Anda di halaman 1dari 13

Bimbingan tutor oleh Hj. Abd.

Rahman bin Ngah –


012 – 725 7842

BAHAS
A
Kehendak Peperiksaan

1. Bahasa Melayu SPM mengandungi DUA kertas iaitu :-

MELAY
1.1 Kertas 1 - 130 markah
1.2 Kertas 2 - 110 markah

U SPM
2. Kertas 1 terdiri daripada soalan karangan / esei. Calon dikehendaki menjawab 2
karangan
2.1 Bahagian A - 30 markah - 45 minit
2.2 Bahagian B - 100 markah - 90 minit

3. Manakala kertas 2 terdiri dripada 4 komponen iaitu


1 rumusan - 30 markah

2 Pemahaman - 35 markah
2a. rumusan - 09 markah
2b. prosa moden - 09 markah
2c. prosa klasik - 08 markah
2d. puisi - 09 markah

3 Tatabahasa - 30 markah
3a bina ayat - 06 markah
3b sintaksis - 06 markah
3c. kesalahan ejaan
dan imbuhan - 06 markah
3d. kesalahan istilah
dan tatabahasa - 06 markah
3e. peribahasa - 06 markah

4 novel - 15 markah
4a. komsas - 07 markah
4b. 2 novel /KBKK - 08 markah

4. Masa untuk menjawab kertas 2 - 2 jam 30 minit.

5. Jumlah markah keseluruhan kertas 1 + kertas 2


________________ X 100 = ?
240

1
Bimbingan oleh En. Abd. Rahman bin Ngah- 012 – 725 7842

Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur
dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir?
Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan
tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar
menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.
Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan
aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam
sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi
melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan
seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang
rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk
belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses
penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering
tidur lewat, seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan
menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu. Kurang tidur juga mengakibatkan
tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian,
kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan
tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.
Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini dikatakan
demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan
melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Menurut
pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu
siang dan kurang aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam
badan, kita perlu tidur secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan
biologi seseorang.
Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat
menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan
bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko
sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit
dan pada waktu lewat petang. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut pakar, tidur pada
waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai
merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tidur dari Segi
Saintifik’
oleh Danial Zainal Abidin,Dewan Kosmik, Februari 2007)

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata keadaan yang merimaskan. [2 markah]

2. Pengarang mengemukakan beberapa kesan yang dialami jika seseorang tidak mendapat
tidur yang secukupnya.
Nyatakan tiga daripada kesan tersebut. [3 markah]

Skor A+ BM SPM
Bimbingan oleh En. Abd. Rahman bin Ngah- 012 – 725 7842

3. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang menghadapi


masalah sukar tidur?
Kemukakan tiga punca. [4 markah]

Pemahaman
Cerpen

Klasik Tingkatan 4

Klasik Tingkatan 5

Puisi

Tatabahasa

TATABAHAS
A
Tips Penting

1 Soalan bahagian tatabahasa disoal dalam kertas 2 soalan nombor 3


2 Bahagian ini terbahagi kepada lima iaitu :-
i. Membina ayat
ii. Sintaksis
iii. Kenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan
iv. Kenal pasti kesalahan istilah/ kata dan bahasa
v. Peribahasa
3 Anda dikehendaki menjawab kesemua bahagian tersebut
4 Setiap jawapan yang betul, anda akan mendapat
5 Baca arahan dengan teliti sebelum menjawab.
Mulai Jun 2008, calon tidak perlu menyalin semula ayat untuk bahagian 3c dan 3d
Namun begitu, anda perlu membaca soalan dalam kertas Nov 2008 nanti.
6 Anda perlu menjawab kesemua bahagian ini yang dikemukakan.
7 Ingat, anda perlu cuba menjawab bahagian ini kerana kemungkinan anda mendapat
markah penuh.

KEMAHIRAN MEMBINA
AYAT

1. Pengenalan
1. Membina ayat akan disoal dalam soalan nombor 3 ( a ) , kertas 2 Bahasa Melayu SPM.
2. Jumlah markah yang diberi untuk bahagian ini ialah 6 markah
3. Anda dikehendaki membina sebanyak 6 ayat sahaja . Setiap satu ayat yang betul dan
sempurna akan diberi 1 markah

Skor A+ BM SPM
Bimbingan oleh En. Abd. Rahman bin Ngah- 012 – 725 7842

4. Markah akan ditolak sebanyak ½ markah bagi ayat yang salah dari segi ejaan, jalan
bahasa dan isi bagi keseluruhan markah jawapan.
5. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, akan dianggap sebagai satu ayat
sahaja

2. Jenis-Jenis Soalan
2.1 Soalan membina ayat daripada kata ganda
iaitu calon diberi perkataan yang dibentuk daripada pelbagai jenis kata ganda
seperti
 Kata ganda penuh :
contoh : suka-suka/ jalan-jalan / siang-siang /
 Kata ganda berentak .
Contoh ; compang-camping / beras – petas / awan –gemawan /
 Kata ganda sesuku .
Contoh : kekuda / lelabi / pepatung /
 Kata ganda menyaling :
bahu-membahu / tolak – menolak
Contoh soalan .
Kumat-kamit Bolak-balik
Sorak –sorai Mundar-mandir
Simpang-siur

2.2 Soalan membina ayat daripada pasangan perkataan.


Calon dikehendaki membina ayat daripada pasangan perkataan dan dikehendaki
membina ayat untuk membezakan maksud bagi pasangan perkataan tersebut.
Terdapat beberapa jenis pasangan perkataan seperti :-
 Pasangan perkataan yang hampir sama bunyinya
Contoh : melancong - melencong
 Pasangan perkataan daripada kata dasar yang sama
Contoh : jalan – jalan-jalan

Contoh soalan
Habis - habis-habis Masak-masak-masak
Siang - siang-siang Betul - betul-betul
jarang – jarang-jarang

2.3 membina ayat daripada kata dasar yang sama


membina ayat daripada perkataan yang dibentuk daripada pelbagai kemudahan
yang membaa maksud yang berbeza. Antara imbuhan tersebut ialah :-
 imbuhan kata kerja tak transitif (ber, ter, men, ber-an, dan ber-kan )
 imbuhan kata kerja transitif ( men, men..i , men..kan , memper ,
memper..kan , dan memper..i )
 Imbuhan kata nama ( an, pen , pen..an , ke.., ke…an , per…an )
 Imbuhan kata adjektif ( se dan ter )
Contoh soalan
Kira pendidik
berkira-kira mendidik
mengira-ngira pendidikan
kira-kiraan didikan

2.4 Membina ayat daripada kata banyak makna


Kata yang diberi menunjukkan mempunyai lebih daripada satu maksud
Calon dikehendaki membina ayat bagi membezakan maknanya/ maksud

Skor A+ BM SPM
Bimbingan oleh En. Abd. Rahman bin Ngah- 012 – 725 7842

Contoh soalan :
rendang perang
Menyokong Menampung semak

2.5 Membina ayat daripada kata imbuhan pinjaman


Contoh
Jurukimpal juruselam
Jurumudi jurusawat
Jurutera juruteknik

6. Kemahiran Membina ayat


i. Calon perlu mematuhi arahan soalan membina ayat. Arahan soalan berbunyi begini “ Tuliskan
satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan
dan maksudnya , tanpa menambahkan imbuhan atau penggandaan pada perkatan –
perkataan itu atau mengunakan perkataan –perkataan tersebut sebagai peribahasa.

Daripada arahan itu, dapatlah dirumuskan bahawa ;-


a. anda tidak dibenarkan menambah imbuhan
Contoh : kira
Bapa sedang mengira jumlah keuntungan yang diperolehnya pada hari itu
( ayat itu salah kerana ..

mengangkat
Saya telah angkat barang-barang yang bersepah di bilik dengan Ali.

b. Anda tidak dibenarkan membuat dalam bentuk kata ganda kecuali jika perkataan
diberi itu merupakan kata ganda
Contoh : kira
Dia dijangka sampai ke Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 10.00 malam
( ayat ini salah kerana..

