Anda di halaman 1dari 8

Penjanaan Kewangan Kelab Bola Keranjang SJK (C) Foon Yew 3

Berpandukan Analisis SWOT

Wong Seng ZI

thomaswongsz971208@gmail.com

Penghargaan

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati saya sepanjang masa


sehingga saya dapat menyempurnakan laporan kajian ini. Melalui ruangan ini,
saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah
saya iaitu Encik Azizi Ismail. Beliau telah banyak memberi sokongan, dorongan,
bantuan, dan bimbingan kepada saya untuk menyempurnakan kajian ini.

Setinggi-tinggi sanjungan dan penghargaan saya tujukan kepada ibu bapa


dan ahli keluarga yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada
saya. . Tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan yang telah banyak memberi bantuan serta sokongan moral
semasa saya berdepan dengan cabaran.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yangsedia
menolong saya dalam kerja kursus ini. Saya tidak akan lupapertolongan yang
telah diberikan.
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis penubuhan, aktiviti dan penjanaan
sumber kewangan Kelab Bola Keranjang SJK (C) Foon Yew 3. Instrumen yang
digunakan untuk mengumpul maklumat dalam kajian kes ini termasuk melayari
laman web, temu bual, dan menganalisis penyata kewangan. Dapatan kajian ini
akan dianalisis melalui SWOT iaitu kaedah perancangan strategik yang
digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman dalam
sesuatu aktiviti. Kajian kes tentang persatuan ini telah dijalankan sepanjang 3
minggu untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dan jelas. Kajian ini juga
menerangkan tentang kekuatan dan kelemahan penjanaan kewangan persatuan
ini dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang setahun ini.

Kata Kunci: Kelab Bola Keranjang, Penyata Kewangan, SWOT

1.0 Pengenalan

Tahir dan Othman (2010) menyatakan kokurikulum merupakan wadah


paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
secara holistik terutamanya dalam konteks melahirkan murid yang seimbang.
Permainan bola keranjang menjadi popular dalam kalangan murid dengan
adanya bantuan daripada MSSN, MSSD dan pihak sekolah sendiri. Kelab Bola
Keranjang adalah suatu inisiatif ke arah mewujudkan satu komuniti gaya hidup
yang sihat dalam kalangan pelajar. Kelab bola keranjang juga dapat memupuk
minat para pelajar dalam permainan bola keranjang dan dapat mencungkil bakat
baru bagi mewakili dalam pertandingan peringkat sekolah, negeri ataupun
negara.

Kelab Bola Keranjang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah kerana
kelab ini telah menganjurkan aktiviti hari keusahawanan di sekolah pada bulan
Januari 2018. Tujuan utama hari keusahawanan ini diadakan adalah untuk
mendapatkan dana bagi memberi sokongan kepada pasukan bola keranjang
yang mewakili negeri. Seterusnya, aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan
kemudahan-kemudahan bagi sukan bola keranjang untuk memberi latihan yang
lebih sempurna kepada murid-murid.

2.0 Latar Belakang Kajian

Kelab bola keranjang yang dikaji adalah sebuah kelab yang menghantar wakil
pasukan untuk bertanding dengan pasukan negeri lain. Aktiviti hari
keusahawanan merupakan satu aktiviti yang mencari dana bagi aktiviti kelab.
Zaidatol Akmaliah (2001) berpendapat kerjasama antara pihak pentadbir dan
para guru di sekolah begitu penting dalam setiap rancangan, pengurusan, dan
pengawalan kewangan untuk mencapai kejayaan sesebuah sekolah. Komponen
pengurusan kewangan bukan sahaja perancangan, pelaksanaan, penyelarasan
dan kawalan tetapi terakhirnya adalah penilaian (Azhan Samat, NRE). Kajian ini
hendaklah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam aktiviti
yang dijalankan di samping mengetahui ancaman dan peluang yang terdapat
bagi kelab bola keranjang. Dengan ini, kajian ini dilaksanakan di sekolah pada
bulan Januari 2018 dan terlibat oleh semua pelajar, semua penaja dan juga
peniaga luar.

3.0 Fokus Kajian

Kajian ini hendak mengenalpasti tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan


ancaman dalam aktiviti dan juga penjanaan kewangan kelab bola keranjang SJK
(C) Foon Yew 3. Kajian ini diolah melalui analisis SWOT secara ringkasdan
tepat.

4.0 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk:

a. Mengenalpasti kaedah sesebuah kelab menjana kewangan untuk


menjalankan aktiviti di sekolah.
b. Meninjau masalah yang dihadapi serta kekuatan, kelemahan dan peluang
dalam pengurusan kelab untuk mengatasi masalah.

5.0 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan menjawab soalan-soalan kajian berikut:

1. Bagaimana kelab bola keranjang menjana kewangan serta kekuatannya.

2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam menguruskan kewangan


kelab dan masalah yang timbul?

6.0 Analisis Kes Berdasarkan SWOT

Menurut Alan Sarsby (2016), SWOT adalah singkatan daripada perkataan


Strengths (S), Weaknessess (W), Opportunities (O) dan Threats (T). Kekuatan dan
kelemahan adalah merupakan faktor dalaman sesebuah organisasi manakala ancaman
dan peluang pula adalah faktor luaran sesebuah organisasi. Berdasarkan kajian yang
dikaji, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi
oleh pengurusan aktiviti dan kewangan dalam kelab bola keranjang sekolah ini.

Melalui hasil temu kepada guru penasihat kelab bola keranjang secara tanpa
bersemuka, saya mendapati bahawa aktiviti penjanaan kewangan adalah pertama kali
dirancangkan kerana kekurangan wang untuk menghantar pasukan sebagai perwakilan
negeri. Dana yang dikumpul bertujuan meningkatkan kualiti pasukan.

6.1 Kekuatan (Strengths)

Antara kekuatan yang dikenalpasti untuk menjana kewangan persatuan kelab


bola keranjang adalah guru penasihat yang sentiasa berdedikasi, bertanggungjawab
dan juga minat terhadap mengurus kelab ini. Guru penasihat merupakan satu sebab
yang dapat menentukan kejayaan kelab. Beliau sentiasa bekerja bagi pencapaian kelab
bola keranjang dengan berbuat sebanyak yang mungkin seperti latihan yang
terancang,pemilihan perwakilan dan memberi dorongan.

Seterusnya, kelab bola keranjang juga mempunyai aktiviti-aktiviti yang terancang


bagi masa yang tertentu seperti latihan teknik asas, latihan mengelecek, pemilihan
wakil. Latihan bola keranjang adalah aktiviti yang bersistematik untuk memastikan kualiti
bola keranjang dan untuk persediaan pertandingan yang akan datang.

Selain itu, kelab bola keranjang juga terdapat ahli-ahli yang minat dan berbakat
dalam bola keranjang. Dengan ini, kelab ini sentiasa akan menyertai pertandingan yang
ada dan sentiap ahli kelab mempunyai peluang untuk menyertai diri mereka. Ahli-ahli
yang minat dan berbakat sentiasa membanggakan sekolah dengan pencapaian yang
baik.

Daripada itu, ahli kelab bola keranjang juga mempunyai penglibatan yang sangat
aktif dalam membentuk pengalaman. Murid-murid sangat bekerjasama semasa
melakukan aktiviti seperti hari keusahawanan yang dijalankan. Murid-murid juga sangat
aktif dalam aktiviti bola keranjang dan mereka tidak akan melepaskan peluang apabila
mempunyai pertandingan yang dijalankan.

6.2 Kelemahan (Weaknessess)

Kelemahan telah dikesan iaitu peruntukan kewangan yang kritikal bagi


pasukan bola keranjang untuk mengikut pertandingan yang berperingkat tinggi
dan di negeri lain. Peruntukan kewangan merupakan masalah yang menghalang
murid-murid untuk menyertai pertandingan diluar sekolah kerana ia memerlukan
dana yang besar. Oleh itu, kewangan menjadi satu halangan untuk menyertai
aktiviti luar dan guru hendaklah berfikir untuk mencari dana supaya menghargai
peluang-peluang yang ada.

Kekurangan sumber tenaga dalam kelab bola keranjang juga adalah


kelemahan yang didapati. Kelab ini kekurangan guru yang berbakat ataupun
jurulatih dalam pengurusan kelab dan juga aspek kewangan. Penyata kewangan
hari keusahawanan juga dilaporkan oleh guru penasihat sendiri. Kekurangan
sumber tenaga juga berlaku semasa hari keusahawanan dijalankan. Dengan
buktinya, banyak guru yang memegang beberapa jawatan dan murid juga
hendaklah memegang beberapa jawatan untuk melancarkan aktiviti tersebut.

6.3 Peluang (Opportunity)

Dapatan kajian menunjukkan penjanaan kewangan kelab dapat


dipertingkatkan melalui kaedah mencari syarikat penaja seperti syarikat 100
Plus. Melalui kaedah penjanaan kewangan ini, penaja dan kelab bola keranjang
adalah win-win situation iaitu pasukan bola keranjang mengatasi masalah
kewangan manakala syarikat penaja mendapatkan nama baik dan meningkatkan
imej syarikat dengan pencapaian yang ada.

Seterusnya, kelab bola keranjang juga dapat berkolaborasi dengan


jurulatih luar supaya memberi latihan yang sempurna kepada ahli-ahli kelab.
Melalui peluang ini, pasukan bola keranjang dapat meningkatkan kebolehan
mereka dan mereka juga berpeluang untuk bertanding ke taraf kebangsaan.
Dengan ini, kelab perlu sanggup mengurus dana supaya memberi faedah
kepada setiap ahli seperti jurulatih yang dibayar.

Tambahan pula, sokongan daripada PIBG, koperasi sekolah, syarikat luar


dan penaja makanan juga merupakan satu peluang bagi menjayakan kelab bola
keranjang. Sokongan besar daripada pelbagai pihak menjadi satu dorongan
kepada para ahli kelab. Dengan sokongan ini, hari keusahawanan dapat
dilaksanakan dengan Berjaya dan juga mempunyai untung bersih yang sanggup
menjalankan setiap perancangan kelab.

6.4 Ancaman (Threat)

Masalah yang dihadapi adalah keadaan latar belakang ahli kelab yang
ada daripada keluarga miskin. Hal ini kerana ibu bapa perlu mengeluarkan duit
bagi yuran ahli kelab, pembiayaan pertandingan dan juga keperluan asas
sebagai seorang peserta seperti kasut sukan, pakaian pasukan. Dengan ini,
terdapat ahli kelab yang tidak mampu membayar tetapi mereka memang
berminat dalam kelab ini. Oleh itu, guru penasihat hendak bertindak tetapi
perlulah menunjukkan kesaksamaan antara murid-murid.

Kerja sekolah yang terlalu banyak juga menjadi salah satu ancamannya.
Kebanyakan alasan yang diberi apabila ahli tidak hadir adalah disebabkan oleh
kerja sekolah. Terdapat juga ahli yang sanggup membawa kerja sekolah waktu
perjumpaan kelab bola keranjang ataupun semasa latihan. Kerja sekolah yang
terlalu banyak telah menjadi satu bebanan ataupun tekanan pada seorang murid.

7.0 Penutup

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan kelab bola keranjang di sekolah ini menjalankan
aktiviti yang terancang dan mereka dapat mengurus wang dengan baik kecuali
peruntukkan kewangan yang kritikal. Kelab ini diuruskan secara baik melalui
pimpinan guru penasihat dan usaha menjana kewangan bagi meneruskan
pencapaian merekan dalam bidang bola keranjang. Melalui kajian yang
dijalankan, saya berharap saya dapat menjadikan seorang guru yang
bertanggungjawab untuk mengurus kelab dengan jaya dan juga menguruskan
kewangan kelab dengan baik bagi memanfaatkan setiap ahli kelab dan juga
sekolah. Aktiviti-aktiviti menjana kewangan adalah aktiviti yang banyak belajar
dalam aspek kepimpinan, pengurusan serta tanggungjawab dan dapat
melancarkan aktiviti sesebuah kelab.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang terancang banyak membantu dalam


pengurusan kelab dan pengurusan wang yang baik merupakan suatu kelebihan
dalam sesebuah kelab supaya segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.
Rujukan

Mohd Richard Neles. (2013). Pengurusan Kewangan Di Sekolah Kebangsaan


dan Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Kajian Kes. Retrieved from
http://www.ipbl.edu.my/portal/peenyelidikan/jurnal/papers/jurnal2012/mrna
_jp2013.pdf
Ahmad Anuar. (2011). Tujuh Cara Menjana Kewangan Aktiviti Pelajar di UKM.
Retrieved from
http://anuar-ahmad.blogspot.my/2011/12/tujuh-cara-untuk-menjana-
kewangan.html
Yahaya Sani Abdullah. (2005). Mengurus Sekolah. Pahang Darul Makmur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Cecilia Minden, Katie Marsico. (2015). BOLA KERANJANG. Kuala Lumpur:
Institut
Terjemahan & Buku Malaysia.
Administrator HSBM. (2016). Guru Penasihat Kelab Persatuan. Portal Rasmi
High
School Bukit Mertajam. Retrieved from
http://www.hsbm.edu.my/index.php/kokurikulum/kelab-dan-persatuan/373-
guru-penasihat-kelab-persatuan
Azhan Samat. Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
Pengenalan Kepada Pengurusan Kewangan Di Sektor Awam. Retrieved
from http://www.nre.gov.my/msmy/PusatInformasi/Info
%20PTK/Bab_Pengurusan_Kewangan.pdf

Sarsby, A. (2016). SWOT Analysis. England: Leadership Library.

Anda mungkin juga menyukai