Anda di halaman 1dari 3

Terapi Seni

DEFINISI TERAPI SENI Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan.

KONSEP TERAPI SENI Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikanpermasalahan berkaitan cabang ilmu P endidikan Seni Visual. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosidan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajarantetapi kehidupan seharian. Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. (Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri) Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. Melalui luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya membuat penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.

MATLAMAT TERAPI SENI


Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflikjiwa Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi duniaseni melalui re kabentuk seni luar. ( Judith Peck )

OBJEKTIF TERAPI SENI

Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan kajian individu,pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan, gaya dan simbol imej yangkerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positifterhadap orang yang memerlukan p ertolongan. Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

FUNGSI TERAPI SENI DALAM PEMANTAPAN EMOSI


Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyaimasalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secaratersurat dan tersirat. Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan menakutkannya. Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderungan melukis dan menulis didinding dinding yang dipanggil gr afitti. Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini sahaja mereka dapatmeluahkan perasaan sambil m enyampaikan mesej. Yang pada mereka, dapat menenangkanpemberontakan dalam diri.

Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan seperti di atas mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan seni Visual.

KEBERKESANAN TERAPI SEBAGAI PEMANGKIN EMOSI DAN SAHSIAH PELAJAR


Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana merekaberharap menja di dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberikanak kanak keupayaan untuk meng uasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili merekadi dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ) Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melaluipermainan dan se ni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan dirimereka dan untuk mencipta idea b aru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Contoh aktiviti
Membuat conteng pada kertas Menulis di awan / pasir Mencatan Melukis Mewarna Membuat kolaj