Anda di halaman 1dari 11

MODUL MENTOR MENTEE

PERJUMPAAN KALI KE 7
TAJUK

: Strategi dan teknik Persediaan Semasa Peperiksaan

OBJEKTIF : 1) Pelajar mengenalpasti kecelaruan semasa peperiksaan


2) Supaya pelajar-pelajar faham perkara-perkara yang sepatutnya
dilakukan semasa peperiksaan
J/MASA

: 1 Jam

TEMPAT

: Ikut kesesuaian

PERALATAN : Senarai petua


LANGKAH : 1) Guru meminta pelajar menggambarkan beberapa situasi yang sering
dialami oleh mereka dalam dewan peperiksaan
2) Guru meminta pelajar menyenaraikan situasi yang mengganggu
tumpuan yang dialami
3) Guru mengedarkan petua semasa dalam dewan peperiksaan
4) Guru merumus segala perbincangan
FALSAFAH : 1) Persediaan mental, jas,mani, rohani perlu disepadukan semasa
menghadapi peperiksaan
2) Peperiksaan adalah satu cabaran dan semestinya dihadapi

Lampiran Perjumpaan ke-

Senarai Petua Menghadapi Peperiksaan


1)

Baca Bismillah, selawat dan doa (bagi Muslim)

2)

Baca doa penerang hati (bagi Muslim)

3)

Duduk dengan selesa

4)

Tarik nafas panjang beberapa kali

5)

Senyum untuk lebih tenang dan yakin

6)

Keluarkan slip peperiksaan dank ad pengenalan

7)

Dengar arahan dengan teliti setiap arahan pengawas peperiksaan

8)

Baca arahan dalam kertas peperiksaan

9)

Bahagikan masa saksama untuk menjawab setiap soalan

10)

Rangka jawapan dengan sistematik

MODUL MENTOR MENTEE


PERJUMPAAN KALI KE 4
TAJUK

: Ke Arah membina Budaya Belajar

OBJEKTIF : 1) Pelajar mendapat kesedaran tentang sifat yang positif dalam


pengajaran dan pembelajaran
2) Pelajar tahu memberi respons positif di dalam pengajaran dan
pembelajaran
J/MASA

: 1 Jam

TEMPAT

: Ikut kesesuaian

PERALATAN : Edaran sifat sifat semasa dalam pengajaran dan pembelajaran


(Lihat Lampiran)
LANGKAH : 1) Guru meminta pelajar menyenaraikan 10 sifat yang positif dan
negative sewaktu P&P (Contoh: +ve (menumpukan perhatian), -ve
(tidak menyiapkan kerja rumah)
2) Guru menggalakkan pelajar menyebut semula senarai yang ditulis
3) Guru meminta pelajar memberi pendapat tentang kesan sifat yang
disenaraikan
4) Kelompok memilih sifat terbaik untuk dibudayakan di dalam kelas
5) Semua sifat negative perlu dihindari
6) Guru membuat rumusan dan perbincangan
FALSAFAH : 1) Sifat diri yang positif akan membentuk budaya belajar yang berkesan
2) Kelancaran P&P memerlukan sokongan pelajar dalam kelas

Lampiran Perjumpaan ke-

SIFAT-SIFAT SEMASA DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

SIFAT POSITIF

SIFAT NEGATIF

MODUL MENTOR MENTEE


PERJUMPAAN KALI KE 2
TAJUK

: Kontrak Akademik

OBJEKTIF : 1) Menentukan target pencapaian akademik


2) Menilai kekuatan dan kelamahan diri
3) Berusaha untuk mencapai target
J/MASA

: 1 Jam

TEMPAT

: Ikut kesesuaian

PERALATAN : Borang target/Akujanji


LANGKAH : 1) Guru meminta pelajar menyebut apakah sifat yang perlu ada untuk
berjaya
2) Guru mengedrkan borang akujanji
3) Guru meminta pelajar mengisi boring akujanji berdasarkan
kemampuan pelajar
4) Guru meminta pelajar menerangkan target masing-masing dan
matlamatnya
5) Guru membuat rumusan dan perbincangan
FALSAFAH : 1) Setiap pelajar mempunyai kemampuan yang berbeza
2) Setiap insan mampu memperbaiki kelemahan diri melalui usaha dan
latihan
3) Orang yang berjaya mempunyai matlamat hala tuju yang jelas.

MODUL MENTOR MENTEE


PERJUMPAAN KALI KE 3
TAJUK

: Memupuk Minat Belajar

OBJEKTIF : 1) Menanam minat terhadap semua subjek


2) Menyedarkan pelajar terhadap kepentingan pelajaran
J/MASA

: 1 Jam

TEMPAT

: Ikut kesesuaian

PERALATAN : Kertas A4
LANGKAH : 1) Guru meminta pelajar menyenaraikan subjek-subjek yang diminati
dan tidak diminati
2) Fokus kepada subjek yang tidak diminati
3) Senaraikan dan sebutkan sebab-sebab pelajar tidak suka dengan
sesuatu subjek
4) Guru meminta pelajar mengingat semula matlamat / akujanji dan
bandingkan dengan tahap minat sekarang
5) Guru meminta pelajar lain memberi pandangan , nasihat untuk
mengatasi sesuatu subjek yang bermasalah
6) Guru membuat rumusan dan perbincangan
FALSAFAH : 1) Setiap perkara yang dibuat perlu ada matlamat
2) Minat boleh dipupuk dan dipertingkatkan

MODUL MENTOR MENTEE


PERJUMPAAN KALI KE 1
TAJUK

: Taaruf / Maklumat Diri

OBJEKTIF : 1) Supaya pelajar dan mentor dapat menjalin ukhwah di klangan mereka
2) Supaya mentor dapat mengumpul semua maklumat pelajar
J/MASA

: 1 Jam

TEMPAT

: Ikut kesesuaian

PERALATAN : Borang maklumat diri


LANGKAH : 1) Guru membuka majlis dengan bacaan Al-Fatehah dan bertanya khabar
mentee
2) Mentor memulakan sesi dengan memperkenalkan diri dan seterusnya
ahli-ahli kumpulan
3) Guru mengedarkan boring maklumat diri kepada pelajar
4) Guru meneroka harapan dan perasaan mentee terpilih mengikuti
program ini
5) Semua borang dikumpulkan semula
6) Guru membuat rumusan dan perbincangan
FALSAFAH : 1) Mentor dan ahli kumpulan dapat mengenali setiap ahli kumpulan dan
membina rapport sesama mereka

MODUL MENTOR MENTEE


PERJUMPAAN KALI KE 6
TAJUK

: Bersyukur dan berusaha

OBJEKTIF : 1) Supaya Mentee mengenang jasa dan harapan ibu serta berusaha ke
arah kejayaan
J/MASA

: 1 Jam

TEMPAT

: Ikut kesesuaian

PERALATAN : Kertas A4, pensil, gambar seorang ibu yang senyum menatap wajah
bayinya yang baru dilahirkan
LANGKAH : 1) Mentor menunujukkan gambar seorang ibu yang senyum menatap
wajah bayinya yang baru dilahirkan
2) Mentee diminta menceritakan perasaan dan harapan ibu terhadap bayi
tersebut
3) Mentee diminta pejamkan mata dan bayangkan situasi semsa
dilahirkan (kesakitan dan harapan ibu)
4) Mentee diminta menghuraikan harapan ibunya terhdap dirinya sendiri
( Cth: Pembinaan sahsiah, kecemerlangan akademik dan kehidupan)
5) Mentee diminta menjawab 3 soalan berikut (atas kertas A4):
- Untuk tidak mngecewakan ibu, anda:
- Apa yang telah anda lakukan?
- Apa yang sedang anda lakukan?
- Apa yang akan / harus anda lakukan
6) Mentee berkongsi jawapan di kalangan mereka
FALSAFAH : 1) Menghargai jasa ibu dan hidup dengan penuh bermatlamat

MODUL MENTOR MENTEE


PERJUMPAAN KALI KE 5
TAJUK

: Model Refleksi (Potensi Diri)

OBJEKTIF : 1) Membina keyakinan diri pelajar berkomunikasi dengan baik


2) Mewujudkan keunggulan potensi diri
J/MASA

: 1 Jam

TEMPAT

: Ikut kesesuaian

PERALATAN : Kertas A4
LANGKAH : 1) Mentor menerangkan setiap individu mempunyai nama yang dipilih
khas oleh ibubapa/penjaga masing-masing dan setiap nama itu
mempunyai makna tersendiri
2) Mentor memberi contoh cara membina kata-kata yang mempunyai
nilai positif tentang diri mentee berkenaan berdasarkan abjad
namanya
Contoh: A- Aku seorang pelajar bijak
N Nanti bila dewasa aku ingin jadi doctor
I Indah budi bahasa menjadi peganganku
3) Setelah semua pelajar selesai8 menyiapkan tugasan, mentor meminta
setiap pelajar membacakan hasil kerja kepada rakan-rakan
4) Mentee yang tidak dapat mencari perkataan positif bagi abjad tertentu,
mentee lain dibenarkan membantu
5) Mentor perlu memproses aktiviti tersebut dengan menyatakan bahawa
setiap individu mempunyai nama yang baik. Proses ini secara tidak
langsung membantu individu untuk berkembang secara sihat dan
positif
6) Jika mentee menggunakan kata-kata negative dalam penerangan
maksud namanya maka mentee tersebut perlu dipanggil di luar
kelompok atau dirujuk kepada kaunselor
FALSAFAH : 1) Selepas menjalankan aktiviti, pelajar mampu berkomunikasi dengan
baik dan dapat mengenal potensi diri mereka yang boleh
diperkembangkan

PROGRAM PERMATA JAYA


KERTAS KERJA PROGRAM MENTOR MENTEE 2007
SMK PALONG 7 (F)
73470 GEMAS, N.SEMBILAN

1.0 RASIONAL
Khidmat pakar rujuk, nasihat, pemudahcara dan ikatan kasih sayang sesame guru dan pelajar
sangat penting kepada perkembangan kecemerlangan kademik pelajar. Proses pendidikan melalui
Mentor Mentee ini akan sedikit sebanyak memberi peluang kepada pelajar dalam menyelesaikan
masalah dan kesulitan yang lebih privacy dan berfokus.
2.0 MATLAMAT
Pelaksanaan program mentor mentee ini dirasakan perlu untuk mengurus pelajar dengan
sempurna supaya dapat menghasilkan pelajar yang berketrampilan dan seimbng dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
3.0 OBJEKTIF
Program ini dilaksanakan berlandaskan objektif berikut:

Supaya dapat melhirkan pelajar yang mempunyai sifat penyungguhan diri SelfActualization, berkemahuan, mempunyai kesedaran dalaman yang sehingga
menunjukkan sikap yang proaktif dan mencari ilmu, membina potensi kea rah
pembangunan diri dan kecemerlangan hidup.
Supaya pelajar mendapat khidmat nasihat dan bimbingan untuk menghadapi
peperiksaan
Supaya guru dapat memberi bantuan dan memantau keperluan dan kelemahan pelajar
untuk menghadapi peperiksaan dan kesempurnaan sahsiah
Mendekati diri antara guru dan pelajar dalam menyelesaikan masalah dan khidmat
nasihat.

4.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi

Encik Mustaffa bin Mohamed


Pengetua SMK Palong 7 (F)

Naib Pengerusi

Puan Rosni binti Rosli (GPK I )


Encik Roslan bin Kamarudin (GPK HEM)
Encik Tengku Adnan Raja Daud (GPK Ko-Kurikulum )
En. Khairol Mokhtar Yusof (Penyelia Petang)

Penyelaras

Cik Hartini binti Arbain

Setiausaha

Puan Normanisah Khalid (Kaunselor Pelatih)

Mentor

Guru yang terpilih

5.0 PENGISISAN PROGRAM (MODUL)


Modul Pengisian yang dicadangkan:-

Modul Akademik
Modul jati diri/ agama / kerohanian
Modul komunikasi

6.0 PELAKSANAAN
- Setiap guru akan mendapat 5 orang mentee yang perlu dipantau
- Sebuah fail yang mempunyai senarai nama mentee, borang maklumat diri mentee, borang
kehadiran mentee, borang laporan perjumpaan dan modul pengisian akan diedarkan
kepada guru semasa majlis penyerahan mentor mentee
- Setiap guru dikehendaki membuat perjumpaan bersama mentee masing-masing sekurangkurangnya 7 kali perjumpaan sepanjang tahun pada waktu dan tempat yang sesuai
oleh guru berkenaan dan persetujuan mentee mereka.
- Setiap perjumpaan perlu direkodkan dalam fail yang disediakan dan fail perlu diserah kepada
penyelaras untuk disemak selepas perjumpaan

7.0 PENUTUP
Program Mentor Mentee adalah satu proses yang panjang yang memerlukan komitmen yang
berterusan serta jitu dari semua pihak. Semoga program mentor mentee ini akan dapat dijalankan
dengan jayanya serta dapat memeberi faedah kepada kejayaan sekolah dan mecapai target yang
ditetapkan.
Disediakan oleh,

Diluluskan oleh,

..
(Hartini bt. Arbain)
Kaunselor Pelajar
SMK Palong 7 (F)

(Mustaffa b. Mohamed)
Pengetua
SMK Palong 7 (F)

Anda mungkin juga menyukai