Anda di halaman 1dari 16

1. Apakah kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21?

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)


Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
2. Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad Ke- 21?
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and
Technology) Literacy)
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
3. Apakah ciri-ciri guru abad ke-21?
menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkini
4. Apakah ciri-ciri murid abad ke-21?
Berupaya membuat hubung-kait
Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu
Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa

Mendengar dan membuat refleksi


Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif
Mampu bekerja dengan orang lain
Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21


Selasa, Januari 13, 2015 Hal Guru 5 comments
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan
perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik
mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia.
Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

Ciri pembelajaran abad ke 21

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi


arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam
landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran


mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih
bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar
terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan
ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

Contoh susunatur kelas abad ke 21


3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire adalah konsep yang
memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula
adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave
pula adalah ruang pembelajaran individu untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.

Semoga perkongsian ini memberi input dan sedikit gambaran berhubung dengan contoh dan keperluan yang
perlu ada bagi sesebuah kelas abad ke 21. Selamat beramal! ;)

PAPARAN berita yang bertajuk Saya bosan dengan cara cikgu mengajar yang disiarkan dalam
akhbar ini pada 9 Mac 2014 begitu menyentuh hati nurani para pendidik yang begitu banyak menabur
bakti dalam dunia keguruan. Pembaca setia akhbar itu yang semestinya ibu bapa murid terbabit
mungkin turut sama berasa terkilan. Yang jelasnya, fokus utama ialah pengajaran guru yang tidak
menarik menyebabkan murid tersebut tekad ponteng sekolah.
Kalau itulah yang menjadi penyebabnya maka guru Bahasa Melayu dan guru-guru mata pelajaran lain
perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik pengajaran baharu agar murid pascamerdeka
kini suka akan guru sekali gus pengajaran guru.
Sehubungan itu, baru-baru ini, penulis berkesempatan hadiri Seminar Pendidikan Kelas Abad ke-21
anjuran salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota. Antara peserta termasuklah guruguru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, selain pensyarah daripada pelbagai institusi
pendidikan tempatan. Apa yang mengagumkan penulis juga ialah beberapa pensyarah asing yang
fasih berbahasa Melayu dari institusi pengajian tinggi awam turut menjayakan seminar ini.
Menurut salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar mantik itu, pendidikan yang menjurus
ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara
seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi. Hal ini menggambarkan pendidikan
Barat begitu mengambil berat tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan kemenjadian murid
mereka pada abad ke-21 kelak.
Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan
kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras
dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (20132025).
Sebagai guru Bahasa Melayu yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada
abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan guru yang tidak sedikit. Pelajar pada alaf
baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan mereka di dalam kelas.
Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara 'chalk and talk' tidak relevan lagi. Muridmurid mudah berasa bosan apabila pengajaran sehala oleh guru yang tidak memberikan peluang
kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan
teknologi maklumat tentulah membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid
yang terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia pengkomputeran.
Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para
guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad
ke-21 yang boleh diubah suai setiap minggu.
Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat disukai oleh
murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai pemudah cara ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp atau Instagram perlu
diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome secara komprehensif. Murid-murid
perlu digalakkan melayari internet untuk mencari maklumat terbaharu tentang sesuatu topik
pengajaran semasa.
Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru Bahasa Melayu atau
guru Geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan menduduki peperiksaan awam baik

UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan kata lain, pengajaran guru yang memberi muridnya peluang
untuk kolaboratif antara satu sama lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid pascamerdeka ini.
Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan
teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Penyampaian guru
Bahasa Melayu secara aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar
pada arus perdana ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu
peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Bahasa Sendi Tamadun Bangsa.

SUSUNAN KELAS ABAD KE 21


05:36 AZMIE ISMAIL NO COMMENTS

Persekitaran fizikal bilik


darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau
menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan
sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan
atau musuh dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan
aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel
pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik
darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran
secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik
kepada anak murid mereka.
Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami
kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu
untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.

Hurmm...jom cuba susunan-susunan ini.

Posted in:

Anda mungkin juga menyukai