Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

SEMESTER 6 (AMBILAN JUN 2017) TAHUN 2020

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN


KEPUJIAN (SAINS)

SCES3152
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KERJA KURSUS
TUGASAN 2
PROPOSAL PROJEK
(INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : NUR SYAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK


ANGKA GILIRAN : 2017272340230
NO. KAD PENGENALAN : 980119-13-6252
PROGRAM/AMBILAN/KUMPULAN : PISMP AMBILAN JUN 2017 (SN 5)
NAMA PENSYARAH : CHE YUSOFF BIN CHE HASAN
TARIKH HANTAR : 17 FEBRUARI 2020 – 23 MAC 2020
TAJUK PROPOSAL PROJEK :
Slaid interaktif Sains Tahun 3 Sistem Suria

TUJUAN

1. Kertas ini disediakan bagi tujuan untuk mencapai beberapa objektif iaitu:

a) Meningkatkan tumpuan murid terutamanya yang berkeperluan khas (Sindrom


Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) dalam mempelajari topik Sains Tahun 3
Sistem Suria.

b) Meningkatkan daya ingatan murid terutamanya yang berkeperluan khas (Sindrom


Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) dalam mempelajari topik Sains Tahun 3
Sistem Suria.

c) Menghasilkan slaid interaktif untuk murid terutamanya murid berkeperluan khas


(Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) bagi memberi peluang murid
belajar menggunakan alat teknologi digital.

LATAR BELAKANG PROJEK

2. Projek ini dicipta untuk memudahkan proses pembelajaran bagi murid


terutamanya murid berkeperluan khas (Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan
Hiperaktif). Murid-murid yang mempunyai masalah ADHD ini sering dikatakan
mempunyai gangguan pembentukan saraf yang menyebabkan mereka sering
melakukan hal-hal seperti tidak fokus dalam kelas dan lambat untuk memahami
sesuatu pembelajaran [ CITATION Pad18 \l 17417 ] Hal ini agar mereka kekal fokus
dalam pelajaran dan tidak melakukan gangguan terhadap rakan-rakan sekeliling
dengan mengacau atau bercakap-cakap dengan murid lain semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlaku.

Selain itu, projek ini dicipta bagi memudahkan murid terutamanya yang
berkeperluan khas untuk mengingat dan tidak lupa akan perkara-perkara yang
dipelajari oleh mereka iaitu topik Sains Tahun 3 Sistem Suria. Jika sekiranya perkara
ini tidak diperbaiki, hal ini akan memberi impak buruk terutamanya kepada murid-
murid terutamanya yang berkeperluan khas (Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan
Hiperaktif) untuk meneruskan pembelajaran dan mendapatkan ilmu pengetahuan
berkenaan topik yang dipelajari dan menyebabkan murid ini akan menghadapi
masalah untuk mengingati perkara yang dipelajari dan menghilangkan fokus mereka
terhadap pelajaran tersebut. Hal ini akan menyebabkan minat mereka untuk belajar
hilang dan diganti dengan perasaan yang hanya ingin bermain sahaja di dalam
kelas.

Oleh itu, slaid interaktif yang saya cipta bagi membantu masalah ini untuk
memberikan keadilan bagi murid-murid terutamanya yang berkeperluan khas untuk
mendapatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan yang setara dengan murid-murid
biasa yang berada pada umur yang sama dengan mereka. Hak asasi manusia
daripada segi pendidikan haruslah adil dan saksama tidak mengira kelemahan
murid-murid tersebut demi membantu mereka agar mendapatkan pendidikan yang
sama adil dengan murid-murid lain. Murid-murid berkeperluan khas juga
memerlukan pendidikan bagi memberi pertumbuhan yang stabil bagi mereka agar
perkembangan otak mereka boleh dipertingkatkan.

SKOP PROJEK

3. Skop projek ini adalah berkaitan dengan Model Pembelajaran Trialogikal.


Pembelajaran Trialogikal yang bermaksud sekumpulan manusia mengorganisasi
tugas dan aktiviti mereka ke arah penciptaan sesuatu artifak pengetahuan ataupun
amalan (dalam konteks sosial) [ CITATION Ruj19 \l 17417 ] . Pembelajaran Trialogikal
adalah berkaitan dengan projek inovasi digital yang hendak saya cipta kerana
menunjukkan kolaboratif untuk membentuk artifak ilmu pengetahuan dalam
menyelesaikan masalah, mencetuskan idea baru dan juga meningkatkan kemahiran
interaksi sosial dalam sesebuah komuniti.

Selain itu, terdapat ciri-ciri pembelajaran Trialogikal yang berkait dengan


inovasi saya ini iaitu boleh dikongsi dan diguna pakai bukan sahaja oleh murid
berkeperluan khas malahan murid-murid biasa juga boleh menggunakannya untuk
belajar sambil bermain. Selain itu, menjadi platform yang baik untuk meningkatkan
interaksi antara individu dengan aktiviti kolaboratif. Oleh itu, slaid interaktif yang saya
hendak cipta ini bercirikan fleksibel iaitu boleh diguna pakai oleh semua murid tidak
mengira sama ada murid normal mahupun murid berkeperluan khas demi
mendapatkan pembelajaran yang bermanfaat bagi mereka. Kebaikan projek ini
adalah memberi peluang pendidikan yang sama rata dalam kalangan murid dan juga
boleh meningkatkan minat mereka dalam pembelajaran sesuatu topik yang agak
susah bagi mereka. Aktiviti bermain sambil belajar adalah sangat baik dalam
meningkatkan fokus dan minat murid untuk lebih menumpukan tumpuan dalam
pengajaran dan pembelajaran dan lebih memudahkan mereka untuk menerima
pembelajaran itu dengan baik.

PELAN PERLAKSANAAN PROJEK

4. Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat melalui carta alir di bawah:

Mula

Taklimat projek

Tajuk dipilih dan kertas cadangan disediakan

Pembentangan kertas cadangan

Pembetulan Diterima

Penghasilan projek

Hasil projek dan draf laporan dihantar

Diterima

Pembentangan projek

Hantar dan
Semakan laporan laporan
penilaian hasil
kerja projek

Tamat
Pelan perlaksanaan projek slaid interaktif Sains Tahun 3 topik Sistem Suria
berdasarkan carta Gantt pada tahun 2020.

Bulan Bulan 2020


Aktiviti Januari Februari Mac April
Mengenal pasti
masalah
Memilih tajuk
projek inovasi
digital
Menetapkan
objektif projek
Mengumpul data
berkenaan
projek dan
analisis data
Memilih kaedah
dan strategi
yang sesuai
Membuat kertas
cadangan projek
Membentang
kertas cadangan
projek
Melaksanakan
projek
Membentang
projek
Penilaian projek
Laporan
berkaitan projek

Projek ini dapat digunakan untuk membantu bukan sahaja murid bermasalah dalam
pembelajaran malahan dapat membantu murid-murid biasa yang memerlukan bahan
tambahan dalam membantu mereka lebih memahami sesuatu topik yang tidak
difahami. Projek ini membantu dalam pengajaran dan pembelajaran kerana seperti
yang diketahui, isu pembelajaran topik Sains adalah apabila murid kurang
memberikan tumpuan apabila guru hanya menggunakan buku teks sebagai medium
pengajaran [ CITATION Tin09 \l 17417 ] . Guru seharusnya mempelbagaikan cara
mengajar dan menggunakan inovasi digital ini dapat membantu guru memudahkan
pengajaran dan pada masa yang sama membantu meningkatkan kefahaman dan
minat murid dalam mempelajari topik Sains yang sukar bagi mereka.

Isu seterusnya adalah murid sukar mengingati susunan urutan planet dalam
sistem suria dan juga pusat Sistem Suria dan juga ahli dalam Sistem Suria
menyebabkan kesukaran untuk menumpukan perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kebanyakan murid mempunyai pemahaman yang terhad oleh idea-
idea alternatif mengenai topik Sistem Suria seperti graviti dan momentum dalam
penjelasan mereka menyebabkan percanggahan idea berlaku [ CITATION Plu15 \l
17417 ]. Inovasi berbentuk digital ini akan membantu murid mudah untuk menerima
pengajaran guru dan akan membantu meningkatkan fokus murid untuk terus
menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru semasa di dalam kelas.

PELAN UNTUK UJI PROJEK

5. Keberkesanan inovasi ini akan diuji secara berperingkat di mana saya akan
menguji terlebih dahulu projek inovasi digital ini setelah ianya siap digunakan. Saya
akan menguji dari segi penggunaan, dari segi keberkesanan dan kesesuaian projek
ini untuk digunakan oleh murid-murid Tahun 3 dan juga adakah projek ini boleh
dikomersialkan atau tidak. Selepas menguji sendiri projek inovasi digital saya ini,
saya akan memberikan beberapa rakan-rakan saya untuk menguji projek saya ini
dan mereka akan memberikan maklum balas berkenaan projek inovasi digital saya
tersebut. Hal ini akan membantu saya untuk menambahbaik lagi projek saya ini agar
menjadi satu medium yang lebih baik untuk digunakan sebagai alatan bantu
mengajar bagi guru-guru di luar sana agar memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka. Saya juga akan menguji projek inovasi digital saya ini di
sekolah praktikum 1 yang lepas untuk dicuba oleh murid-murid saya dan mengambil
maklum balas mereka selepas menggunakan inovasi digital yang telah saya cipta
sama ada ianya membantu meningkatkan prestasi mereka bagi topik Sistem Suria
tersebut.
PELAN PEMASARAN PROJEK

6. Projek ini dapat memberikan kemudahan kepada murid-murid di sekolah


terutamanya yang mempunyai masalah pembelajaran (Hiperaktif) kerana membantu
mereka untuk lebih fokus dalam pembelajaran dan juga meningkatkan kefahaman
murid dalam mempelajari topik Sains Tahun 3. Oleh itu, saya bertujuan untuk
memasarkan projek inovasi digital saya ini untuk kemudahan semua orang yang
hendak menggunakannya. Ibu bapa, guru malahan murid boleh menggunakan
aplikasi slaid power point ini demi memudahkan pembelajaran dalam topik Sains
Tahun 3. Saya akan memasarkan projek saya melalui aplikasi seperti “Youtube”,
“Instagram” dan juga “Whatsapp” di mana ketiga-tiga aplikasi ini mempunyai media
penyebaran yang agak meluas ke luar negara.

Melalui aplikasi Youtube, saya akan membuat satu tutorial penggunaan


projek inovasi digital saya sekaligus mempromosikan hasil saya tersebut dapat
digunakan oleh semua murid Tahun 3 dalam topik pembelajaran Sains berkenaan
Sistem Suria tersebut. Melalui Instagram dan Whatsapp, saya akan mempromosikan
kepada rakan-rakan dan keluarga, dan mereka akan mempromosikan kepada
kenalan-kenalan mereka yang berminat untuk menggunakan inovasi digital yang
telah saya cipta. Saya juga akan menyertakan sekali e-mel dan nombor telefon agar
memudahkan lagi proses berhubung berkenaan slaid power point tersebut bagi
memudahkan pembelajaran murid. Selepas menggunakan produk tersebut, saya
akan meminta maklum balas mereka berkenaan projek inovasi digital saya dan akan
meletakkannya sebagai bukti di dalam media sosial bahawa projek yang telah saya
cipta adalah sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman murid Tahun 3
Sains dalam topik Sistem Suria.

ANGGARAN KOS

7. Keseluruhan kos yang terlibat bagi projek ini adalah RM 0. Hal ini kerana
pembuatan slaid power point tidak memerlukan sebarang kos malahan aplikasi
tersebut adalah percuma untuk digunakan.
PENUTUP

8. Projek yang direka cipta ini berkemampuan untuk mempertingkatkan lagi


kecekapan terhadap subjek Sains bagi murid-murid Tahun 3 khususnya dalam topik
Sistem Suria. Hal ini kerana semasa praktikum fasa 1, saya telah mengajar topik ini
dan mendapati masih ada segelintir murid yang masih susah untuk memahami topik
ini. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk mereka cipta projek inovasi digital bagi topik
ini bagi meningkatkan lagi tahap pemahaman dan ingatan mereka terhadap topik
pembelajaran ini. Projek ini akan memainkan peranan dalam menjayakan KSSR dan
pembelajaran abad ke-21 kerana melibatkan penggunaan teknologi dan reka cipta di
mana murid-murid menggunakan bukan sahaja buku teks untuk belajar malahan
menggunakan teknologi juga, murid-murid boleh mendapatkan manfaat dan ilmu
pnegetahuan yang sama dalam mempelajari topik Sains Tahun 3 iaitu topik Sistem
Suria ini. Oleh itu, saya mengharapkan kejayaan projek inovasi digital yang saya
cipta ini dapat membantu dalam kalangan guru, murid-murid dan masyarakat untuk
lebih mudah mempelajari dan memahami suatu konteks pembelajaran tersebut.

Disediakan oleh,

(NUR SYAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK)

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Tarikh: 19 Februari


2020

Rujukan
Padilla-Petry, P., Soria-Albert, C., & Vadeboncoeur, J. (2018).
Experiencing Disability in the School Context: Voices of Young
People Diagnosed with ADHD in Spain. Barcelona, Spain:
International Education Studies; Vol. 11, No. 8; 2018 .
Plummer, J. D., Palma, C., Flarend, A., Rubin, K., Ong, Y. S., Botzer, B.,
. . . Furman, T. (2015). Development of a Learning Progression for
the Formation of the Solar System. International Journal of
Science Education, 1381-1401. doi:DOI:
10.1080/09500693.2015.1036386
Rujhan. Ar. (2019, Februari 19). Kuliah 2 - pembelajaran trialogikal.
Retrieved from FlipHTML5.com:
https://fliphtml5.com/spkx/hixv/basic
Ting, S. P. (2009). Meningkatkan minat dan pembelajaran sains murid
tahun tiga melalui penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan
ICT . Kuching, Sarawak: Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012.

Anda mungkin juga menyukai