Anda di halaman 1dari 2

BANTUAN PER KAPITA (PCG)

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 (Pemberian Bantuan


Perkapita Untuk Sekolah) menggantikan
Surat Pekelilng Kewangan Bil.7
Tahun 2000(Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah)

Bantuan Per Kapita (PCG) merupakan satu bantuan kewangan untuk


pembelajaran yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada
Sekolah Bertaraf Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Kadar-kadar tertentu
ditetapkan bagi memudahkan tuntutan dibuat oleh pihak sekolah.

KEGUNAAN PERUNTUKAN PCG

Pembelian peralatan dan bahan habis guna untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar blik darjah dan lainlain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Pembelian buku rujukan,ensiklopedia,perisian,video tape dan lain-lain


yang bersesuaian untuk tujuan p&p.

Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi


pengukuhan kepada proses p&p sama ada semasa cuti persekolahan atau
hari persekolahan.

Perolehan harta modal tidak dibenarkan.

Kadar peruntukan PCG RM 100.00 seorang murid setahun.

Peruntukan PCG tidak melebihi 10% dari jumlah asal dan tidak dibenarkan
dibawa ke tahun hadapan.

ASAS TUNTUTAN

Tuntutan ditetapkan setahun sekali.

Tuntutan berdasarkan bilangan enrolmen murid.

Dikemukakan kepada PTJ selewat-lewatnya pada 31 Januari pada setiap


tahun.

Tuntutan penyelarasan aktiviti prasekolah tidak dibenarkan.

BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)

Surat Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2002 (Pemberian Bantuan Makanan


Untuk Pelajar) menggantikan Surat Pekeliling Kewangan Bil.8 tahun 2000
(Pemberian Bantuan Makanan Untuk Pelajar)

Bantuan Makanan kadar lama RM 1.50 sehari seorang murid

Bantuan Makanan kadar baru RM 1.80 sehari seorang murid

Borang PS (BM) hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan ke JPN seperti


tarikh yang ditetapkan.(Rujuk surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002
-Lampiran D Borang PS)

PROSEDUR TUNTUTAN MAKAN/MINUM MURID

Guru berbincang dengan PPM tentang bahan keperluan.

Nota minta disediakan oleh PPM.

Nota minta disahkan oleh Guru Besar.

Proses L.O dibuat oleh Pembantu Tadbir.

Anda mungkin juga menyukai