Anda di halaman 1dari 31

KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN SENI KHAT:

SATU KAJIAN DI JOHOR BAHRU

LATIFAH BINTI ALIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN SENI KHAT:


SATU KAJIAN DI JOHOR BAHRU

LATIFAH BINTI ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada


syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

ii

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang


Syukurku panjatkan di atas segala kurnianya...
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.
Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan tersayang yang banyak membantu,
memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga...

Buat Ayah, Mak dan Tok tersayang,


Alias bin Abdullah, Rohimah binti Awang dan Rokiah binti Ahmad
Terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang dicurahkan
Sesungguhnya, engkaulah sumber kekuatanku dalam mengharungi hidup ini.

Buat Kakak , Adik dan Anak Buahku yang dikasihi,


Kak, Dik Wa, Hajar,Mansur, Along dan Angah
Terima kasih kerana kalian menjadi sumber inspirasiku untuk terus berjaya

Buat Penyelia yang dihormati,


Ustaz Abd.Rahman bin Hj. Hamzah
Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajarmu yang tidak pernah jemu

Buat Pensyarah-Pensyarah FTI


Terima kasih atas didikan, nasihat, dan teguran yang diberikan,
akanku sentiasa ingati.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,


Terima kasih kerana kalian sentiasa memberiku perangsang dan bersama-sama
dalam mengharungi pahit getir dalam menggenggam segulung ijazah
Sesungguhnya, kalian sentiasa menjadi pembakar semangatku,
Moga ikatan ukhuwah yang terbina akan kekal buat selamanya...Amin

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah S.W.T. pencipta seluruh alam,


selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga
dan para sahabat baginda penegak keadilan sepanjang zaman. Selawat kesyukuran
dilafazkan kerana dengan berkat dan pertolongan serta inayahNya, pengkaji dapat
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini hingga ke nokhtah yang terakhir.

Pertama sekali pengkaji ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima


kasih kepada Dr. Abd.Rahman Bin Hj. Hamzah selaku penyelia dalam membantu
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini di samping memberi panduan, bimbingan,
tunjuk ajar, kritikan-kritikan yang membina serta sanggup meluangkan masa bagi
memperolehi mutu kajian ilmiah yang sempurna.

Di kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga orang


responden iaitu Al-Fadhil Ustaz Jainal Sakiban, Ustaz Jalaluddin Misban dan Dr.
Abd.Rahman Hj Hamzah pada masa yang sama selaku penyelia Projek Sarjana Muda
dalam membantu memberikan maklumat yang diperlukan dan sudi meluangkan masa
untuk sesi temubual dan tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah Fakulti
Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan.

Akhir sekali, sekalung penghargaan yang istemewa buat mak, ayah dan
keluarga serta sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam proses menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T
sahaja yang membalasnya. Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Seni Khat merupakan salah satu daripada kesenian Islam yang halus dan
indah serta mempunyai kedudukan yang istimewa oleh umat Islam. Seni khat bukan
sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang
disimpulkan

dengan

kehalusan,

kelembutan,

kesinambungan,

perhubungan,

pergerakan dan keharmonian. Ia juga merupakan satu ilmu yang mempunyai asas
dan kaedah yang tepat. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan berkaitan
kaedah pengajaran dan pendekatan seni khat di negeri Johor. Kajian ini berbentuk
kualitatif dan menggunakan metodologi pengumpulan data dan analisis data.
Penyelidik telah menjalankan temubual terhadap 3 orang tokoh seni khat negeri
Johor yang dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal
pasti kaedah dan pendekatan pengajaran tokoh seni khat negeri Johor. Ia juga
bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran terbaik tokoh seni khat untuk
mata pelajaran seni khat di peringkat sekolah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan bahawa kaedah dan pendekatan pengajaran tokoh seni khat di negeri
Johor adalah seperti mengajar bermula daripada kaedah yang mudah kepada yang
sukar serta mengajar cara untuk memegang pen dengan betul. Pendekatan yang
digunakan dalam pengajaran seni khat adalah seperti memberi motivasi, kata-kata
pujian, lawatan, pertandingan dan yang paling utama adalah memperbanyakkan
latihan. Diharap kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu individu yang berminat
untuk mengetahui kaedah dan pendekatan pengajaran seni khat.

