Anda di halaman 1dari 10

PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN UNTUK MENINGKATKAN

KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 DALAM MEMPELAJARI TOPIK SISTEM


SURIA

Nur Syahirah binti Abdul Razak


nursyahirah190198@gmail.com

Parvinder Singh A/L Amar Singh


vinder7@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Topik Sistem Suria bagi Tahun 3 adalah merupakan topik yang disukai oleh
kebanyakan murid namun topik ini juga mempunyai konsep dan fakta yang
agak sukar difahami oleh murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana
murid-murid Tahun 3 masih memerlukan bantuan bahan bantu mengajar yang
sesuai untuk memudahkan mereka memahami pengajaran dan
pemudahcaraan guru. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan
untuk menentukan penggunaan Kaedah Nyanyian dapat meningkatkan
kefahaman murid Tahun 3 dalam mempelajari Topik Sistem Suria. Kajian ini
melibatkan 10 orang murid Tahun 3 dari sebuah sekolah untuk menjadi
peserta kajian. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik dan semak
pemerhatian tingkah laku murid dan dianalisis melalui peratusan bilangan
peserta yang menjawab soal selidik dan tingkah laku mereka dalam kelas
manakala data kualitatif adalah daripada analisis temu bual. Dapatan kajian
menunjukkan analisis positif peserta kajian menjawab soal selidik mengikut
kefahaman mereka dan tingkah laku positif ditunjukkan semasa pengajaran
dan pemudahcaraan. Dapatan kajian temu bual juga menunjukkan peserta
kajian menyukai Kaedah Nyanyian dan ingin menggunakannya lagi untuk
medium pengajaran yang seterusnya.

Kata kunci: Kaedah Nyanyian, kefahaman, bahan bantu mengajar, Sistem


Suria

1
USAGE OF SINGING METHODS TO ENHANCE THE MEMORY AND
UNDERSTANDING OF YEAR 3 PUPILS IN LEARNING SOLAR SYSTEM
TOPICS

ABSTRACT

The topic of the Solar System for Year 3 is a topic that is liked by most
students
but this topic also has concepts and facts that are quite difficult to understand
by students. This is said to be so because Year 3 pupils still need the help of
appropriate teaching aids to facilitate their understanding of teacher teaching
and facilitation. Therefore, this action research is aimed at determining the use
of the Singing Method can enhance the understanding of Year 3 students in
studying the Topic of the Solar System. The study involved 10 Year 3 students
from a school to be study participants. Quantitative data were obtained
through
questionnaires and review of student behavior observations and analyzed
through the percentage of the number of participants who answered the
questionnaire and their behavior in class while qualitative data were from
interview analysis. The findings of the study showed a positive analysis of the
study participants answering the questionnaire according to their
understanding
and positive behaviors were shown during teaching and facilitation. The
findings
of the interview study also showed that the study participants liked the Singing
Method and wanted to use it again for the next teaching medium.

2
Keywords: Singing Methods, comprehension, teaching aids, Solar System

1.0 PENGENALAN

Semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan, pengkaji mendapati


bahawa ada sebilangan murid yang masih mempunyai masalah untuk
mengingat susunan planet-planet serta sukar untuk membezakan ahli-ahli
Sistem Suria yang nampak sedikit sama bentuknya namun ciri-cirinya adalah
berlainan. Pengkaji juga telah menemu bual guru-guru di sekolah dan
mendapati bahawa kebanyakan murid-murid masih sukar untuk mengingat
susunan planet terutamanya apabila ejaan awal planet-planet tersebut adalah
daripada abjad yang sama serta masih ada yang lupa bahawa bulan
merupakan satelit semula jadi manakala Matahari merupakan pusat kepada
Sistem Suria. Oleh itu, pengkaji memperkenalkan Kaedah Nyanyian sebagai
medium baru pengajaran.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini bukan sahaja memanfaatkan bagi pengkaji sahaja malahan bagi
sekolah juga kerana berjaya memberikan jalan penyelesaian untuk sekolah
dalam menyelesaikan masalah-masalah murid dalam mempelajari sesuatu
topik yang diajar oleh guru. Kriteria fokus kajian yang ditekankan oleh
pengkaji yang terakhir ialah kebolehgunaan iaitu boleh digunakan semula
(Zulkifli Osman, 2013). Guru-guru di sekolah juga boleh mencuba untuk
mengaplikasikan kaedah ini sebagai kaedah pengajaran yang baharu demi
membantu untuk memudahkan lagi pengajaran serta meningkatkan
kefahaman murid-murid dalam pelajaran.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

3
1. Penggunaan Kaedah Nyanyian berjaya meningkatkan kefahaman
murid dalam mempelajari Topik Sistem Suria.

Soalan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Bolehkah Kaedah Nyanyian dapat meningkatkan kefahaman murid


dalam Topik Sistem Suria Tahun 3?.

4.0 PESERTA KAJIAN

Dalam perlaksanaan penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menjalankan


kajian kepada 10 orang sampel. Pengkaji juga menjalankan kajian pada
sampel yang berada dalam jantina yang sama iaitu perempuan. Ciri-ciri
peserta kajian adalah berlatar belakangkan keluarga sederhana dan berada.
Kesemua ibu bapa mereka bekerja di bandar dan juga mementingkan
pendidikan anak-anak mereka. Kebanyakan murid dalam kelas Tahun 3 ini
adalah cerdas dan menumpukan perhatian yang baik semasa pengajaran
dijalankan. Namun masih ada juga yang masih kurang menumpukan
perhatian. Oleh itu, pengkaji memperkenalkan Kaedah Nyanyian sebagai
medium pengajaran yang mudah untuk disampaikan kepada mereka.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Fasa perancangan telah dilaksanakan pada minggu pertama oleh pengkaji di


mana pengkaji memerhati masalah atau isu yang dihadapi oleh murid dalam
topik Sistem Suria. Borang pertama yang digunakan oleh pengkaji adalah soal
selidik. Soal selidik ini telah dianalisis secara kuantitatif kerana boleh dikira
dengan mengira peratus dan min. Kaedah kedua yang digunakan oleh
pengkaji ialah dengan kaedah temu bual. Temu bual yang dijalankan oleh
pengkaji adalah pengkaji meneroka dan melaksanakan kerangka tema atau
topik yang dikehendaki dan dijadikan soalan temu bual untuk mendapatkan
data. Instrumen ketiga yang digunakan adalah dengan menggunakan semak

4
pemerhatian berstruktur responden yang telah dipilih. Tatacara
penganalisisan data secara kuantitatif dan juga tatacara penganalisisan data
secara kualitatif. Menurut (Field, 2009), secara mudahnya min merupakan
purata sesuatu skor dan biasanya dikira dengan menjumlahkan semua skor
(soal selidik) yang kemudiannya dibahagikan dengan bilangan murid yang
menjawab soal selidik tersebut. Manakala bagi data semak pemerhatian
menggunakan peratusan sahaja di mana pengkaji memerhati setiap 10 orang
responden sepanjang dalam kelas dan menandakan sama ada mereka
bertindak sedemikian ataupun tidak. Bagi kaedah temu bual pula, kaedah ini
boleh dianalisis secara menggunakan kaedah tema dan kategori di mana
memerlukan pengkaji mengambil kata kunci daripada responden dan kata
kunci akan dikategorikan lagi mengikut tema.

5
6.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan yang telah diperoleh pengkaji adalah melalui analisis data soal
selidik dan menggunakan skala Likert di mana ianya mempunyai format 1 =
sangat tidak setuju (STS), 2 = tidak setuju (TS), 3 = tidak pasti (TP), 4 = setuju
(S) dan 5 = sangat setuju (SS).

Bil. Soalan 1 (STS) 2(TS) 3 (TP) 4 (S) 5 (SS) Min

% f % f % f % f % f

1. Rasa seronok 0 0 0% 0 0% 0 20% 2 80% 8 4.8


%
2. Rasa terhibur 0 0 0% 0 0% 0 10% 1 90% 9 4.9
%
3. Mudah ingat fakta 0 0 0% 0 0% 0 30% 3 70% 7 4.7
%
4. Mudah faham fakta 0 0 0% 0 0% 0 50% 5 50% 5 4.5
%
5. Minat belajar 0 0 0% 0 0% 0 10% 1 90% 9 4.9
%
6. Suka kaedah nyanyian 0 0 0% 0 0% 0 30% 3 70% 7 4.7
%
7. Guna kaedah nyanyian dalam topik Sains 0 0 0% 0 0% 0 40% 4 60% 6 4.6
lain %
8. Mudah mengikuti 0 0 0% 0 0% 0 20% 2 80% 8 4.8
%
9. Lebih yakin 0 0 0% 0 0% 0 60% 6 40% 4 4.4
%
10. Hafal fakta 0 0 0% 0 0% 0 60% 6 40% 4 4.4
%
Jadual 1: Data menunjukkan peratusan, frekuensi dan min soal selidik 10 responden

6
Data pemerhatian telah didapati apabila pengkaji memerhati responden-
responden sepanjang perjalanan pembelajaran dan pemudahcaraan yang
dijalankan. Dapatan analisis data menunjukkan di mana terdapat enam
tingkah laku pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji semasa kajian
tindakan ini dijalankan.

