Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG

BT 8 JALAN PANTAI, 71050 PORT DICKSON,


NEGERI SEMBILAN.

PENTAKSIRAN PLaN

BAHASA MELAYU
TAHUN 3

NAMA : _________________________________________________________________

KELAS : _________________________________________________________________

Soalan ini mengandungi 3 bahagian yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Murid perlu ditaksir pada kesemua bahagian.

KEMAHIRAN TAHAP PENGUASAAN

Mendengar dan bertutur

Membaca

Menulis

Keseluruhan

Tema 1 : Kekeluargaan
Unit 1 & 3 : Keluarga Cergas & Kenangan Manis
SK : 1.1 Mendengar dan memberikan respons.
SP : 1.1.1 Mendengar , mengecam, memahami dan menyebut dengan
betul dan tepat ;
( i ) ayat tunggal
( ii ) ayat majmuk

Soalan 1 :
Dengar dan sebut ayat tunggal. Nomborkan. ( SP 1.1.1 ( i )

/ 8 markah
Soalan 2 :
/ 6 markah
Dengar ayat tunggal dan ayat majmuk. Tandakan ( / ) pada jenis
ayat yang betul dam ( x ) pada jenis ayat yang salah. ( SP 1.1.1 ( i )
( ii )

Ayat Tunggal / X
1. Mereka menaiki kereta api.
2. Ammar mengikut Tok Wan ke dusun.
3. Tok Wan mengait buah dan rambutan.
4. Pak Latif ialah peraih buah-buahan.

Ayat Majmuk / X
1. Ammar dan keluarganya pulang ke kampung.
2. Ammar memeluk Tok Wan dengan eratnya kerana rindu
akan datuknya.
3. Nek Miah memasak rendang ayam dan pulut kuning.
4. Mereka berasa sungguh gembira.

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR : TAHAP PENGUASAAN


TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Tema 1 : Kekeluargaan
Unit 1 : Keluarga Cergas
SK : 2.1 Asas membaca dan memahami.
SP : 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
sesuai ;
Soalan 1 :
Baca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi
yang betul. ( SP 2.1.1 ( i )
Ayah akan membawa kami sekeluarga
berkelah di Kawasan air terjun. Aku, abang,
dan adik melonjak keriangan.
Pagi-pagi lagi, ibu sudah menyediakan
bekalan makanan dan minuman. Kami turut
membawa pakaian untuk mandi manda. Adik bongsuku pula
membawa sebiji pelampung.
Kami tiba di kawasan air terjun itu kira-kira pukul 9.30 pagi.
Persekitaran di kawasan itu sejuk dan dingin. Pengunjung masih
belum banyak. Ibu menghamparkan sebidang tikar mengkuang di
atas tanah.
Aku tidak sabar-sabar untuk mandi. Kami segera bertukar
pakaian di bilik persalinan. Airnya cukup dingin. Bibirku
menggeletar kesejukan. Ayah, ibu dan nenek tersenyum melihat
gelagat kami.
Ibu membuka penutup bekas bekalan makanan. Pelbagai jenis
makanan dimasak oleh ibu. Antaranya, bihun goreng, karipap,
sandwich, dan keropok. Ada juga pencuci mulut. Kami menikmati
makanan dengan gembiranya.
/ 4 markah
Soalan 2 :
Gariskan 3 ayat tunggal dan 3 ayat majmuk yang terdapat dalam
petikan. / 6 markah
KEMAHIRAN MEMBACA : TAHAP PENGUASAAN
TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Tema 1 : Kekeluargaan
Unit 1 & 2 : Keluarga Cergas & Kejayaan Keluarga
SK : 3.1 Asas menulis.
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna
SP : 3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai
dalam bentuk ;
( i ) Huruf
3.2.1 Membina dan menulis ;
( i ) Ayat
Soalan 1 : Tulis huruf dengan menggunakan tulisan berangkai.
( SP 3.1.1 ( i )
Soalan 2 : / 2 markah
Tulis ayat berdasarkan frasa dan gambar. ( SP 3.2.1 ( i )

KEMAHIRAN MENULIS : TAHAP PENGUASAAN


TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6

/ 8 markah

Anda mungkin juga menyukai