Duduk
Ramai pelajar sekolah itu duduk-duduk di tepi jalan sebelum loceng berbunyi.

c. Perkataan yang diberi itu tidak boleh dibuat dalam bentuk peribahasa seperti
simpulan bahasa , bidalan , perumpamaan , pepatah , cogan kata , kata-kata hikmat
dan sebagainya.
Contoh
Renggang
Dalam dunia kebendaan ini, jika tiada rial di pinggang , saudara rapat menjadi renggang
( salah kerana
angkat
telah mendaftarkan diri di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil seorang anak
angkat.

Arahan soalan meminta calon ‘ bina satu ayat bagi setiap perkataan . Ini bermakna setiap
perkataan yang diberi itu dibuat dalam satu ayat sahaja. dan bukan dua ayat atau lebih atau
seakan-akan lebih daripada satu ayat
Contoh : berkira-kira
Abang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu. Oleh itu, dia
berkira-kira hendak melanjutkan pelajaran ke universiti luar negeri
( ayat ini salah kerana ……..

Skor A+ BM SPM
Bimbingan oleh En. Abd. Rahman bin Ngah- 012 – 725 7842

Abang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu, oleh itu dia
berkira-kira hendak melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
( ayat ini salah kerana ..

Arahan soalan juga menyebut ‘ anda faham penggunaan dan maksudnya ; . Ini bermakna ayat
yang tidak jelas maksudnya tidak diberi markah penuh.
Contoh ; berselisih
Mereka sering berselisih
Ayah saya seorang usahawan yang berjaya
Sasterawan itu tidak dikenali ramai
( ayat ini kurang / tidak jelas )

Arahan soalan juga menyebut ‘ anda faham penggunaan dan maksudnya’. Ini bermakna bagi
ayat yang tidak sempurna atau tidak mempunyai maksud tidak akan diberi markah kerana anda
tidak faham akan penggunaan dan maksud
Contoh .
Saya tidak tahu membina ayat daripada perkataan berselisih

Maksud perkataan berselisih yang diterangkan dalam kamus masih kurang jelas maksudnya
Guru saya kurang pasti maksud perkataan berselisih.

Anda boleh membina ayat dengan menerangkan maksud perkataan yang diberi kerana jika anda
dapat menerangkan maksud perkataan ini dan maksud itu betul maka menunjukkan anda faham
dan telah memahami maksud perkataan itu.
Contoh : berselisih
Berselisih bermaksud orang yang tidak bersefahaman dalam sesuatu hal atau pendapat
( betul kerana maksud tepat )
Sebaliknya jika maksud yang diterangkan itu salah , walaupun struktur ayatnya betul maka anda
tidak akan diberi markah kerana salah penggunaan dan maksudnya
Contoh :
Berselisih bermaksud mencari masalah sehingga mencetuskan pergaduhan

Anda boleh membina ayat dalam bentuk cakap ajuk tetapi anda perlulah mematuhi hukum
cakap ajuk.
Contoh : kira
“Sila kira buku yang ada di atas meja itu untuk mengetahui jumlahnya, “ kata Puan Azni kepada
kelasnya

Tips Mengenal Pasti Kesalahan yang dilakukan calon

Ayat yang salah dari segi ejaan , jalan bahasa dan isi
contoh : kebanyakan
kebanyakan masyarakat pada hari ini lebih pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan
semangat kejiranan
(

digantung
Potret yang dihadiahkan oleh ayah saudara saya di England telah digantung di dinding bilik
tidur.
(

berliku-liku

Skor A+ BM SPM
Bimbingan oleh En. Abd. Rahman bin Ngah- 012 – 725 7842

Jalan yang berliku-liku di kawasan lereng itu sangat merbahaya kepada semua penguna jalan
raya
(

mengeratkan
Amalan dan sikap mengambil berat hal ehwal keluarga dapat mengeratkan kasih sayang sesama
kita.
(

Perkataan digunakan sebagai kata nama khas


contoh : pendidikan
Saya sangat suka belajar Pendidikan Islam kerana guru yang mengajar mata pelajaran tersebut
bijak menarik perhatian pelajar.

Menggunakan semua perkataan dalam satu ayat


contoh : menjunjung - menjinjing
Emak saya berjalan kaki ke pasar dengan menjunjung sekotak pakaian sambil menjinjing dua
buah raga berisi sayur.
Ayat yang salah fakta atau tidak logik
Contoh : biduan
Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi seorang biduan yang tersohor.
banduan
Setelah menjuarai Akademi Fantasia 3, Mawi berjaya memenuhi hasrat dan cita-citanya untuk
menjadi seorang banduan.

Jenis-jenis ayat yang sesuai

Ayat yang baik ialah ayat yang jelas dari segi maksudnya . Biasanya ayat ini mempunyai
keterangan . . Ayat –ayat tersebut ialah ayat majmuk yang terdiri daripada tiga jenis ayat
majmuk iaitu :-

ayat majmuk gabungan iaitu dua atau lebih ayat tunggal yang digabungkan dengan kata
hubung gabungan seperti dan , atau , tetapi , maka , lalu , lagi , serta , sambil , malahan dan
tetapi
Ayat majmuk pancangan iaitu satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil diterbitkan
dengan menggunakan kata hubung seperti yang , bahawa , untuk
Ayat keterangan iaitu satu ayat induk dan satu ayat atau lebih ayat kecil. Ayat ini berfungsi
sebagai keterangan kepada prediket dengan menggunakan kata hubung seperti sebab, kerana
,dengan , apabila , jika , semenjak walaupun dan semoga

2. Cara membina ayat -ayat yang tidak mempunyai imbuhan


Ayat-ayat berikut sesuai bagi mana-mana perkataan yang diberi yang tidak mempunyai
imbuhan
2.1 Ayat larangan
Ayat ini bermula dengan kataa-kata larangan seperti ‘ Jangan , Usah ‘dan ditulis
dalam bentuk cakap ajuk
“ Jangan kira buku yang ada di atas meja itu lagi kerana masih ada pelajar yang
belum menghantarnya , “ kata Puan Ainuruziyah kepada Nurul Izyana

2.2 Ayat silaan


Ayat ini bermula dengan kata-kata silaan seperti “ sila / jemput ‘ dan ditulis dalam
bentuk cakap ajuk

Skor A+ BM SPM
Bimbingan oleh En. Abd. Rahman bin Ngah- 012 – 725 7842

“ Sila kira buku yang di atas meja itu untuk mengetahui jumlah sebenar , “ kata Puan
Ainuruziyah kepada Nurul Izzah

2.3 Ayat permintaan


Ayat bermula dengan kata-kata ‘ minta / tolong ‘ dan ditulis dalam bentuk cakap ajuk
‘ Tolong kira buku yang ada di atas meja ini dahulu sebelum dihantar ke bilik saya ,
“ kata Puan Ainuruziyah kepada Nurul Izzah

2.4 Ayat Pasif diri pertama dan ke 2


Buku yang ada di atas meja itu saya kira dengan berhati-hati untuk memastikan
jumlahnya mencukupi
( ayat pasif diri

2.5 Menerangkan perkataan yang diuji

Kira bermaksud menghitung jumlah sesuatu untuk mengetahui bilangannya


takrif bermaksud satu huraian yang ringkas, memberikan penjelasan tentang sesuatu
atau memberi pernyataan.

Salah jika dibina ayat sebegini


Takrif – huraian yang ringkas, penjelasan atau menyatakan sesuatu maksud
pernyataan
Renungan Sejenak soalan-soalan SPM yang telah dikeluarkan

Latihan
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya menunjukkan anda faham penggunaan
dan maksudnya.

1. salah laku
2. melakukan
3. perlakuan
4. laku
5. diperlakukan

Tulis satu ayat di bawah dengan teliti , kemudian buat satu ayat setiap perkataan yang diberi
supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya

1. memperakukan 5. beraku-akuan
2. memperakui 6. pengakuan
3. mengaku 7. keakuan
4. akuan 8. mengakui

Tulis ayat bagi setiap pasangan kata dibawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksud dan
penggunaannya.

1. melebur - melabur 3. merejam – merendam


2. meracik - merisik 4. membongkok – membengkok

Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah.


1. menggelek - mengelek 4. serawan - serawa
2. melarik - melorek
3. melibas - mengibas

Skor A+ BM SPM
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842

SINTAKS
IS
Tips Penting
1 Soalan tatabahasa bahagian ini mempunyai skop yang luas.
2 Antara skop atau bidang yang boleh dikemukakan ialah :-
i. Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah
ii. Tukar cakap pindah kepada cakap ajuk
iii. Tukar ayat aktif kepada ayat pasif
iv. Tukar ayat pasif kepada ayat aktif
v. Tukar ayat biasa kepada ayat songsang
vi. Tukar ayat songsang kepada ayat biasa.
vii. menambah perkataan tertinggal
viii. mencerakinkan ayat
x. menggabungkan ayat
ix. menganalisis ayat

3 Sebanyak 3 soalan akan


4 Setiap ayat yang betul akan diberi
5 Sekiranya anda kurang yakin dengan jawapan

LATIHAN MENUKAR CAKAP


AJUK

1. “ Tolong angkat bakul ini ke belakang , “ kata Encik Abu kepada murid itu.
_________________________________________________________________

2. “ Aduh, sakitnya kakiu , “ kata Rusdi


_______________________________________________________________________________

3. “ Naiklah ke rumah ,” kata Misha kepada Abd. Rahim


____________________________________________________________________________

4. “ Amboi, cantiknya baju awak, ya ! “ kata Siti Fadlina kepada kawannya


______________________________________________________________________________

Skor A+ BM SPM
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842

5. “ Tahniah atas kenaikan pangkat saudara sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Baru UDA ,” kata Marimar kepada Hajah Raudah
______________________________________________________________________________

6. “Wah, tegapnya Malek Noor ya ! “kata Faizal


_______________________________________________________________________________

“ Semua anggota mesti membawa senjata kerana suspek kali ini bersenjata api, “ kata Inspektor
Izwan
_______________________________________________________________________________

8. “ Hello, boleh saya bercakap dengan Simon ? “ kata Salbiah


_______________________________________________________________________________

9. “‘ Eh, Ali . Lama tak jumpa “ kata Salamon


______________________________________________________________________________

10. “ Syukurlah . Nasib baik bapa tak nampak aku ambil wangnya ,” kata Ah Soon
_______________________________________________________________________________

11. “ Ah, jangan ganggu akulah,Zila” kata Kamsiah


_______________________________________________________________________________

12. “ Assalamualaikum, cikgu Razak , “ kata Fazidah


_______________________________________________________________________________

13. “ Waalaikum salam , “ kata Cikgu Razak


_______________________________________________________________________________

14. “ Saya Muhammad Muiz dari Jabatan Penjara Malaysia “


_______________________________________________________________________________

15. “ Markah awak yang paling tinggi, “ kata cikgu kepada Mokhtar
_______________________________________________________________________________

16. “ Nenek aku akan sampai dari Kota Bahru hari ini, “ kata Mazitah dengan gembira
_______________________________________________________________________________

17. “ Engkau datang esok sahajalah. Hari ini aku tak ada masa, “ jelas Mansur kepada Zakaria.
_______________________________________________________________________________

18. “ Jangan berkelakuan begini. Tak baik . “ nasihat guru besar kepada Samser
_______________________________________________________________________________

19. “ Baginda berjiwa rakyat , “ kata Kassim yang memuji Yang Dipertuan Agong
_______________________________________________________________________________

