Anda di halaman 1dari 5

BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

NAMA: ________________________________ TINGKATAN: _______________

Soalan 1 : Rumusan
(30 markah)

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif
tekanan terhadap kesihatan dan langkah-langkah mengatasi tekanan. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini, tekanan jiwa merupakan penyakit yang sangat berbahaya

kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain yang lebih serius.
Profesor Dr. Bruse McEven, ahli sains dari Amerika Syarikat, mengkaji kaitan antara
hormon dengan tekanan jiwa dalam tempoh lebih empat dekad. Beliau mengatakan
bahawa tekanan menyebabkan kerosakan struktur saraf otak yang mengawal daya
ingatan pembelajaran dan emosi. Berdasarkan kajian yang dijalankan juga, didapati
individu yang gagal mengurus tekanan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi
badan disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.

Selain itu, tekanan mental, fizikal atau emosi yang melampau menyebabkan
seseorang itu menghidap penyakit kardiovaskular, kerosakan neuron dan sistem
imun serta kecelaruan mental. Mekanisme tindak balas tingkah laku dan fisiologi
bermula apabila otak menerima bebanan tekanan secara berterusan. Pendedahan
melampau terhadap perantara sistem neuroendokrin mengaktifkan sistem imunisasi
badan. Akhirnya, tindak balas patologi lain seperti keradangan pada tisu badan
berlaku. Penyakit keautoimunan seperti artritis reumatoid, penuaan dan kanser ialah
contoh penyakit yang berkaitan dengan tindak balas imun.

Tekanan di tempat kerja biasanya disebabkan oleh pelbagai punca. Berdasarkan

kajian yang dilakukan di hospital dan pusat kesihatan di Itali, pekerja yang
melahirkan rasa tidak puas hati akibat tekanan akan mengalami peratusan
kemurungan yang tinggi di samping penyakit kronik yang berkaitan dengan tekanan
seperti hipertensi. Kemurungan akan menyebabkan pekerja kurang bermotivasi dan
bersikap acuh tak acuh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kemurungan akibat
daripada tekanan pisikologi di tempat kerja juga dianggap sebagai penyebab utama
kegemukan abdominal. Pekerja yang berada dalam keadaan tertekan biasanya
mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak untuk menghilangkan
tekanan yang berterusan seterusnya menyebabkan kegemukan.

Selain itu, tekanan jiwa boleh menyumbang kepada risiko kanser payudara
dalam kalangan wanita dan keupayaan kognitif yang rendah dalam kalangan yang
lebih muda. Malahan tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
gangguan tidur yang berulang dalam tempoh 24 jam atau dikenali sebagai ritma
sirkadian. Gangguan sirkadian yang kronik menyebabkan fisiologi otak dan tingkah
laku menjadi tidak teratur, hormon metabolik berubah dan berat badan mula
bertambah. Tekanan emosi juga boleh mengubah proses kawal atur tenaga antara
sistem imun, sistem saraf dan tisu adipos yang meningkat menggalakkan lagi
BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY
BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

penyusupan makrofaj (manosit yang ada pada dinding pembuluh darah dan tisu
perantara, terutamanya di kawasan yang mengalami jangkitan) dan menyebabkan
keadaan radanng semakin serius. Individu yang menghadapi tekanan mengalami
penyahrencatan yang lebih tinggi dan makan lebih banyak terutamanya snek serta
mempunyai kualiti diet yang rendah. Hal ini berdasarkan kajian tentang kaitan antara
tekanan dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat bagi wanita yang berpendapatan
rendah.

Sesungguhnya tekanan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan

manusia. Oleh itu, usaha-usaha untuk mengatasi masalah tekanan perlu dipandang
serius oleh semua pihak agar kesihatan badan terjamin.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Tekanan Punca Penyakit' oleh Nurul Shazini
Ramli, Dewan Kosmik, Mac 2018)

BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

Soalan 2 (a) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, Jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata dipandang serius.

(2 markah)
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan kesan-kesan kemurungan akibat

tekanan di tempat kerja.
Nyatakan kesan tersebut.
(3 markah)
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(iii) Tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira

peringkat umur. Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya
tekanan?
(4 markah)

SKEMA RUMUSAN:
Pendahuluan:

BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

Rumusan membincangkan impak/implikasi tekanan terhadap kesihatan dan

langkah-langkah mengatasi tekanan.

Isi tersurat – kesan negatif tekanan terhadap kesihatan

 Kerosakan sturktur saraf otak yang mengawal daya ingatan pembelajaran dan
emosi
 Mengalami perubahan fizikal dan sosiologi badan
 Menghidap penyakit kardiovaskular, kerosakan neuron dan sistem imun serta
kecelaruan mental
 Peratus kemurungan yang tinggi
 Menghidap penyakit kronik yang berkaitan dengan tekanan
 Menyumbang kepada risiko kanser payudara dalam kalangan waita
 Keupayaan kognitif yang rendah dalam kalangan yang lebih muda
 Mengubah proses kawal atur tenaga antara sistem imun , sistem saraf dan tisu
adipos
 Mengalami penyarencatan yang lebih tinggi
 Makan lebih banyak terutama snek
 Mempunyai kualiti diet yang rendah

Isi tersirat – langkah-langkah mengatasi tekanan

 Amalan gaya hidup sihat
 Bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi
 Pendidikan agama dan moral
 Sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan denga situasi yang kritikal dan
sukar
 Berkongsi masalah/meluahkan masalah/tekanan dengan orang yang dipercayai
 Beriadah

Kesimpulan:
Kita hendaklah bijak mengawal/mengurus tekanan yang dihadapi agar kesihatan
dan kesejahteraan diri terjamin.
SKEMA JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN TEKS.

BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

(i) Maksud rangkai kata dipandang serius – diambil berat/diberi perhatian

(ii) Kesan-kesan kemurungan akibat tekanan di tempat kerja

- Pekerja kurang bermotivasi
- Bersikap acuh tak acuh dalam melakukan sesuatu pekerjaan
- Kegemukan abdominal
- Mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak untuk
menghilangkan tekanan
- Menyebabkan kegemukan

(iii) KBAT- punca-punca tekanan

- Masalah kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran yang dihadapi
- Tidak mendapat apa yang diingini
- Terlalu menitikberatkan kesempurnaan
- Pengalaman lampau yang buruk/ngeri
- Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja
yang dilakukan

BMSEVASPM LATIHAN PKP SMJK PHOR TAY

Anda mungkin juga menyukai