Anda di halaman 1dari 2

Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka Konseptual Kajian dibina dengan mengambil kira hasil kajian lalu dengan
beberapa penyesesuaian supaya dapat menghasilkan maklumat yang lebih menyeluruh dan
terperinci. Terdapat 14 nilai-nilai murni KSSR yang dikenalpasti. Kerangka Konsep yang
diperlihatkan perkaitan dengan penerokaan pembangunan modul pengajaran dan penghayatan
nilai-nilai murni murid sekolah rendah.
Kajian ini memfokuskan penerokaan pembangunan modul pengajaran dan penghayatan
nilai-nilai murni murid sekolah rendah. Terdapat 14 nilai-nilai murni dalam KSSR iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan, Baik hati, Bertanggungjawab, Berterima kasih, Hemah tinggi,
Hormat, Kasih Sayang, Keadilan, Keberanian, Kejujuran, Kerajinan, Kerjasama, Kesederhanaan
dan Toleransi. Tujuan kajian ini untuk melihat perkaitan antara penerokaan pembangunan modul
pengajaran dan penghayatan nilai-nilai murni murid sekolah rendah. Menurut Zainal (2009),
bahawa tingkah laku manusia boleh dilihat daripada sudut latar belakang yang berbeza kerana
mereka telah melalui pelbagai pengalaman hidup. Sekiranya perkara yang dilihat itu mempunyai
nilai-nilai murni maka perkara tersebut akan menjadi amalan yang baik kepada seseorang.
Malahan seseorang yang mempunyai tingkah laku yang baik maka ia perlu dipupuk dan disemai
untuk terus mengekalkan amalan nilai-nilai yang baik tersebut.
Kerangka konsep kajian boleh di ringkaskan seperti rajah :

Penerapan dan penghayatan 14 Nilai-nilai Murni

Proses Pengajaran
Murid dan Pembelajaran Guru

Kerangka Konsep Kajian ( Ahmad 2005 )

Oleh yang demikian berdasarkan kepada Rajah 1.1, satu kerangka konsep telah dibina sebagai
gambaran keseluruhan perjalanan kajian dan perkaitan di antara elemen-elemen yang terlibat.
Langkah seterusnya bagi melaksanakan nilainilai murni ini ia perlu dilakukan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pihak pengajar dan pelajar. Dalam proses ini juga
penyelidik ingin melihat tahap penerapan nilai-nilai murni yang telah dilakukan oleh para
pengajar. Setelah proses ini berlaku akhirnya penyelidik akan menganalisis hasil kajian mengenai
tahap penerapan nilai-nilai murni samada berlaku atau tidak.
Meneroka pembangunan modul pengajaran dan penghayatan nilai-nilai murni murid sekolah
rendah.

a. Apakah yang perlu ada dalam kurikulum bagi memastikan pendidikan nilai berjaya?

b. Bagaimana cara pengajaran berkesan untuk menerapkan nilai-nilai murni?

c. Bagaimana memastikan murid dapat menghayati nilai-nilai murni yang dipelajari?

d. Apakah cadangan perubahan dasar untuk penambahbaikan pendidikan nilai di Malaysia?

Anda mungkin juga menyukai