Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN

TEMA KEBERSIHAN

TAJUK Kebersihan Diri

Standard 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan


Kandungan intonasi yang betul menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur.
FOKUS UTAMA
Standard 4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan
Pembelajaran intonasi yang betul secara didik hibur.

Standard 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan


Kandungan dengan lancar, sebutan yang jelas dan
FOKUS intonasi yang betul.
SAMPINGAN
Standard 2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar,
Pembelajaran sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i. melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul.
ii. membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang
OBJEKTIF jelas dan intonasi yang betul.

i. Ilmu: Menjaga kebersihan diri


PENGISIAN
KURIKULUM ii. KBT: Kecerdasan Pelbagai- Verbal linguistik
BCB- Mencatat nota

SISTEM BAHASA Tatabahasa: kata nama am

MEDIA Kad pantun


,

1
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Langkah 1 KBT:
KP- Verbal linguistik
1. Guru memperdengarkan pantun tentang
kebersihan diri melalui pita rakaman atau
yang dilafazkan oleh guru dan meminta
murid mendengarnya dengan telitii.

2. Guru membimbing murid melafazkan Lampiran 1


pantun itu semula dengan sebutan dan
intonasi yang betul.

3. Murid melafazkan pantun dengan


sebutan yang betul,intonasi dan gaya
yang sesuai secara kelas, kumpulan
dan individu.

Langkah 2

1. Guru dan murid berbincang tentang


maksud pantun yang telah dilafazkan. KBT:
BCB- mencatat nota
2. Murid diminta mengenal pasti frasa yang
berkaitan tentang kebersihan diri yang
terdapat dalam pantun.

3. Murid diminta menulis baris pantun Lembaran Kerja 1


tersebut pada kotak pantun yang
bernombor.

4. Murid diminta membaca dalam pantun


yang menngandungi baris pantun
tersebut semula.

2
PENGISIAN CATATAN
AKTIVITI
KURIKULUM

Langkah 3
Lampiran 1
1. Guru mengedarkan lembaran yang
mengandungi beberapa baris pantun dua
kerat kepada kumpulan kecil.

2. Guru meminta murid dalam kumpulan


menyusun baris pantun menjadi pantun
dua kerat yang lengkap.

3. Guru meminta murid melafazkan pantun


yang telah disusun barisnya dengan
sebutan yang betul dan intonasi dan
gaya yang sesuai.

Langkah 4

1. Murid diberi lembaran kerja untuk


memadankan gambar dengan pantun
yang sesuai.

2. Murid membaca pantun yang telah Lembaran Kerja 2


dipadankan dengan gambar.

3
Lampiran 1

Aktiviti 1
Baca pantun di bawah.

Ikan keli di atas rakit, 1

Gosok gigi supaya tak sakit.

Beli sotong masak kari, 2

Kuku dipotong kuman lari.

Ikan haruan di dalam tangki, 3

Sabun badan buang daki.

Naik bot pergi ke hulu, 4

Cuci rambut bersih selalu.

4
Lembaran Kerja 1

Aktiviti 2
Catatkan baris pantun yang mengandungi maklumat kesihatan yang
terdapat dalam pantun

Kuku dipotong kuman lari. Sabun badan buang daki.

Gosok gigi supaya tak sakit. Cuci rambut bersih selalu.

Pantun Maklumat tentang kebersihan diri

Pantun 1

Pantun 2

Pantun 3

Pantun 4

5
Lembaran Kerja 2

Aktiviti 2
Tuliskan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi.

Ikan keli di atas rakit, Beli sotong masak kari,


Gosok gigi supaya tak sakit. Kuku dipotong kuman lari.

Naik bot pergi ke hulu, Ikan haruan dalam tangki,


Cuci rambut bersih selalu. Sabun badan buang daki.

___________________________________________
___________________________________________

___________________________________________
___________________________________________

___________________________________________
___________________________________________

___________________________________________
___________________________________________

Anda mungkin juga menyukai