Anda di halaman 1dari 2

Falsafah pendidikan timur- China

Menurut falsafah pendidikan China, Mazhab Konfusianisme, peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Pendidikan disifatkan sebagai alat penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan, dan keharmonian kehidupan. Mereka juga menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan Walau bagaimanapun, untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat.

Falsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran pendidikan Moral. Banyak nila-nilai yang ditekankan dalam aspek moral seperti : 1. Menghormati ibu bapa 2. Hormat orang yang lebih tua 3. Ketekunan 4. Kesetiaan 5. Jimat cermat 6. Tolak ansur 7. Kebijaksanaan 8. Keberanian Dalam falsafah pendidikan Confucius, guru bergerak sebagai fasilitator dan menyampaikan ilmu dengan kemahiran yang mereka perolehi. Guru akan sentiasa komited terhadap tanggungjawab serta mesti mengenali dan memahami setiap muridnya supaya potensi para murid dapat digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Falsafah pendidikan timur India


falsafah pendidikan nasionalisme dan internasionalisme di India. Rabindranath Tagore (1861-1941) mentafsirkan pendidikan sebagai proses bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, segala aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna.

Beliau juga berpendapat pendidikan harus menjadi satu proses berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga mendukung sikap nasionalisme yang ideal, menpunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif.

Anda mungkin juga menyukai