Anda di halaman 1dari 7

EDUP3053:TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ................................................................................................. 2

2.0 OBJEKTIF PdPc TERCAPAI ............................................................................ 2

3.0 PENGUASAAN GURU ..................................................................................... 3

4.0 PEMILIHAN MEDIA YANG SESUAI................................................................. 3

5.0 JELAS DAN MUDAH DIFAHAMI ...................................................................... 4

6.0 KESESUAIAN DENGAN LINGKUNGAN SASARAN ....................................... 4

7.0 KESIMPULAN .................................................................................................. 5

8.0 RUJUKAN ......................................................................................................... i

9.0 LAMPIRAN..........................................................................................................ii
EDUP3053:TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN

Media Pengajaran dan Pembelajaran dapat didefinisikan sebagai segala sesuatu


yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima
sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat dan seterusnya terjadinya
proses pembelajaran(OUM,t.t). Walau bagaimanapun, keberkesanan pengajaran bukan
semata-mata bergantung kepada penggunaan media tersebut malah perlu dinilai
keberkesanannya kerana media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk
menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung
pencapaian pelajar-pelajar (Jurnal Penyelidikan Pendidikan,2016). Penilaian media
mengambil kira perkara-perkara yang menyebabkan sesuatu media itu dipilih seperti
aspek tertentu. Oleh itu, media pengajaran yang dihasilakan atau yang tersedia harus
dipilih secara teliti dan dirancang dengan baik supaya dapat membantu guru dalam proses
PdPc seterusnya dapat mencapai keberkesanan yang diingini. Faktor-faktor yang perlu
diutamakan untuk menilai keberkesanan sesuatu media pengajaran dan pembelajaran
akan dibincangkan lebih lanjut dalam tugasan ini.

2.0 OBJEKTIF PdPc TERCAPAI

Ah Meng (1991) berpendapat kaedah ialah satu siri tindakan guru yang
sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik iaitu jangka
pendek sesuatu pelajaran . Penggunaan media pengajaran juga adalah satu kaedah
yang diguna pakai oleh guru. Oleh itu, berdasarkan pendapat beliau, bagi menilai
keberkesanan sesuatu media pengajaran dan pembelajaran , objektif pengajaran dan
pembelajaran perlu dicapai bagi menentukan keberkesanan tersebut. Sebagai contoh,
objektif pembelajaran untuk memperkenalkan jenis haiwan yang tinggal di dalam air,
guru menggunakan media tayang bergerak iaitu pita video. Penilaian tersebut dapat
dilihat berdasarkan kefahaman murid dengan melakukan latih tubi.
EDUP3053:TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.0 PENGUASAAN GURU

Penguasaan guru terhadap penggunaan media pengajaran antara salah satu


aspek yang perlu dititikberatkan dalam penilaian keberkesanan sesuatu media
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, jika guru tidak cekap atau tidak mahir
menggunakan media pengajaran, isi kandungan sesebuah subjek yang ingin
disampaikan akan tergendala dan sesi PdPc menjadi tidak lancar kerana penggunaan
media pengajaran akan mengambil masa yang lama dan rumit untuk dilaksanakan
ketika sesi PdPc. Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang dengan baik bukan secara “bidan terjun” atau sebagai aktiviti sampingan
yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Sebagai contoh, kajian daripada Abdullah
yang bertajuk Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam
Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan,guru juga perlu mempunyai pengetahuan
yang baik dalam penggunaan teknologi seperti TMK bagi memudahkan perlaksanaan
tugas-tugas peribadi atau pengurusan atau satu kelebihan untuk PdPc.

4.0 PEMILIHAN MEDIA YANG SESUAI

Pemilihan media pengajaran merupakan komponan utama pengajaran model


dalam sistem pengajaran yang komprehensif (Branson,1975). Pemilihan media
pengajaran yang sesuai untuk penyampaian isi kandungan subjek adalah salah satu
aspek penting. Jika media pengajaran yang dipilih tidak sesuai , semestinya pelajar
tidak akan faham dengan konsep atau isi kandungan yang ingin dijelaskan. Prinsip
pemilihan media adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, kaedah pengajaran
dan lain-lain yang dapat membantu guru melaksanakan pengajaran secara bermakna
.Keadaan ini dapat dianalogikan dengan contoh jika guru ingin menunjukkan
pembinaan graf, penggunaan perisian seperti Microsoft Excell dan GeoGebra amat
sesuai digunakan berbanding penggunaan perisian lain seperti perisian Microsoft
Access.
EDUP3053:TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.0 JELAS DAN MUDAH DIFAHAMI

Penggunaan media pengajaran dan pembelajaran juga perlu jelas dan mudah
difahami. Aspek warna, latar belakang, grafik, audio dan lain-lain perlu diambil berat.
Jika guru hanya menggunakan media pengajaran dan tidak mengambil berat tentang
aspek-aspek yang penting tersebut ,keberkesanan penggunaan media pengajaran
tersebut akan menjadi tanda tanya selain tidak dapat menarik perhatian pelajar.
Sebagai contoh, penggunaan media tayang kaku seperti slaid. Latar belakang yang
digunakan unsur grafik yang banyak atau warna latar belakang sama dengan tulisan
pada slaid boleh menggangu perhatian pelajar untuk memahami pembelajaran
tersebut. Hal ini kerana, penggunaan media pengajaran bukan menjadi tujuan utama
namun digunakan bagi mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
bertujuan untuk membantu pelajar mendekati atau memahami subjek (Makmum,
Mahamod, Tain dan Haron, 2011).

6.0 KESESUAIAN DENGAN LINGKUNGAN SASARAN

Penggunaan media pengajaran perlu sesuai dengan lingkungan sasaran serta


disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Biasanya kita menganggap pelajar
yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi sebenarnya mereka tidak dapat belajar
kerana media yang digunakan tidak sesuai dengan kandungan pelajaran serta gaya
pembelajaran mereka Misalnya, konsep yang sukar seperti konsep pendaraban.
Pelajar terpaksa menghafal dan menelan sifir yang diberikan tanpa mengambil kira
sama ada mereka benar-benar memahami konsep ini. Kesannya dapat dinilai kelak,
mereka mungkin berjaya dalam ujian, tetapi gagal dalam pemahaman konsep.
EDUP3053:TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, media pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai atas


faktor yang telah dibincangkan iaitu objektif PdPc tercapai, penguasaan guru, pemilihan
media yang sesuai, jelas dan mudah difahami dan kesesuaian dengan lingkungan
sasaran. Penggunaan media pengajaran dalam sesi PdPc merupakan salah satu kaedah
yang berkesan di samping murid juga dapat menerima pengajaran dengan lebih menarik
dan dapat menimbulkan minat mereka untuk menerokai ilmu dalam menyampaikan ilmu.
Oleh itu, kaedah pengajaran, strategik dan pendekatan dengan pelbagai medium
dipraktikkan oleh seorang guru agar pengajaran dapat dijalankan secara berkesan.
EDUP3053:TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.0 RUJUKAN

Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina and Ali, Hazman (2010) Penggunaan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.
Dimuat turun pada 10 September 2018 dari laman sesawang
http://eprints.utm.my/id/eprint/10521/

Branson (1975):Robert M. Gagne, Robert A. Reiser and Joseph Y. Larsen.(1981).A


Learning-Based For Media Selection: Description. Di muat turun pada 10 September
2018 dari laman web
http://www.dtic.mil/dtic/tr/fulltext/u2/a109472.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia .(2016). Jurnal Penyelidikan Pendidikan.


Putrajaya:Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia

Makmum, Mahamod, Tain dan Haron(2011):Zolkefli Bahador, Mohd Kasri


Saidon.(2010).Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi
Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik. Di
muat turun pada 10 September 2018 dari laman web
https://www.researchgate.net/publication/321758959_Faktor-
Faktor_yang_Mempengaruhi_Pengintegrasieknologi_Pengajaran_Berdasark
an_Model_TPACK_dalam_Kalangan_Guru_Matematikan_T

OUM.(T.T). Bab 3:Media Pengajaran. Diakses pada 10 September 2017 dari lama
sesawang
https://www.academia.edu/12126718/MEDIA_PENGAJARAN_TOPIK_3_O
UM_TOPIK_3_MEDIA_PENGAJARAN
EDUP3053:TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Siti Khadizah Kaimin, Mohd Aderi Che Noh .(2016). Kaedah Media Audio Visual Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Di muat turun pada 10 September
2018 dari laman web
https://www.academia.edu/32403377/KAEDAH_MEDIA_AUDIO_VISUAL_D
ALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_PENDIDIKAN_ISLAM

Anda mungkin juga menyukai