Jadual 2: Nilai skor dan peratusan (%) dapatan semak pemerhatian


berstruktur

Semak Pemerhatian Semasa pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan


(PdPc)
Tingkah Laku Murid YA (%) f TIDAK (%) f
Bermain 50% 5 50% 5
Fokus 70% 7 30% 3
Aktif semasa kelas 60% 6 40% 4
Berkhayal 20% 2 80% 8
Minat 90% 9 10% 1
Bertanya soalan 80% 8 20% 2

Dapatan data yang terakhir adalah melalui temu bual di mana pengkaji
menemu bual 2 orang responden untuk memberikan pandangan serta
pendapat mereka. Tema dan kod dalam temu bual ini boleh dilihat melalui
ayat yang diwarnakan mengikut kesesuaian.

Jadual 3: Analisis data temu bual responden pertama

Temu bual Jawapan Responden Analisis (Tema)


1. Rasa seronok M: Seronok Minat
2. Mudah faham M: Senang sebab ada Memahami
lirik senang hafal.
3. Minat subjek M: Minat Minat

Transkrip temu bual menunjukkan bahawa murid memahami pembelajaran


yang dijalankan menggunakan Kaedah Nyanyian dan menyebabkan

7
mereka meminati kaedah ini untuk digunakan sebagai medium pengajaran
lagi.

Jadual 4: Analisis data temu bual responden kedua

Soalan Jawapan Responden Analisis (Tema)


1. Rasa seronok M: Sangat seronok Minat
2. Mudah faham M: Buat mudah faham Memahami
4. Minat subjek M: Sangat suka Minat

Responden kedua juga memberikan jawapan yang sama iaitu


menunjukkan kefahaman dan daya ingatan murid-murid menggunakan
Kaedah Nyanyian dalam pengajaran Topik Sistem Suria Tahun 3 ini.
Melalui dapatan ini, pengkaji mengetahui bahawa peserta kajian mudah
memahami melalui kaedah ini. Hal ini kerana kedua-dua responden
memberikan jawapan yang menunjukkan kefahaman yang baik.

7.0 REFLEKSI

Proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan penggunaan


Kaedah Nyanyian telah dapat menunjukkan bukti bahawa kaedah ini
memberikan impak yang positif kepada diri murid khususnya kepada
murid-murid yang memerlukan masa untuk mempelajari sesuatu. Muzik,
nyanyian dan lagu memberikan kesan yang positif terhadap perhatian
murid dalam bilik darjah.. Menurut Rini Lestari (2012), beliau menyatakan
bahawa guru haruslah bijak dalam menggunakan kaedah yang kreatif dan
inovatif untuk digunakan dalam pengajaran. Hal ini selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan

8
kepentingan pendidikan diterapkan inovasi dalam kalangan guru dan
murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Menurut Reney Pantun
(2017), kaedah nyanyian diperkenalkan kepada murid dengan cara
mengajarkan nyanyian yang sudah ada, mengganti lirik dari lagu yang
sudah dikenal sebelumnya dengan lirik lain atau membuat lagu baru
dengan lirik yang sesuai atas tujuan yang diinginkan.

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Cadangan tindakan susulan yang telah diutarakan adalah dengan


menambah bilangan responden kepada bilangan yang lebih banyak.
untuk kesahan dan kebolehpercayaan data-data analisis yang akan
diperolehi. Cadangan seterusnya adalah mengkaji melalui data-data yang
lebih terperinci di mana praujian dan pascaujian digunakan bagi
menunjukkan data-data yang lebih terperinci. Cadangan tindakan susulan
yang disarankan untuk pengkaji dari pensyarah adalah praujian dan
pascaujian demi menunjukkan lebih banyak analisis-analisis data sebagai
bukti. Cadangan ini juga telah disusulkan iaitu mengadakan lebih banyak
lagu berkenaan topik Sains digubal dan dilaksanakan dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan oleh guru lain.

9
RUJUKAN

Field, A. (2009). Discovering statistics using SPSS. Sage Publications Std.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia

Reney Pantun. (2017). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan


kefahaman murid tahun dua dalam topik pembundaran. Proceedings of
the ICECRS, 1(1), 677–686. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.541

Rini Lestari. (2012). Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada


Anak. Prosiding Seminar Nasional Psikologi Islami, (pp. 131-136)

Zulkifli Osman. (2013). Kebolehlaksanaan dan kebolehgunaan modul


pengajaran bahasa berlandaskan pendekatan holistik. Pendeta Journal
of Malay Language, Education and Literature (Volume 4, No. 1), 202-
230.

10

Anda mungkin juga menyukai