Anda di halaman 1dari 9

KEPENTINGAN KUALITI GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH RENDAH PADA MASA KINI

Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat. Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam. Menurut Kamus Dewan global yang bermaksud dunia seluruhnya. Manakala, globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju kea rah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan. Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi, dan ideology. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikan. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini dapat

dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita materialistic dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan perlaksanaan FPN dalam system pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya tidak dianggap suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya suatu teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai komersil untuk masa depan pelajar. Untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang professional sesuai dengan proses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan, penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar. Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran dan kebolehan murid-murid. Selain itu, melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti penggayaan, manakala muridmurid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seorang guru yang berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi

yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigm dapat dilakukan oleh para pendidik. Perkara yang paling penting bagi guru-guru zaman globalisasi ini ialah meningkatkan kemahiran dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan computer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin. Selain itu juga, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk berbincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan system pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan berakhlak terpuji. Dalam kokurikulum pendidikan di tegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.

Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,

menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, sebagainya. Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan

membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan social dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negative, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan sefahaman. Akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negative, tidak terlibat di dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat. Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh dimanfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni di sekolah, pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan.

Ciri-ciri Guru Berkualiti Indicator cemerlang atau berkualiti telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan, terutamanya untuk menentukan prestasi guru. Indicator tersebut lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan

pergerakan gaji. Walau bagaimanapun, indicator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan kecemerlangan seorang guru mata pelajaran pendidikan seni. Indicator tersebut mengambil kira : 1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. 2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan perlaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran. 3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja, kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan

komunikasi dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Kualiti Peribadi dari segi integrity ( jujur, amanah dan berakhlak ) komitmen, ikram, adil dan saksama, berdisiplin dan kepimpinan. 5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan sekerja, pegawai bawahan dan pelanggan ( murid-murid ). 6. Potensi adakah guru itu ada wawasan, perspektif menyeluruh, penganalisisan, kesedaran kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan inovasi, serta kebolehan menghadapi cabaran.

Bagi guru pendidikan seni, indicator kecemerlangan dan kekualitian akan berpusat kepada enam factor utama. Factor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya : 1. Pengajaran dan pembelajaran berkesan. 2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan seni. 3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan. 4. Pengurusan Ko-kurikulum. 5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan. 6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.

Namun demikian, guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu, simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berbagai-bagai teori dan model pengajaran berkesan. Mengikut Borich dan Fenton (1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan keilmuannya, dan beberapa variasi yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran p & p, misalnya hubungan dengan pengetua/guru besar dan factor persekitaran. Yang dimaksudkan perlakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Ini termasuklah bagaimana guru berinteraksi dengan murid. Pengurusan kelas, penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan p & p. Satu factor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam p & p. Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang Berjaya

menentukan corak pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran semasa. Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran dengan sempurna dan berkesan. Pengajaran maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta bermakna kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam. Pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid. Berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid. Guru menggunakan contoh-contoh yang mudah. Pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada murid. Guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni. Guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan pelajaran pendidikan seni berjalan. Guru bersifat humor dan penyayang. Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran.

Guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid. Guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid semasa pengajaran berlaku. Guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan murid. Pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas.

Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerja-kerja amali. Lantaran itu, guru pendidikan seni kurang mendalami

pengetahuannya melalui bahan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena negative. Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni. Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya. Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan computer dalam pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian computer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.

Kualiti Peribadi Penekanan kualiti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang guru pendidikan snei cemerlang tentunya kualiti peribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya, guru-guru

pendidikan seni perempuan boleh menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain. Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kreativiti. Justeru itu, guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif.

Pengurusan Ko-kurikulum Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Melalui kelab tersebut, dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh disalurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif. Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya, lawatan ke pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak. Balai Seni Lukis dan Pust Kraftangan. Melalui kelab pendidikan seni, guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian di samping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni. Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka.

Sumbangan dan Hasil Kerja Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan seni ( sekolah menengah ), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja keceriaan sekolah. Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek di peringkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Sumbangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja.

Komunikasi dan Hubungan Melalui sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni sewajarnya mempunyai tingkah laku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua/guru besar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik.

Penutup Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas da nada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya, guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indicator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai