Anda di halaman 1dari 13

Amalan Pengurusan Sumber Manusia Dalam Kalangan Pemimpin Dan

Kemahiran Guru Aliran Perdana Untuk Program Pendidikan Inklusif di


Terengganu

Siti Norfatin Binti Abdullah


Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
far10_90@yahoo.com 0145290342

Dr. Bity Salwana binti Alias


Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
bity@ukm.edu.my 0 12-372 5032

ABSTRAK
Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) dalam sistem pendidikan aliran perdana merupakan satu usaha
yang dijalankan ke arah mengurangkan jurang antara murid pendidikan khas dan murid aliran perdana. Namun,
usaha tersebut berhadapan beberapa kekangan yang memberi kesan terhadap kemahiran guru aliran perdana.
Peranan guru besar dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang terhadap kelancaran program. Maka
kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam amalan pengurusan sumber manusia dalam
kalangan pemimpin dan kemahiran guru untuk melaksanakan PPI serta hubungan keduanya. Kajian berbentuk
tinjauan ini dijalankan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Sampel kajian
terdiri daripada 70 orang guru aliran perdana yang terlibat dengan PPI di 16 buah sekolah integrasi yang
melaksanakan PPI di Terengganu. Dapatan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi 20.0
untuk menguji kekerapan, skor min dan korelasi. Analisis mendapati tahap amalan pengurusan sumber manusia
dalam kalangan pemimpin di Terengganu adalah pada tahap sederhana dengan min 3.48. Manakala tahap
kemahiran guru aliran perdana juga pada tahap sederhana dengan min 3.59. Analisis juga mendapati terdapat
hubungan positif yang sederhana antara amalan pengurusan sumber manusia dalam kalangan pemimpin dan
kemahiran guru aliran perdana untuk PPI, (r=.367, p=0.02). Analisis hubungan bagi konstruk pengurusan
sumber manusia dengan kemahiran guru aliran perdana mendapati hanya konstruk peningkatan ilmu dan
kemahiran yang mempunyai hubungan yang signifikan. Manakala didapati konstruk insentif dan kepimpinan
bersama tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemahiran guru aliran perdana. Dapat dirumuskan
bahawa guru besar berperanan besar dalam menggalakkan peningkatan ilmu dan kemahiran guru aliran perdana
bagi meningkatkan kemahiran guru aliran perdana untuk PPI.

Kata kunci: program pendidikan inklusif, amalan pengurusan sumber manusia pemimpin, kemahiran, guru
aliran perdana

1.0 PENGENALAN

Chinyere A. Omebe (2014) menyatakan, pengurusan sumber manusia merupakan satu


pendekatan yang strategik untuk mengagihkan aset utama organisasi iaitu tenaga manusia
secara berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Seterusnya, menurut Mumtaz Begam
dan Bity Salwana (2015) pula, pengurusan sumber manusia merangkumi keupayaan
pemimpin mengurus kakitangan berdasarkan dasar, undang-undang dan peraturan terkini bagi
menghasilkan impak terhadap kemajuan organisasi.
Antara dasar pendidikan negara yang telah digubal adalah Program Pendidikan
Inklusif. Menurut Deklarasi Salamanca (UNESCO,1994) resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang menerangkan tentang prinsip, dasar dan amalan pendidikan khas telah diguna
pakai oleh beberapa negara. Berdasarkan dokumen tersebut, salah satu program pendidikan
khas adalah Program Pendidikan Inklusif. Oleh itu, berdasarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat
menyediakan pendidikan terbaik untuk semua murid termasuk Murid Berkeperluan Khas
(MBK) melalui pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Program Pendidikan Inklusif
(PPI) merujuk kepada perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada Murid Berkeperluan
Khas (MBK) untuk belajar di dalam kelas yang sama dan menggunakan kurikulum yang
sama dengan murid aliran perdana (Mitchell.D 2014).
Kepentingan pelaksanaan PPI adalah bagi membolehkan MBK terlibat secara aktif
bersama komuniti dalam program pendidikan sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar
bilik darjah. Pelaksanaan PPI juga membuka peluang serta memberi hak kepada MBK untuk
mendapatkan pendidikan yang sama dengan pelajar normal.
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) , PPI
merupakan inisiatif ke 34 daripada 100 inisiatif iaitu peningkatan enrolmen dalam Program
Pendidikan Inklusif bagi murid berkeperluan khas. Seiring dengan objektif PPPM, kajian ini
dapat memberi kefahaman serta kesedaran kepada guru besar tentang peranan dan
tanggungjawab untuk meningkatkan mutu pendidikan inklusif menerusi amalan pengurusan
sumber manusia. Oleh itu, guru-guru dapat melaksanakan proses pengajaran yang berkualiti
seterusnya meningkatkan pencapaian murid berkeperluan khas dalam pendidikan inklusif.
Justeru, bagi memastikan matlamat PPI ini tercapai, guru besar bertanggungjawab
memainkan peranan dalam menubuhkan dan menggerakkan Jawatankuasa Program
Pendidikan Khas Sekolah, merancang dan melaksanakan latihan dalam perkhidmatan
berkaitan PPI untuk semua guru dan staf sokongan, memantau pelaksanaan PPI secara
berkala, dan memastikan warga sekolah peka dan faham mengenai PPI (Bahagian Pendidikan
Khas 2013). Peranan guru besar dan pengetua yang digariskan di dalam Buku Garis Panduan
Program Pendidikan Inklusif penting agar dapat memastikan guru-guru bersedia
melaksanakan PPI dengan berkesan.
Kajian David Armstrong (2017) menyatakan, banyak masalah dalam pelaksanaan PPI
disebabkan pemimpin kurang memainkan peranan seterusnya memberi kesan terhadap
kesediaan guru melaksanakan program inklusif. Kekurangan latihan seperti kursus berkaitan
pendidikan inklusif menyebabkan guru-guru tidak bersedia, kurang kompeten serta tidak
faham tentang peranan mereka dalam melaksanakan PPI.
Menurut Zawawi Zahari (2017) juga , kebanyakan sekolah masih tidak melaksanakan
PPI dengan baik disebabkan oleh kekurangan sokongan daripada pihak pentadbir sekolah.
Kajian juga mendapati, sekolah memerlukan bimbingan khas serta kursus pendedahan
tentang pelaksanaan PPI agar guru-guru dapat melaksanakan PPI selaras dengan objektif
yang ditetapkan.
Seterusnya, kajian Norliah (2018) menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara
peranan pemimpin dengan keberkesanan program inklusif. Namun,menurut Norliah lagi,
kajian terhadap peranan pemimpin dalam pelaksanaan PPI masih kurang diberi penekanan.
Oleh itu, kajian ini akan mengkaji peranan pemimpin berdasarkan bidang amalan pengurusan
sumber manusia dan kemahiran guru aliran perdana untuk melaksanakan pendidikan inklusif.

1.1 TUJUAN DAN HIPOTESIS KAJIAN


Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap amalan pengurusan sumber manusia dalam
kalangan pemimpin di sekolah rendah integrasi yang melaksanakan PPI di Terengganu,
kemahiran guru aliran perdana untuk melaksanakan PPI dan hubungan antara kedua-duanya
Kajian ini juga mengkaji hubungan antara setiap konstruk amalan pengurusan sumber
manusia iaitu peningkatan ilmu dan kemahiran, insentif dan kepimpinan bersama dengan
kemahiran guru aliran perdana untuk PPI.
Antara hipotesis kajian adalah seperti di bawah.
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan pengurusan sumber
manusia dengan kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap konstruk insentif dengan
kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap konstruk peningkatan ilmu dan
kemahiran dengan kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.
Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap konstruk kepimpinan bersama
dengan kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.

1.2 KERANGKA KONSEP KAJIAN

Amalan pengurusan sumber Kemahiran guru aliran


manusia guru besar perdana untuk PPI.
 1. Peningkatan ilmu dan
kemahiran
 2. Insentif
 3. Kepimpinan Bersama

Rajah 1:Kerangka konsep kajian.

Berdasarkan kerangka konsep kajian di atas, pengkaji menguji tiga konstruk amalan
pengurusan sumber manusia dalam kalangan pemimpin sekolah berdasarkan teori pengurusan
sumber manusia iaitu Teori Pengurusan Sumber Manusia AMO Appelbaum et.al, (2000)
sebagai pembolehubah tidak bersandar. Konstruk yang dikaji adalah peningkatan ilmu dan
kemahiran, insentif dan kepimpinan bersama. Manakala pemboleh ubah bersandar dalam
kajian ini adalah kemahiran guru aliran perdana untuk melaksanakan PPI.

