Anda di halaman 1dari 13

Keberkesanan Teknik Demonstrasi/ Tunjuk Ajar dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Seni Visual


Oleh: Nurul Aimie Binti Ibrahim
Bab 1 MASALAH KAJIAN
1.0 Pengenalan
Matapelajaran Pendidikan Seni Visual diperkenalkan di sekolah rendah adalah
bertujuan untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual.. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan
untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah demonstrasi yang digunakan
oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
1.1 Penyataan Masalah
Murid di sekolah rendah keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Pengajaran Pendidikan
Seni

Visual

dapat

memberi

peluang

kepada

murid

memupuk

minat,

memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap


nilai-nilai kesenian dan alam sekitar. Oleh itu, guru Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan penting dalam memupuk minat pelajar melalui pemilihan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Teknik pengajaran
dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria akan
mengundang minat pelajar dan membangkitkan semangat ingin melakukan
sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik.
Teknik

mengajar

merupakan

kemahiran

guru

dalam

mengelola

dan

melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan


pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah
teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan,

sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar


dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar,mengekalkan
perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif
pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan
kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar.

1.2 Soalan Kajian


Untuk mencapai objektif ini, beberapa persoalan diperlukan dalam kajian ini bagi
memberikan fokus yang lebih terperinci terhadap permasalahan ini untuk
membolehkan tindakan dilakukan
1. Apakah guru menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran?
2. Adakah guru mengaplikasikan teknik demonstrasi dalam pengajaran dan
pembelajaran?
3. Bagaimanakah cara pelaksanaan teknik demonstrasi yang digunakan oleh
guru?
4. Sejauhmanakah pemahaman murid melalui teknik demonstrasi?
5. Adakah penggunaan teknik demonstrasi berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual?
1.3 Objektif Kajian
Berikut adalah objektif kajian ini:
1.3.1 Untuk mengenalpasti samada guru-guru pendidikan seni menggunakan
teknik demontrasi atau tidak.

1.3.2 Untuk mengetahui sejauhmana pemahaman murid melalui penggunaan


teknik demonstrasi.
1.3.3 Untuk mengetahui teknik pengajaran yang sesuai digunakan dalam
matapelajaran Pendidikan Seni.

1.4

Kepentingan kajian

Dapatan kajian ini memberi maklumat tentang penggunaan teknik pengajaran


yang digunakan oleh guru Pendidikan Seni. Selain itu, dapatan kajian ini juga
akan menjelaskan sejauh mana keberkesanan teknik demonstrasi yang
dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni.
Oleh itu, kajian ini akan membantu dan mendorong guru-guru yang lain supaya
menggunakan teknik demonstrasi ini secara berkesan bagi memastikan murid
mamahami setiap apa yang diajar dengan baik seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar di dalam kelas.

1.5

Batasan kajian

Kajian ini bertumpukan kepada keberkesanan teknik demonstrasi yang


dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Oleh itu, kajian
ini hanya dilakukan kepada guru-guru Pendidikan Seni dan murid-murid sekolah
rendah sahaja.

BAB 2
2.0

TINJAUAN LITERATUR

Pengenalan
Bab ini membincangkan beberapa pandangan dan pendapat yang khusus

daripada guru pendidikan seni visual dan murid-murid terhadap perlaksanaan


teknik demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, input yang
diperoleh

daripada

tinjauan

literatur

merupakan

garis

panduan

dalam

melaksanakan kajian ini dan seterusnya membolehkan perbandingan dibuat


berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi.

2.1 Literatur berkaitan


DEFINISI TEKNIK

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta


sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat


atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan
sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di
dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-

pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang


digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik pengajaran
3.1 Koperatif
3.2 Kolaboratif Kelas
3.3 Kumpulan
3.4 Individu
3.5 Pemudahcaraan
3.6 Perbincangan
3.7Tunjukcara/Demonstrasi

3.1 KAEDAH KOPERATIF

Definisi
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama
untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya
Ciri-ciri penting
1.Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh
seorang ahli sahaja.
2.Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan
pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut
3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi
dikalangan pelajar

4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang


menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk
mencapai sesuatu matlamat
5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,,
bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan
tercapai
6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk
konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan
mengekalkan hubungan positif

3.2 PENDEKATAN KOLABORATIF


Definisi
Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli
kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan
menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan
kumpulan
Ciri-ciri Penting
1. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi
pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama

2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif


a)

kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi

b)

perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi


merancang, menilai dan membuat refleksi

c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi


akademik yang baik

3.3 PENDEKATAN KUMPULAN

Definisi
Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi
kemasyarakatan dan dinamik kumpulan

Ciri-ciri penting
1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru
perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang
boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik
2.

Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai


untuk kerja kumpulan

3.
4.

Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan


Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi
tanggungjawab

5.

Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk

6.
Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan
pelajar, mengenalpasti,
menganalisis dan menyelesaikan masalah
secara koperatif

3.4 PENDEKATAN INDIVIDU


Definisi
Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap
pelajar
Ciri-ciri Pendekatan Individu
1.Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang pelajar
2. Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada pelajar mengenai
penguasaan kemahiran dan pengetahuannya
3. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran,
hasilan dan aktiviti-aktiviti
4. Kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar lembap
yang memerlukan motivasi dan dorongan daripada pengajaran aktif
guru

3.5 KAEDAH PEMUDAHCARAAN


Definisi
Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih
menitikberatkan peranan murid. Sangat berkesan dalam sekolah
bestari diamana guru memainakan peranan sebagai guide dalam
proses pembelajaran

Ciri-ciri Penting
1.

Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses


pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas

2.

Guru hanya memberi bimbingan tetapi


menyelesaikan masalah dalam bilik darjah

3.

Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina


pengetahuan mereka sendiri

4.

Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong


dalam proses pengajaran dan pembelajaran

5.

Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid


supaya dapat mencetus idea dan jawapan yang betul kepada
penyelesaian masalah

6.

Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis


bahan dan media pembelajaran bagi merangsang pembelajaran
pelajar

murid

yang

3.6 TEKNIK PERBINCANGAN


Definisi
Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama
mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalah
Ciri-ciri Penting

1.Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea


mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat
rumusan pada akhir sesi perbincangan
2. Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah
dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru
3. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan
sebarang situasi bilik darjah
4.Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar
mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah,
pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah

3.5

KAEDAH TUNJUK CARA

Definisi
Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan
melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan
demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk
menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.
Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau
menjalankan sesuatu aktiviti
Ciri-ciri penting

1.

Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar


memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur
yang ditunjukkan

2.

Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan


mudah

3.

Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah


pelaksanaan sesuatu eksperimen

4.

Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu


aktiviti

5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan


lebih mudah
6. Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan
pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan
pendengaran
7. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan
model persepsi

2.2

Kajian berkaitan

Menyedari hakikat tentang betapa pentingnya penggunaan teknik pengajaran


dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap guru harus sedar dan mengambil
inisiatif yang tersendiri dalam memainkan peranan mereka sebagai seorang
pendidik. Melaui cara ini, guru akan dapat meningkatkan prestasi kerja murid ke
peringkat yang lebih baik seterusnya dapat melahirkan insan yang progresif dan
berwawasan.
Menurut tinjauan yang telah dilakukan, di dapati bahawa masih belum terdapat
kajian

yang

dibuat

mengenai

keberkesanan

teknik demonstrasi

dalam

pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah rendah. Oleh itu,
kajian ini merupakan satu kajian awal yang pernah di lakukan. Kajian ini amat
penting kerana dapat memberikan maklumat kesan penggunaan kaedah
demonstrasi pengajaran dan pembelajaran.

BAB 3

3.1

Metodologi Penyelidikan

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif kerana kajian ini
melibatkan pandangan dan pendapat daripada guru dan murid tentang
keberkesanan perlaksanaan teknik demonstrasi dalam pengajaran pendidikan
seni visual.

3.2

Subjek Kajian

Subjek kajian terdiri daripada beberapa orang guru pendidikan seni dan 30 orang
murid-murid sekolah rendah.

3.3

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian dan temubual


terhadap guru pendidikan seni dan juga murid-murid sekolah rendah.

3.4

Pengumpulan Data

Semua data kajian diperolehi daripada pemerhatian sepanjang sesi pengalaman


berasaskan sekolah pada bulan Mac 2008 selama 2 minggu. Pengumpulan data
juga didapati daripada pemerhatian semasa menjalani sesi praktikum di sekolah
pada tahun 2007. selain itu, sesi temubual juga dilakukan semasa menjalani
pengalaman berasakan sekolah dan latihan praktikum.

3.5

Prosedur Analisis Data

Maklumat yang diterima dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk


mendapatkan peratusan.

Anda mungkin juga menyukai