Anda di halaman 1dari 3

Tanggungjawah saya semasa menggunakan Media Sosial

Media sosial merupakan salah satu medium perhubungan dan penyebaran maklumat
serta menjadi tarikan segenap lapisan masyarakat khususnya golongan remaja.
Terdapat beberapa laman sosial yang telah digunakan oleh orang muda pada masa
kini. Antaranya adalah laman sosial Facebook, Twitter, Myspace, Blog, Instagram,
Skype, Youtube, Google, Yahoo dan sebagainya. Ada beberapa orang
menggunakannya dengan menyebarkan perkara yang positif , manakala ada
sesetengah pihak menggunakkannya dengan menyebarkan perkara yang negatif. Ini
dapat menyebabkan sesetengah orang itu terpengaruh dengan menyebarkan perkara
yang negatif. Di dada-dada akhbar tempatan terutamanya Berita Harian sering
mengutarakan rencana berkaitan implikasi negatif media sosial kepada penggunanya.
Dalam sidang media baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Yang Amat
Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak mengatakan bahawa ibu bapa sebagai
ahli keluarga yang paling rapat dengan anak-anak perlu memainkan peranan dalam
menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak. Hal ini bertujuan
untuk melahirkan modal insan yang dapat menerajui pucuk kepemimpinan negara pada
masa akan datang. Persoalannya, apakah peranan setiap ahli keluarga dalam
menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak?

Salah satu tanggungjawab saya semasa menggunakan media sosial ini adalah dengan
tidak terpengaruh oleh laman sosial pada masa kini iaitu Facebook. Saya cuba
mengelak daripada menyebarkan maklumat yang negatif tentang sesuatu isu. Pada
masa kini, terdapat ramai pihak yang gemar menyebarkan fitnah atau memburukkan
seseorang dengan cara yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh iaitu dengan
menyebarkan gambar yang kurang sopan tentang seseorang dengan tujuan untuk
mengaibkannya. Tindakan seumpama ini akan memalukan individu berkenaan dalam
kalangan rakannya khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Tindakan seumpama ini
perlu dibanteras melalui peraturan sedia ada agar menjadi pengajaran kepada pihak
yang berkenaan agar tidak meneruskan perbuatan tersebut.

Berakar umbi daripada persoalan tersebut, antara peranan ahli keluarga dalam
menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa
memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak mereka kecil
lagi. Hal ini amat signifikan kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkannya. Ibu bapa boleh mengajar dan mendidik anak-anak untuk
membezakan antara perkara yang hak dan batil. Sebagai contohnya, ibu bapa
menjelaskan tentang pengaruh Barat yang disiarkan menerusi 'Youtube' dan menjadi
ikutan ramai tetapi bertentangan dengan nilai moral masyarakat Timur. Benarlah
pepatah Melayu yang menyatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya kerana
ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan didikan agama sejak mereka kecil supaya
tidak terjerumus dengan gejala negatif berkaitan media sosial. Tuntasnya, didikan
agama yang secukupnya merupakan salah satu peranan ahli keluarga iaitu ibu bapa
untuk mengatasi implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak.

Dalam perspektif yang sama, ibu bapa berperanan mengehadkan tempoh anak-
anak untuk melayari media sosial seperti 'Facebook', 'Twitter', dan 'Instagram'
memerlukan penggunaan akses Internet. Ibu bapa mempunyai hak untuk menyekat
akses Internet tersebut dan mengawal tempoh penggunaannya agar anak-anak akan
lebih menghargai masa. Sebagai tamsilnya, ibu bapa menetapkan bahawa anak-anak
hanya boleh menggunakan Internet sehingga pukul sepuluh malam kerana anak-anak
perlu mendapatkan tidur yang berkualiti supaya tidak mengganggu proses
pembelajarannya pada esok hari. Perkara ini persis peribahasa Melayu , berakit-rakit ke
hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
agar mereka mendapat manfaat daripada usaha mengehadkan masa penggunaan
Internet yang dilaksanakan oleh ibu bapa. Izharnya, tempoh untuk anak-anak melayari
media sosial perlu dihadkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan implikasi negatif media
sosial menular dalam diri anak-anak.

Jika dilihat pada peranan ahli keluarga yang lain, kakak boleh menasihati dan
membimbing adik menggunakan laman sosial secara berhemah. Hal ini dikatakan
demikian kerana kakak lebih mengetahui buruk baik media sosial dan tutur katanya
sering dipatuhi oleh adik. Kakak perlu memberitahu adik mengenai bahana
penyalahgunaan media sosial terhadap adik-adik dan menegur mereka. Hal ini akan
menjadikan adik-adik lebih berdisiplin dan menggunakan media sosial secara efektif
seperti melayari laman web yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah. Situasi ini
persis peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya kerana apa yang
diajarkan kepada adik-adik, perkara itulah yang akan diturutinya. Tegasnya, peranan
kakak dalam menangani implikasi negatif media sosial amat penting kerana kakak
adalah orang yang paling rapat dalam ahli keluarga.

Di samping itu, seorang abang perlu memasang aplikasi yang boleh menyekat
laman sesawang yang tidak berfaedah. Hal ini supaya adik-adik mereka terutamanya
tidak terdedah dengan perkara yang tidak elok. Uswahnya, abang memuat turun
aplikasi gempur-organisasi yang boleh menyekat sebarang aplikasi negatif seperti
didigames.com. Adik-adik akan terhindar daripada pengaruh negatif dalam media sosial
dan terjebak dengan jenayah siber. Oleh yang demikian, adik-adik akan lebih positif
dalam kehidupan seharian sekali gus dapat melahirkan modal insan yang berguna
kepada negara dan agama. Izharnya, sebagai seorang abang yang bertanggungjawab
perlulah mengambil inisiatif dengan menyekat laman sesawang yang memudaratkan.

Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, antara peranan ibu bapa dalam menangani
implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa mengawasi
penggunaan media sosial anak-anak. Ibu bapa perlu mengetahui laman web dan media
sosial yang dilayari anak-anak. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak daripada
melayari perkara yang tidak elok seperti laman kongsi gelap dan pornografi. Sebagai
contohnya, ibu bapa memeriksa telefon pintar anak-anak supaya mereka tidak terlibat
dengan perkara yang negatif dan boleh mengundang musibah. Tindakan ini
membolehkan ibu bapa mengelakkan anak-anak daripada terpengaruh dengan perkara
negatif. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu mengawasi penggunaan media
sosial anak-anak supaya implikasi negatif media sosial dapat ditangani.

Konklusinya, keluarga memainkan peranan yang sangat penting untuk menangani


implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak. Hal ini kerana keluarga
merupakan guru pertama anak-anak di dunia ini. Hal ini supaya generasi yang lebih
bermoral dan berwawasan dapat dilahirkan jika tidak terpengaruh dengan implikasi
negatif media sosial yang akan menaikkan dan mengharumkan nama negara. Perkara
ini persis peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Oleh yang demikian, penggunaan media sosial perlu dikawal dan ditapis bahannya
daripada perkara yang boleh menjerumuskan ke arah gejala negatif yang berkaitan
dengan media sosial.

986 Patah Perkataan

Anda mungkin juga menyukai