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Menurut teori pengurusan sumber manusia AMO Appelbaum et.al, (2000) amalan
membangunkan kebolehan dan kemahiran pekerja melalui latihan peningkatan ilmu dan
kemahiran, memotivasi pekerja melalui pemberian insentif serta memberi peluang kepada
pekerja dalam membuat keputusan melalui amalan kepimpinan bersama dapat meningkatkan
prestasi kemahiran pekerja.
Seterusnya, kajian Nancy Singai (2017) yang dijalankan di Sarawak yang mengkaji
amalan pengurusan sumber manusia dalam kalangan pengetua mendapati, amalan pengurusan
sumber manusia dalam kalangan pengetua sekolah berada pada tahap sederhana tinggi di
mana min tertinggi antara dimensi yang dikaji adalah latihan dan pembangunan.
Namun, kajian Bity Salwana Alias dan Azlin Norhaini Mansor (2018) yang juga
mengkaji tahap pengurusan sumber manusia dalam kalangan pengetua di Malaysia mendapati
tahap pengetahuan dan kemahiran pengetua tentang pengurusan sumber manusia berada
tahap tinggi. Skor min tertinggi bagi kemahiran pengurusan sumber manusia pengetua adalah
kemahiran membentuk budaya memberi penghargaan kepada warga sekolah Manakala min
terendah antara konstruk dikaji adalah pengetahuan pengetua untuk program peningkatan
ilmu dan kemahiran guru di mana pengetua kurang berpengetahuan untuk merancang
program pembangunan kemahiran guru berbanding konstruk lain.
Kajian lepas turut mendapati terdapat hubungan signifikan yang kuat antara guru
besar yang sentiasa memberi galakan kepada guru untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
dengan keberkesanan pelaksanaan PPI. Antaranya adalah kajian Tingrui Yan & Meng Deng
(2018) yang dijalankan di China mengatakan guru yang menghadiri latihan peningkatan ilmu
dan kemahiran tentang pelaksanaan PPI menunjukkan kebimbangan mengenai kejayaan PPI
berbanding guru yang tidak pernah menerima sebarang latihan. Seterusnya membantu mereka
untuk lebih bersedia dari segi kemahiran bagi melaksanakan PPI dengan berkesan.
Di samping itu, kajian Norliah Mohd. Amin dan Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016)
menunjukkan peratusan yang tinggi di mana responden bersetuju perkembangan staf yang
dihadiri memberi persediaan kepada guru melaksanakan kelas inklusif dengan lebih
komprehensif. Kajian tersebut juga mendapati, guru lebih berkemahiran apabila guru besar
menjalankan program perkembangan staf untuk semua guru bagi membantu guru memahami
program inklusif terutamanya bagi guru yang tiada pengalaman mengurus murid khas .
Menurut kajian Piety Runhaar (2016) , yang mengkaji kepentingan pengurusan
sumber manusia kepada guru dan warga sekolah mendapati, terdapat hubungan antara
pemimpin yang mengamalkan pemberian insentif kepada guru dengan motivasi guru untuk
membangun kemahiran dalam melaksanakan sesuatu program dengan berkesan. Pelaksanaan
pemberian insentif atau ganjaran akan dapat meningkatkan kemahiran pengajaran para guru
di sekolah.
Kim Fong Poon McBrayer (2017), guru besar yang mengamalkan kepimpinan
bersama dapat mendorong guru-guru untuk menggunakan sumber-sumber pengajaran dengan
cekap dan berkesan. Melalui amalan berkongsi misi dan visi bersama guru akan
mendedahkan guru dengan kemahiran menyelesaikan masalah serta mencapai matlamat
program pendidikan inklusif bersama. Kemahiran menyelesaikan masalah membantu guru
membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam pengajaran bagi membantu murid
bekeperluan khas yang diinklusifkan.
Peranan ini disokong oleh kajian Cammy D. Romanuck Murphy (2018), yang
menyatakan kemahiran kolaborasi antara pemimpin dengan guru-guru mempunyai hubungan
terhadap keupayaan guru melaksanakan PPI. Pemimpin dalam kajian tersebut bersetuju
bahawa keupayaan guru besar mengajak guru-guru untuk menyelesaikan masalah bersama
berdasarkan satu matlamat sangat berkesan dalam mendorong guru memahami peranan
mereka dalam mencapai objektif pendidikan inklusif.
Berdasarkan kajian Anwar Ridhwan (2017) , yang dijalankan di Selangor pula,
kemahiran guru aliran perdana untuk melaksanakan PPI adalah pada tahap sederhana. di
Guru di aliran perdana kurang berupaya memainkan peranan mereka dalam proses
pengajaran untuk murid berkeperluan khas yang diinklusif.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan menggunakan soal selidik yang dibina sendiri oleh
pengkaji sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Instrumen soal selidik telah diuji
kebolehpercayaan dan kesahan. Populasi kajian terdiri daripada guru aliran perdana yang
terlibat dengan PPI di dua daerah di Terengganu. Daerah yang dipilih merupakan daerah yang
terlibat dengan program rintis PPI peringkat kebangsaan.
Kaedah persampelan kajian adalah secara bertujuan iaitu berfokus kepada semua
sekolah rendah integrasi yang melaksanakan PPI di daerah terpilih iaitu sebanyak 16 buah
sekolah. Seterusnya semua guru aliran perdana yang terlibat dengan PPI di sekolah tersebut
dipilih sebagai sampel disebabkan oleh bilangan sampel yang terhad. Oleh itu, seramai 70
orang guru aliran perdana di dua daerah di Terengganu telah terlibat sebagai sampel bagi
menjawab soal selidik kajian.
Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi 20.0 untuk
menguji kekerapan, skor min dan korelasi. Interpretasi skor min adalah berdasarkan Rudzi
Munap (2003) manakala interpretasi korelasi adalah berdasarkan Cohen (1988) seperti di
bawah.

