Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KEMAHIRAN MEMBACA TAHUN 4

MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu

TAHUN : 4 Amanah

BIL. MURID : 25 orang

TARIKH : 22 Oktober 2018

TEMA : Patriotisme

TAJUK : Negaraku Malaysia

MASA : 7.50 pagi – 8.50 pagi

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan 2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang
dengan lancar, sebutan yang jelas dan mengandungi pelbagai ragam ayat secara
intonasi yang betul. mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul

OBJEKTIF:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Membaca sekurang-kurangnya 2 ragam ayat secara mekanis berdasarkan petikan


cerpen yang diberikan dengan sebutan yang jelas dan lancar serta intonasi yang
betul.
2. Membaca sekurang-kurangnya 2 ragam ayat secara mekanis berdasarkan dialog
yang diberikan dengan sebutan yang jelas dan lancar serta intonasi yang betul.
PENGISIAN KURIKULUM:

Ilmu : Sejarah dan Pendidikan Moral.

Kemahiran fokus : Membaca

Nilai murni : Patriotik, perpaduan dan kesantunan.

Patriotisme : Berusaha mengekalkan keharmonian negara.

SISTEM BAHASA:

Tatabahasa : Sintaksis – ragam ayat: Ayat aktif, ayat pasif dan ayat songsang.

BAHAN BANTU BELAJAR:

Video, slaid ‘Powerpoint’, petikan cerpen dan kad dialog.

ALAT BANTU MENGAJAR:

Komputer riba dan alat pemancar (LCD).

PENDEKATAN:

Induktif : Menerangkan terdahulu secara terperinci setiap ragam ayat sebelum beralih

kepada kesimpulan umum.

KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN TEKNIK:

Kemahiran Berfikir : mengenal pasti ragam ayat dan intonasi bacaan yang tepat.

Pembelajaran Kontekstual : menghubung kait situasi kehidupan untuk menghasilkan

pantun kemerdekaan yang bermakna.

Kajian Masa Depan : menilai erti kemerdekaan dari zaman lampau, mengaitkan

dengan situasi semasa dan memikirkan cadangan untuk

mengekalkan keharmonian negara pada masa depan.


Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan
Set Induksi Tayangan video 1. Guru menayangkan video Iklan ABM:
5 minit Merdeka 2013 Maybank. Komputer dan
Catatan tentang LCD
kemerdekaan : 2. Guru merangsang kemahiran
1. perpaduan berfikir murid dengan BBB: Video
menanyakan soalan tentang
ragam ayat yang digunakan. Kemahiran
Berfikir
3. Guru mengaitkan video tersebut
dengan isi pelajaran.
Langkah 1 Penerangan jenis ayat 1. Guru menjelaskan ragam ayat ABM:
secara terperinci, termasuk fungsi Komputer dan
15 minit Contoh ayat: dan intonasi ayat. LCD
1. Ayat penyata:
Kakak sedang 2. Guru mendemonstrasikan BBB: Slaid
mengemas bilik intonasi yang tepat bagi setiap Powerpoint
tidurnya. ragam ayat dengan suara yang
jelas.
2. Ayat tanya:
Ibu, di manakah 4. Guru memaparkan contoh ayat
letaknya kemeja biru yang lain dan meminta murid
ayah? membaca ayat tersebut secara
mekanis dengan suara yang jelas,
3. Ayat perintah: serta sebutan dan intonasi yang
Ali, jangan bermain bola betul.
di dalam rumah.

4. Ayat permintaan:
Along, tolong bersihkan
kipas ini.
Langkah 2 Mengenal pasti ragam 1. Guru memaparkan satu petikan ABM:
ayat cerpen yang mengandungi Komputer dan
15 minit pelbagai ragam ayat. LCD
1. Ayat penyata:
Adik gemar membaca 2. Guru memberikan masa selama BBB: Petikan
buku Arnab dan Kura- 3 minit untuk murid membaca Cerpen
kura. senyap cerpen tersebut dan
mengenal pasti ragam ayat yang Kemahiran
2. Ayat tanya: terdapat di dalam cerpen tersebut. berfikir
Di manakah ibuku
menyimpan baju 3. Guru memilih murid
kesayanganku itu? menggunakan aplikasi ‘Class
Tool’.
3. Ayat perintah:
Jangan selerakkan 4. Guru menyebut jenis ragam
ruang tamu ini, Alif. ayat yang diinginkan dan murid
perlu membacakan jenis ayat
4. Ayat permintaan: tersebut yang terdapat dalam
Tolonglah ibu bersihkan petikan cerpen menggunakan
dapur ini. suara yang jelas serta sebutan
dan intonasi yang betul.
Langkah 3 Lakonan 1. Guru membahagikan murid BBM: Kad
10 minit kepada 4 kumpulan. Dialog

2. Guru mengedarkan sampul Kemahiran


yang berisi dialog kepada setiap Berfikir
kumpulan. Setiap sampul
mengandungi 7 dialog dengan Perbincangan
pelbagai ragam ayat. Setiap ahli kumpulan
kumpulan mendapat 1 dialog.

2. Murid diberikan masa selama 3


minit untuk meneliti dialog masing-
masing.

3. Setiap kumpulan diminta


melakonkan suatu situasi dengan
membacakan dialog masing-
masing dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul.
4. Ketua kumpulan akan
mendengar dan menilai sebutan
dan intonasi bacaan setiap ahli
kumpulan.
Pengayaan 1. Guru meminta murid membaca
5 minit buku cerita di sudut bacaan kelas
dengan menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul.
Pemulihan 1. Guru meminta murid membaca
5 minit beberapa contoh ayat yang
dipaparkan pada skrin dengan
menggunkan sebutan dan intonasi
yang betul.
Penutup Kesimpulan 1. Guru menegaskan semula
5 minit fungsi dan intonasi bagi setiap
ragam ayat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai