Anda di halaman 1dari 8

2.

0 - Terapi Seni ( Video )

2.1- Pengenalan Terapi Seni

Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama
kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri
boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.Terapi
seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan
pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni
terutama lukisan.

Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan
mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur.
Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan
media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik
dan teknik proses kreatif. Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk
mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan
dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang
kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui
rekabentuk seni luar.( Judith Peck)

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive


Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal
conflicts, while facililitating their ability to implement change”. Melalui ekspresi seni
pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik
jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang
terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam
memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk “seni luar”. ( JudithPeck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive


Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal
conflicts, while facililitating their ability to implement change”.

Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun
bahan seni yang dicipta dari tanah liat. Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor
akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses

12
ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap
tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.
Profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej,
proses kreativiti seni dan tindak balas klien untuk menghasilkan produk sebagai
mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan
pertelingkahan.
Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat.
Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang
kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha
menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan
kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.
Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi
keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang
yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat,
budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai
kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah
untuk memastikan kepesatan pembangunan Negara kita, bukan saja ditajai oleh
insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi
yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap disamping kestabilan
emosi.
Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris
dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan
lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu
sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an,
Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan
klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa
perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam
perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap.
Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service
For Social Services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni.
Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.
Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan
Kanak-kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-
kanak yang melukis gambar ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud

13
yang tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu
lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor
Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan
tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan
terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.
Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa
menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan
atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni
visual merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan
menjadi pemangkin sahsiah manusia.

2.2- Konsep Terapi Seni

Konsep terapi seni adalah untuk memberi bantuan rawatan tanpa ubatan dan
pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan
Seni Visual. kedua pula, Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan
serta mengawal emosi dan tekanan dalam menghadapi proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kehidupan seharian.
Selain itu, konsep ini juga turut mempengaruhi diri murid pendidikan khas
dalam membentuk satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku dalam diri mereka.
Hasil kerja daripada setiap pelajar dapat menzahirkan luahan seni pesakit sama ada
melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) serta membantu minda mereka
memberi tumpuan pada hasil seni.
Konsep terapi seni juga turut melibatkan proses teraputik iaitu di mana ia
perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda serta
merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit

2.3- Pengertian Terapi Seni

Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu


menjalankan kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni
visual ialah hasil karya seseorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik
dalam seni. misalnya, teknik melukis, mewarna, menampal, dan mencantum dalam
bentuk sama ada satu, dua atau tiga matra. oleh itu terapi seni visual boleh

14
didefinisikan sebagai satu kaedah rawatan yang menggunakan media seni, imej,
proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk.
Tokoh profesional dalam terapi seni iaitu Waller dan Gilroy, 1992 mengatakan
terapi seni suatu bentuk terapi di mana pembuatan citra visual di hadapan seorang
terapis seni berkualiti memberikan sumbangan terhadap eksternalisasi fikiran dan
perasaan yangdinyatakan akan tetap terpendam. Gambar mungkin mempunyai
diagnostik serta fungsi terapeutik pada bahawa mereka menyediakan pesakit dan
terapis dengan rekod terlihatsesi dan memberikan penunjuk untuk rawatan lebih
lanjut.

2.4- Kepentingan Terapi Seni

Antara kepentingan terapi seni ialah:

1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar

2. Meluahkan perasaan

3. Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti

4. Menguatkan daya imaginasi

5. Menguatkan motor kasar dan motor halus

6. Memperkembangkan bakat yang sedia ada

7. Menghayati nilai seni

Terapi seni ini sememangnya memberi banyak faedah kepada murid-murid


bermasalah pembelajaran. Meskipun kita lihat terapi seni memberi banyak manfaat
kepada insan khas, tetapi dalam pelaksanaan aktiviti seni bukanlah mudah seperti
apa yang kita jangkakan. Semasa melakukan aktiviti seni, kita perlu bersedia
membimbing kanak-kanak khas. Hal ini kerana, kita akan berhadapan dengan
banyak masalah sewaktu melakukan aktiviti seni. Antara masalah yang bakal kita
hadapi ialah:

1. Masalah pengamatan murid-murid khas

2. Masalah koordinasi motor kasar dan motor halus

15
3. Masalah komunikasi

4. Masalah sosialisasi

5. Masalah imaginasi

6. Masalah pemahaman konsep

2.5- Keperluan Terapi Seni

Terapi seni merupakan salah satu terapi di mana pesakit atau kanak-kanak
yang bermasalah pembelajaran dapat melahirkan isi hati mereka sendiri melalui idea
serta gubahan yang mereka buat dalam aktiviti seni visual. Salah satu keperluan
dalam terapi seni adalah untuk menyelesaikan konflik emosi yang di alami oleh
kanak-kanak pendidikan khas. Selain itu, meningkatkan kesedaran dan semangat
kendiri dalam diri setiap murid pendidikan khas juga merupakan keperluan terapi
seni dalam diri mereka.

Tidak terkecuali, keperluan terapi ini juga turut membina kesedaran sosial dan
mengubah tingkah laku sama ada secara langsung atau pun tidak. Ada di antara
mereka yang dapat di ubah tingkah laku dalam jangka masa yang pendek dan ada
juga yang terpaksa mengambil masa yang panjang bagi mengubah tingkah laku
murid pendidikan khas ini. Ke semua permasalah bergantung kepada tahap penyakit
yang mereka hadapi serta tahap keintelektual pemikiran mereka. Akhir sekali,
keperluan terapi seni ini juga turut membina strategi penyelesaian masalah yang
dapat difikirkan oleh guru bagi meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran dalam
diri murid pendidikan khas dan tidak lupa juga murid bermasalah ini juga dapat
meningkatkan kemahiran penguasaan hidu dalam deria mereka.

2.6- Kaedah Pelaksanaan Terapi

Kaedah pelaksanaan terapi ini boleh dilakukan di dalam kelas sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran bermula. Guru juga boleh menerapkan unsur seni
visual dalam pengajaran mereka supaya pengajaran pada hari itu lebih menarik dan
menyeronokkan. Unsur terapi seni ini boleh di masukkan dalam langkah pengajaran
mereka sama ada dalam langkah dua atau tiga. Ia juga boleh di jadikan salah satu
aktiviti yang boleh menarik minat pelajar untuk terus mengikuti P&P guru tersebut.

16
Antara aktviti seni yang boleh dilakukan adalah seperti seni lukisan, catan, kolaj,
montaj, cetakan, gosokan, resis dan pelbagai lagi.

 Lukisan

Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas
permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna
paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di
mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga
adalah terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.

 Kolaj

Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting,


menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan
yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis
kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.

 Catan

Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia
terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus
atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat
interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu
sama ada yang nyata atau abstrak.

Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat
akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).

 Montaj

Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar


dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej
pengajarana, alam sekitar dan lain-lain. Aktiviti montaj lazimnya menggunakan
teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan
teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti
montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super
impose, image editing photographydigunakan dengan menggunakan komputer

17
dalam menghasilkan montaj. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh
dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-
warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik
perhatian pemerhati.

2.7- Keberkesanan Terapi Seni

Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti
mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat
mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak
keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang
mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk


meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai
kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk
mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders ,
1997; Rubin 1978).

Pembentukan sahsiah merupakan ciri penting individu dalam memperkuatkan


dan memperteguhkan keupayaan diri bagi melahirkan insan yang berkeupayaan,
cerdas, bijaksana, mahir , berteknologi dan berpendidikan. Bertujuan untuk
melahirkan kesedaran pada pelajar bahawa seni sebagai satu landasan meluahkan
emosi atau kenyataan kendiri. Manakala guru pula dapat menilai, merawat dan
mengkaji masalah pelajar dan menjadikan nilai terapeutik pemangkin emosi dan
sahsiah pelajar.

Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan


merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor
terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien. Melalui
kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan
masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan
serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.

Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar
klien tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan. Manfaat
terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University of

18
Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh membantu
mengatasi gangguan mental.

Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti


perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut dari
Therapeutic Community of theNorthen Area of the Virgen de las Nieves Hospital,
Granada selama lebih dari setahun. Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah
terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam seminggu. Selama mengikuti
terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani,
EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk menambahkan pandangan
mereka.

Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan


terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka. Selama proses ini
berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan serta
meluahkan perasaan dan emosi mereka. Dengan itu, mereka boleh menghilangkan
perasaan yang tidak mereka ingini dan menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang
sepatutnya dan diingini oleh mereka.

Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai


pemangkin emosi dalam sahsiah pelajar.

1. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa


seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi
dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini,
melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh
terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di
dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ).
2. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan
untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka
juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk
mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju
kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).
( Eve C .Jarboe, 2002 )

19

Anda mungkin juga menyukai