Skor min Interpretasi


Rendah 1.00 – 2.33
Sederhana 2.34 – 3.66
Tinggi 3.67 – 5.00
Jadual 1 : Interpretasi skor min

Nilai pekali (r) Interpretasi


0.10 hingga 0.29 atau -0.10 hingga -0.29 Hubungan positif atau negatif yang
lemah
0.30 hingga 0.49 atau -0.30 hingga -0.49 Hubungan positif atau negatif yang
sederhana teguh
0.50 hingga 1.0 atau -0.50 hingga -1.0 Hubungan positif atau negatif yang
teguh
Jadual 2: Interpretasi korelasi

4.0 DAPATAN KAJIAN


1. Tahap amalan pengurusan sumber manusia dalam kalangan guru besar di Terengganu

Dalam kajian ini, amalan pengurusan sumber manusia (PSM) guru besar diukur berdasarkan
amalan peningkatan ilmu dan kemahiran, insentif dan kepimpinan bersama. Analisis
deskriptif yang melibatkan kekerapa, min dan sisihan piawai telah dijalankan untuk
menentukan tahap amalan PSM guru besar di sekolah rendah yang terlibat dengan PPI di
Terengganu (rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Tahap amalan pengurusan sumber manusia dalam kalangan guru besar di
Terengganu

Konstruk Min Sisihan piawai Tahap


Peningkatan ilmu dan kemahiran 2.79 0.70 Sederhana
Insentif 3.80 0.44 Tinggi
Kepimpinan bersama 3.85 0.35 Tinggi

Tahap keseluruhan skor min 3.48 0.49 Sederhana

Dapatan kajian dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa amalan pengurusan sumber


manusia guru besar di Terengganu secara umumnya adalah pada tahap sederhana dengan
nilai min 3.48 dan sisihan piawai 0.49. Dapatan kajian juga menunjukkan konstruk
kepimpinan bersama merupakan amalan yang paling kerap diamalkan dengan nilai min 3.85
dan sisihan piawai 0.35, diikuti oleh konstruk insentif iaitu min 3.80 dan sisihan piawai 0.44.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran dengan nilai
min 2.79 dan sisihan piawai 0.70 berada pada tahap paling kurang diamalkan dan berada pada
tahap sederhana.
Jadual 4: Analisis item konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran berdasarkan persepsi guru

Kekerapan
Bil Item n Tidak Jarang Kadang- Kerap Sentiasa
pernah kadang kali
.
Guru besar saya…
1. menggalakkan guru aliran perdana untuk 70 7 19 37 4 3
menghadiri latihan/kursus untuk
meningkatkan pengetahuan mengajar murid
pendidikan inklusif
2. menggalakkan guru mendapatkan kemahiran 70 7 22 32 4 4
mengurus murid pendidikan inklusif
3. menggalakkan guru mendapatkan khidmat 70 5 21 35 5 4
pakar tentang teknik pengajaran dan
pemudahcaraan murid pendidikan inklusif.
4. menggalakkan perkongsian kepakaran antara 70 1 15 40 7 7
guru pendidikan khas dan guru aliran perdana
untuk melaksana pendidikan inklusif.
5. menggalakkan lawatan penanda aras ke 70 13 26 23 5 3
sekolah-sekolah yang cemerlang dalam
program pendidikan inklusif.
6. menggalakkan guru pendidikan khas dan 70 1 13 32 16 8
guru aliran perdana sama-sama merancang
aktiviti meningkatkan keberkesanan Program
Pendidikan Inklusif.

Jadual 4 menunjukkan kekerapan persepsi guru aliran perdana berdasarkan item bagi
konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran. Hasil kajian mendapati, item yang paling ramai
guru sangat bersetuju adalah item 6 iaitu seramai 8 orang guru menyatakan pemimpin
sekolah menggalakkan guru guru pendidikan khas dan guru aliran perdana sama-sama
merancang aktiviti meningkatkan keberkesanan Program Pendidikan Inklusif. Manakala item
paling rendah adalah item 1 dan item 5 iaitu hanya 3 orang guru yang menyatakan sangat
bersetuju bahawa pemimpin mengamalkan amalan yang dinyatakan.

Jadual 5: Analisis item konstruk insentif berdasarkan kekerapan persepsi guru

Kekerapan
Bil Item n Tidak Jarang Kadang- Kerap Sentiasa
pernah kadang kali
.
Guru besar saya…
1. memberi insentif kepada guru yang 70 9 9 28 18 6
cemerlang dalam pengajaran program inklusif
2. memberi insentif kepada guru yang berjaya 70 5 10 26 23 6
meningkatkan prestasi akademik /
kokurikulum murid pendidikan inklusif.
3. menjaga kebajikan guru dengan baik. 70 - - - - 70
4. memuji guru yang memberikan usaha secara 70 - - 8 16 46
bersungguh dalam melaksana tugas.
5. memberi peluang kepada guru berprestasi 70 - - 6 18 46
cemerlang untuk kenaikan pangkat.
6. memberi pengiktirafan kepada guru secara 70 - 17 19 25 9
berkala

Jadual 5 menunjukkan, item yang paling ramai guru sangat bersetuju adalah item 3
iaitu seramai 70 orang guru menyatakan pemimpin sekolah menjaga kebajikan guru dengan
baik.. Manakala item paling rendah adalah item 1 dan item 2 iaitu hanya 6 orang guru yang
menyatakan sangat bersetuju bahawa pemimpin mengamalkan amalan yang dinyatakan.

Jadual 6: Analisis item konstruk kepimpinan bersama berdasarkan kekerapan persepsi guru

Kekerapan
Bil Item n Tidak Jarang Kadang- Kerap Sentiasa
pernah kadang kali
.
Guru besar saya…
1. memberi galakan untuk guru aliran perdana 70 - 2 24 44 -
memahami objektif pelaksanaan program
pendidikan inklusif
2. membimbing guru perdana merancang pelan 70 - 10 15 12 33
strategik untuk program pendidikan inklusif
3. berkolaborasi bersama guru aliran perdana 70 - 1 9 59 1
merancang strategi penyelesaian masalah
dalam pelaksanaan pendidikan inklusif
4. memberi galakan semangat kerja berpasukan 70 - 1 21 30 18
5. membimbing guru membuat penilaian 70 18 11 41
terhadap keberkesanan pengajaran
pendidikan inklusif
6. memberi galakan untuk guru membuat 70 1 3 33 25 8
keputusan berkaitan pendidikan inklusif

Jadual 6 menunjukkan, item yang paling ramai guru sangat bersetuju adalah item 5
iaitu seramai 41 orang guru menyatakan pemimpin membimbing guru membuat penilaian
terhadap keberkesanan pengajaran pendidikan inklusif. Manakala item paling rendah adalah
item 3 iaitu hanya 1 orang guru yang menyatakan sangat bersetuju bahawa pemimpin
berkolaborasi bersama guru aliran perdana merancang strategi penyelesaian masalah dalam
pelaksanaan pendidikan inklusif.

i Tahap kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.

Jadual 7: Tahap kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif
Pembolehubah Min Sisihan piawai Tahap
Tahap kemahiran guru aliran perdana 3.59 0.65 Sederhana

Dapatan kajian dalam Jadual 3 menunjukkan bahawa kemahiran guru aliran perdana
untuk melaksanakan PPI di Terengganu adalah pada tahap sederhana dengan nilai min 3.59
dan sisihan piawai 0.65.
Jadual 8: Kekerapan kemahiran guru aliran perdana berdasarkan item.
Kekerapan
Bil Item n STS TS KS S SS
.
1. Saya mahir berkomunikasi dengan murid 70 - 3 21 37 9
pendidikan inklusif
2. Saya mahir mengurus kemajuan murid pendidikan 70 - 4 27 32 7
inklusif
3. Saya mahir merancang pengajaran yang berkesan 70 - 1 33 32 4
untuk murid pendidikan inklusif
4. Saya mahir menggunakan bahan bantu mengajar 70 - 1 30 34 5
yang berkesan untuk murid pendidikan inklusif
5. Saya mahir mengenal pasti peluang untuk murid 70 - 1 31 36 2
pendidikan inklusif belajar secara aktif dengan
murid aliran perdana
6. Saya mahir menggunakan kaedah penilaian yang 70 - 2 35 30 3
sesuai untuk murid pendidikan inklusif

Jadual 8 menunjukkan kekerapan kemahiran guru aliran perdana berdasarkan item


kemahiran untuk PPI. Kajian mendapati, kemahiran yang paling ramai dikuasai oleh guru
aliran perdana adalah kemahiran berkomunikasi dengan murid pendidikan inklusif iaitu
seramai 9 orang guru sangat bersetuju dengan penyataan tersebut. Manakala kemahiran
paling kurang dikuasai adalah kemahiran mengenal pasti peluang untuk murid pendidikan
inklusif belajar secara aktif dengan murid aliran perdana iaitu hanya 2 orang guru sahaja
sangat bersetuju dengan penyataan tersebut.

ii Hubungan amalan pengurusan sumber manusia dalam kalangan pemimpin sekolah dan
kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.

Ho : Tidak terdapat hubungan antara amalan pengurusan sumber manusia dalam kalangan
pemimpin sekolah dengan kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan
Inklusif.

Jadual 9 : Analisis hubungan amalan pengurusan sumber manusia pemimpin dan kemahiran
guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif

Amalan pengurusan sumber Kemahiran


manusia
Amalan pengurusan Korelasi pearson 1 .367**
sumber manusia
Sig.(2-tailed) .002
N 70 70
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Hasil kajian korelasi pada Jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif
yang sederhana dan signifikan antara amalan pengurusan sumber manusia dalam kalangan
pemimpin dan kemahiran guru untuk PPI pada aras keyakinan p= <0.01, (r=.367, p=0.02).
Ini bermakna amalan pengurusan sumber manusia pemimpin mempunyai perkaitan positif
yang sederhana dengan kemahiran guru untuk PPI iaitu semakin meningkat amalan
pengurusan sumber manusia pemimpin, semakin meningkat kemahiran guru untuk PPI.
Oleh itu, hipotesis null berjaya ditolak.

iii Hubungan konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pemimpin sekolah
dan kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.

Ho : Tidak terdapat hubungan antara konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran dalam
kalangan pemimpin sekolah dengan kemahiran guru aliran perdana untuk Program
Pendidikan Inklusif.

Jadual 10 : Analisis hubungan konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran pemimpin dan
kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif
Konstruk peningkatan ilmu Kemahiran
dan kemahiran
Konstruk amalan Korelasi pearson 1 .446**
peningkatan ilmu dan
kemahiran
Sig.(2-tailed) .000
N 70 70
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Hasil kajian korelasi pada Jadual 9 menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif
yang sederhana dan signifikan antara konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran dalam
kalangan pemimpin dan kemahiran guru untuk PPI pada aras keyakinan p= <0.01, (r=.446,
p=0.00). Ini bermakna konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran pemimpin mempunyai
perkaitan positif yang sederhana dengan kemahiran guru untuk PPI iaitu semakin meningkat
konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran pemimpin, semakin meningkat kemahiran guru
untuk PPI. Oleh itu, hipotesis null berjaya ditolak.

iv Hubungan konstruk insentif dalam kalangan pemimpin sekolah dan kemahiran guru aliran
perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.

Ho : Tidak terdapat hubungan antara konstruk insentif dalam kalangan pemimpin sekolah
dengan kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.

Jadual 11 : Analisis hubungan konstruk insentif pemimpin dan kemahiran guru aliran perdana
untuk Program Pendidikan Inklusif
Konstruk insentif Kemahiran
Konstruk amalan Korelasi pearson 1 .078
peningkatan ilmu dan
kemahiran
Sig.(2-tailed) .520
N 70 70
Hasil kajian korelasi pada Jadual 10 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara konstruk insentif dalam kalangan pemimpin dan kemahiran guru
untuk PPI pada aras keyakinan p= <0.01, (r=.078, p=0.520). Ini bermakna konstruk insentif
pemimpin tidak mempunyai perkaitan dengan kemahiran guru untuk PPI. Oleh itu, hipotesis
null tidak berjaya ditolak.

v Hubungan konstruk kepimpinan bersama dalam kalangan pemimpin sekolah dan kemahiran
guru aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif.

