. Membuat siasatan kes-kes khas.
2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin


PERANAN JABATAN PELAJARAN

1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah.
2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.


PERANAN PIBG
1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah
2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan
3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing
4. Mengatur program berkaitan motivasi diri









Kepada,
Semua
AJK Disiplin Sekolah

Melalui
Guru Besar
SK St Mark (M) Butterworth)

Tuan/Puan

MESYUARAT AJK DISIPLIN KALI KEDUA

Perkara di atas adalah dirujuk untuk tindakan tuan/puan.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut pada
ketetapan berikut:-

Tarikh : 17/11/2014 ( Selasa )
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

03. Agenda Mesyuarat:-

3.1 Ucapan pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Pemurnian buku peraturan sekolah
3.4 Perkara yang telah di wujud dalam unit disiplin ( Fail, borang dan surat )
3.5 Laporan disiplin tindakan ke atas pelajar
3.6 Perkara yang telah dilaksanakan / yang akan dilaksanakan / digugurkan di bawah unit
masing
3.7 Fail di bawah kawalan yang telah diujudkan
3.8 Semakan perancangan tahunan dan perancangan tahunan bagi tahun 2014
3.10 Hal-hal lain

04. Kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

Saya yang menurut perintah


( AZLITA )
Guru Kanan Disiplin
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN
SK St Mark (M) Butterworth)
BIL. 1/2014

Tarikh : 19 Februari 2013
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Demak 1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Puan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli
mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:-

1.1 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin pelajar merupakan
satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini adalah khusus
untuk ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya.
1.2 Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu, sebelum mendisiplinkan murid,guru
seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri..Segala tindakan guru menjadi contoh kepada murid.
1.3 Pengerusi mengingatkan ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun ini diadakan sebanyak 4 kali.
Tindakan: Setiausaha Disiplin 1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Dicadangkan oleh : En Jamal Shukuri Bin Bolhassan
Disokong oleh : Pn Norafizah Ibrahim

3.0 PERKARA BERBANGKIT
(Dibincang di bawah tajuk-tajuk yang berkaitan)





4.0 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan sepertimana berikut:-
4.1 Pemantauan

4.1.1 Rekod Pemantauan Murid Lewat
4.1.1.1 Buku Log Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru bertugas harian,pengawas dan
juga pengawal keselamatan.
4.1.1.2 Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap murid yang datang lambat
dengan melakukan kerja amal dan memberikan demerit (5M).
Keputusan
Murid hadir selepas pukul 7.30 pagi pada hari Isnin dan Jumaat dianggap lewat
Tindakan: Guru Bertugas Harian/Pengawas/Pengawal Keselamatan

4.1.2. Buku Log Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
Buku Log Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran masih diguna pakai pada tahun ini..Buku tersebut akan
diserahkan kepada guru kelas setiap hari untuk diambil tindakan.
Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran/Guru kelas
4.1.3 Pengemukaan Usul
Satu usul akan dikemukakan pada Mesyuarat Agung PIBG iaitu mengenakan bayaran kepada murid yang
digunting rambutnya,murid yang lewat dan yang membawa handphone ke sekolah.
Keputusan
Pengerusi mengingatkan sebarang perubahan perlulah dimaklumkan awal kepada semua ibu bapa . Oleh itu,ibu
bapa dapat mengemukakan usul lebih awal dan memudahkan pihak sekolah untuk menjawabnya.
Tindakan: Setiausaha Disiplin/Setiausaha PIBG
4.1.2 Kad Kuning

Berjalan dengan lancar.




4.1.3 SSDM

Setiausaha Disiplin 2 melaporkan statistik kesalahan tingkahlaku disiplin murid sehingga Disember 2012.(Rujuk
lampiran)

4.1.3.1 Sesi Kaunseling Murid Bermasalah

Pengerusi memohon penjelasan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling tentang pelaksanaan terhadap murid
yang bermasalah.
.
Guru Bimbngan dan Kaunseling menjelaskan sesi kaunseling telah dijalankan untuk kesalahan disiplin pada
tahun ini sehingga 17 Feb 2013 yang dijalankan oleh Pn Naterah Yan.

Keputusan

Murid-murid yang dikenakan tindakan disiplin haruslah dirujuk kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Makluman

4.1.3.2 Pil Khayal

Setiausaha Disiplin 2 memohon mesyuarat membuat ketetapan sama ada pengambilan pil khayal oleh murid
dianggap sama seperti mengambil dadah. Masalah wujud untuk merekod dalam sistem SSDM.

