Anda di halaman 1dari 13

Peranan Keluarga Dalam Usaha Memastikan Remaja

Menggunakan Media Sosial Ke Arah Yang Lebih Positif

Tidak dapat dinafikan bahawa pada era yang moden ini, media sosial telah mendapat sambutan
yang hangat sekali di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana media sosial merupakan
sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna
dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial,
wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki juga merupakan bentuk media
sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Definisi telah diberi oleh
Andreas Kaplan dan Michael Haenlein sebagai “sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet
yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan
penciptaan dan pertukaran. Di samping itu juga, jaringan sosial merupakan laman yang
membolehkan setiap orang mampu membuat laman sesawang secara peribadi, kemudian
berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Antara jaringan
sosial yang sering digunakan adalah Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya. Jika media
tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan
Internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi
sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat
dalam masa yang cepat dan tidak terhad.

Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan yang amat signifikan untuk
memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan media sosial. Alam maya ini tiada
batasnya, oleh itu media sosial contohnya seperti Internet ini mempunyai keburukannya.
Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu mengelakkan anak-anak daripada mengakses
laman-laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber
seperti mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman
sesawang. Tindakan kecil yang dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu
menyelamatkan industri hiburan tanah air yang kerap kali ‘dirompak’ oleh orang-orang yang
tidak bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan jumlah penggodam dan pencetus
provokasi di internet yang semakin hari semakin berleluasa. Anak-anak juga terselamat
daripada terus terperangkap di dalam kancah jenayah siber, yang juga merupakan salah satu
kesalahan yang akan dikenakan tindakan keras seperti yang termaktub dalam akta jenayah
negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu bapa dalam memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan media sosial dapat mendidik mereka dalam memanfaatkan
kegunaan media sosial.

Tidak dapat dikesampingkan juga, ibu bapa perlu memainkan peranan penting
dalam mendidik anak-anak menggunakan media sosial secara pintar dengan memperkenalkan
kepada mereka dengan medium-medium pembelajaran menerusi media sosial. Seperti yang
ditegaskan, media sosial sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi
pendidikan. Hari ini, kemajuan media sosial juga selaras dengan kemajuan teknologi seperti
“tablet” dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua peranti ini merupakan peranti
pilihan pengguna untuk melayari Internet. Oleh hal yang demikian, adalah lebih baik para ibu
bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi pintar yang berunsurkan pembelajaran
kepada anak-anak. Tanpa disedari, sudah banyak aplikasi dan laman sesawang yang
menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan kemudahan Internet, namun malangnya
kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna media sosialpada masa ini. Sebaik-
baiknya anak-anak didedahkan dengan medium sebegini, sekurang-kurangya mereka akan
mula memanfaatkan penggunaan media sosial serta bijak . Ibu bapa juga tidak perlu risau
sekiranya anak-anak menghabiskan masa dengan melayari Internet mahupun menghadap
peranti pintar sepanjang masa, sekiranya peranti-peranti di rumah diisi dengan aplikasi dan
laman pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, jelaslah sudah
di sini bahawa tindakan ibu bapa memperkenalkan medium-medium pembelajaran melalui
Internet kepada anak-anak adalah amat wajar dalam mendidik mereka memanfaatkan
penggunaan media sosial.

Bagi saya, adik-beradik yang lebih tua seperti abang dan kakak memainkan peranan
penting dalam merealisasikan usaha untuk remaja menggunakan media sosial ke arah yang
lebih positif. Abang atau kakak boleh menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lebih muda.
Hal ini kerana adik-adik selalunya akan mencontohi tingkah laku abang atau kakak mereka.
Selain itu, abang atau kakak juga seharusnya menasihati adik-adik mereka dengan penuh kasih
sayang apabila melihat adik-adik mereka menggunakan media sosial ke arah perkara yang
negatif. Mereka tidak seharusnya memekakkan telinga dan membutakan mata kerana
perbuatan negatif yang dilakukan oleh adik-adik mereka boleh menjatuhkan maruah keluarga.
Seterusnya, dalam menjaga hubungan antara adik-beradik, kita perlu menititikberatkan sifat
kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu
menghormati kedudukan abang dan kakak serta menerima segala teguran dengan hati yang
terbuka.
Lontaran idea seterusnya ialah datuk dan nenek seharusnya menerapkan didikan agama
yang secukupnya kepada remaja.Pendidikan agama mesti dilaksanakan oleh datuk dan nenek
di peringkat awal usia anak-anak bagi membolehkan iman mereka dibentuk dan diperkukuhkan
menjadi insan bertakwa. Datuk dan nenek lebih makan garam dan remaja akan lebih
mendengar dan menurut nasihat mereka.Jika perkara ini tidak dilakukan, remaja akan mudah
terpengaruh dengan media sosial yang negatif seterusnya terjebak dalam kancah gejala sosial
dan jenayah yang akhirnya menyusahkan keluarga. Pendidikan agama mestilah menjadi teras
dan benteng kepada pembentukan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Hal ni
dikatakan demikian kerana apabila jiwa remaja ni diterapkan dengan nilai-nilaiagama yang
tinggi, mereka akan dapat menepis segala laman sosial yang negatif seterusnya menggunakan
media sosial dengan berhemah. Tanpa pendidikan agama, anak-anak tidak mempunyai
benteng yang kukuh bagi menghadapi keruntuhan moral di luar yang semakin berleluasa.
Jelaslah bahawa, peranan datuk dan nenek amat penting dalam usaha untuk memastikan
remaja sentiasa berada di landasan yang betul dan menggunakan media sosial ke arah yang
positif sebagai persediaan melahirkan modal insan berjaya di dunia dan akhirat.
Secara tuntasnya, keluarga memainkan peranan dominan dalam usaha mendidik dan
mengasuh remaja memanafaatkan penggunaan media sosial. Perkhidmatan media sosial
sememangnya memberikan manfaat kepada pengguna walaupun secara minoritinya membawa
kepada keburukan. Namun yang demikian, semua ini bergantung kepada keluarga itu sendiri,
sama ada bijak atau tidak mendidik remaja dalam memanfaatkan penggunaan media sosial
dalam kehidupan seharian. Walaupun demikian, kita tidak seharusnya mengharapkan peranan
ibu bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu, tindakan
kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam memastikan perkhidmatan ini mampu digunakan
oleh semua ahli keluarga membuktikan bahawa media sosial sangat penting kepada semua.
Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat menggunakan perkhidmatan
tersebut dengan sebaik-baiknya, namun usaha kerajaan akan menjadi usaha yang sia-sia
sekiranya ibu bapa dan ahli keluargayang lain tidak turut turun padang dalam membantu
kerajaan melahirkan generasi yang celik IT dan bijak menggunakannya. Mencegah itu lebih
baik daripada merawat, sememangnya jikalau semua pihak mula bertindak dari awal, masalah-
masalah penyalahgunaan media sosial dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ini akan
mudah dicantas, dan secara tidak langsung, negara kita akan dipenuhi dengan generasi-
generasi yang berguna dan berfikiran hadapan.
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat
Ada pendapat yang mengatakan bahawa semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
rakyat negara ini.

Huraikan usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di


negara kita.

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini demikian kerana, masing-masing sibuk dengan
urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat
mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari
kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu,
mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari
kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika
sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah
dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku
sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu,“Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus
diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara
yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan
penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi
pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati
semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan
perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan
dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian bak kata pepatah, “Alah bias tegal
biasa”. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-
murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi
pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui


media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media
elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan
semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
Hal ini juga dapat menunjukkan bahawa masyarakat menghargai jasa pejuang-pejuang negara
bukanlah bagai kacang lupakan kulit. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah
menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang


bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
agar dapat memupuk semangat ini.Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan
juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada
peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan
Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik
dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh
masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut
bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita. Sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, “Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat”, perpaduan kaum akhirnya dapat menujudkan
keamanan dalam negara.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-
pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka
yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan
menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan
titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh
hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan
dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah
pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi
makna lagi kepada generasi yang akan datang. Para pemimpin tidak harus bersengketa
sesama sendiri sambil mencanangkan perpaduan dan semangat patriotik kerana sikap ini tidak
sesuai bak kata peribahasa lama yang berbunyi “Bagai ketam mengajar anaknya berjalan
lurus”.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan
sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk
melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar
mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju
yang lain umpana peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Sekiranya semangat
patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta
akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Peranan Keluarga Menangani Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja
Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia isu kebejatan moral dan
keruntuhan akhlak para remaja harapan bangsa yang semakin meruncing. Sering terpampang
di dada akhbar, berita-berita yang menguris hati melibatkan remaja seperti pergaulan bebas,
merokok, melepak dan membuang anak. Masyarakat menuding jari sesama sendiri
menyalahkan orang lain. Masakan pokok bergoyang, oleh itu pasti terdapat faktor-faktor yang
menyebabkan hal ini terus membarah dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Namun,
ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri apabila ada yang ingin menyalahkan
remaja yang baru berumur setahun jagung setampuk pinang. Setiap penyakit ada penawarnya,
setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Maka, jawapan yang dicari-cari untuk permasalahan
ini ialah keluarga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah yang semakin
hari semakin parah ini.
Antara peranan keluarga dalam menangani polemik ini termasuklah memperkukuh institusi
keluarga. Institusi keluarga sebagai institusi tertua di dunia seyogianya mempraktikkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian. Hal ini berlaku demikian kerana nilai-nilai murni adalah vital
kepada seseorang agar tidak terjebak dengan perkara atau unsur-unsur yang negatifnya.
Misalnya , seorang remaja yang berbudi bahasa dan jujur pasti tidak akan merokok kerana
kejujurannya dan janjinya terhadap ibu bapa. Dengan sifat amanah, remaja itu pasti tidak akan
terikut-ikut dengan anasir negatif kerana berpegang pada amanatnya kepada nusa dan bangsa
untuk menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja yang mempraktikkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan pasti menyedari tanggungjawabnya dalam mendukung dan
seterusnya melestarikan Wawasan 2020. Tokoh ilmuwan, Hamka pernah mengatakan bahawa,
kekayaan seseorang itu terletak pada tingginya akhlak dan budi bahasanya bukan pada harta
dan pakaiannya. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai-nilai murni merupakan
elemen penting dalam diri setiap insan yang wajar dipupuk dari kecil oleh institusi keluarga
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai-nilai murni dapat menjadi benteng ampuh
dan utuh sekukuh Tembok Besar China daripada sebarang anasir-anasir luar yang menerjah.
Selain itu, ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan menunjukkan contoh dan teladan
yang baik. Hal ini demikian kerana, ibu bapa seyogianya membetulkan kekhilafan diri sebelum
membetulkan anak-anak agar tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan
dirinya berjalan senget. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan jika
alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini secara eksplisitnya menunjukkan
bahawa jika ibu bapanya baik maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik.
Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain wajar menunjukkan contoh dan teladan yang
wajar diikuti dan mampu dibanggakan. Selain itu, seorang ayah tidak wajar menegur anaknya
yang merokok jika mereka sendiri yang menunjukkan contoh sedemikian. Masakan anaknya
mendengar nasihat yang boleh ditujukan semula kepada bapanya. Namun, itulah realitinya,
ayah dan anak sama-sama pula merokok di luar rumah. Oleh hal demikian, ibu bapa
sewajarnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri teladan yang ungguldengan
menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa .
Seterusnya, peranan keluarga bagi menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja yang kian membarah dalam masyarakat ialah memberikan kasih sayang yang
secukupnya. Dalam era globalisasi ini, ibu bapa berlumba-lumba mencari kekayaan duniawi
sehingga mengabaikan tugasnya sebagai pendidik kepada anak-anak mereka yang
belum mengenal yang mana intan, yang mana kaca. Selain itu, mereka menyangka dapat
membeli kasih sayang anak-anak dengan material yang mewah seperti Ipad, Iphone, computer
riba dan telefon mudah alih yang tidak tergambar kecanggihannya. Anak-anak yang hidup
dalam bayang-bayang arus pemodenan yang rancak berlari berasa terabai dan tidak disayangi,
lalu mencari alternatif lain yang boleh mengundang bahaya dan derita. Sebagai tamsilan,
membuli orang untuk melepaskan geram dan mencari perhatian, rentetan kurangnya kasih
sayang yang diperlukan untuk mengharungi hidup yang penuh mencabar pada era langit
terbuka ini. Dengan kasih sayang ibu bapa yang bagaikan menatang minyak yang penuh, hidup
remaja akan lebih ceria tanpa mencari alternatif yang lain bagi merawat dan menampal lubang-
lubang kosong di hati anak-anak. Oleh hal demikian, kasih sayang merupakan eleman yang
penting dalam diri anak-anak agar tidak berasa diabaikan dan tidak disayangi, sesungguhnya,
anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya dan menentukan sama ada
ingin menjadikan anak-anak mereka Majusi, Nasrani mahupun Yahudi. Ibu bapa tidak
sewajarnya membiarkan anak-anak mereka seperti layang-layang terputus talinya.
Berdampinglah dan lakukan perubahan bersama-sama dengan memberikan kasih sayang yang
secukupnya kepada anak-anak yang sentiasa dahagakan perhatian daripada orang tua mereka.
Dalam pada itu, ibu bapa juga berperanan mengawal perilaku anak-anak di samping
mengetahui pergaulan anak bersama-sama rakannya. Hal ini demikian kerana rakan
merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam diri remaja. Setiap kata rakan-rakannya
menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting. Begitulah yang dapat digambarkan betapa
besarnya pengaruh insan yang bernama rakan. Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan
dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika
berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri
kita secara tidak langsung. Eksplisitnya, hal ini menunjukkan bahawa jika kita berkawan dengan
rakan yang baik akhlaknya, dia juga akan turut bersahsiah baik tetapi sebaliknya jika tersalah
pilih rakan maka akan terjebaklah ia ke kancah yang hina. Gurindam Melayu ada
menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih
segala orang setia kawan. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
signifikan dalam mengawal pergaulan anak-anak dengan rakannya kerana menurut seorang
cendekiawan, pengaruh rakan sebaya dalam hidup seseorang remaja ialah 90 peratus, suatu
angka yang besar dan dominan. Cegahlah sebelum terlambat kerana mencegah lebih baik
daripada merawat kerana mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir
pernah mengatakan bahawa bahayanya dadah bukan kepada penagihnya, tetapi kepada orang
di sekitarnya.
Selain itu, ahli keluarga perlu memberikan didikan agama yang cukup untuk menangani
masalah kebejatan moral dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku demikian kerana agama
merupakan benteng yang ampuh dan jitu dan nescaya dapat menghalang kemasukan anasir-
anasir jahat. Selain itu, agama adalah perisai yang kuat agar remaja tidak terdengarkan bisikan
syaitan durjana. Sesungguhnya, dengan agama akan melahirkan jati diri yang kukuh dan akhlak
yang mulia jauh daripada perlakuan negatif dan tidak bermoral. Sebagai contoh, seorang
remaja yang mempunyai moral yang tinggi tidak akan tergengaruh dengan panggilan-panggilan
ke arah kejahatan kerana keyakinannya yang tinggi terhadap balasan perbuatan yang jahat dan
balasan bagi yang berbuat kebaikan. Sesungguhnya, dengan iman yang tinggi dapat dijadikan
benteng landaan ombak besar pengaruh Barat yang banyak membawa unsur negatif seperti
keganasan, pergaulan bebas, minum arak dan lain-lain. Oleh itu, ibu bapa seyogianya
memberikan didikan agama yang sempurna sama ada secara formal ataupun tidak formal
seperti menghantar anak mereka ke kelas agama agar tidak terjebak ke dalam kancah yang
penuh kemaksiatan.
Peranan keluarga dalam menangani masalah ini juga ialah dari aspek penyediaan persekitaran
yang harmonis. Hal ini demikian kerana tokoh dari China, Mao Tzu pernah mengatakan bahawa
kejadian asal seseorang itu ialah baik dan suci dan akan berubah disebabkan persekitarannya.
Dapatlah diambil iktibar di sini, persekitaran yang selamat atau tidak selamat memberikan
impak kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya memilih kawasan perumahan yang selamat
daripada masyarakat yang mengambil enteng isu negatif seperti pergaulan bebas. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa sewajarnya memilih persekitarannya yang kondusif untuk kepentingan
seluruh ahli keluarga.
Natijahnya, semua pihak terutama keluarga memainkan peranan yang signifikan dalam
mendepani masalah dalam dunia yang mencabar ini. Semua pihak harus bersatu padu bagai
aur dengan tebing agar tidak terhantuk baru tengadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi kabur, semua
pihak harus menyedari dan membuat anjakan paradigma untuk melahirkan
remaja pascamerdeka yang berkualiti ke arah Wawasan 2020. Sasterawan Negara Dato’ Dr
Usman Awang ada menyebut, kalau ingin hidup merdeka, tidak tercapai dengan hanya berkata-
kata tetapi ke hadapan maju sekata, maju bersama. Marilah bersama-sama bergabung tenaga
melahirkan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang disegani dan bersahsiah tinggi.
Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya
Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang
berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang
amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat
pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian
tinggi awam semakin . “Banyak fektor mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata
pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.

Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar
tunjang kepada berlaku gejala negatif seperi ini.Pada masa moden ini,ibu bapa hanya
mementingkan bidang profession dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari
pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.Inimenyebabkan
,seseorang anak itu kurang mendapat perhataian dan belaian kasih sayang daripada ibu
bapa mereka.Anak juga tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul
atau salah,baik atau buruk akibat tiada bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam
gejala sosial seperti gejala membuli.Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup
yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak
perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang
lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan belas kasihan.
Selain itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong
berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli
tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar
untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli.
Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan
keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja perkara secara bebas
dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli sehingga membawa masalah –
masalah yang tidak bermoral. Contohnya,dalam akhbar harian 22 FEBRUARI 2010,Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Bintang menunjukkan kes buli yang terbanyak mengikut kajian
dan faktor kelonggaran disiplin di sekolah tersebut merupakan pemangkin utama gejala ini
berlaku.
Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat
dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang
mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri
dalam gejala negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga
membentuk remaja yang kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka
lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke alam yang kurang baik kerana mengikutu
pengaruh rakan sebaya.remaja yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah
mempengaruhi gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka
untuk mencuba apa saja aktiviti .
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat banyak langkah yang
efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan
peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah
menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi
kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah
sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak
sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata
pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya
berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan
sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak
mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada
mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak
mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi
meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-
sama.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan
segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan
sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga
harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya
dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan,
masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa
dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan
keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut
agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar
yang lain. Disiplin dan perturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para
pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahn
seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.

Tambahan pula,pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini.
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat
kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Kerajaan juga perlu
bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan
ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan
sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak
melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya kempen ANTI BULI tyang dijalankan di
pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli
dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu
bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja.
Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan
Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting
dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribhasa Melayu ‘pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa
dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku
yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan
generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di
persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai