Anda di halaman 1dari 4

Perbincangan dan Langkah Berjaga-jaga

Melihat keseluruhan eksperimen ini, haba tindak balas dapat ditentukan bagi
mendapatkan maklumat-maklumat seperti kuantiti bahan tindak balas yang
digunakan serta perubahan suhu dalam sesuatu tindak balas. Dalam eksperimen ini,
terdapat beberapa perkara penting yang harus diketahui iaitu hanya larutan HCl
yang menyerap dan membebaskan tenaga serta ketumpatan bagi larutan dalam
eksperimen ini adalah sama dengan ketumpatan air, iaitu 1 g/ml. Selain itu, jisim
karbon dioksida (CO2) yang terbebas juga diabaikan. Kapasiti haba spesifik larutan
juga adalah sama dengan kapasiti haba spesifik air. Kebanyakan eksperimen
berkenaan haba tindak balas adalah melibatkan tindak balas yang dilakukan dalam
larutan akues. Air dalam larutan akues akan dikenali sebagai persekitaran
menyebabkan haba diserap dari air atau dibebaskan ke air semasa tindak balas
berlaku dalam larutan akues. Oleh itu, perubahan suhu larutan dapat dikesan seperti
di bawah:

Haba yang dibebaskan oleh tindak balas kimia= haba yang diserap oleh larutan
(suhu larutan meningkat)

Haba yang diserap oleh tindak balas kimia= haba yang dibebaskan oleh larutan
(suhu larutan menurun)

Manakala haba yang diserap atau dibebaskan oleh larutan dapat dikira
dengan menggunakan persamaan berikut:

Perubahan haba, q = haba yang diserap atau dibebaskan


= mcӨ
m = jumlah jisim larutan (dalam unit g)
c = muatan haba tentu larutan (dalam unit J g-1°C-1)
Ө = perubahan suhu larutan (dalam unit °C)

Hukum Hess boleh berlaku apabila terdapat dua atau lebih tindak balas,
boleh dicampurkan sekali untuk mendapatkan tindak balas bersih. Nilai tenaga
tindak balas berkenaan dicampurkan untuk mendapatkan nilai perubahan entalpi,
∆H bersih. Hukum ini adalah untuk mendapatkan data termodinamik yang tidak
boleh diukur secara langsung disebabkan haba yang dibebaskan atau diserap
semasa tindak balas kimia tidak bergantung kepada peringkat atau laluan yang
dilalui oleh tindak balas. Laluan yang diambil oleh bahan tindak balas kepada hasil
tindak balas merangkumi satu langkah atau beberapa siri langkah namun perubahan
entalpi bahan kepada hasil adalah sama meskipun laluan berlainan. Aliran haba
daripada tindak balas adalah sama dengan aliran haba kepada cecair kalorimeter
dalam satu sistem sempurna di mana kalorimeter mempunyai muatan haba yang
sangat rendah dan tidak menyerap haba yang terbebas ketika tindak balas.
Perubahan suhu disebabkan oleh pemindahan habaakan bergantung kepada
muatan haba dan jisim bahan di dalam kalorimeter. Tindak balas antara natrium
hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik merupakan tindak balas eksotermik
(membebaskan haba) manakala tindak balas antara natrium karbonatdengan asid
hidroklorik merupakan tindak balas endotermik (menyerap haba). Jadi, pengiraan
haba tindak balas perubahan natrium hidrogen karbonat kepada natriumkarbonat
boleh didapati dengan menentukan jumlah haba tindak balas antara natrium
hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik dan natrium karbonat dengan asid
hidroklorik.

Tindak balas pertama (EC1 + EC2) iaitu tindak balas antara natrium karbonat
dengan asid hidroklorik ialah mendapatkan persamaan seperti di bawah:

Na2 CO 3 +2 HCl → 2 NaCl+ H 2 O+CO 2

Tindak balas pertama ini menunjukkan peningkatan suhu kalorimeter. Oleh


sebab suhu meningkat, tindak balas ini membebaskan tenaga dan dikenali sebagai
tindak balas eksotermik yang menandakan lebih banyak tenaga dibebaskan
daripada tindak balas dan hasilnya berbanding jumlahtenaga bahan tindak balas
awal. Proses ini membebaskan haba yang kemudiannya dipindahkan kepada
persekitarannya.

Tindak balas kedua (EC2 + EC3) iaitu tindak balas antara natrium hidrogen
karbonat dengan asid hidroklorik ialah mendapatkan persamaan seperti di bawah:

NaH CO 3+ HCl→ NaCl+ H 2 O+CO 2

Tindak balas kedua ini menunjukkan penurunan suhu kalorimeter. Oleh itu,
tindak balas yang menyerap tenaga adalah dikira sebagai tindak balas endotermik
yang menandakan banyak tenaga diserap oleh tindak balas dan hasilnya banyak
berbanding jumlah tenaga bahan tindak balas awal. Persamaan asal tindak balas ini
perlu diganda dua mengikut Hukum Hess, bagi menentukan haba tindak balas bagi
tindak balas ketiga yang tidak boleh diukur secara langsung seperti di bawah:

2 NaH CO3 +2 HCl →2 NaCl+2 H 2 O+2CO 2

Hal ini kerana dalam tindak balas ketiga, pepejal natrium hidrogen karbonat
adalah bahan tindak balas 2 mol menyebabkan haba tindak balasnya diganda dua
menjadi +38.18 kJ mol−1.

Namun begitu, persamaan asal tindak balas ini diterbalikkan bagi kesesuaian
dengan Hukum Hess untuk menentukan haba tindak balas ketiga yang tidak boleh
diukur secara langsung. Persamaannya akan menjadi:

2 NaCl+ H 2 O+CO 2 → Na2 CO 3 +2 HCl

Persamaan diterbalikkan kerana pepejal natrium karbonat adalah hasil tindak


balas dalam tindak balas ketiga. Haba tindak balasnya juga diterbalikkan dan
menjadi positif iaitu +6.3 kJ mol−1 .

Tindak balas ketiga pula dikira menerusi Hukum Penjumlahan Haba Tetap
Hess menerusi cara tidak langsung seperti:

∆H3 = ∆H1 + ∆H2

∆H3 = ∆H1 + 2 (∆H2)

+ 44.48 kJ mol−1 = (+6.3 kJ mol ¿+(+38.18 kJ mol )


−1 −1

Persamaan lengkap bagi tindak balas ini adalah 2 NaHC O3 → Na2 CO 3+ CO2 + H 2 O .

Langkah berjaga-jaga

1. Pepejal Na2 CO 3 dan NaH CO 3 perludimasukkan dengan cepat dan cermat ke


dalam larutan asid hidroklorik supaya tiada pepejal yang tertumpah keluar
dan tiada cecair yang terpercik keluar untuk mengurangkan impak kehilangan
haba ke persekitaran.
2. Eksperimen juga perlu dijalankan jauh daripada kipas atau kawasan berangin
bagi mengelakkan haba yang dibebaskan hilang ke persekitaran dengan lebih
cepat.
3. Larutan juga perlu dikacau dengan sekata bagi setiap kali pepejal
dimasukkan ke dalam cawan.
4. Radas perlu dicuci dengan air suling dengan cermat bagi memastikan tiada
bendasing yang tertinggal didalam radas dan menjejaskan kualiti eksperimen.

Anda mungkin juga menyukai