Anda di halaman 1dari 23

SJK(T) LADANG SEMBRONG

MODUL 1

TEMA: KEKELUARGAAN

BESTARI KAMUS:

Keluarga sekeluarga
berekreasi taman permainan
waktu petang ramai orang
udara gembira
alat permainan nyaman

Ayat:
1. Ini keluarga saya
2. Kami sekeluarga suka berekreasi di taman permainan.
3. Kami berekreasi di taman permainan pada waktu petang.
4. Di taman ada banyak alat permainan.
5. Ramai orang suka berekreasi di sana.
6. Udara di sana sungguh nyaman.
7. Saya gembira dapat berekreasi bersama-sama keluarga.

1
SJK(T) LADANG SEMBRONG

MODUL 2

TEMA : SEKOLAH BESTARI

BESTARI KAMUS:
belajar bestari
bilik darjah ceria
menjaga kebersihan menyapu lantai
bergotong-royong menyusun meja

menyusun kerusi ceria


Ayat :-
1. Saya belajar dalam Tahun 3 Bestari.
2. Bilik darjah saya sangat ceria.
3. Semua murid menjaga kebersihan bilik darjah.
4. Murid-murid selalu menyapu lantai.
5. Murid –murid menyusun meja.
6. Murid –murid menyusun kerusi.
7. Murid-murid bergotong-royong membersihkan bilik darjah.

FRASA A FRASA B
Saya belajar dalam Tahun 3 Bestari.
Bilik darjah saya sangat ceria.
Semua murid menjaga kebersihan bilik darjah.
Murid-murid selalu menyapu lantai.
Murid -murid menyusun meja.
Murid -murid menyusun kerusi.
Murid-murid bergotong- membersihkan bilik darjah.
royong

2
SJK(T) LADANG SEMBRONG

MODUL 3

TEMA 3: KECEMERLANGAN

BESTARI
KAMUS:

pandai bercerita
menyertai pertandingan
yakin semasa
menarik mendengar
penonton johan

Ayat:

1. Ahmad murid Tahun 3 Waja.


2. Dia sangat pandai bercerita.
3. Ahmad menyertai pertandingan bercerita di sekolahnya.
4. Ahmad yakin semasa menyampaikan ceritanya.
5. Ceritanya sangat menarik hati para penonton.
6. Murid-murid suka mendengar cerita Ahmad.
7. Ahamd menjadi johan dalam pertandingan bercerita itu.

3
SJK(T) LADANG SEMBRONG

MODUL 4

TEMA 4: KEJAYAAN/ TOKOH

BESTARI KAMUS:

hobi bermain
bola sepak masa lapang
rakan berhampiran
cekap menendang
kuat menjaringkan

Ayat:
1. Hobi Ali ialah bermain bola sepak.
2. Dia bermain bola sepak pada masa lapang.
3. Dia bermain bersama-sama rakannya.
4. Ali bermain bola sepak di padang berhampiran rumahnya.

4
SJK(T) LADANG SEMBRONG

5. Ali cekap bermain bola sepak.


6. Dia menendang bola dengan kuat.
7. Ali sering menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak.

MODUL 5

TEMA 5: MASYARAKAT MALAYSIA

BESTARI KAMUS:

penduduk merayakan
disambut agama
pula perayaan
setiap tahun kaum Cina
meriah berbagai-bagai

Ayat :

1. Penduduk di Malaysia merayakan berbagai-bagai perayaan


2. Hari Raya Adilifitri disambut oleh penganut agama Islam.

5
SJK(T) LADANG SEMBRONG

3. Tahun Baharu Cina disambut oleh kaum Cina.


4. Hari Deepavali disambut pula oleh penganut agama Hindu.
5. Hari Krismas disambut oleh penganut agama Kristian.
6. Perayaan-perayaan ini disambut pada setiap tahun
7. Perayaan –perayaan ini disambut dengan meriah

Padankan Frasa A dan Frasa B berdasarkan ayat diatas:-

FRASA A FRASA B

Penduduk di Malaysia merayakan berbagai-bagai perayaan

Hari Raya Adilifitri disambut oleh penganut agama Islam.

