Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum w.b.

t, kami pelajar FPQS tahun 3 dari Program Quran Dengan Multimedia


(QM) ingin mengetahui tentang rahsia mahasiswa cemerlang daripada anda untuk memenuhi
tugasan yang ditugaskan oleh pensyarah saya Encik Muhd Nor Adzam Bin Rasdi bagi subjek
Methodology Research (QAA 3072).

Sila letak gambar di sini

1. LATAR BELAKANG DIRI


1.1 NAMA : SITI MARYAM JAMEELA BT AHMAD
TAJUDIN
1.2 PROGRAM : BIOTEKNOLOGI MAKANAN
1.3 FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
1.4 CGPA : 3.66
1.5 PEKERJAAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN
1.6 KERJAYA IMPIAN :
1.7 ASAL : KEDAH

2. LATAR BELAKANG KELUARGA


2.1 BAPA : AHMAD TAJUDIN BIN AHMAD
PEKERJAAN : POLIS
2.2 IBU : JALILAH BT ISHAK
PEKERJAAN : JURURAWAT

ADIK-BERADIK : ENAM
1. Ceritakan sedikit tentang latar belakang pendidikan dan pencapaian
anda.

1. Ketika Sekolah Rendah:


SEKOLAH KEBANGSAAN MERBOK PUSAT, KEDAH
SEKOLAH AGAMA DARIS SUNGAI PETANI, KEDAH (UPSR: 3A 2B)

2. Ketika Sekolah Menengah:

SEKOLAH AGAMA DARIS SUNGAI PETANI, KEDAH (PMRU: 5A, 3B, 2C)

SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) SULLAMIAH (PMR: 8A 1B)

SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

(SMU: PANGKAT 1 AGREGATE 6) (SPM: 8A, 2B, 1C)

3. Ketika Matrikulasi, Stam @ Stpm:

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN ( CGPA: 3.77)

4. Ketika Ijazah (Universiti):

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ( CGPA: 3.66)

ZARKA PRIVATE UNIVERSITY, JORDAN (2BLN, KURSUS INTENSIF BAHASA


ARAB)

2. Perasaan anda ketika dapat menempatkan diri di Universiti? Huraikan sedikit.

Pertama kali dapat tahu dapat tempat di KUIM pada ketika itu rasa sangat sedih pada mulanya. Ini
kerana, saya tidak mendapat tempat di universiti yang dipohon serta kos pun buka seperti yang
diinginkan. Namun berkat doa seorang ibu dan pujukannya membuatkan saya kuat semangat untuk
menjejakkan kaki ke KUIM. Seperti apa yang ibu pesan, setiap apa yang berlaku mesti ada
hikmahNYa. Saya dapat rasakan apabila saya mula belajar di KUIM.

3. Apakah aktiviti kokurikulum yang anda sertai ketika berada di Universiti? Huraikan
sedikit.

Menyertai JAKSA sebagai biro akademik

Menyertai kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh fakulti seperti perkhemahan, seminar, program
kemasyarakatan dan sebagainya.

Menyertai Majlis Perwakilan Pelajar

Menyertai kursus Bahasa Arab Intensif di Jordan.

Menyertai kebanyakan program yang dianjurkan oleh HEP.

4. Rahsia kecemerlangan anda dalam akademik? Huraikan sedikit.

Berkat kesabaran dan doa dari ibubapa yang tak pernah putus-putus. Untuk pengetahuan semua, saya
bukanlah mengambil mana-mana pinjaman atau mendapat mendapat mana-mana biasiswa. Walaupun
cuba untuk mendapatkannya. Semua kos pengajian saya ditanggung sepenuhnya oleh ibu saya. Ibu
saya tidak boleh memeberi lebih kepada saya kerana ramai lagi adik-adik saya yang masih bersekolah.
Jadi saya terpaksa menggunakan apa yang diberi kepada saya untuk meneruskan pengajian. Saya
termotivasi dengan itu untuk belajar bersungguh-sungguh. Dan yang penting juga, saya sangat-sangat
menghormati pensyarah-pensyarah saya. Bagi saya berkat doa mereka juga salah satu yang
menyumbang kejayaan saya. Saya selalu berjumpa mereka apabila ada masalah atau untuk bertanya
khabar.

5. Apakah anugerah kecemerlangan yang anda perolehi selama belajar ini? Huraikan
sedikit.

Anugerah Dekan sebanyak 6 sesi pengajian.

Anugerah Pelajar Bestari, GRAND DINNER.

Anugerah Buku Universiti, Konvokesyen Kali Ke-6.


6. Tips dan teknik pembelajaran yang anda praktikkan ketika belajar?

Saya selalunya akan menumpukan perhatian sepenuhnya semasa di dalam dewan kuliah serta
mencatatkan apa yang saya faham daripada apa yang telah diterangkan pensyarah. Saya selalu
membawa air masak yang secukupnya untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Saya juga selalu membincangkan pelajaran dengan rakan sekuliah semasa dan selepas tamat kuliah.
Saya bukanlah jenis yang suka berjaga malam untuk study. Saya hanya akan belajar dari pukul 9
(selepas solat insyak berjemaah) ke pukul 12 sahaja.

Selain itu saya suka berjoging pada hujung minggu dengan kawan-kawan untuk memastikan stamina
ada untuk belajar. Jaga makanan yang diambil serta minum air yang secukupnya setiap hari.sehari
saya akan habiskan 1.5 liter.

Apabila ada masalah tentang pelajaran saya akan berbincang dengan kawan-kawan dan kemudian
akan bertanya kepada pensyarah jika tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Saya akan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti untuk menghilangkan stress
semasa belajar.

Belajar ialah suatu Ibadah.

7. Apakah persediaan anda untuk memasuki pasaran kerja?

Pengetahuan yang cukup dalam semua tak kira yang kita belajar atau luar bidang termasuk
pengetahuan am.

Kemahiran untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling serta semasa bercakap di hadapan khalayak.

Keyakinan yang tinggi pada diri sendiri. Baru orang lain boleh yakin dengan kita. Setiap yang
dilakukan perlu mempunyai alasan yang kukuh.

8. Bagaimanakah anda memasarkan diri anda?

Pengetahuan disamapaikan dengan kemahiran berkomunikasi yang berkesan serta mempunyai


keyakinan yang tinggi. Walau bagaimanapun pendapat kita perlu ada sebab dan mengapa ia boleh
berlaku. Tetapi jangan sesekali berbohong.
9. Apakah sumbangan anda dalam program khidmat masyarakat?

Pernah menyertai program khidmat masyarakat ketika belajar.OPKIM dan sebagainya

Pernah menyrtai NGO untuk membantu masyarakat setempat menolong mereka yang memerlukan

Memberi khidmat kepada masyarakat setempat dengan mengadakan kelas pengajian al-Quran secara
percuma.

10. Apakah aplikasi kemahiran insaniah yang ada pada diri anda?

Saya menggunakan minat saya iaitu mengajar untuk membantu orang lain. Kerana dari situ saya dapat
bermasyarakat dengan orang lain. Saya juga jenis yang mudah bergaul dengan orang.

Anda mungkin juga menyukai