Ho : Tidak terdapat hubungan antara konstruk kepimpinan bersama dalam kalangan


pemimpin sekolah dengan kemahiran guru aliran perdana untuk Program Pendidikan
Inklusif.

Jadual 12 : Analisis hubungan konstruk kepimpinan bersama pemimpin dan kemahiran guru
aliran perdana untuk Program Pendidikan Inklusif
Konstruk insentif Kemahiran
Konstruk amalan Korelasi pearson 1 .139
peningkatan ilmu dan
kemahiran
Sig.(2-tailed) .253
N 70 70

Hasil kajian korelasi pada Jadual 11 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara konstruk kepimpinan bersama dalam kalangan pemimpin dan
kemahiran guru untuk PPI pada aras keyakinan p= <0.01, (r=.139, p=0.253). Ini bermakna
konstruk kepimpinan bersama pemimpin tidak mempunyai perkaitan dengan kemahiran guru
untuk PPI. Oleh itu, hipotesis null tidak berjaya ditolak.

5.0 PERBINCANGAN
Hasil kajian mendapati amalan pengurusan sumber manusia guru besar di Terengganu secara
umumnya adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini bercanggah dengan kajian Nancy
Singai (2017) yang mendapati, amalan pengurusan sumber manusia dalam kalangan
pemimpin sekolah berada pada tahap sederhana tinggi di mana min tertinggi antara dimensi
yang dikaji adalah latihan dan pembangunan berbanding dapatan kajian ini yang mendapati
konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran paling kurang diamalkan. Kajian ini juga tidak
selari dengan kajian Bity Salwana et al.(2018) yang mendapati tahap pengurusan sumber
manusia pengetua yang dikaji adalah pada tahap tinggi.
Bagi tahap kemahiran guru aliran perdana pula, dapatan kajian menunjukkan hasil
yang sama dengan kajian Anwar Ridhwan (2017), yang mendapati kemahiran guru aliran
perdana bagi melaksanakan PPI adalah pada tahap sederhana di mana guru di aliran perdana
kurang mahir dalam mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid berkeperluan
khas yang diinklusifkan.
Seterusnya, hasil kajian ini dapat membuktikan bahawa terdapat hubungan antara
amalan pengurusan sumber manusia dalam membangun kesediaan kemahiran guru untuk
melaksanakan sesuatu program dengan berkesan. Dapatan kajian menyokong teori AMO
Appelbaum et.al, (2000) yang menyatakan pemimpin yang dapat mengatur sumber manusia
dengan strategik dan berkesan dapat meningkatkan prestasi kemahiran pekerja.
Namun, antara konstruk amalan pengurusan sumber manusia, didapati hanya konstruk
peningkatan ilmu dan kemahiran yang mempunyai hubungan dengan kemahiran guru aliran
perdana untuk melaksanakan PPI. Dapatan ini selari dengan dapatan Norliah Mohd. Amin et
al. (2016), Tingrui Yan et al. (2018) yang menyatakan bahawa latihan peningkatan ilmu dan
kemahiran melalui program perkembangan profesionalisme yang dihadiri guru aliran perdana
mempunyai hubungan dengan kemahiran guru untuk melaksanakan PPI.
Bagi konstruk insentif, kajian ini tidak selari dengan dapatan Piety Runhaar (2016) ,
yang mengatakan, terdapat hubungan antara pemimpin yang mengamalkan pemberian
insentif kepada guru dengan motivasi guru untuk membangun kemahiran dalam
melaksanakan sesuatu program dengan berkesan. Hasil kajian mendapati walaupun pemimpin
mengamalkan pemberian insentif kepada guru pada tahap tinggi, namun kemahiran guru
perdana untuk melaksana PPI masih berada pada tahap sederhana.
Seterusnya, begitu juga dengan konstruk kepimpinan bersama. Walaupun didapati
pemimpin mengamalkan kepimpinan bersama pada tahap tinggi, namun kemahiran guru
aliran perdana untuk PPI adalah sederhana. Oleh itu, kajian ini bercanggah dengan dapatan
kajian Kim Fong Poon McBrayer (2017), yang menyatakan guru besar yang mengamalkan
kepimpinan bersama dapat mendorong guru-guru aliran perdana terutamanya berkaitan
kemahiran pengajaran untuk murid bekeperluan khas yang diinklusifkan.
Kesimpulannya, berdasarkan hasil kajian didapati konstruk yang mempunyai
hubungan signifikan dan memberi kesan kepada kemahiran guru aliran perdana untuk
melaksanakan PPI adalah konstruk peningkatan ilmu dan kemahiran. Walau bagaimanapun,
konstruk ini adalah paling kurang diamalkan oleh pemimpin di Terengganu.

