Anda di halaman 1dari 37

CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 1

TEMA: KEKELUARGAAN

BESTARI KAMUS:

Keluarga sekeluarga
berekreasi taman permainan
waktu petang ramai orang
udara gembira
alat permainan nyaman

Ayat:
1. Ini keluarga saya
2. Kami sekeluarga suka berekreasi di taman permainan.
3. Kami berekreasi di taman permainan pada waktu petang.
4. Di taman ada banyak alat permainan.
5. Ramai orang suka berekreasi di sana.
6. Udara di sana sungguh nyaman.
7. Saya gembira dapat berekreasi bersama-sama keluarga.

1
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan fahami ayat-ayat.


Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2
Hari pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
Hari kedua : Salin ayat-ayat yang dibaca.

MINGGU 3
Hari Pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
Hari Kedua : Bina ayat berdasarkan perkataan;
1. berekreasi
2. bersama-sama
3. permainan
4. nyaman

2
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 2

TEMA : SEKOLAH BESTARI

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 2


BESTARI KAMUS:
belajar bestari
bilik darjah ceria
menjaga kebersihan MINGGU 1 menyapu lantai
bergotong-royong menyusun meja

menyusun kerusi ceria


Hari Pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
Ayat :-
Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi
1. Saya belajar dalam Tahun 3 Bestari.
2. Bilik darjah saya sangat ceria.
3. Semua murid menjaga kebersihan bilik darjah.
4. Murid-murid selalu menyapu
MINGGU lantai.
2
5. Murid –murid menyusun meja.
Hari6.pertama
Murid –murid :menyusun
Bacakerusi.
dan fahami ayat yang diberi.
Hari7.kedua : Padankan frasa
Murid-murid bergotong-royong A dengan Frasa
membersihkan bilik Bdarjah.
untuk membentuk

ayat yang betul.


FRASA A FRASA B
Saya belajar dalam MINGGU 3 membersihkan bilik darjah.
Bilik darjah saya menyusun meja.
Semua
Harimurid menjaga :
Pertama menyusun
Baca ayat dengan sebutan kerusi yang betul
dan intonasi
Hari Keduaselalu
Murid-murid : Bina ayat daripada perkataan di bawah;
sangat ceria
Murid -murid menyapu lantai.
Murid -murid 1. menyapu kebersihan bilik darjah.
2. menyusun
Murid-murid bergotong- Tahun 3 Bestari.
3. menjaga
royong
4. bergotong-royong

3
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 3
4
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

TEMA 3: KECEMERLANGAN

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 3


BESTARI
KAMUS:
MINGGU 1
pandai bercerita
menyertai pertandingan
yakin
Hari Pertama : semasa dan intonasi yang betul
Baca ayat dengan sebutan
menarik mendengar
Hari kedua
penonton : Cari makna kosa -kata yang diberi
johan

Ayat: MINGGU 2

1. Ahmad murid Tahun 3 Waja.


Hari pertama :
2. Dia sangat pandai Baca dan fahami ayat yang diberi.
bercerita.
3. Ahmad menyertai pertandingan bercerita di sekolahnya.
Hari kedua : Senaraikan perkataan berimbuhan dan berikan kata
4. Ahmad yakin semasa menyampaikan ceritanya.
5. Ceritanya sangat menarik
dasar. hati para penonton.
6. Murid-murid suka mendengar cerita Ahmad.
7. Ahamd menjadi johan dalam pertandingan bercerita itu.
MINGGU 3

Hari Pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
Hari Kedua : Bina ayat daripada perkataan yang diberikan;

1. bercerita
2. menyertai
5
3. mendengar
4. menyampaikan
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 4

6
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

TEMA 4: KEJAYAAN/ TOKOH

BESTARI KAMUS:

hobi bermain
bola sepak masa lapang
rakan berhampiran
cekap menendang
kuat menjaringkan

Ayat:
1. Hobi Ali ialah bermain bola sepak.
2. Dia bermain bola sepak pada masa lapang.
3. Dia bermain bersama-sama rakannya.
4. Ali bermain bola sepak di padang berhampiran rumahnya.
5. Ali cekap bermain bola sepak.
6. Dia menendang bola dengan kuat.
7
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

7. Ali sering menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 4

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama : Baca dan fahami ayat yang diberi.

Hari kedua : Senaraikan perkataan berimbuhan dan berikan kata

dasar.

MINGGU 3

Hari Pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

Hari Kedua : Bina ayat daripada perkataan berimbuhan yang

dipelajari.

8
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 5

TEMA 5: MASYARAKAT MALAYSIA

BESTARI KAMUS:

penduduk merayakan
disambut agama
pula perayaan
setiap tahun kaum Cina
meriah berbagai-bagai

Ayat :

1. Penduduk di Malaysia merayakan berbagai-bagai perayaan


2. Hari Raya Adilifitri disambut oleh penganut agama Islam.
3. Tahun Baharu Cina disambut oleh kaum Cina.

9
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

4. Hari Deepavali disambut pula oleh penganut agama Hindu.


5. Hari Krismas disambut oleh penganut agama Kristian.
6. Perayaan-perayaan ini disambut pada setiap tahun
7. Perayaan –perayaan ini disambut dengan meriah

Padankan Frasa A dan Frasa B berdasarkan ayat diatas:-

FRASA A FRASA B

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 5


Penduduk di Malaysia oleh penganut agama Hindu.

Hari Raya Adilifitri disambut oleh 1


MINGGU dengan meriah.

Tahun Baharu Cina disambut penganut agama Kristian


Hari Pertama : Baca dan tulis kosa – kata yang diberi

Hari
Hari Deepavali
kedua disambut
: pula
Cari makna dan baca merayakan berbagai-bagai
kosa -kata yang diberi perayaan

Hari Krismas disambut oleh disambut pada setiap tahun oleh kaum
MINGGU 2
Cina.

Perayaan-perayaan ini oleh kaum Cina.


Hari pertama : Baca dan fahami ayat yang diberi.
Perayaan –perayaan ini disambut penganut agama Islam.
Hari kedua : Padankan frasa A dengan Frasa B untuk membentuk

ayat yang betul.

MINGGU 3

Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul.


10
Hari Kedua : Mengambil imlak
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 6

TEMA 6: ALAM SEKITAR


11
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

BESTARI KAMUS:

sungai hidupan
seperti rumpai air
mencemarkan mati
benda hidup
memerlukan harian

Ayat:

12
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

1. Kita mesti menjaga kebersihan sungai.


2. Banyak hidupan di dalam sungai seperti ikan dan rumpai air.
3. Kita tidak boleh mencemarkan sungai kerana hidupan itu akan mati.
4. Semua benda hidup memerlukan air yang bersih untuk kegunaan
harian.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 6

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama : Baca dan fahami ayat. ( kelas / kumpulan )

Hari kedua : Baca dan fahami ayat. ( individu )

MINGGU 3

Hari Pertama : Salin ayat dalam satu perenggan.

Hari Kedua : Baca dan mengambil imlak.


13
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 7

TEMA 7 : KESIHATAN

14
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

BESTARI KAMUS:

diri mandi
menggosok gigi memakai
pakaian bersih
berasa segar tidur
badan berbau busuk

Ayat:

1. Kita mesti menjaga kebersihan diri seperti mandi,menggosok gigi dan


memakai pakaian yang bersih.
2. Kita mesti mandi sekurang – kurangnya dua kali sehari supaya badan
kita berasa segar.
3. Selain itu, kita juga mesti menggosok gigi setiap pagi dan sebelum
tidur.
4. Kita mesti memakai pakaian yang bersih supaya badan tidak berbau
busuk.

Aktiviti :-

Lengkapkan ayat yang diberi

1. Kita mesti menjaga kebersihan diri seperti


____________________

2.Kita mesti mandi sekurang – kurangnya dua kali _______________

3.__________________________ gigi setiap pagi dan sebelum tidur.

15
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

4.Kita mesti memakai pakaian _______________badan tidak berbau busuk.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 7

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul.

Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi .

MINGGU 2

Hari pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara kelas dan kumpulan.

Hari kedua : Baca dan fahami ayat secara individu

MINGGU 3

Hari Pertama : Lengkapkan ayat.

Hari Kedua : Salin ayat


16dalam satu perenggan
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 8

TEMA 8 : AKTIVITI DI SEKOLAH

17
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

18
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

19
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

BESTARI KAMUS:

mengadakan hadiah
anugerah persembahan
cemerlang pentas
diadakan bergembira
menerima tahun

Ayat:
1. Sekolah saya mengadakan Hari Anugerah Cemerlang.
2. Hari Anugerah Cemerlang diadakan pada setiap tahun.
3. Murid – murid yang cemerlang akan menerima hadiah pada hari itu.
4. Pada hari itu juga diadakan persembahan pentas dan semua murid
bergembira.

Aktiviti :
Susun semula ayat mengikut urutan cerita

20
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

Hari Anugerah Cemerlang diadakan pada setiap tahun.


Pada hari itu juga diadakan persembahan pentas dan semua murid bergembira.
Sekolah saya mengadakan Hari Anugerah Cemerlang.
Murid – murid yang cemerlang akan menerima hadiah pada hari itu.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 8

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul.

Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hari kedua : Mengambil imlak

MINGGU 3

Hari Pertama : Susun semula ayat mengikut urutan cerita.

Hari Kedua : Salin ayat dalam satu perenggan

21
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 9

TEMA 9 : PENGANGKUTAN

BESTARI KAMUS:

negara pengangkutan
terbahagi darat
merupakan manakala
sampan amat penting
sesuatu membawa

Ayat:

1. Di negara kita terdapat berbagai – bagai pengangkutan.


2. Pengangkutan itu terbahagi kepada pengangkutan udara , air dan darat.

22
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

3. Kereta merupakan pengangkutan darat,kapal terbang pula pengangkutan


udara manakala sampan ialah pengangkutan air.
4. Pengangkutan amat penting kepada kita untuk pergi ke sesuatu tempat dan
membawa barang.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 9

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul.

Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama :. Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hari kedua : Bina ayat daripaga perkataan berimbuhan

MINGGU 3

Hari Pertama : Baca dan salin dalam satu perenggan.

Hari Kedua : Baca dan mengambil imlak beberapa ayat.

23
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 10
TEMA 10 : KERJAYA

KAMUS BESTARI:

cita – cita hebat


doktor bertugas
merawat klinik pesakit
hebat
24
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

mencapai
hospital bersungguh - sungguh

Ayat:
1. Semua orang mempunyai cita – cita, begitu juga saya.
2. Saya bercita – cita menjadi doktor yang hebat.
3. Doktor bertugas merawat pesakit di klinik atau hospital.
4. Saya akan belajar dengan bersungguh – sungguh untuk mencapai cita-cita
saya.

Aktiviti :
GARIS
Susun semula ayat PANDUAN
mengikut urutanPENGGUNAAN
cerita MODUL 10

MINGGU
Doktor bertugas merawat 1 di klinik atau hospital.
pesakit
Semua orang mempunyai cita – cita, begitu juga saya.
Saya akan belajar dengan bersungguh – sungguh untuk mencapai cita-cita saya.
Hari Pertama
Saya bercita – :cita menjadi
Baca dengan
doktorsebuatan yang betul
yang hebat.

Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama : Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hari kedua : Baca dan salin dalam satu perenggan

MINGGU 3

Hari Pertama : Baca dan fahami ayat..

Hari Kedua : Susun ayat mengikut urutan cerita.

25
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 11

TEMA 11 : MEMANCING IKAN

Semalam saya dan abang saya pergi memancing ikan. Kami memancing
ikan di tepi sungai. Kami menggunakan cacing sebagai umpan.

Pada mulanya kami tidak mendapat sebarang ikan.Kami berasa sungguh


kecewa.

Tidak beberapa lama kemudian ,ikan mulai memakan umpan kami.


Akhirnya, kami berjaya memancing lapan ekor ikan.

Ikan – ikan yang dipancing itu diberikan kepada emak. Emak menggoreng
ikan – ikan itu untuk makan malam.

26
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

BESTARI KAMUS:

memancing menggoreng
umpan menggunakan
kecewa tepi
berjaya akhirnya
menangkap mendapat

Aktiviti 1 :
Lengkapkan karangan di bawah :-

Semalam saya dan abang saya pergi 1._________ikan.Kami memancing ikan

di 2.___________ sungai.Kami 3. _____________ cacing sebagai

4.__________.

Pada mulanya kami tidak 5.__________ sebarang ikan.Kami berasa

sungguh 6.___________.

Tidak beberapa lama kemudian ,ikan 7._____ ______ memakan umpan

kami.Akhirnya, kami 8. ____________ memancing lapan ekor ikan.

Ikan – ikan yang 9. _____________ itu diberikan kepada emak.Emak


27
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

menggoreng ikan – ikan itu untuk 10._______________.

Aktiviti 2 :
Susun perkataan menjadi ayat yang betul:-

1. memancing ikan * kami * sungai * di tepi

2. berasa * sungguh * Kami * kecewa

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 11


3. berjaya * memancing lapan * Akhirnya kami * ikan * ekor

MINGGU 1
__________________________________________________________

Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul.

Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi yang


betul secara kelas dan kumpulan.

Hari kedua : Lengkapkan karangan.

MINGGU 3

Hari Pertama : Baca dan fahami karangan secara individu.

Hari Kedua : Susun perkataan


28 supaya menjadi yang betul.
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 12

TEMA 12 : PULANG KE KAMPUNG

Pada cuti sekolah yang lepas,ayah telah membawa kami pulang ke


kampung. Kampung kami ialah di Pasir Puteh,Kelantan.

Kami pulang ke kampung dengan kereta. Perjalanan kami memakan masa


lebih kurang empat jam. Kami semua berasa gembira pada setiap kali kami
pulang ke kampung.

Kami suka pulang ke kampung kerana dapat berjumpa dengan datuk dan
nenek.

Datuk membawa kami ke kebun buah – buahannya. Di kebun itu ada


pokok durian,pokok manggis dan pokok rambutan.
29
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

BESTARI KAMUS:

cuti jam
lepas suka
pulang berjumpa
perjalanan kebun
masa manggis

AKTIVITI 1 :
Lengkapkan karangan di bawah ini :-

Pada cuti sekolah yang 1.___________,ayah telah membawa kami pulang ke

kampung.2._______________ kami ialah di Pasir Puteh,Kelantan.

Kami pulang ke kampung dengan kereta. 3.____________ kami memakan

masa lebih kurang empat jam.Kami semua 4. _________________ pada setiap

kali kami 5____________ ke kampung.

Kami 6.______________ pulang ke kampung kerana dapat berjumpa

dengan 7.______________.

30
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

Datuk membawa kami ke 8. ___________ buah – buahannya.Di kebun itu

ada pokok 9.___________,pokok manggis dan pokok 10.____________.

AKTIVITI 2 :
Susun semula perkataan menjadi ayat yang betul:-

1. ke kampung * dengan * pulang * Kami * kereta

2. kami * Perjalanan * memakan masa * empat jam * lebih kurang


GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 12

MINGGU 1
3. kami * Datuk * membawa kami * buah – buahannya * ke kebun

Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul.


__________________________________________________________
Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi yang


betul secara kelas dan kumpulan .

Hari kedua : Lengkapkan karangan.

MINGGU 3

Hari Pertama : Baca dan fahami karangan secara individu.

Hari Kedua : Susun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.

31
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 13

TEMA 13 : KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN

Pak Abu ialah seorang nelayan. Dia pergi ke laut pada waktu subuh.

Pak Abu pergi ke laut dengan dua orang nelayan yang lain. Mereka menaiki
sebuah kapal.

Mereka menggunakan pukat yang besar untuk menangkap ikan.


Biasanya, mereka mendapat banyak ikan.

Mereka akan pulang apabila hari sudah petang. Ikan – ikan yang
ditangkap itu dijual kepada peraih ikan.
32
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

KAMUS BESTARI:

nelayan kapal
laut pukat
waktu biasa
subuh dijual
menaiki peraih

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 13


Aktiviti 1:-
Imlak ayat – ayat tersebut :-
MINGGU 1
1. Pak Abu ialah seorang nelayan .
2. Pak Abu pergi ke laut dengan dua orang nelayan yang lain.
3.
HariMereka menggunakan
Pertama : pukat yang besar
Baca dengan untukyang
sebutan menangkap
betul. ikan.

Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi yang


betul secara kelas dan kumpulan.

Hari kedua : Baca dan salin karangan.

MINGGU 3

Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul.

Hari Kedua : Mengambil


33 imlak 3 ayat daripada perenggan.
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 14

TEMA 14 : HOBI RADZI PADA MASA LAPANG

Pada waktu lapang, Radzi suka menanam sayur. Dia menanam sayur di
tepi rumahnya.

Radzi membeli benih – benih sayur dari pasar raya. Dia menanam sayur
sawi,terung dan kacang panjang. Dia menanam sayur – sayur itu di atas batas.
Radzi menyiram pokok sayurnya pada setiap hari.

Setelah beberapa minggu,sayur -sayur itu pun besar . Radzi memetik


sayur – sayur itu. Emak Radzi menggoreng sayur – sayur itu untuk makan
malam keluarga mereka.
34
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

BESTARI KAMUS:

menanam sayur
benih setelah
terung minggu
batas memetik
menyiram menggoreng

Aktiviti 1:- GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 14


Imlak ayat – ayat tersebut :-

MINGGU 1
1. Pada waktu lapang,Radzi suka menanam sayur.
2. Radzi membeli benih – benih sayur dari pasar raya.
3. Radzi memetik sayur – sayur itu
Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul

Hari kedua : Cari makna kosa -kata yang diberi

MINGGU 2

Hari pertama : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi yang


betul secara kelas atau kumpulan .

Hari kedua : Baca dan salin dalam semula petikan.

MINGGU 3

Hari Pertama : Baca dengan sebutan yang betul.

Hari Kedua : Mengambil


35 imlak beberapa ayat daripada petikan.
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

MODUL 15

TEMA 15 : MELAWAT KAWAN DI HOSPITAL

Pada petang semalam,saya pergi ke rumah Chong Beng. Chong Beng


sakit dan tidak dapat pergi ke sekolah.

Saya membawa sedikit buah – buahan semasa melawat Chong Beng.


Saya juga telah meminjam tiga buah buku cerita untuk Chong Beng.

Kami berbual-bual. Dia mengatakan bahawa dia sangat rindu akan


sekolah dan kawan – kawannya. Chong Beng berharap agar dia cepat sembuh.
36
Sebelum pulang, Chong Beng mengucapkan terima kasih kepada saya
kerana pergi melawatnya.
CITRA BAHASA MELAYU TAHUN 3 SJKT LAMBAK

BESTARI KAMUS:

semalam berbual – bual


sakit mengatakan
sedikit rindu
melawat sembuh
meminjam mengucapkan

Aktiviti 1:-
Imlak ayat – ayat tersebut :-

1. Saya membawa sedikit buah – buahan semasa melawat Chong Beng.


2. Chong beng berharap agar dia cepat sembuh.
3. Sebelum pulang, Chong Beng mengucapkan terima kasih kepada saya .

37

Anda mungkin juga menyukai