Anda di halaman 1dari 2

Lazat sungguh rasa tomato

D makana bersama buah kuini

Kalau tidak kerana pidato

Tak akan saya berada di sini

Salam perpaduan dan salam satu Malaysia,

Yang berusaha Tuan pengerusi Majlis, barisan para hakim yang sentiasa berada di
paksi kebenaran, penjaga masa yang begitu peka dengan edaran jam , para guru
seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “ Kebaikan
belajar secara Dalam Talian”

Ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020 telah banyak mengubah
norma manusia ketika itu termasuklah arus pendidikan Negara. Proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang sebelum ini dilakukan di sekolah terpaksa ditukar ke
pembelajaran ke Pengajaran dan pembelajaran dari Rumah (PDPR) dimana murid
dan guru berinteraksi secara alam maya ataupun dalam talian. Pada masa kini
teknologi dunia telah mencapai evolusi yang pesat di mana penggunaan gajet seperti
telefon pintar, komputer riba dan tablet menjadi kewajipan bagi segenap manusia.
Maka wajarlah dunia pendidikan kini menuju ke arah penggunaan teknologi dalam
pendidikan dengan melaksanakan pembelajaran dalam talian.

Sidang hadirin sekalian,

Pembelajaran secara dalam talian dapat membantu murid mencari sumber


pembelajaran yang lebih banyak berbanding hanya bergantung kepada buku teks.
Selain itu, video interaktif melalui pembelajaran dalam talian memudahkan pelajar
memahami isi pembelajaran yang diberikan oleh guru. Malah, terdapat banyak
aplikasi seperti kuiz yang dapat memudahkan murid belajar dalam talian. Bak kata
pepatah melayu, laut ditimba tidak akan kering. Selagi kita ada kemahuan untuk
mencari ilmu, pasti ada jalan yang terbaik untuk kita mengecapi niat murni itu.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Pembelajaran dalam talian juga dapat memberi keselesaan atau suasana


kondusif kepada pelajar di mana murid sendiri boleh menyusun atur ruang belajar
sendiri mengikut citarasa sendiri untuk mendapat mood belajar yang baik dan seronok.
Selain itu, murid tidak perlu memakai pakaian seragam sekolah dan hanya perlu
memakai pakaian mengikut keselesaan sendiri. Selain itu, belajar dalam talian
membolehkan pelajar lebih fokus dengan baik kerana tiada gangguan dari rakan
sekelas. Tapi realitinya, masih ramai pelajar di luar Bandar sukar mengikuti pendidikan
dalam talian. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah melakukan tindakan untuk
meningkatkan infrastruktur Internet di seluruh Negara agar pembelajaran dalam talian
dapat dinikmati segenap penduduk Malaysia.

Hadirin sekalian,

Kebaikan belajar dalam talian memudahkan pelajar untuk mengulangkaji


pelajaran. Bagaimana caranya? Pelajar boleh melihat semula rakaman pengajaran
cikgu sekiranya mereka tidak memahami atau ingin mengulangkaji pembelajaran
sebelumnya. Situasi ini menjadi kelebihan jika dibandingkan dengan pendidikan
secara bersemuka pelajar takut untuk bertanyakan kepada guru. Pembelajaran
interaktif sedikit sebnayak membuka minda dan ruang kreatif pelajar untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan menambah kemahiran diri mereka. Natijahnya,
belajar secara dalam talian banyak membantu pelajar untuk tidak menjadi katak di
bawah tempurung kerana penggunaan teknologi akan menjadi satu perkara penting
di masa kini dan akan datang.

Sidang hadirin sekalian,

Kesimpulannya, pandemik Covid 19 menjadi bukti bahawa kita perlu bersedia


untuk melakukan anjakan paradigm dalam mendepani apa jua situasi dan seterusnya
memastikan generasi akan datang mewarisi barisan kepimpinan Negara menjadi lebih
baik dan membawa Negara maju ke persada dunia.

Sekian Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai