Anda di halaman 1dari 6

1.

Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye )

Menurut Wikipedia, teknik ikat dan celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak pada tekstil . Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina. Menurut modul OUM, HBAE 2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudian dicelup ke dalam pewarna . Dalam proses tersebut , terdapat beberapa cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan . Manakala corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah bergantung kepada celupan dan cara ikatan, jahitan, simpulan atau jahitan kain tersebut. Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, corak yang akan terhasil adalah kecil. 1.1 Sejarah Corak Ikatan dan Celupan Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di negara China dan Jepun, kain bercorak begini mula digunakan pada abad ketujuh dan kelapan lagi. Parameswara Di Tanah Melayu, kain yang bercorak sebegini mula di Melaka. Pada tahun 1770-an, batik pelangi telah diperkenalkan pada abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu. Dalam tahun

1911, Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup yang dikenali sebagai Batik Pelangi . Pada masa itu kain diimport dari Thailand jenis kain pereir sementara itu warna dibuat sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Pada masa itu warna kain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja. 1.2 Tokoh Haji Che Su bin Haji Ishak adalah tokoh batikdari negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong GajahMati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok umbut pisang dan blok kayu. 1.3 Teknik Corak Ikatan dan Celupan Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali dengan nama batik pelangi. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin tetapi hanya membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilkan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini banyak diaplikasikan di seluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi.

1.4

Jenis Ikatan Jenis Ikatan Jahitan Simpulan

Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek

Lipatan dan Ikatan

Jenis ikatan yang digunakan

Contoh-contoh hasil

Lipatan dan celupan

Ikatan dan celupan

Jahitan dan celupan

1.5

Bahan dan Alatan Bahan-bahan yang sering digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan

dan celupan ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Kain sebaiknya 100% kapas (cotton) Tali, benang, geang getah Batu, guli, duit syiling dan sebagainya Warna, dye Sudu, kayu pengacau Baldi / bekas untuk pewarnaan Apron Sarung tangan Air panas / air sejuk Naphtol ASD, garam ASG, Scarlet R, costic soda, pembasah TRO. 1.6 Kepelbagaian Teknik Ikatan dan Celupan Kepelbagaian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan. Ini bermaksud bahawa teknik ini telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang menarik dan dijual dengan harga yang berpatutan. Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah : Contoh-contoh baju yang menggunakan teknik ikat dan celup

1.7

Proses Perkembangan Idea Teknik Ikatan dan Celupan. Dalam menghasilkan corak beasaskan ikatan dan celupan atau tie and

dye saya telah memilih untuk menggunakan teknik ikatan yang diisi dengan pelbagai objek. Mendalami kaedah ikat dan celup ini telah membuka lebih banyak ruang idea kepada saya. Melalui corak yang terhasil, berbagai produk boleh dihasilkan dengan pelbagai cara.

Anda mungkin juga menyukai