6.0 CADANGAN DAN RUMUSAN


Berdasarkan dapatan min konstruk amalan pengurusan sumber manusia yang paling rendah
diamalkan membuktikan bahawa guru besar perlu meningkatkan peranan dalam
menggalakkan guru aliran perdana mendapatkan kemahiran untuk PPI melalui taklimat atau
kursus yang berkaitan. Galakkan untuk peningkatan ilmu dan kemahiran sangat penting bagi
menghasilkan guru aliran perdana yang kompeten dan sentiasa bersedia untuk melaksana PPI
dengan berkesan. Hal ini kerana kemahiran guru aliran perdana merupakan faktor penting
dalam menjayakan pelaksanaan PPI.
Selain itu, pihak berkaitan seperti PPD,JPN atau KPM juga harus sentiasa memantau
tahap sokongan guru besar di sekolah yang melaksanakan PPI agar guru besar memainkan
peranan seperti yang digariskan di dalam Buku Garis Panduan Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif (2013).
Kesimpulannya, usaha yang berterusan dari semua pihak adalah perlu bagi
memastikan pelaksanaan PPI ini dapat dijalankan dengan jayanya dan memberi ruang serta
peluang kepada murid berkeperluan khas agar mampu berdikari serta mengurangkan
tanggapan negatif kepada mereka.
RUJUKAN
Anwar Ridhwan bin Razali. 2017. Amalan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Sekolah.
Thesis Sarjana (Tidak Diterbitkan).Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Appelbaum E, Bailey T, Berg P and Kalleberg A.L. (2000) Manufacturing Advantage: Why
High- Performance Work Systems Pay Off. Ithaca: Cornell University Press.

Bahagian Pendidikan Khas. 2013. Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

Bity Salwana Alias dan Azlin Norhaini Mansor. 2018. School Human Resource Management
in Malaysia. Journal of Adv Research in Dynamical & Control Systems, Vol. 10, 12. pp
1361-1365Chinyere A. Omebe. 2014. Human Resource Management In Education:
Issues And Challenges. British Journal of Education. Vol.2,No.7,pp.26-31

Chinyere A. Omebe. 2014. Human Resource Management In Education: Issues And


Challenges. British Journal of Education. Vol.2,No.7,pp.26-31

David Armstrong.2017. Wicked Problems in Special and Inclusive Education. Journal of


Special Educational Needs. Vol.17,No.4,pp 229-236

Kim Fong Poon-McBrayer. 2017. School Leaders’ Dilemmas and Measures to Instigate
Changes for Inclusive Education in Hong Kong. Educational Change Journal.
Mumtaz Begam Binti Abdul Kadir & Bity Salwana Alias.2015.Pemimpin Realiti &
Harapan.Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.
Mitchell.D.2014.What Really Works in Special and Inclusive Education.New York.Routledge.
Nancy Anak Singai. 2017. Amalan Pengurusan Sumber Manusia Pengetua dan Hubungannya
dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan. Thesis Sarjana.
(Tidak Diterbitkan).Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norliah Mohd. Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. 2016. Pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2015. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-
6 : 29-35
Norliah binti Mohd. Amin. 2018. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas Dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2015. Thesis Phd (Tidak Diterbitkan).Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Piety Runhaar. 2016. How Can Schools and Teachers Benefit From Human Resources
Management? Conceptualising HRM from content and process perspectives. Journal
of Educational Management Administration & Leadership. pp 1-18
Rudzi Munap (2003), Penilaian Program Diploma Kesetiausahaan Eksekutif Di University
Teknologi ‘MARA’.Tesis Ph.D., UKM.Bangi.

Tingrui Yan & Meng Deng. 2018. Regular Education Teachers’ Concerns On Inclusive
Education In China From The Perspective Of Concerns-Based Adoption Model.
International Journal Of Inclusive Education.Vol.23,No.4.pp 1-19.

Zawawi bin Zahari.2017.Pelaksanaan Pendidikan Inklusif bagi Murid-Murid Bermasalah


Pembelajaran di Sekolah Rendah.Tesis Ph.D(Tidak Diterbitkan).Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai