Anda di halaman 1dari 3

emosi dalam pendidikan seni visual

Dicatat oleh gadis di balik cermin , Label: nota , Thursday, April 29, 2010 9:05 AM

Emosi Dalam Pendidikan Seni Visual.

Projek Zero yang diasaskan oleh Howard Gardner berharap dapat menyelesaikan masalah
dengan cadangan antaranya ialah ; Menyiasat tingkah laku pemikiran, sikap, nilai, tabiat
keghairahan minda yang memainkan peranan dalam berfikir seperti kecenderungan dan
kepekaan pelajar dalam memilih sebab yang sesuai untuk berfikir secara kritis ; Mereka dan
menolong mencerminkan masyarakat sekeliling seseorang dan menimbulkan, mengeluarkan,
menggerakkan dan menggalakkan perbuatan individu di dalam kumpulan dan masyarakat.

Di dalam bukunya Creative and Mental Growth, Victor Lowenfeld menggariskan tahap
perkembangan seni kanak-kanak ; Pada peringkat kedua ( Preschematic) empat hingga enam
tahun, kanak-kanak menggunakan warna tetapi lebih kepada emosi dari logikal ; Pada tahap
ke lima pula (The Pseudorealistic Stage) Kanak-kanak yang mempunyai daya tampak yang
tinggi mempunyai konsep visual yang sedar akan perubahan warna yang berlaku pada
keadaan yang berlainan, manakala yang kurang daya tampak melihat warna sebagai alat
mencerminkan reaksi emosi pada subjek yang dihasilkan.

Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ( 2000 ) berpendapat, walaupun manusia sering berbeza
pendapat tentang kepercayaan dan idealogi, tetapi mereka tetap mempunyai cita rasa yang
sama terhadap kedamaian, ketenangan, kecintaan dan keindahan seperti ketika berada di tasik
yang tenang di waktu senja yang sepi..

Judith Peck (2003) ‘ Kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan dalam memahami
pengalaman manusia. Pembelajaran ini menaksir penyelidikan tentang keupayaan perluahan
seni visual dalam personaliti dan tabiat, dan nilai seni visual di dalam menambahkan kualiti
kehidupan ‘.

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang
pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik minat
pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif,
berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap. Kesimpulan
dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka dimensi baru
seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.

Latarbelakang Terapi Seni.

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan
sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain
lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan
universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.

Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis
di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai
proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat
berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan
berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik
sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai
terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan
diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990,
National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat
perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’
menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis
figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran
sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura
ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen Seld
mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat.
Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni
dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.

Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa menekankan
kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan
keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual merupakan kuasa luar
biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah manusia.

Matlamat Terapi Seni

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman
dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni
yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan
lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a
school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while
facililitating their ability to implement change.

Objektif Terapi Seni

Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan kajian
individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan, gaya dan
simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di
alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan
pertolongan.

Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang
mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan
fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

Fungsi Terapi Seni Di dalam Pemantapan Emosi Pelajar

Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan
permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat
mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen
yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi
dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran
tetapi kehidupan seharian.Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara
negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi
ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha
menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan,
pernyataan kendiri dan utiliti idea.

Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan yang
tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi
genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini
suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini
adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan negara
kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan
berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap di samping
kestabilan emosi.

http://gurlzinmirror.blogspot.com/2010/04/emosi-dalam-pendidikan-seni-visual.html

Anda mungkin juga menyukai