Tahun Baharu Cina disambut oleh kaum Cina.

Hari Deepavali disambut pula oleh penganut agama Hindu.

Hari Krismas disambut oleh penganut agama Kristian.

Perayaan-perayaan ini disambut pada setiap tahun

Perayaan –perayaan ini disambut dengan meriah

MODUL 6

6
SJK(T) LADANG SEMBRONG

TEMA 6: ALAM SEKITAR

BESTARI KAMUS:

sungai hidupan
seperti rumpai air
mencemarkan mati
benda hidup
memerlukan harian

7
SJK(T) LADANG SEMBRONG

Ayat:

1. Kita mesti menjaga kebersihan sungai.


2. Banyak hidupan di dalam sungai seperti ikan dan rumpai air.
3. Kita tidak boleh mencemarkan sungai kerana hidupan itu akan mati.
4. Semua benda hidup memerlukan air yang bersih untuk kegunaan
harian.

MODUL 7

TEMA 7 : KESIHATAN

8
SJK(T) LADANG SEMBRONG

BESTARI KAMUS:

diri mandi
menggosok gigi memakai
pakaian bersih
berasa segar tidur
badan berbau busuk

Ayat:

1. Kita mesti menjaga kebersihan diri seperti mandi,menggosok gigi dan


memakai pakaian yang bersih.
2. Kita mesti mandi sekurang – kurangnya dua kali sehari supaya badan
kita berasa segar.
3. Selain itu, kita juga mesti menggosok gigi setiap pagi dan sebelum
tidur.
4. Kita mesti memakai pakaian yang bersih supaya badan tidak berbau
busuk.

Aktiviti :-

Lengkapkan ayat yang diberi

1. Kita mesti menjaga kebersihan diri seperti


____________________

9
SJK(T) LADANG SEMBRONG

2.Kita mesti mandi sekurang – kurangnya dua kali _______________

3.__________________________ gigi setiap pagi dan sebelum tidur.

4.Kita mesti memakai pakaian _______________badan tidak berbau busuk.

MODUL 8

TEMA 8 : AKTIVITI DI SEKOLAH

10
SJK(T) LADANG SEMBRONG

11
SJK(T) LADANG SEMBRONG

12
SJK(T) LADANG SEMBRONG

BESTARI KAMUS:

mengadakan hadiah
anugerah persembahan
cemerlang pentas
diadakan bergembira
menerima tahun

Ayat:
1. Sekolah saya mengadakan Hari Anugerah Cemerlang.
2. Hari Anugerah Cemerlang diadakan pada setiap tahun.
3. Murid – murid yang cemerlang akan menerima hadiah pada hari itu.
4. Pada hari itu juga diadakan persembahan pentas dan semua murid
bergembira.

Aktiviti :
Susun semula ayat mengikut urutan cerita

13
SJK(T) LADANG SEMBRONG

Hari Anugerah Cemerlang diadakan pada setiap tahun.


Pada hari itu juga diadakan persembahan pentas dan semua murid bergembira.
Sekolah saya mengadakan Hari Anugerah Cemerlang.
Murid – murid yang cemerlang akan menerima hadiah pada hari itu.

MODUL 9

TEMA 9 : PENGANGKUTAN

BESTARI KAMUS:

negara pengangkutan
terbahagi darat
merupakan manakala
sampan amat penting
sesuatu membawa

Ayat:

1. Di negara kita terdapat berbagai – bagai pengangkutan.


2. Pengangkutan itu terbahagi kepada pengangkutan udara , air dan darat.

14
SJK(T) LADANG SEMBRONG

3. Kereta merupakan pengangkutan darat,kapal terbang pula pengangkutan


udara manakala sampan ialah pengangkutan air.
4. Pengangkutan amat penting kepada kita untuk pergi ke sesuatu tempat dan
membawa barang.

MODUL 10
TEMA 10 : KERJAYA

KAMUS BESTARI:

cita – cita hebat


doktor bertugas
merawat klinik pesakit
hebat 15
SJK(T) LADANG SEMBRONG

mencapai
hospital bersungguh - sungguh

Ayat:
1. Semua orang mempunyai cita – cita, begitu juga saya.
2. Saya bercita – cita menjadi doktor yang hebat.
3. Doktor bertugas merawat pesakit di klinik atau hospital.
4. Saya akan belajar dengan bersungguh – sungguh untuk mencapai cita-cita
saya.

Aktiviti :
Susun semula ayat mengikut urutan cerita

Doktor bertugas merawat pesakit di klinik atau hospital.


Semua orang mempunyai cita – cita, begitu juga saya.
Saya akan belajar dengan bersungguh – sungguh untuk mencapai cita-cita saya.
Saya bercita – cita menjadi doktor yang hebat.

MODUL 11

TEMA 11 : MEMANCING IKAN

Semalam saya dan abang saya pergi memancing ikan. Kami memancing
ikan di tepi sungai. Kami menggunakan cacing sebagai umpan.

Pada mulanya kami tidak mendapat sebarang ikan.Kami berasa sungguh


kecewa.

Tidak beberapa lama kemudian ,ikan mulai memakan umpan kami.


Akhirnya, kami berjaya memancing lapan ekor ikan.

Ikan – ikan yang dipancing itu diberikan kepada emak. Emak menggoreng
ikan – ikan itu untuk makan malam.

16
SJK(T) LADANG SEMBRONG

BESTARI KAMUS:

memancing menggoreng
umpan menggunakan
kecewa tepi
berjaya akhirnya
menangkap mendapat

Aktiviti 1 :
Lengkapkan karangan di bawah :-

Semalam saya dan abang saya pergi 1._________ikan.Kami memancing ikan

di 2.___________ sungai.Kami 3. _____________ cacing sebagai

4.__________.

Pada mulanya kami tidak 5.__________ sebarang ikan.Kami berasa

sungguh 6.___________.

Tidak beberapa lama kemudian ,ikan 7._____ ______ memakan umpan

kami.Akhirnya, kami 8. ____________ memancing lapan ekor ikan.

17
SJK(T) LADANG SEMBRONG

Ikan – ikan yang 9. _____________ itu diberikan kepada emak.Emak

menggoreng ikan – ikan itu untuk 10._______________.

Aktiviti 2 :
Susun perkataan menjadi ayat yang betul:-

1. memancing ikan * kami * sungai * di tepi

2. berasa * sungguh * Kami * kecewa

3. berjaya * memancing lapan * Akhirnya kami * ikan * ekor

_________________________________________________________

MODUL 12

TEMA 12 : PULANG KE KAMPUNG

Pada cuti sekolah yang lepas,ayah telah membawa kami pulang ke


kampung. Kampung kami ialah di Pasir Puteh,Kelantan.

Kami pulang ke kampung dengan kereta. Perjalanan kami memakan masa


lebih kurang empat jam. Kami semua berasa gembira pada setiap kali kami
pulang ke kampung.

Kami suka pulang ke kampung kerana dapat berjumpa dengan datuk dan
nenek.

Datuk membawa kami ke kebun buah – buahannya. Di kebun itu ada


pokok durian,pokok manggis dan pokok rambutan.
18
SJK(T) LADANG SEMBRONG

BESTARI KAMUS:

cuti jam
lepas suka
pulang berjumpa
perjalanan kebun
masa manggis

AKTIVITI 1 :
Lengkapkan karangan di bawah ini :-

Pada cuti sekolah yang 1.___________,ayah telah membawa kami pulang ke

kampung.2._______________ kami ialah di Pasir Puteh,Kelantan.

Kami pulang ke kampung dengan kereta. 3.____________ kami memakan

masa lebih kurang empat jam.Kami semua 4. _________________ pada setiap

kali kami 5____________ ke kampung.

Kami 6.______________ pulang ke kampung kerana dapat berjumpa

dengan 7.______________.

19
SJK(T) LADANG SEMBRONG

Datuk membawa kami ke 8. ___________ buah – buahannya.Di kebun itu

ada pokok 9.___________,pokok manggis dan pokok 10.____________.

AKTIVITI 2 :
Susun semula perkataan menjadi ayat yang betul:-

1. ke kampung * dengan * pulang * Kami * kereta

2. kami * Perjalanan * memakan masa * empat jam * lebih kurang

3. kami * Datuk * membawa kami * buah – buahannya * ke kebun

__________________________________________________________

MODUL 13

TEMA 13 : KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN

Pak Abu ialah seorang nelayan. Dia pergi ke laut pada waktu subuh.

Pak Abu pergi ke laut dengan dua orang nelayan yang lain. Mereka menaiki
sebuah kapal.

Mereka menggunakan pukat yang besar untuk menangkap ikan.


Biasanya, mereka mendapat banyak ikan.

Mereka akan pulang apabila hari sudah petang. Ikan – ikan yang
ditangkap itu dijual kepada peraih 20
ikan.
SJK(T) LADANG SEMBRONG

KAMUS BESTARI:

nelayan kapal
laut pukat
waktu biasa
subuh dijual
menaiki peraih

Aktiviti 1:-
Imlak ayat – ayat tersebut :-

1. Pak Abu ialah seorang nelayan .


2. Pak Abu pergi ke laut dengan dua orang nelayan yang lain.
3. Mereka menggunakan pukat yang besar untuk menangkap ikan.

MODUL 14

TEMA 14 : HOBI RADZI PADA MASA LAPANG

Pada waktu lapang, Radzi suka menanam sayur. Dia menanam sayur di
tepi rumahnya.

Radzi membeli benih – benih sayur dari pasar raya. Dia menanam sayur
sawi,terung dan kacang panjang. Dia menanam sayur – sayur itu di atas batas.
Radzi menyiram pokok sayurnya pada setiap hari.

Setelah beberapa minggu,sayur -sayur itu pun besar . Radzi memetik


sayur – sayur itu. Emak Radzi menggoreng sayur – sayur itu untuk makan
21
malam keluarga mereka.
SJK(T) LADANG SEMBRONG

BESTARI KAMUS:

menanam sayur
benih setelah
terung minggu
batas memetik
menyiram menggoreng

Aktiviti 1:-
Imlak ayat – ayat tersebut :-

1. Pada waktu lapang,Radzi suka menanam sayur.


2. Radzi membeli benih – benih sayur dari pasar raya.
3. Radzi memetik sayur – sayur itu

MODUL 15

TEMA 15 : MELAWAT KAWAN DI HOSPITAL

Pada petang semalam,saya pergi ke rumah Chong Beng. Chong Beng


sakit dan tidak dapat pergi ke sekolah.

Saya membawa sedikit buah – buahan semasa melawat Chong Beng.


Saya juga telah meminjam tiga buah buku cerita untuk Chong Beng.

Kami berbual-bual. Dia mengatakan bahawa dia sangat rindu akan


sekolah dan kawan – kawannya. Chong Beng berharap agar dia cepat sembuh.
22
Sebelum pulang, Chong Beng mengucapkan terima kasih kepada saya
kerana pergi melawatnya.
SJK(T) LADANG SEMBRONG

BESTARI KAMUS:

semalam berbual – bual


sakit mengatakan
sedikit rindu
melawat sembuh
meminjam mengucapkan

Aktiviti 1:-
Imlak ayat – ayat tersebut :-

1. Saya membawa sedikit buah – buahan semasa melawat Chong Beng.


2. Chong beng berharap agar dia cepat sembuh.
3. Sebelum pulang, Chong Beng mengucapkan terima kasih kepada saya .

23

Anda mungkin juga menyukai