20. “ Kita mesti kalahkan pasukan Kelantan pada malam ini juga “ jelas kapten pasukan bola sepak
Malaysia
_______________________________________________________________________________

21. “ Kau memang tak berguna, cakap tak serupa bikin ” kata Mak Jah yang marah kepada Ahmad.
_______________________________________________________________________________

22. “ Semalam rumah aku kebakaran “ beritahu Pak Samad kepada Razali
_______________________________________________________________________________

Skor A+ BM SPM
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842

23. “ Lelaki tu yang merenggut rantai leher wanita saya , “ kata Ezlein
_______________________________________________________________________________

24. “ Jemput makan, “ kata Siti kepada Nurul Izzah

__________________________________________________________________________________
_

KEMAHIRAN MENYAMBUNG AYAT

Strategi merangka jawapan:

 Menggaris isi-isi penting


 Menggugurkan kata/ frasa yang sama maksud
 Mencerakinkan petikan menjadi 2, 3 atau 4 ayat mengikut arahan soalan.
 Meletakkan kata hubung/ wacana yang sesuai.

Latihan 1
Sambungkan ayat –ayat pendek di bawah menjadi tiga ayat majmuk atau berkait dengan memelihara
susunan dan maksud asal ayat-ayat itu.

Masalah kemerosotan disiplin pelajar sering diperkatakan. Isu itu telah menjadi agenda penting
negara. Agenda ini juga telah dibahaskan di parlimen. Masalah ini boleh menggugat kemajuan
pendidikan negara. Pelbagai program telah diperkenalkan. Antaranya ialah dengan memberi
penekanan kepada pelajaran Pendidikan Agama islam dan Moral. Penerapan nilai-nilai murni juga
dijalankan di sekolah-sekolah. Kejayaan atau kegagalannya terletak di tangan guru.

Jawapan

1. _____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

2. _____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

Latihan 2

Rasuah telah melanda pemain-pemain bola sepak negara kita. Fenomena ini amat memalukan.
Rasuah memberi imej buruk kepada industri sukan khususnya bola sepak. Sukan bola sepak negara
kita baru sahaja melangkah ke arena semipro. Pemain yang menerima rasuah akan menipu diri
sendiri. Mereka juga mengecewakan para peminat. Peminiat-peminat datang untuk menonton
mereka bermain bola sepak. Gejala rasuah ini terus berleluasa. Suka bola sepak akan menuju zaman
kehancuran. Sukan ini juga akan kehilangan peminat-peminatnya. Tidak seorang pun yang suka
menonton perlawanan yang telah dijual atau diatur.
Jawapan

Skor A+ BM SPM
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842

1. _____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

2. ____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

1. Ibu Ahmad telah menyusun kerusi meja untuk menyambut kedatangan tetamu pada hari ini.
_______________________________________________________________________________

2. Kakak menggoreng nasi untuk dihidangkan kepada rakan-rakannya.


_______________________________________________________________________________

3. Sobri menggantungkan gambar keluarga pada dinding biliknya.


_______________________________________________________________________________

4. Saya akan menghadiri jamuan makan malam itu bersama-sama rakan skelas.
_______________________________________________________________________________

5. Kita seharusnya mengutamakan kepentingan belajar daripada mengambil bahagian dalam


koir.
_______________________________________________________________________________

6. kami telah mengecap beberapa kupon yang akan digunakan pada Hari Kantin.
_______________________________________________________________________________

7. Kalian perlu mencatat senarai harga barang terlebih dahulu sebelum membeli barang
tersebut.
_______________________________________________________________________________

8. Doktor itu memeriksa pesakit secara berhati-hati.


_______________________________________________________________________________

Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang

1. Bapa saya seorang guru.

2. Ibu Ahmad pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur.

3. Alif membaca buku cerita di perpustakaan.

4. Kartina dan adiknya bersiar-siar di taman bunga setiap petang.

SPM Nov 2006


Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
(i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya ?

(ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematikan hujah lawan.

(iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

Skor A+ BM SPM
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842

Skor A+ BM SPM

Anda mungkin juga menyukai