Anda di halaman 1dari 25

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

1. 0 PENGENALAN Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Kandungan kurikulumnya berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ini kerana mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses inimenyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dankonsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan juga refleksi pemikiran kanak-kanak.

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka. Ini kerana belajar adalah suatu proses sepanjang hayat. Belajar boleh berlaku bila-bila masa dan dimana saja. Kanak-kanak dikira telah belajar apabila adanya perubahan tingkah laku pada diri mereka yang mungkin memungkinkan perubahan pada tingkat pengetahuan, keterampilan, atau sikapnya.

Kegiatan pembelajaran tidak akan bermakna jika tidak menghasilkan perubahan tingkahlaku belajar pada murid-murid. Kegiatan belajar juga hanya akan berhasil jika murid dapat secara aktif mengalami sendiri proses belajar. Contohnya melalui penghasilan karya membentuk dan membina diorama. Penghasilan karya dua atau tiga dimensi seperti diorama ini memerlukan kebolehan melukis, keupaayan berfikir secara kreatif dan penuh kreativiti. Media tiga sisi depan ,belakang dan tepi adalah bahan yang dapat dilihat dari berbagai arah. Jika media seperti ini dimanfaatkan sepenuhnya, maka akan besar pengaruhnya bagi kanakkanak dalam mencapai kompetensi pembelajaran yang telah ditetapkan.

2.0 DEFINISI DIORAMA Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Untuk lebih jelas diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Objek tiga dimensi biasanya objek yang berkaitan dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuan diorama ialah untuk mempelihatkan semula unsur-unsur naratif yang pernah dilihat atau dilalui sesuatu masyarakat dengan penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama. Media elektronik: Diorama . Diperoleh November 16, 2013 dari http://lms.oum.edu.my/myvle/modules/ccontent/c_content.php?cid=HBAE2203SMP&cmid=1163&tocid=147375 2

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Diorama adalah sejenis benda miniatur tiga dimensi untuk menggambarkan suatu pemandangan atau suatu adegan. Asal-usul diorama (adalah dekor teater di Eropa dan Amerika) di abad ke-19. Pencinta miniatur sering membuat diorama untuk memamerkan model kendaraan militer, miniatur figur publik, ataupun miniatur pesawat terbang. Media elektronik: Diorama . Diperoleh November 17, 2013 dari http://id.wikipedia.org/wiki/Diorama

Diorama adalah sebuah pemandangan tiga dimensi, diorama biasanya terdiri atas bentukbentuk sosok atau objek-objek ditempatkan dipentas yang berlatar belakang lukisan yang disesuaikan dengan penyajian. (Sudjana, 2002:171)

Berdasarkan pernyataan diatas, dapatlah disimpulkan bahawa diorama sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar yang pernah dilihat atau yang pernah dilalui di masa lalu. Komposisi situasi tersebut diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Diorama boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain kemudian dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan. Pameran model-modelnya disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal zaman silam.

Media elektronik: Media Pembelajaran 3 Dimensi .Diperoleh November 16, 2013 dari http://nafimubarokdawam.blogspot.com/2012/05/media-pembelajaran-tiga-dimensi.html Media elektronik: Media Pembelajaran. Diperoleh November 16, 2013 dari http://www.emakalah.com/2013/01/makalah-media-pembelajaran.html

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

3.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Menurut Prof Dr Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011:63), kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.

Kamus Dewan,(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan dan mengembangkan sesuatu idea baru daan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

Kesimpulannya Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif, dan kecergasan kreatif. Justeru itu, sebagai seorang guru kita peru merangsang minda murid ke arah melahirkan pembentukan individu yang kreatif khasnya kepada kanak-kanak. Diorama adalah satu projek media dua atau tiga dimensi yang boleh meningkatkan kreativiti kanak-kanak.

Melalui aktiviti membuat diorama, kanak-kanak dapat menggabungkan semua deria berkaitan untuk menghasilkan karya yang memerlukan deria penglihatan dan deria sentuh sebagai contoh. Deria penglihatan mengaktifkan keupayaan melakar dalam mida yang dihasilkan melalui lukisan. Manakala deria sentuh pula, membolehkan kanak-kanak memahami sesuatu objek itu melalui sentuhan yang mampu membantunya membentuk dan membuat binaan diorama. Kesemua aspek ini dapat mengembangkan kognitif,afektif,sosial, komunikasi dan psikomotor kanak-kanak.

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

3.1 KOGNITIF Dalam Pendidikan Seni Visual, domain kognitif ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalsis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax 1980), kemampuan kognitif adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi. Penghasilan diorama oleh murid- murid di sekolah rendah mempunyai interpretasi yang berbeza dengan yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi mereka, hasil seni yang dihasilkan lebih berupa kepada hasil luahan dan expresif. Di sekolah rendah, hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat bagaimana caranya mereka berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka.

Jika kita lihat contoh aktiviti dalam membentuk dan membuat binaan iaiatu aktiviti membentuk dan membina diorama menunjukkan bahawa murid- murid dapat mengaplikasikan apa yang telah difahami dalam menghasilkan diorama mengikut acuan mereka berdasarkan pengalaman dan pembelajaran yang dilalui. Murid mampu berfikir tentang proses kerja seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah diorama yang indah dan kreatif berdasarkan kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa, aktivitiaktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, mereka juga akan mampu untuk membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

Perkembangan domain kognitif dalam proses kerja murid dalam menghasilkan karya seni adalah selaras dengan matlamat membentuk generasi Malaysia yang imaginatif, inovatif dan inventif. Dengan penghasilan karya- karya seni, murid dapat menghargai keindahan alam sekitar, rasa kesyukuran kepada Tuhan di atas seni yang dihasilkan dan meningkatkan keindahan seni yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri seperti yang dinyatakan dalam objektif kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah yang ketiga iaitu meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

3.2 AFEKTIF Domain afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam Pendidikan Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Dalam penghasilan karya, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan kepada kepentingan emosi dan perasaan.

Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam Pendidikan Seni Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, disiplinnya dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi terhadap mata pelajaran seni dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan. Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti seni adalah meluahkan perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Ini mempunyai perkaitan dengan matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan seni dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual menunjukkan penghargaan terhadap keindahan dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.

3.3 SOSIAL Dalam pendidikan seni visual, murid diberi peluang berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Interaksi dan keupayaan bersosial ini dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Aktiviti pendidikan seni visual seperti ini memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Dalam domain sosial pendidikan seni visual, semangat berkerjasama di dalam aktiviti berkumpulan dapat dibentuk.

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Perkembangan sosial murid- murid secara positif dapat dibentuk dengan perkongsian ilmu melalui gerak kerja berkumpulan terutamanya dalam menghasilakan projek diorama. Muridmurid bukan sahaja berkongsi idea malah dapat menambahbaik penghasilan seni mereka. Hubungan sosial yang dibentuk di antara rakan sebaya semasa proses kerja seni yang dijalankan secara tidak langsung dapat menyemai nilai menghormati, kerjasama dan saling bantu-membantu. Domain sosial ini adalah selaras dengan matlamat dan objektif pendidikan visual kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis yang mempunyai nilai sosial yang tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormatmenghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

3.4 KOMUNIKASI Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis seperti membina diorama yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak. Kanak-kanak menghasilkan sesuatu karya berdasarkan apa yang mereka tahu melalui pengalaman kanak-kanak. Apa yang mereka melihat, berdasarkan daya ingatan, imej dan kesan konsep itu akhirnya dapat dilukis di atas kertas.Aktiviti dan projek di dalam pendidikan senilukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir. Guru perlu menguasai lapan proses melukis. Setiap proses haruslah dirancang dan dilaksanakan secara teliti agar kanak-kanak dapat melukis dengan cantik dan kemas.

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Perkembangan menyeluruh aktiviti seni, khususnya melukis dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan diorama sangat penting kepada seseorang kanak-kanak. Ini kerana kanakkanak mempunyai rangsangan dan persepsi kendiri yang sangat kuat berhubung dengan diri sendiri. Melalui aktiviti membentuk dan membina diorama ini, kebolehan serta kreativiti kanak-kanak dapat dipupuk dengan baik.

Tanggapan yang mengatakan sesuatu lukisan itu sebagai alat komunikasi memang tepat. Kanak-kanak yang belum dapat bercakap pada usia kanak-kanak meluahkan perasaan dan kreativiti melalui lukisan secara tidak sedar. Karya lukisan secara tidak sedar ini sangat unik sifatnya kerana mempunyai perlambangan yang sukar ditafsir oleh golongan yang berbeza. Namun begitu, lukisan itu tetap menjadi alat komunikasi yang benguna dan penting bagi kanak-kanak. Proses interaksi mereka dengan aktiviti seperti membentuk dan membina diorama dapat menjalin perhubungan yang rapat dengan orang lain kerana proses komunikasi adalah melibatkan hubungan dua hala berlaku dan membentuk kefahaman bersama.

Komunikasi juga dikatakan sebagai satu proses ke arah mewujudkan kesamaan dan berkongsi maklumat sama ada secara lisan atau sebaliknya dan mencipta makna terhadap maklumat itu (Siti Zobidah Omar dan Romaiza Bidin, 2001). Komunikasi turut disifatkan sebagai satu keperluan yang amat penting dan berguna kepada manusia, khususnya kanakkanak. Dalam kehidupan seharian mereka, kanak-kanak memerlukan bantuan daripada individu-individu lain.

Justeru, proses saling bergantung tersebut diuruskan melalui komunikasi dengan orang lain seperti ibu bapa, rakan dan lain-lain. Oleh itu, komunikasi mempunyai maksud yang luas dalam proses perkongsian makna, penyaluran dan penerimaan maklumat dalam kalangan individu. Di samping itu, A.L.Ramaiah (1999) turut menyatakan bahawa komunikasi adalah satu proses antara perseorangan yang melibatkan pertukaran idea, maklumat dan pendapat ataupun melibatkan penghantaran dan penerimaan simbol yang bermakna.

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Kanak-kanak akan menghasilkan lukisan dalam aktiviti membentuk dan membina berdasarkan pengalaman seharian, bahan konkrit dan disesuaikan dengan tahap perkembangan mereka. Keadaan ini akan memberi ruang dan perkembangan yang cukup luas bagi kanak-kanak berkomunikasi secara sihat dengan lukisan mereka kerana karya yang dihasilkan mempunyai pemeringkatan yang konkrit dan nyata apabila usia mereka meningkat. Oleh itu, satu bentuk komunikasi yang baik dan berkesan dapat berlaku melalui lukisan mereka kerana mesej yang cuba disampaikan mempunyai makna tertentu.

3.5 PSIKOMOTOR Domain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual adalah merujuk kepada ketrampilan dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih psikomotor mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini kita dapat lihat dalam aktiviti seni dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan pelbagai lagi.

Aktiviti- aktiviti seni dalam ke empat- empat bidang banyak menggunakan psikomotor dalam penghasilan seni. Kita ambil contoh aktiviti membina diorama. Melukis objek di atas kertas lukisan dengan teknik tulisan yang pelbagai dan dilukis berbunga adalah menunjukkan perkembangan Psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001) Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental.

Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Seni Visual ke arah pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang ke empat iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Kemahiran psikomotor yang ditunjukkan dalam aktiviti membentuk dan membina diorama jelas terbukti menunjukkan perkembangan kecergasan dengan kesediaan mereka menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahirankemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional.

4.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK Dalam Pendidikan Seni Visual, domain kreativiti pula merujuk kepada proses yang berterusan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Murid- murid sekolah rendah mempunyai nilai imaginatif yang tinggi tidak kiralah murid tersebut di tahap satu mahupun di tahap dua. Masing- masing akan mempunyai kreativiti yang berbeza dalam meluahkan penghasilan seni. Ini bermakna dalam pendidikan seni visual, murid- murid mampu berfikir dengan kreatif dan kritis dalam memperkembangkan hasil seni mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, murid- murid di sekolah dapat melibatkan diri dengan pelbagai proses kerja seni yang banyak melibatkan aktiviti kreatif dan proses mengembangkan idea dalam diri mereka. Projek seperti membuat diorama dari bidang membentuk dan membuat binaan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual ini dapat membantu murid ini mengembangkan domain kreativitinya.Aktiviti memghasilkan diorama seperti ini di dalam Pendidikan Seni Visual mengutamakan proses dan hasilan akhir.

Oleh yang demikian, proses kerja ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal murid di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual ini menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi agar murid mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. Pendidikan Seni Visual ini berupaya mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka. Semua yang telah dibincangkan di atas dalam domain kreativiti adalah sejajar dengan matlamat Pendidikan Seni Visual dalam melahirkan generasi Malaysia yang imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

10

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Melalui karya seni mereka, murid dapat berimaginasi, berfikir secata kreatif dan kritis, berdaya inovatif dalam menghasilkan karya ynag bermutu dan inventif. Ini semua adalah sejajar dengan objektif ke tiga pendidikan seni visual iaitu meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. Media elektronik: Pantun Teka Teki Diperoleh November 18, 2013 dari : http://rossalvia.blogspot.com/2012/12/20-perkembangan-kognitif-psikomotor.html

5.0 RPH PENDEKATAN BERTEMA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Bidang Kemahiran Tajuk Teknik

: : : : : : : :

Pendidikan Seni 6 Bestari 12 November 2013 8.00 - 9.00 Membentuk Dan Membuat Binaan Membina akuarium Hidupan Laut Diorama

11

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Integrasi Subjek

: Sains, Kemahiran Hidup , PSV, Bahasa Melayu

Objektif

Pada akhir pelajaran ini : 1. Menghasilkan sebuah diorama secara berkumpulan. 2. Boleh mengenali bahan yang digunakan untuk membuat diorama. 3. Boleh menghasilkan diorama hidupan laut dengan menggunakan teknik yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid telah pun melihat gambar hidupan laut secara langsung dan tidak langsung. 2. Murid telahpun melukis gambar hidupan laut sebelum ini.
Langkah P&P Permulaan/ Mencungkil idea (10 minit) Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Guru menerangkan tentang bahan yang diperlukan untuk membuat Akuarium Ku Aktiviti Murid -Murid mendengar dan memahami penerangan guru. Catatan

Penerangan bahan oleh guru

Alatan -kotak besar -kertas warna -gunting -pisau -pembaris -tali pancing -dawai -kertas pembalut Hadiah -Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Nilai: Bekerjasama

Aplikasi idea (10 minit) Langkah 1

Cara memotong kotak

Langkah 1 -Guru menunjukkan cara memotong bahagian permukaan kotak

-Murid memotong bahagian kotak mengikut arahan guru dalam kumpulan masingmasing

Aplikasi idea (10 minit) Langkah 2

Cara memotong dan menampal kertas warna pada bahagian kotak

Langkah 2 -Guru menunjukan kepada murid cara-cara

-Murid memotong kad manila mengikut arahan guru. -Murid menampal kad manila yang

Arahan Murid pelu behati-hati ketika memotong bahan.

12

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

memotong kad manila mengikut ukuran yang sesuai. -Guru menunjukan kepada murid cara-cara menampal kad manila yang telah dipotong pada bahagian bingkai kotak Aplikasi idea (10 minit) Langkah 3 Langkah 3 Melakar ikan dan rumpair -Guru menunjukkan cara-cara melakarkan ikan dan rumpair serta hiaskannya dengan kertas warna. -Guru menunjukkan cara-cara membentuk batu hiasan. Aplikasi idea (10 minit) Langkah 4 Menggantungkan lakaran ikan , rumpair dan meletakkan batu hiasan Langkah 4 -Guru menggantungkan lakaran ikan , rumpair pada bahagian atas kotak dengan mengunakan tali pancing -Guru meletakkan batu hiasan pada dasar kotak.

telah dipotong pada bahagian bingkai kotak

-Murid melakarkan ikan dan rumpair serta menghiaskannya dengan kertas warna.

-Aktiviti kumpulan Nilai : Bekerjasama

-Murid membentuk batu hiasan

-Murid menggantungkan lakaran ikan dari bahagian atas kotak dan dengan menggunakan tali pancing dan lekatkan rumpair pada bahagian yang sama. -Murid meneruskan aktiviti dengan meletakkan batu hiasan pada dasar kotak.

Nilai: Bekerjasama Kreatif

13

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Refleksi/ Penutup (10 minit

Mempamerkan hasil kerja

-Guru mempamerkan hasil kerja yang telah Akuarium Ku yang telah siap. -Guru menilai hasil kerja murid dari segi sudut seni

Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

-kreativiti

-Murid-murid berasa gembira menghasilkan Akuarium Ku

Media elektronik: RPH Diorama.Diperoleh November 16, 2013 dari http://kamuntingperdana.blogspot.com/p/rph_3.html Media elektronik: Contoh RPH Diorama. Diperoleh November 16, 2013 dari http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/contoh-rancangan-mengajar-psv.html

6.0 LAKARAN IDEA DIORAMA

Membentuk dan membuat binaan : Diorama Tema Alatan : Hidupan Laut : Kotak kasut,Gunting, pisau, Pensel, Warna Poster, Warna krayon, jarum, double tape, Sketch Pad Kertas Lukisan, benang,

Lakaran idea proses menghasilkan diorama:

1. Subjek diorama Subjek diorama iaitu hidupan laut dicetak dari internet. Gambar yang dipilih adalah batu karang, ikan , kuda laut, ketam, tapak sulaiman, sotong dan obor-obor. Rasionalnya adalah kerana ianya berkaitan dengan tema yang dipilih.

14

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Bahan cetakan diwarnakan dan kemudian dilekat pada sketch pad kertas lukisan dan kemudian belakangnya dilukis subjek yang sama dan turut diwarnakan. Tujuan subjek dilukis dan diwarnakan di kedua-dua belah adalah untuk menimbulakn efek atau kesan 3 D. Setelah subjek diwarnakan, subjek-subjek itu digunting mengikut rupa bentuknya.

2. Latar belakang diorama; a) Latar belakang pertama hanya menggunakan batu karang yang disusun secara simetri.

15

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

b) Latar belakang kedua subjek ditambah dengan kehadiran tapak sulaiman.

c) Latar belakang ketiga kedudukan subjek batu karang berubah.Bilangan subjek bertambah dan susun atur berubah sebagai pilihan terakhir latar belakang diorama yang dikehendaki. Subjek disusun mengikut kreativiti. Ada subjek yang dilekatkan pada kotak sebagai latar belakang, ada subjek yang digantung menggunakan benang. Dan ada subjek yang hanya diletakkan dicelah batu karang. Akhir sekali yang digam di dasar kotak seperti batu karangdan tapak sulaiman.

16

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

3. Pemilihan kotak diorama

Sebuah kotak kasut lama diguna sebagai kotak diorama yang kemudiannya diwarnakan luar dan dalam menggunakan warna poster putih dan biru. Apabila warna poster pada kotak sudah kering maka latar belakang kotak dalam yang berwarna biru itu dimanipulasikan dengan menyusun atur subjek mengikut komposisi yang dirasakan sesuai.

4. Bahan bergambar hasil kerja peringkat akhir diorama yang dibuat.

17

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Media elektronik: Diorama. Diperoleh November 16, 2013 dari http://blog.penyubiru.com/2012/04/diorama-hidupan-laut.html Media elektronik: Diorama. Diperoleh November 16, 2013 dari http://ipislam.edu.my/kplir/tek-pdk/bahan/bahan_tiga_dimensi.htm

7.0 KESIMPULAN Aktiviti membentuk dan membina diorama adalah salah satu bidang dalam pendidikan seni visual yang sangat menarik dan seharusnya dapat membantu meningkatkan keupayaan penghasilan karya yang kreatif dalam kalangan kanak-kanak . Kanak-kanak mempunyai keperluan dan persepsi berbeza. Oleh yang demikian hasil karya mereka juga sudah tentulah berbeza berdasarkan perkembangan kognitif, afektif, sosial, komunikasi mereka. Projek menghasilkan diorama sebagai sebuah pameran pegun atau diam yang direka oleh kanakkanak ini dapat menyampaikan informasi tentang peribadi kanak-kanak. Ini kerana lukisan dapat diterjemah dan dikaji sekaligus dapat member kesimpulan akan kebolehan seni lukis kanak-kanak. 18

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

Kesimpulannya penghasilan lukisan dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan meningkatkan psikomotor halus pelajar dalam proses membentuk dan membuat binaan. Selain itu,pembentukan sikap melalui nilai murni dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas.

Jika guru menyediakan bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar , murid akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru boleh menggunakan ICT,carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu.

Merujuk kepada kajian pakar-pakar pendidikan maklumat yang diperolehi melalui deria penglihatan ialah 75%, deria pendengaran 13%, deria sentuhan 4% dan deria bau 4%. Oleh sebab itu perlu melibatkan kesemua deria murid dalam proses pembelajaran melalui alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap murid serta objektif yang diingini. Dengan penggunaan contoh diorama yang telah siap, pelajar dapat melihat sebuah hasil dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetus idea mereka sendiri.

Contoh-contoh diorama sebenar boleh digunakan sebagai rujukan murid. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai. Membantu meransang kreativiti murid sekaligus meningkatakan perkembangan semua aspek dalam pendidikan seni visual murid. Aktiviti diorama membolehkan guru memberi kebebasan kepada murid untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya mengaplikasikan unsur tersebut ke dalam aktiviti melukis bidang membentuk dan membuat binaan menggunakan idea tersendiri. Guru bertindak sebagai fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memperkembangkan kreativiti murid membentuk dan membina diorama.

19

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

LAMPIRAN

20

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

21

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

22

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

23

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

RUJUKAN Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14,39-44.

Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Sudjana.2002. Metode Statistika. Edisi keenam. Bandung, Indonesia: Tarsito. Media elektronik: Diorama . Diperoleh November 16, 2013 dari http://lms.oum.edu.my/myvle/modules/ccontent/c_content.php?cid=HBAE2203SMP&cmid=1163&tocid=147375 Media elektronik: Diorama . Diperoleh November 17, 2013 dari http://id.wikipedia.org/wiki/Diorama Media elektronik: Media Pembelajaran 3 Dimensi .Diperoleh November 16, 2013 dari http://nafimubarokdawam.blogspot.com/2012/05/media-pembelajaran-tiga-dimensi.html Media elektronik: Media Pembelajaran. Diperoleh November 16, 2013 dari http://www.emakalah.com/2013/01/makalah-media-pembelajaran.html Media elektronik: Pantun Teka Teki Diperoleh November 18, 2013 dari : http://rossalvia.blogspot.com/2012/12/20-perkembangan-kognitif-psikomotor.html Media elektronik: RPH Diorama.Diperoleh November 16, 2013 dari http://kamuntingperdana.blogspot.com/p/rph_3.html Media elektronik: Contoh RPH Diorama. Diperoleh November 16, 2013 dari http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/contoh-rancangan-mengajar-psv.html 24

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN RUSLINAH BINTI IDZSANG 710820125746001

25

Anda mungkin juga menyukai