Anda di halaman 1dari 8

SMK KELADI

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

(MINGGU KE-6) -MODUL PdPR


ARAHAN:
Sila kembalikan modul beserta jawapan yang lengkap pada 28/2/2021
Semua jawapan hendaklah ditulis dalam buku latihan yang ditetapkan.

TEMPOH MASA PdPR SEMINGGU : (6X40) =240 minit

HARI PERTAMA ,KEDUA DAN KETIGA = 160 MINIT

UNIT 6: BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI

TEMA 3: KERJAYA KE MERCU IMPIAN

STANDARD KANDUNGAN :

2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, serta maksud ungkapan dan
ayat dalam pelbagai bahan.

STANDARD PEMBELAJARAN:

Kandungan Asas

2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan
menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.

OBJEKTIF: 1. Menyatakan maksud kata majmuk

2. Menulis tiga ayat majmuk dengan ayat yang gramatis.

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat
Sangat Terhad lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan dan latihan dalam
kemahiran bahasa.

2 Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah,
Terhad terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa.

3 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang
Memuaskan sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang
asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.

4 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang
Baik baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya
mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan
pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa

5 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang
Sangat Baik tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara
efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran
berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam
kemahiran bahasa

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ROSEMAH BT ADNAN


Hari Pertama Ahad : 40 minit

Baca Nota
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih dari satu subjek atau lebih dari satu
predikat.
2. Ayat Majmuk juga mengandungi lebih daripada satu ayat tunggal yang digabungkan
menggunakan kata hubung .
3. Terdapat 2 jenis ayat majmuk
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan.

4. Ayat Majmuk Gabungan/ ayat gabungan


Terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal menggunakan kata
hubung gabungan seperti – dan, atau, lalu, tetapi, maka, sambil
Contoh ayat I:
a) Pelajar itu bijak (ayat tunggal)
b) Pelajar itu sombong (ayat tunggal)
c) Pelajar itu bijak tetapi sombong. (ayat majmuk gabungan/ayat gabungan)

Contoh ayat 2:
a) Salim menebas rumput. (ayat tunggal)
b) Salimah menyapu sampah. (ayat tunggal)
c) Salim menebas rumput dan Salimah menyapu sampah. (ayat majmuk gabungan)
5. Ayat Majmuk Pancangan
Terbentuk dengan menambah penerang kepada subjek menggunakan kata hubung pancangan
‘yang’.
Contoh I:
a) Lelaki itu abang saya. (ayat tunggal)
b) Lelaki itu tinggi. (ayat tunggal penerang )
c) Lelaki yang tinggi iu abang saya.

Contoh 2:
a) Orang tua itu dibawa sertamerta ke hospital. (ayat tunggal)
b) Orang tua itu sedang sakit tenat. (penerang subjek)
c) Orang tua yang sedang sakit tenat itu dibawa sertamerta ke hospital. (ayat majmuk
pancangan)

LATIHAN
Mencapai sekurang-kurangnya TP3
(BUKU TATABAHASA) 1AN
LATIHAN PENGUKUHAN 1: MENCERAKIN AYAT (Memisahkan ayat )
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Sila tulis jawapan anda dalam buku Tatabahasa

Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat. Pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal

Contoh 1.
Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.
(i) Tauke Lim menternak ayam daging
(ii) Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i) Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ROSEMAH BT ADNAN


1. Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat 1:
Ayat 2:

2. Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh
petang semalam.
Ayat 1:
Ayat 2:

3. Pekerja-pekerja asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana mereka sanggup
menerima upah lebih rendah.

Ayat 1:
Ayat 2:

4. Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.


Ayat 1:
Ayat 2:

5. Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.


Ayat 1:
Ayat 2:
6. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1:
Ayat 2:
7. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini
bertambah harmoni.
Ayat 1:
Ayat 2:

8. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya untuk
bertemu dengan penduduk setempat.
Ayat 1:
Ayat 2:

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ROSEMAH BT ADNAN


LATIHAN Mencapai sekurang-kurangnya TP3
HARI KEDUA: 80 MINIT
1AN

LATIHAN PENGUKUHAN 2: (BUKU TATABAHASA)

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

1. Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar. Mata pelajaran
Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
Jawapan:

2. Buku cerita itu sangat tebal. Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza Angsana,
Johor Bahru.
Jawapan:

3. Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan. Latihan
Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.
Jawapan:

4. Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan
Perintah Kawalan Pegerakan(PKP). Orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.
Jawapan:

5. Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan. Kemalangan itu berlaku di Jalan
Kemboja. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:

6. Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah banyak
berkorban. Warga tua berkorban membangunkan negara tercinta.

7. Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum. Dia berjaya mengharumkan nama
sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami kecederaan di bahagian kaki.

8. Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama. Pokok-pokok
tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran. Pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen.

LATIHAN Mencapai sekurang-kurangnya TP3

HARI KETIGA 40 MINIT 1AN


LATIHAN PENGUKUHAN 3 (BUKU TATABAHASA)
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca
daripada kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak
yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau mmenyebabkan air
terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini
dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat. (6 markah)

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ROSEMAH BT ADNAN


ASPEK SENI BAHASA (HARI KE- 4 DAN KE-5)= 80 MINIT

STANDARD KANDUNGAN :

4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi

STANDARD PEMBELAJARAN:

4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud,
tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.

Objektif:

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:

1. Mendeklamasikan puisi dengan penuh penghayatan


2. Menyatakan maksud, tema dan persoalan puisi

Teks:Antologi Baik Budi, lndah Bahasa,Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

Sajak Roti: Ahmad Syahrul Wahid

Dari cerobong dapur


asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.

Perut yang lapar


selera kian meggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.

Kalau roti di depan mata


nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.

Bagi pemilik iman di dada


sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.

Bila begitu selamanya


kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

1.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ROSEMAH BT ADNAN


Baca Nota
NOTA:Maksud sajak

Rangkap Maksud Sajak


1 Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit
kerana baunya yang harum.
2 Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.
3 Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.
4 Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul
tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.
5 Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan
kemewahan yang diperoleh.

2. Tema

Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

3. Persoalan
Persoalan bau roti yang harum apabila dibakar membangkitkan selera.
Persoalan manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar.
Persoalan manusia akan makan makanan yang sedap sehingga kenyang dan sendawa.
Persoalan orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa
kenyang.
Persoalan bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan.

4. Bentuk
Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Rangkap 1: 4 baris
Rangkap 2: 5 baris
Rangkap 3: 5 baris
Rangkap 4: 5 baris
Rangkap 5: 5 baris
Jumlah suku kata dalam sajak ini antara 2 hingga 6 patah kata.
Sajak ini berbentuk bebas.

5. Unsur Bunyi
Asonansi.
Contohnya selera kian meggelepar (vokal = a)
Aliterasi
Contohnya: Bila begitu selamanya (konsonan = b)

6. Gaya Bahasa
Hiperbola
Contoh: nafsu makan pun bergelora
Inversi

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ROSEMAH BT ADNAN


Contoh: harum berbau juadah tersohor.
Metafora
Contoh: percikan iman.
Simile
Contoh: terhidang seumpama permaidani terhampar.

7. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai kesabaran Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan
sesuatu.
Nilai Kita mestilah bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan.
kesyukuran
Nilai keimanan Kita haruslah melatih diri agar menjadi orang yang beriman.

HARI KEEMPAT = 40 MINIT (BUKU KOMSAS)

LATIHAN 1 Mencapai sekurang-kurangnya TP3


1. Maksud sajak
LATIHAN
Rangkap 1AN Maksud Sajak
1 Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera kerana -
___________________.
2 Perut bertambah lapar kerana ______________ _______________________.
3 Perut akan menjadi kenyang apabila ____
______________________ .
4 Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika
_________________________
___________________________________.
5 Jika seseorang itu beriman maka dia harus
__________________________________________________________.

2. Tema

Kehidupan masyarakat kaya yang _______________________________________________


___________________________.

3. Persoalan

a. Persoalan bau roti yang harum apabila dibakar membangkitkan selera.


b. Persoalan ________________________________________________
c. Persoalan ________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ROSEMAH BT ADNAN


Mencapai sekurang-kurangnya TP3
HARI KELIMA = 40 MINIT (BUKU KOMSAS) LATIHAN
LATIHAN 2 1AN

Baca puisi tradisional ‘Pantun Alam Remaja’ halaman 5–6 dalam ‘Antologi Baik Budi Indah Bahasa’,
Tingkatan 2, Kemudian jawab soalan-soalan berikut.

(i) Huraikan maksud yang ingin diutarakan oleh penulis dalam rangkap kelima pantun ini.
[3 markah]

(ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak mewujudkan sebuah keluarga bahagia?
[4 markah]

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ROSEMAH BT ADNAN

Anda mungkin juga menyukai