Anda di halaman 1dari 10

SCES3173 PENYELIDIKAN

DALAM PENDIDIKAN
SOALAN 3: (9 FEBRUARI 2021)

NAMA AHLI KUMPULAN :-


 NUR FATIN
 NUR SYAHIRAH
 NUR HIDAYAH YUSUFIAN
SOALAN 1:
Dalam kajian budaya membaca dalam
kalangan murid sekolah rendah,
bagaimanakah pengumpulan data dilakukan
agar bersesuaian dengan kerangka kajian yang
dibina.
Pengumpulan data dilakukan:
Kajian Rintis
-Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang
bertujuan untuk memestikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa
kajian sebenar dijalankan.
-Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan responden yang setara dengan responden
kajian sebenar, iaitu dari segi lokasi, seting dan profit responden (contohnya, umur,
jantina dan sebagainya.).
-Selepas ujian rintis dijalankan, soal selidik perlu dimurnikan mengikut maklum balas
yang diperoleh.
Pengumpulan data dilakukan:
Kajian Rintis
-Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2000), fungsi kajian rintis ke atas soal selidik
(questionnaire) adalah seperti berikut:
• Menyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.
• Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selidik.
• Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan.
• Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.
• Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
• Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
• Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.
• Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.
Pengumpulan data dilakukan:
soal selidik
-soal selidik diedarkan kepada murid sekolah rendah
-Bertujuan mengetahui budaya membaca dalam kalangan murid sekolah rendah
-Berapa jam membaca sehari, sumber bahan bacaan, pendorong utama membaca, bahasa
bahan bacaan

Temu bual
- 2 hingga 3 peserta kajian ditemu bual
- bertujuan utk mengetahui sama ada suka membaca/ tidak suka membaca

Borang semak pemerhatian


- pemerhatian di perpustakaan sekolah di waktu pagi & waktu rehat
- Buku rekod penggunaan perpustakaan & buku rekod peminjaman buku sebagai
penyokong utk mengesahkan
SOALAN 2:
Isu menentukan alat pengukur (research
tools) atau instrumen sama ada
berdasarkan kepada teori, pendekatan,
atau model. Bincangkan.
PENDEKATAN:
PENDEKATAN KUALITATIF
• Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang
boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara
fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait
dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).
• Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu penyelidikan
yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun
kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005).
• Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh
pemahaman daripada suatu kes.
• Proses pengumpulan data berdasarkan Cresswell (1998) iaitu mengenalpasti tapak atau
individu, mendapatkan akses dan membina rekod, persampelan bertujuan, mengumpul data,
merekod maklumat, menyelesaikan isu-isu lapangan dan menyimpan data.
• Contoh instrumen bersesuaian: temu bual, soal selidik
PENDEKATAN:
PENDEKATAN KUANTITATIF
• Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena
objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006;
Fraenkel, 2007).
• Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan
alatan saintifik dan eksperimen.
• Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan,
menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu
penyelidikan.
• Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru
terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi
digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang
diserahkan kepada sampel kajian.
• Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan
komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda.
PENDEKATAN:
PENDEKATAN KUANTITATIF
• Ujian ini untuk memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam
dimensi secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru
terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi.
• Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor data yang diperoleh telah ditransformasi
daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala selang, sehingga analisis regresi linear
berganda ialah alat ujian yang sesuai.
• Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu dilakukan ujian
andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti,multikolineariti, autokorelasi,
heteroskedastisiti, dan lineariti.
• Sedangkan untuk menguji hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang
datanya berupa skala selang, maka digunakan ujian korelasi Pearson.
• Contoh instrumen bersesuaian: soal selidik, pra dan pasca ujian
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai