Anda di halaman 1dari 53

STRATEGI PEMBELAJARAN PSV

1. Kajian Masa Depan


2. Pembelajaran Kontekstual
3. Pendekatan Konstruktivisme
4. Kemahiran Berfikir
5. Pembelajaran Masteri
6. Kepelbagaian Kecerdasan
7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
FUTURES STUDIES
KAJIAN MASA DEPAN
Definisi Kajian Masa Depan
Apa
Pilihan
Anda?
Senario:
Gambaran
Yang
Boleh
Didapati
KEHIDUPAN ANDA PERSEKITARAN
NEGARA SELURUH DUNIA
Masa Lalu:
Perspektif

Masa Kini:
Trend Utama

Masa Depan:
Perubahan
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan
merupakan strategi secara saintifik yang dibina
untuk menambahkan keupayaan murid dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan
membuat keputusan.
PENGAJARAN BERASASKAN
KAJIAN MASA DEPAN
...What we can and must do is to give our students
an understanding of the most important issues,
problems and opportunities they may face, teach
them the skills they will need to continue to look
ahead on their own; and prepare them to cope
successfully with the dislocations and stresses of
rapid change.
Mengapa Mengajar Tentang Masa Depan?
Why Teach The Future?
D.L. Kauffman (1976) , Teaching The Future. ETC Publication, California
Berilah pendidikan kepada
anak-anak kamu yang dilahirkan
untuk zaman lain
daripada zaman kamu
Umar Alkhatab
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
Perancangan Seorang Guru
Perancangan
Yang Strategik
Isu dan Tema Yang Relevan
Berpusatkan Murid
Aplikasi Sebagai Projek,
Kerja Kokrikulum atau
Sepanjang Hayat
Peranan Guru
Sebagai Fasilitator
KAJIAN MASA DEPAN


Dalam aktiviti Kajian Masa depan, pelajar digalakkan
menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk
meninjau perubahan keadaan dari masa dahulu ke masa
sekarang, dan seterusnya membuat ramalan tentang
keadaan yang mungkin berlaku pada masa depan.
Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan
menggabungjalinkan PSV dengan pelbagai bidang yang
lain seperti pendidikan alam sekitar,sains, dan lain-lain.

APLIKASI KAJIAN MASA DEPAN
Bidang : Membentuk dan membuat binaan
Tajuk : Kenderaan Tahun 2020
Murid diminta menggambarkan bentuk kereta pada masa
depan berasaskan pengalaman sedia ada atau dari
imbasan masa dahulu (melalui media). Guru
membimbing dengan contoh gambar kereta masa dahulu
dengan masa sekarang. Kemudian murid menggunakan
kebolehan imaginasi untuk mereka bentuk kereta masa
depan.
APLIKASI KAJIAN MASA DEPAN
Bidang : Menggambar (catan)
Tajuk : Pemandangan Alam Sekitar

Pengajaran KMD boleh diterapkan di bawah tajuk ini
dengan memberi penekanan kepada isu alam sekitar.
Perubahan alam sekitar masa dahulu dikaitkan dengan
masa sekarang (sebab/akibat). Guru berbincang tentang
kesan pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal. Murid
menggambarkan tentang pemadangan alam sekitar yang
tidak terkawal pada masa depan.
APAKAH ITU PENDEKATAN
KONSTRUKTIVISME?
Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita
harus mengajar dengan cara mereka belajar.
Pendekatan Konstruktivisme
1.Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta
mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar
(kesediaan)
2.Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu
difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi)
3.Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan
ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru)


Pendekatan Konstruktivisme

Menghasilkan karya berdasarkan kepada idea dari lawatan
pelajar, mewarna catan cat air untuk mencuba teknik baru.
Pencetusan Idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan
tajuk penting. Pelajar diberi peluang untuk mencatat
pengetahuan sedia ada sebelum aktiviti melukis.
Pelajar menjalankan eksperimen tak terbimbing untuk
menguji sesuatu sebagai usaha sesuatu membnina
pengetahuan baru berteraskan pengetahuan sedia ada


DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi
itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi
sokongan kepada murid, guru,panitia serta organisasi sekolah bagi
menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan
Seni Visual yang terancang dan menarik.
Contoh - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Menggunakan perisian grafik seperti Adobe Illustrator, Photoshop, Corel
Draw dsbnya untuk menghasilkan karya seni.
Menghasilkan karya corak terancang dengan perisian Microsoft Word.
Mencari maklumat, sumber, idea dan contoh karya dari capaian internet
untuk data folio pelajar.
Penggunaan LCD Projector untuk apresiasi karya murid.

APLIKASI ICT dalam PSV
Bidang : Membuat corak dan rekaan
Tajuk : bentuk geometri (Corak
berulang)
Pengajaran ICT boleh diterapkan di bawah tajuk ini dengan
memberi penekanan kepada cara menghasilkan corak / motif
berulang yang berbentuk geometri melalui aplikasi perisian
microsoft word dan paint.
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan
aktiviti hands-on dan minds-on.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru
dengan cara yang bermakna dalam rangka minda.






Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan
bermakna kepada murid.



Strategi ini menumpukan kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang
berkesan.

PELBAGAI
PERSEKITARAN
PEMBELAJARA
N
Kehidupan
seharian
Makmal
Bilik
darjah
Tempat
kerja
HUBUNGKAIT DENGAN
BIDANG PSV

Bidang Menggambar
Contoh: Membuat lukisan
Pengalaman kehidupan harian
Meluahkan perasaan dengan melukis imej ke atas suatu permukaan
Kehidupan masyarakat
Dapat meluahkan perasaan, membuat komen sosial, merakam peristiwa dan cerita yang
penting dalam kalangan masyarakat
Alam pekerjaan
Menjadikan lukisan sebagai hasil jualan

HUBUNGKAIT DENGAN
BIDANG PSV
Bidang Mengenal Kraf Tradisional
Contoh: Membuat wau

Pengalaman kehidupan harian
Hobi bermain wau
Kehidupan masyarakat
Sebagai satu alat permainan tradisi yang kebiasaannya dimainkan untuk mengisi masa
lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
Alam pekerjaan
Promosi wau
Menjadikan wau sebagai hasil jualan
Teori Kepelbagaian
Kecerdasan
DEFINISI
Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu
untuk diselesaikan, dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan
perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner
(1983).
Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing,
perceiving and understanding life.
Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta
mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
TKP
Verbal-
Linguistik
Logik-
Matematik
Visual-
Ruang
Visual-
Ruang
Interpersonal
Interpersonal
Naturalis
Kepentingan Teori Kepelbagaian Kecerdasan
Petunjuk kepada potensi murid
Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya
Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
Membangun bidang akademik dan ko kurikulum murid
Mempelbagaikan cara penilaian
Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan
keperluan murid
Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran
Contoh Pengintegrasian
Kecerdasan Pelbagai
dalam PSV
Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan bahasa efektif sama ada
secara lisan dan menulis.
CONTOH :
Apresiasi
Pelajar dapat menonjolkan kemahiran verbal-linguistik mereka
melalui proses apresiasi seni di mana mereka perlulah menggunakan
bahasa-bahasa seni.
Logik-Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang
menaakul secara deduktif dan induktif dan serta berfikiran secara
konspetual dan abstrak.
Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan
masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta
boleh membuat perkaitan, manyoal, manganalisis, mensintesis, mangira
dan menggunakan komputer dengan cekap.
CONTOH :
Bidang Mencorak dan Membuat Rekaan
Pelajar perlulah mengetahui bilangan grid yang diperlukan sebelum penghasilah sesuatu corak,
terutamanya corak terancang.
Visual-Ruang
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten
(corak).
Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi
model itu kepada dunia fizikal.
Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem.
CONTOH :
Bidang Menggambar
Pelajar perlulah mengetahui warna, ruang, jalinan, garisan dan sebagainya bagi
menampakkan kemahiran mereka dalam kemahiran visual-ruang.
Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh
badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubah.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat
mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
CONTOH :
Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
Contohnya, topeng atau alat yang dibina dan dihasilkan pelajar hendaklah dilakonkan yang
bersesuaian dengan pergerakan-pergerakan tertentu.
Memanipulasi bahan dan alatan
Muzik
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal,
mendengar dan mengecam paten, membezakan antara
bunyi dan cipta muzik.
CONTOH :
Set Induksi guru boleh memulakan pengajaran PSV dengan
memperdengarkan muzik kepada murid bagi meransang
mood murid dan menggalakkan mereka untuk berfikir.
Interpersonal
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami
perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
berkerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah.
Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
CONTOH :
Bidang Membina dan Membuat Rekaan
Guru menggalakkan murid untuk membina hasil karya PSV seperti membuat
diorama secra berkumpulan atau berpasangan.

Intrapersonal
Kebolehan untuk refleksi diri dan sedar akan sifat dalaman diri.
Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan
dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.
Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri,
menganalisis diri sendiri dan menilai secara berfikir.
CONTOH :
Apresiasi
Murid dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri setelah menilai hasil karya
mereka
Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan
flora, fauna dan galian dengan mudah.
Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bungi-bungian
yang terdapat di alam sekitar.
Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan
antara kehidupan flora dan fauna.
CONTOH :
Bidang Menggambar
Membuat lukisan berdasarkan flora dan fauna. (Pemandangan)
STRATEGI
PEMBELAJARAN
MASTERI
STRATEGI MASTERI
Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang
berfokus kepada penguasaan pelajar dimana murid-
murid perlu memahami satu unit pengajaran dahulu
sebelum berpindah kepada unit yang lain.
Pembelajaran ini di aplikasikan dengan melalui
pemulihan kepada murid yang lemah manakala murid
yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan.
Setelah semua murid dapat menguasai kemahiran yang
diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain.
Contohnya, sebelum mengajar melukis guru
menekankan terlebih dahulu teknik lakaran bentuk asas.
STRATEGI MASTERI (1)

Pentingnya Pembelajaran Masteri
Cara Melaksanakan Pembelajaran
Masteri

Peranan dan Tugas Guru
Dalam Pembelajaran Masteri

Aplikasi Strategi Masteri
Dalam Bidang PSV
1. Bidang:Membentuk & Membuat Binaan
- Guru mengajar murid membuat mobail. Guru melatih
murid untuk memahami konsep imbangan dalam
membuat mobail supaya ia kelihatan bergerak dan stabil.
Murid Yang kurang dapat menguasai teknik membuat
mobail boleh

2. Bidang:Membuat Corak & Rekaan
- Guru menjalankan aktiviti Lipatan & Guntingan bersama
murid. Murid melipat kertas warna dan menggunting
bucu/sisi kertas untuk menghasilkan corak yang menarik
& pelbagai.

STRATEGI KEMAHIRAN
BERFIKIR
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan
makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini
melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P.
Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah,
atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis
untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu,
pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna
dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.
Aplikasi Strategi Kemahiran
Berfikir Dalam Bidang PSV
1. Bidang:Menggambar [Tahun 3]
- Guru mengajar murid mereka gambar dengan
menggunakan cebisan kertas warna. Murid dikehendaki
menggoyak dan menampal cebisan tersebut sehingga
menghasilkan sebuah gambar yang menarik &
bermakna.

2. Bidang:Membuat Corak & Rekaan
- Guru menjalankan aktiviti Lipatan & Guntingan bersama
murid. Murid melipat kertas warna dan menggunting
bucu/sisi kertas untuk menghasilkan corak yang menarik
& pelbagai.

Anda mungkin juga menyukai