Anda di halaman 1dari 5

2.

12

Model- model Pengajaran Sebelum Memilih Salah Satu Model Pengajaran yang
akan dijadikan Rujukan Bagi Membangunkan Modul Perdagangan

Objektif utama Model Isman diperkenalkan dalam dunia pendidikan adalah untuk
menunjukkan bagaimana sesuatu pengajaran dan pembelajaran dirancang, dibangun,
dilaksana, dinilai dan akhirnya diatur untuk meningkatkan tahap kemahiran pelajar dalam
proses pembelajaran. Teori model Isman diperkenalkan pada tahun 2011 dan menekankan
teori

behaviorisme,

kognitivisme

dan

konstruktivisme

(Norlidah, et. al, 2013). Walaupun terdapat banyak jenis Model Reka bentuk Pengajaran,
seperti ADDIE Model, penyelidik memilih Model Isman kerana ia berpusatkan pelajar dalam
menjana idea dan mencipta idea kritis dan kreatif. Model Isman memberi perhatian kepada
perspektif pelajar dalam proses pembelajaran (Norlidah, et. al, 2013). Kenyataan beliau
terbukti melalui hasil pembangunan modul fizik kepada pelajar dengan menggunakan Model
Isman. Walaupun model reka bentuk instruksional Isman (2011) tidak diukur kesahihannya
dalam kelas pengajaran, tetapi hasil kajian Norlidah et.al (2013) membuktikan hasil yang
logik dan diterima ( Prezi, 2015).

Model Isman juga melibatkan penglibatan langsung dari pelajar dalam aktiviti
pembelajaran; menjadi panduan dalam mencungkil pengetahuan; membantu pelajar dalam
mengingat kembali; mengkod fakta; memproses maklumat; memantau pencapaian pelajar
dan memberi maklum balas atas usaha yang dilakukan (Aytekin Isman et.al, 2005).
Pembangunan modul pengajaran berdasarkan Model Isman dapat membina pengalaman
belajar dan melahirkan persekitaran pembelajaran yang bermakna. Walaupun Model Isman
berfokuskan kepada teori tingkahlaku, kognitif dan konstruktivisme, penyelidik merasakan
model ini sesuai digunakan untuk Pembangunan Modul Perdagangan. Ini kerana adalah,
gabungan ketiga-tiga teori itu dapat melahirkan pelajar Perdagangan yang KBAT dari segi
Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Model Isman membantu pelajar terlibat
pembelajaran sepanjang hayat (Isman, 2011). Model ini pernah digunakan oleh Norlidah
et.al, 2013) untuk membangunkan Modul Pendidikan Islam. Didapati Modul Pendidikan
Islam, membuktikan bahawa Model Isman melahirkan pelajar yang kreatif melalui
pembelajaran Facebook (Norlidah et.al, 2013).

INPUT

PROSES

OUTPUT

Mengenal pasti Keperluan


Mengenal pasti Kandungan
Mengenal pasti Matlamat-Objektif
Mengenal pasti Kaedah Pengajaran
Mengenal pasti Penilaian
Uji Proto Taip
Mereka Bentuk Modul
Aktiviti Pengajaran

Uji Modul
Analisis Keputusan

Memperbaiki Kelemahan/ Ulang Semula


MAKLUM
BALAS

Pembelajaran
PEMBELAJARAN

Rajah 5 ; Reka Bentuk Pengajaran Isman Model ( 2011)

2.12.1 Langkah dan Peringkat Model Isman

A. Input

Langkah pertama dalam model Isman adalah input. Langkah input melibatkan mengenal pasti
keperluan, mengenal pasti kandungan, mengenal pasti matlamat, mengenal pasti kaedah
pengajaran, mengenal pasti bahan-bahan penilaian dan akhirnya mengenal pasti media
pengajaran. Tahap mengenal pasti keperluan responden adalah sangat penting dalam
pembangunan sesebuah modul pengajaran (Kaufman, 1993). Selepas matlamat, objektif,
aktiviti-aktiviti pengajaran dan teknik penilaian dirancang, guru bersedia untuk mencuba atau
melaksanakan bahan-bahan pengajaran tersebut kepada pelajar. Sebelum merancang semua
elemen di atas, guru perlu menggunakan kaedah temubual atau soal selidik untuk mengenal
pasti kehendak pakar dalam bidang tersebut dan keperluan pelajar dalam proses PdP.
Peringkat- peringkat dalam bahagian input membantu seseorang guru untuk mengenal pasti
apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar.

B. Proses

Langkah kedua dalam model Isman ialah proses. Langkah proses melibatkan peringkat ujian
prototaip dan mereka bentuk semula jika terdapat kesilapan. Langkah proses membantu guru
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar (Isman, 2005). Biasanya peringkat ini
melibatkan panel-panel pakar dalam sesuatu bidang untuk mengenal pasti kesahihan Modul
yang dibangunkan. Aktiviti pengajaran pada peringkat sudah dijalankan kepada pelajar. Jika
modul yang dibangunkan menepati kehendak pakar dan memenuhi keperluan pelajar, ini
bermakna matlamat yang dirancang akan dicapai dengan jayanya.
C. Output

Langkah ketiga ialah model Isman adalah output. Langkah peringkat ini melibatkan
pengujian dan analisis keputusan berkaitan pembangunan modul. Proses ini melibatkan guru
mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan pelajar semasa menggunakan modul tersebut.
Guru perlu mengambil kira juga, bahawa pelajar terlibat dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan kemahiran yang dimiliki atau tidak. Oleh itu, guru perlu
melakukan penilaian ke atas pelajar untuk mengenal pasti sama ada pelajarnya mengikut
arahan pengajaran atau tidak semasa terlibat dalam aktiviti pembelajaran.

D. Maklum Balas

Langkah keemapat dalam model Isman adalah maklum balas. Proses maklum balas
melibatkan arahan untuk menyemak berdasarkan data yang dikumpul semasa fasa
pelaksanaan. Pada fasa ini, jika guru mendapati pelajar tidak menunjukkan minat terhadap
aktiviti pengajaran yang dijalankan, maka guru akan kembali untuk menyemak semula
beberapa

aktiviti-aktiviti

pengajaran.

Pada

peringkat

ini,

guru

akan

berusaha

mempertingkatkan aktiviti tersebut supaya pelajar dapat mencapai matlamat yang


dirancangnya.

E. Pembelajaran

Langkah kelima adalah pembelajaran. Proses pembelajaran melibatkan pembelajaran


sepanjang hayat. Pada peringkat ini, guru mahu pelajar-pelajarnya belajar apa yang
dirancang. Jika guru mendapati matlamatnya tercapai, maka guru akan merancang aktiviti
pengajaran baru supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang bersifat kritis dan kreatif.

Anda mungkin juga menyukai