vi

ABSTRACT

Calligraphy is one of the Islamic arts of fine and beautiful and has a very
special position of Islam. Calligraphy is not just a discourse of informers, but
contains abstract values that concluded with softness, gentleness, continuity,
communication, movement and harmony. It is also a knowledge that has a basic and
perfect method. Thus, a study was carried out related teaching methods and
approaches calligraphy in Johor. This study was qualitative and the determination of
the subject methodology, data collection and data analysis. The researcher was
interview three of figures art calligraphy in Johor, chosen as respondents. This study
was to identify methods and approaches in teaching calligraphy character in Johor. It
also aims to identify the best methods of teaching calligraphy characters in
calligraphy teaching at schools. Overall, the results show that the teaching method
was use in Johor is teaching starts from the simple method to difficult and taught
how to hold a pen properly. The approach was used in teaching calligraphy is
motivated, in words of praise, tours, competitions and the most important is the do
more practice. Hopefully some of these studies to help anyone who is interested to
know the methods and approaches in teaching calligraphy.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA

BAB 1

JUDUL

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI AYAT AL-QURAN

xiii

SENARAI GAMBAR RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Masalah

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Objektif Kajian

viii

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Batasan Kajian

1.8

Definisi Istilah

1.8.1 Kaedah

1.8.2 Pendekatan

10

1.8.3 Pengajaran

10

1.8.4 Seni

10

1.8.5 Khat

11

Penutup

12

SOROTAN KAJIAN

13

2.1

Pengenalan

13

2.2

Sejarah Seni Khat

14

2.3

Kaedah Peangajaran Seni Khat

17

2.4

Peralatan Pengajaran Khat

19

2.5

Perkembangan Seni Khat di Malaysia

19

2.6

Perkembangan Seni Khat di Johor Bahru

23

2.6.1 Lokasi Johor Bahru

24

1.9

BAB 2

2.6.2 Persatuan Seni Khat Kebangsaan


Cawangan Johor (PSKKCJ)

2.7

24

2.6.3 Yayasan Warisan Johor (YWJ)

26

2.6.4 Akademi Seni Khat Muar

26

Kajian Lepas

27

ix

2.8

BAB 3

29

METODOLOGI KAJIAN

30

3.1

Pengenalan

30

3.2

Metode Pengumpulan Data

31

3.2.1 Metode Dokumentasi

31

3.2.2 Metode Historis

32

3.2.3 Metode Penyelidikan Perpustakaan

32

3.2.4 Metode Temubual Semi-Struktur

33

Metode Analisis Data

34

3.3.1 Metode Induktif

35

3.3.2 Metode Deduktif

35

3.3.3 Metode Komparatif

35

Penutup

36

3.3

3.4

BAB 4

Penutup

ANALISIS DATA

37

4.1

Pengenalan

37

4.2

Tokoh Seni Khat : Jainal Sakiban

38

4.2.1 Biodata Tokoh

38

4.2.1.1 Penglibatan dan Sumbangan

39

4.2.1.2 Karya

41

4.2.2 Kaedah Pengajaran Seni Khat

41

4.2.2.1 Pendedahan Tentang Seni Khat

42

4.2.2.2 Kelengkapan / Peralatan

42

4.2.2.3 Mengajar Cara Memegang Pen

44

4.2.2.4 Mengajar Dari Mudah Kepada Sukar 46


4.2.2.5 Meniru Tulisan Contoh
4.2.3 Pendekatan Pengajaran Seni Khat

4.3

48
48

4.2.3.1 Pengetahuan Pelajar

49

4.2.3.2 Mengajar Melalui Kelas

49

4.2.3.3 Memberi Pujian

49

4.2.3.4 Memperbanyakkan Latihan

50

4.2.4 Kesimpulan

50

Tokoh Seni Khat : Jalaluddin Misban

51

4.3.1 Biodata Tokoh

51

4.3.2 Kaedah Pengajaran Seni Khat

53

4.3.2.1 Mengajar Cara Memegang Pen

53

4.3.2.2 Mengajar Daripada Mudah Kepada


Sukar

53

4.3.2.3 Kaedah Pengajaran Berdasarkan


Bentuk

54

4.3.2.4 Menggunakan Alat Bantu Mengajar


(ABM)
4.3.2.5 Meniru Tulisan Contoh

54
55

4.3.3 Pendekatan Peangajaran Seni Khat

55

4.3.3.1 Meangajar Secara Individu

55

4.3.3.2 Memberi Pujian

55

4.3.3.3 Mendekati Pelajar

56

4.3.3.4 Memperbanyakkan Latihan

56

xi

4.4

4.3.4 Kesimpulan

56

Tokoh Seni Khat : Abd.Rahman

57

4.4.1 Biodata Tokoh

57

4.4.1.1 Penglibatan dan Sumbangan


4.4.2 Kaedah Pengajaran Seni Khat

58
60

4.4.2.1 Pendedahan Tentang Seni Khat

60

4.4.2.2 Tulisan Contoh

60

4.4.2.3 Kelengkapan / Peralatan

61

4.4.2.4 Buku Panduan

63

4.4.2.5 Mengajar Cara Memegang Pen

63

4.4.2.6 Mengajar Daripada Mudah Kepada


Sukar
4.4.3 Pendekatan pengajaran Seni Khat

66

4.4.3.1 Pengetahuan Pelajar

66

4.4.3.2 Mengajar Secara Berkumpulan

66

4.4.3.3 Memberi Pujian

67

4.4.3.4 Mendekati Pelajar

67

4.4.3.5 Lawatan

67

4.4.3.6 Pertandingan

68

4.4.3.7 Perabanyakkan Latihan

68

4.4.4 Kesimpulan
4.5

64

68

Kaedah Pengajaran Terbaik Tokoh Seni Khat


Negeri Johor Untuk Mata Pelajaran Seni Khat

4.6

Di Peringkat Sekolah.

69

Penutup

73

xii

BAB 5

RUJUKAN
LAMPIRAN

KESIMPULAN DAN CADANGAN

74

5.1

Pengenalan

74

5.2

Kesimpulan

74

5.3

Cadangan

77

5.3.1 Institut Pengajian Tinggi (IPT)

77

5.3.2 Sekolah

78

5.3.3 Guru

78

5.4

Cadangan Kajian Lanjutan

79

5.5

Penutup

80

81

xiii

SENARAI AYAT AL-QURAN

AL-QURAN

Surah Al-Alaq 96 :1-5

HALAMAN

xiv

SENARAI GAMBAR RAJAH

GAMBAR RAJAH

TAJUK

HALAMAN

Cara Membuat Pen Khat Daripada Buluh

40

Cara Memegang Pen

42

Contoh Huruf Tunggal

43

Contoh Huruf Bersambung

44

Contoh Ayat

45

xv

SENARAI SINGKATAN

DYMM

Duli Yang Maha Mulia

DYAM

Duli Yang Amat Mulia

IPTA

Institut Pengajian Tinggi Awam

IPT

Institut Pengajian Tinggi

IIUM

International Islamic University Malaysia

KTHO

Kolej Tun Hussin Onn

Khattat

Penulis Khat

MSI

Masjid Sultan Ismail

NGO

Non Government Organization

OHP

Over-Head Projector

PSKKCJ

Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor

Sg.

Sungai

S.A.W

Sallallahu Alaihi Wasallam (Rasulullah)

S.W.T

Subhanahu Wa Taala (Allah)

UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia

UiTM

Universiti Teknologi Mara

UPM

Universiti Putra Malaysia

UIAM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

YAM

Yang Amat Mulia

YB

Yang Berhormat

YWJ

Yayasan Warisan Johor

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

Soalan Temubual

Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Surat Temujanji

Gambar Pengkaji bersama Tokoh Khat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Khat merupakan salah satu kesenian Islam yang dikagumi oleh umat Islam. Ia
diminati oleh setiap lapisan masyarakat Islam daripada raja sehinggalah masyarakat
umum. Keindahannya diabadikan pada bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu, ukiran
logam dan lain-lain lagi. Seni khat juga merupakan satu bidang yang paling tinggi
pencapaiannya dalam kesenian Islam (Mustafa Haji Daud,1996:369).

Seni khat juga dikenali sebagai kaligrafi. Perkataan khat dalam bahasa Arab
bermaksud garis atau garisan indah . Manakala perkataan kaligrafi berasal daripada
perkataan Latin kalios yang bererti indah dan graph yang bererti tulisan atau aksara
(Mahayudin Hj. Yahaya,2001:489).

Sejak turunnya wahyu yang pertama kepada junjungan besar Nabi


Muhammad S.A.W, kepentingan seni khat mula kelihatan. Perkembangan ini disebut
secara tidak langsung dalam firman Allah S.W.T :

) ( ) (

) ( ) ( ) (
Maksudnya : Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu
yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-Alaq, 96: 1-5)

Seruan pertama Allah S.W.T, mengajak manusia untuk melihat kepentingan


ilmu sebagai bekalan dunia yang paling berharga. Allah S.W.T mengulangi sekali
lagi seruan membaca, tetapi kali ini mengaitkan seruan tersebut dengan sifat-Nya
yang Maha Mulia yang mengajar manusia menggunakan pena. Kaitan antara
penggunaan pena dengan sifat Allah yang Maha Mulia sudah tentu memberi peluang
kepada umat Islam supaya melihat aspek penulisan secara umum dan seni khat
secara khusus sebagai satu cabang ilmu yang harus dihormati dan disanjungi (Abd
Rahman Hamzah,2008:2).

Menurut Abdullah Jusuh (1990:128), seni khat adalah satu ciri aktiviti
tamadun manusia yang merupakan salah satu keperluan asas kemasyarakatan.
Daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran, manusia mencipta seni
tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan.

Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji


kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk
menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku.
(http://callidesign.blogspot.com). Manakala, Syeikh Syamsudin al-Akfani pula
menjelaskan seni khat adalah ilmu yang memperkenalkan huruf-huruf tunggal dan
cara-cara merangkaikannya menjadi tulisan yang tersusun (Mahayudin Hj.
Yahaya,2000:197).

Menurut Hasrul Hashim (2008), Seni khat adalah antara salah satu seni yang
indah dan halus, sangat dihargai serta mempunyai kedudukan yang istimewa kepada
umat Islam. Sejarah perkembangannya adalah seiring dengan sejarah perkembangan
tamadun Islam. Pada abad pertama dan kedua hijrah, khat merupakan salah satu ciri
untuk memperindahkan sesuatu penulisan. Melalui khat, setiap maksud dapat
diungkapkan. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi
mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan,
kesinambungan,

perhubungan,

pergerakan,

keharmonian

dan

sebagainya.

(http://hasrulkhat.webnode.com).

Kesimpulannya, seni khat adalah antara khazanah Islam yang amat berharga.
Ia juga merupakan tulisan yang mempunyai kedudukan yang mulia berikutan
kaitannya secara langsung dengan kitab suci Al-Quran. Kelebihan atau kemahiran
menulis khat sepatutnya ada pada setiap umat Islam. Ia bukan sahaja sebagai tanda
kecintaan kepada agama yang suci, bahkan satu kemahiran yang mampu menjadi
metod dakwah yang paling berkesan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Ramai yang menghargai tulisan khat, malah mengaguminya dengan