Keputusan

Mesyuarat ambil maklum dan akan diambil perhatian selanjutnya.




4.1.3.4 Pemantapan SSDM

Pengerusi menyatakan akan cuba menghubungi SMK Kidurong,
Bintulu untuk membantu melancarkan lagi sistem yang sedia ada.

Tindakan : Pengerusi

4.1.4 Sistem Merit Demerit (akan dirujuk semula)

4.2 Sistem Kawalan Disiplin

Timbalan Ketua Disiplin melaporkan sepertimana berikut:-

4.2.1 Pergerakan pelajar

Teratur dan berjalan lancar

4.2.2 Penggunaan tangga

Murid mengikut arahan yang ditetapkan


4.2.3 Penguatkuasaan pas keluar

Cadangan mewujudkan pas untuk Ketua Tingkatan .

Keputusan

Mesyuarat memutuskan cadangan itu akan diambil perhatian selanjutnya.

Tindakan: JK Disiplin

4.2.4 Sticker kenderaan

Guru dan murid boleh mendapatkannya di koperasi sekolah.

Makluman

4.2.5 Spot Check

4.2.4.1 Telah dilaksanakan sekali dan akan dilakukan lagi dari semasa ke semasa. Aktiviti ini memerlukan
sokongan dan kerjasama guru- guru agar dapat mendidik murid Sk St Mark menjadi insan yang cemerlang.

4.2.4.2 PK HEM memuji sikap murid pada tahun ini yang jauh lebih baik dibandingkan pada tahun lepas.

4.2.5 Kekemasan Pelajar

Memerlukan teguran sepanjang masa.

Tindakan : JK Disiplin/JK Pengawas/Guru Bertugas








4.3 Program Khas Disiplin

4.3.1 Kajian Tindakan

Pn Fathiah memaklumkan bahawa beliau dalam proses mengumpulkan data untuk kajian kes lewat dan
ponteng .

Tindakan:

4.3.2 Sistem Perhimpunan Rasmi Sekolah

Mesyuarat telah memutuskan Ahli Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi sekolah iaitu:


Ahli Jawantakuasa Perhimpunan Rasmi Sekolah

Pengerusi - Izaftah bt Idris ( Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 - En Mazlan bt Mansor (PK Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 - En Noor Mohammad b Mat Esah (PK HEM)

Setiausaha - Pn Intan Rozanna (Ketua Guru pengawas)

Penolong Setiausaha -- Pn Siti Aminah Abdul Hamid

AJK - Guru Bertugas Mingguan

- Ketua-ketua Bidang

- Guru guru Pengawas

- Pengawas sekolah(Seorang wakil dari PPKI)

Keputusan

Pengerusi mengarahkan sebarang agenda untuk perhimpunan hendaklah dimaklumkan kepada beliau sehari
sebelum majlis berlaku.


Tindakan: Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi Sekolah/Setiausaha Perhimpunan Sekolah
5.0 PERANCANGAN AKTIVITI 2013


5.1 Unit Disiplin
5.1.1 Perancangan Aktiviti 2013
Ketua Guru Disiplin melaporkan sepertimana berikut:-
Sila lihat LAMPIRAN
5.1.2 Lagu Asma Husna
JK Pengawas diingatkan untuk memasangkan lagu.Alunan Asma Husna.
Keputusan
Pengerusi mengarahkan Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi sekolah untuk membantu program yang akan
dijalankan.
5.1.3 Kreatif Minda
Pengerusi menjelaskan adalah wajar untuk mencungkil bakat murid. Beliau mengharapkan ramai murid dapat
dicungkil bakat mereka melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah,
Waktu perhimpunan 7.30 pagi digalakkan mengutarakan lagu-lagu patriotik serta lagu-lagu yang memberikan
motivasi kepada murid
Tindakan : JK Pengawas/JK Perhimpunan Rasmi Sekolah

5.2 Jawatankuasa Pengawas Sekolah
5.2.1 Perlantikan Jawatankuasa Pengawas
Ketua Guru Pengawas melaporkan jumlah pengawas adalah seramai 50 orang termasuk 6 daripada jumlah
tersebut adalah murid PPKI. Beliau turut memaklumkan perlantikan akan dijalankan dalam pertengahan bulan
Mac .
Mesyuarat memutuskan AJK Tertinggi pengawas adalah seperti berikut.
Sila lihat LAMPIRAN
5.2.2 Tugas di kantin
Pengerusi menyatakan pengawas tidak perlu lagi menjalankan tugas di kantin kerana AJK Kantin telahpun
melantik pengawasnya sendiri.Pengerusi menjelaskan akan berusaha memohon pihak kantin menaja vass untuk
pengawas kantin
5.2.3 Aktiviti/Mesyuarat
Sebarang mesyuarat yang melibatkan pengawas dibenarkan menggunakan bilik mesyuarat (Demak 1)
Mesyuarat pada hari ini juga dikira sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Pengawas Kali Pertama. Pengerusi
mencadangkan mesyuarat akan datang diadakan pegabungan dengan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin. Semua
ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.
. 5.2.4 Uniform Pengawas.
Mesyuarat memutuskan pada tahun ini juga mengikut seperti yang dijalankan pada tahun lepas.Hanya baju
batik dan vaz/blazer diberikan percuma oleh pihak sekolah.
Pengawas lelaki berbaju lengan panjang untuk menampakkan kelainan.

5.2.5 Tugas Pengawas
Pengerusi mahu perjelasan tugas pengawas.
Ketua Guru Pengawas menjelasan semua pengawas sudah maklum tugasan masing-masing . Senarai tugas
sudah ditampal pada papan kenyataan pengawas bermula bulan Januari .
.
5.2.6 Kebajikan Pengawas
Pengerusi menyatakan hasrat beliau supaya pada tahun ini kebajikan pengawas tidak diabaikan.Beliau juga
berharap pengawas yang telah dilantik akan lebih berketrampilan agar lebih berkeyakinan untuk berhadapan
dengan rakan-rakan dari sekolah lain.
Tindakan : JK Pengawas Sekolah

6.0 Pembahagian Tugas
Rujuk lampiran
7.0 Hal-Hal Lain.

7.1 Pk Kurikulum menerangkan beberapa program yang akan dijalankan pada 2 Mac 2014.
Rujuk lampiran.
Makluman
7.2 Mesyuarat memutuskan aktiviti Anti Dadah diadakan pada setiap hari Khamis bermula pada pukul 7.40
pagi.Program ini akan bermula pada 28 Febuari 2014.

7.3 Majlis Pelancaran Program Minda Sihat .(Akan dibincangkan kemudian).

Tindakan : Guru Bimbingan dan kaunseling

7.4 Kursus Kepimpinan untuk Pengawas ditukarkan kepada lawatan penanda aras ke SMK Siburan.

Tindakan : JK Pengawas


7.5 JK Disiplin dingatkan untuk menyediakan 20 orang murid termasuk perempuan untuk dibuat ujian saringan air
kencing.

Tindakan: JK Disiplin

7.7 Pn Fathiah mencadangkan data SSDM diguna pakai untuk membuat pelaporan. Dipesetujui oleh pengerusi
dan mengingatkan pelaporan pertama adalah sebelum Mesyuarat Agung PIBG di adakan.

Tindakan : Setiausaha 2

7.8 Pengerusi turut memaklumkan akan membuat satu perjumpaan dengan pemandu-pemandu van untuk
membincangkan masalah

Tindakan :Pengerusi/ Setiusaha PIBG

7.9 Timbalan Guru Disiplin mencadangkan supaya tanda nama murid ditukar kepada yang menggunakan pin.
Perkara ini akan dimaklumkan pada semua murid dibawah pengurusan koperasi.

Akan dikaji

7.10 Pengerusi MEMINTA supaya PK Kurikulum meneliti semula jadual waktu mengajar guru disiplin dan guru
pengawas bagi memastikan tugas yang dijalanan berjalan lancar

Tindakan : PK Kurikulum

7.11 Pn Zunainah digugurkan daripada Guru Bertugas Harian.

Tindakan : PK HEM


8.0 PENUTUP

Pengerusi mengharapkan Sk St Mark Butterworth lebih gemilang sesuai dengan judul majalah sekolah iaitu
Demak Gemilang.








Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:
..................................... ........................................
(AZLITA ) (EN NOOR MOHAMMAD MAT ESAH)
Setiausaha JK Disiplin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sk St Mark Butterworth. Sk St Mark Butterworth.

Disahkan oleh:

................
(IZAFTAH BT IDRIS)
Guru Besar
Sk St Mark Butterworth.

Anda mungkin juga menyukai