menjadikannya hiasan di dinding-dinding sekolah, surau, masjid, bangunanbangunan, maqam, tembok-tembok istana dan sebagai perhiasan di kediaman
masing-masing. Tetapi pada masa yang sama, berapa ramaikah yang berminat untuk
mendalami kemahiran seni khat? Adakah umat Islam pada masa kini menyedari
bahawa seni itu sedang diancam kepupusan? Seni khat mempunyai nilai yang
tersendiri terutama daripada segi sumbangannya kepada tamadun Islam di seluruh

dunia. Sejak wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W diturunkan untuk
mengajar umat Islam membaca dan menulis.

Kemerosotan atau kemunduran seni khat pada masa kini mungkin disebabkan
oleh generasi sekarang kurang berminat untuk mempelajari seni khat. Apatah lagi,
untuk mempelajari satu-satu jenis khat itu memerlukan masa yang agak lama,
penelitian yang mendalam, kesabaran dan kemahiran yang tinggi. Masalah ini adalah
sesuatu yang serius, kerana jika terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan pasti tidak
akan ada golongan pelapis yang bakal mewarisi apatah lagi memperkembangkan seni
khat. Oleh itu, seni khat perlu dipopularkan kembali demi melahirkan golongan
pelapis yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang khat.

Di negeri Johor, seni khat banyak bergantung kepada usaha individu seperti
Amir Yusuf, Shaban Abdul Aziz dan Jainal Sakiban yang mengukir nama sebagai
khattat atau penulis khat. Mereka telah berusaha dalam mempertahankan seni khat
dengan menubuhkan Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ)
pada tahun 1996 yang dipengerusikan oleh Jainal Sakiban. Malangnya, tidak banyak
program dapat dijalankan kerana tidak ramai anggota persatuan mempunyai
komitmen tinggi untuk giat berkecimpung manakala sebahagian lagi masih belum
mampu menjadi khattat bewibawa.

Menurut Jainal Sakiban, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor


(PSKKCJ) pernah bekerjasama dengan Yayasan Warisan Johor untuk membantu
mengembangkan seni khat kepada masyarakat dengan mengadakan kursus-kursus
bagi melahirkan guru khat yang seterusnya boleh mengajar di daerah-daerah negeri
Johor. Namun, sambutannya amat kurang. Sehingga tahun lepas, hanya dua puluh
orang khattat dapat dilahirkan untuk menjadi guru di daerah. Usaha untuk
memperkembangkan seni khat ini akan menjadi sia-sia sekiranya ia hanya terletak
pada usaha individu sahaja (Saodi Mat Atar, 2008:30).

Sebenarnya, terdapat banyak rahsia seni khat yang terpendam dan dilupakan
oleh masyarakat Islam. Seharusnya, seni khat terus dikaji, diperbahas dan
dibincangkan secara ilmiah dengan dapatannya disebarkan untuk dihayati oleh umat
Islam dan masyarakat lain. Sedikit sebanyak dapatan ini boleh memberikan
gambaran yang lebih jelas tentang mengapa Allah S.W.T memilih tulisan Arab
sebagai tulisan untuk wahyu-Nya kepada umat manusia, dan bukannya tulisan lain
yang mempunyai pelbagai bentuk dan gaya. Pemilihan ini sudah tentu bukannya
secara kebetulan kerana sesungguhnya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahui segala
sesuatu, dan sesuatu yang dibuat oleh-Nya pasti tersirat dengan seribu satu hikmat
yang masih kabur daripada pengetahuan manusia.

Melihat daripada ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada seni khat, amat
wajarlah masyarakat Melayu mempelajari kaedah belajar seni khat dan menghayati
kembali khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini menerusi pelbagai
usaha secara berterusan. Usaha yang dijalankan oleh kerajaan menerusi kementerian
tertentu dilihat sebagai satu petanda yang positif, tetapi tidak dapat menyerap ke akar
umbi jika semua pihak tidak bekerjasama untuk memartabatkannya.

1.3

Pernyataan Masalah

Disebabkan terdapatnya kemerosotan dan kemunduran seni khat pada era


kemodenan ini, maka kajian ini dijalankan meliputi kaedah dan pendekatan
pengajaran seni khat. Antara permasalahan yang wujud adalah, ketiadaan guru yang
berkebolehan untuk mengajar mata pelajaran berkenaan di peringkat sekolah.
Keadaan ini akan menyebabkan bakat dan minat yang terpendam dalam kalangan
pelajar sekolah tidak dapat dicungkil dan digilap sepenuhnya.

Kaedah atau pendekatan yang digunakan semasa pengajaran seni khat


mungkin terlalu sukar untuk diikuti oleh pelajar. Hal ini kerana untuk menghasilkan
tulisan khat yang baik ia memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
betul selain kesabaran, ketelitian dan masa yang agak lama. Melihatkan keadaan ini
pasti ada sebab mengapa masyarakat hanya sekadar mengkagumi hasil tulisan khat
tetapi kurang tertarik untuk mempelajari cara menulisnya. Situasi permasalahan yang
berlaku ini telah mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai Kaedah dan
Pendekatan Pengajaran Seni Khat : Satu Kajian di Johor Bahru.

1.4

Objektif Kajian

Dalam membuat kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif


yang ingin dicapai dalam kajian. Antaranya ialah :

1.4.1

Untuk mengenal pasti kaedah pengajaran tokoh seni khat negeri Johor.

1.4.2

Untuk mengenal pasti pendekatan pengajaran tokoh seni khat negeri Johor.

1.4.3

Untuk mengenal pasti kaedah pengajaran terbaik tokoh seni khat negeri Johor
untuk mata pelajaran seni khat di peringkat sekolah.

1.5

Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kaedah dan
pendekatan pengajaran seni khat. Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat
menjawab beberapa persoalan berikut :

1.5.1

Apakah kaedah pengajaran tokoh seni khat negeri Johor?

1.5.2

Apakah pendekatan pengajaran tokoh seni khat negeri Johor ?

1.5.3

Apakah kaedah pengajaran terbaik tokoh seni khat negeri Johor untuk mata
pelajaran seni khat di peringkat sekolah?

1.6

Kepentingan Kajian

Pengkaji sangat berharap melalui kajian yang dijalankan ini dapat


dimanfaatkan oleh masyarakat. Antara kajian yang dijalankan ini mempunyai
beberapa kepentingan iaitu :

1.6.1

Kepentingan kepada Fakulti Pendidikan, UTM yang melahirkan graduan


bidang Pengajian Islam. Graduan Pendidikan Islam bakal turun ke sekolah
dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam sekaligus mempunyai
kemahiran untuk mengajar seni khat. Seni khat amat perlu kerana ia
berhubung kait dengan konsep martabat Pendidikan Islam di sekolah dan seni
khat merupakan sebahagian kebudayaan Islam.

1.6.2

Kepentingan kajian ini adalah bagi kemanfaatan pihak-pihak yang terlibat


secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lanjutan
daripada itu, kajian ini juga dapat memberi kepentingan yang menyeluruh
kepada guru-guru agar dapat merancang dan menyusun strategi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seni khat.

1.6.3

Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada setiap individu ke arah
usaha untuk mempelajari seni tulisan khat.

1.6.4

Kajian ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
pentingnya mempelajari seni khat. Sekiranya tiada golongan pelapis yang
mewarisi seni khat lama kelamaan seni khat ini akan terus terkubur.

1.7

Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini melibatkan tiga orang tokoh seni khat negeri Johor
iaitu Jailan Sakiban, Jalaluddin Misban dan Abd.Rahman Hamzah. Kajian ini
dilakukan di Johor Bahru. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian di Johor
Bahru kerana ianya dekat dengan tempat pengajian pengkaji iaitu UTM, Skudai. Di
samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan bagi memudahkan
segala urusan untuk penyelidikan.

Batasan kajian hanya tertumpu kepada kaedah dan pendekatan pengajaran


tokoh seni khat negeri Johor. Skop kajian, pengkaji menumpukan kepada kaedah dan

pendekatan pengajaran tiga orang tokoh seni khat negeri Johor iaitu Jailan Sakiban,
Jalaluddin Misban dan Abd.Rahman Hamzah.

Pengkaji hanya memilih tiga orang tokoh seni khat sahaja sebagai responden.
Ketiga-tiga orang tokoh khat tersebut telah memadai bagi pengkaji mendapatkan
maklumat mengenai kaedah dan pendekatan pengajaran seni khat. Berdasarkan
kepada pengalaman, sumbangan dan penglibatan mereka dalam bidang seni khat.

1.8

Definisi Istilah

Istilah yang digunakan dalam penulisan ini berhubung dengan istilah-istilah


yang spesifik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Ini bertujuan untuk mengelak
dari memahami kajian dengan persepsi yang berbeza seperti mana yang dikehendaki
dalam sesuatu kajian. Ia juga membantu pembaca memahami dengan lebih jelas
setiap isu yang dibincangkan. Dalam kajian ini beberapa definisi digunakan dan
berikut merupakan maksud setiap perkataan. Definisi tajuk kajian, Kaedah dan
Pendekatan Pengajaran Seni Khat : Satu Kajian di Johor Bahru adalah seperti
berikut:

1.8.1

Kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:653), kaedah bermaksud cara


atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).

10

Manakala, menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:1136) pula,


kaedah bermaksud rumusan asas-asas yang menjadi hukum; prinsip.

1.8.2

Pendekatan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:328). Pendekatan bermaksud


kaedah (cara, langkah-langkah dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan tugas (mengatasi masalah dan lain-lain).

Manakala menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:569) pula,


pendekatan bermaksud proses (perihal, perbuatan mendekati atau mendekatkan).

1.8.3

Pengajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:21). Pengajaran bermaksud


perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau
sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain). Dalam kajian ini,
penyelidik akan menemubual kaedah pengajaran seni khat oleh tokoh-tokoh seni
khat negeri Johor.

1.8.4

Seni

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1997:1244-45),


seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus. Selain daripada itu
juga seni boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan

11

mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah belaka
(Mohd Johari Abd Hamid,2004:18).

Menurut Herbert Read, seni adalah usaha untuk menciptakan bentuk-bentuk


yang menyenangkan (Sidi Gazaba, 1982 : 291).

Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:2475) pula, seni bermaksud


terlalu kecil hingga sukar dilihat dengan mata kasar (tentang bentuk atau struktur
sesuatu; halus).

Seni disebut dalam perkataan Inggeris sebagai art, yang berasal daripada
bahasa Yunani yang bermaksud kecekapan dan kebolehan (Norrodzoh Hj. Siren,
2004 : 125).

1.8.5

Khat

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:781). Khat bermaksud tulisan


tangan yang cantik, yang dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas
kaligrafi.

Pengertian istilah khat dikemukakan oleh Syekh Syamsuddin al-Afkani


(penulis pelbagai cabang ilmu: tasawuf, kedoktoran dan lain-lain) dalam kitabnya
Irsyad al-Qasid (yang berisi tentang akhlak tasawuf), pada bab Hasyrul Ulum:
Khat adalah ilmu yang memperkenalkan huruf tunggal, penempatannya dan cara
merangkainya menjadi tulisan; atau apa yang ditulis adalam baris-baris, bagaimana

12

cara menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis; mengubah ejaan
yang perlu digubah dan bagaimana mengubahnya (Ensiklopedia Islam, 2004 : 1)

1.9

Penutup

Dalam bab satu ini, pengkaji telah membicarakan tentang tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif
kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian, definisi istilah serta
kesimpulan. Seterusnya bab ini akan menjadi panduan kepada pengkaji bagi
menjalankan penyelidikan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai