Anda di halaman 1dari 61

Penyelidikan Kuantitatif dan

Penyelidikan Kualitatif
Penyelidikan Kuantitatif
• satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia
lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil.
• melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan
menggunakan alatan saintifik dan eksperimen
• istilah "kuantiti"
membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk
kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.
dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan.
• menjelaskan fenomena dengan mengumpul data berangka
yang dianalisis menggunakan kaedah matematik berasaskan
(dalam statistik tertentu)
• pada asasnya adalah mengumpul data berangka untuk
menjelaskan fenomena tertentu
• berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positivis penyelidikan
dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika
yang dipungut, dan dianalisis menggunakan ujian statistik.
• banyak fenomena dlm pendidikan yang ada seolah-olah tidak dalam
bentuk data kuantitatif secara semula jadinya atau mengemukakan apa-
apa data kuantitatif boleh diambil dgn cara yang kuantitatif cth: sikap &
kepercayaan
• Perlu bina instrumen yg membolehkan data ini muncul dalam bentuk
kuantitatif –iaitu soal selidik meminta sampel menyatakan dlm bentuk
kadar beberapa kenyataan spt.
Angka –dikuantitikan Skala Likert Soal Selidik

Kat. Tahap Pengetahuan Tahap Persetujuan Tahap Kekerapan

5 Sangat Tahu Sangat Setuju Sangat Kerap

4 Tahu Setuju Kerap

3 Pengetahuan yg sederhana Kurang Setuju Kadang-kadang

2 Sangat sedikit Tidak Setuju Amat Jarang


pengetahuan
1 Tidak Tahu Sangat Tidak Setuju Tidak Pernah
Tujuan Am
•Mengumpul dan menganalisis data
untuk menerangkan, meramal, atau
fenomena kawalan kepentingan
•Menggambarkan keadaan semasa
•menyiasat hubungan
•Sebab kajian dan kesan
Ciri-ciri kajian kuantitatif :

• Bersifat deskriptif atau penjelasan


• Spesifik dan sempit
• Boleh diukur atau diperhatikan
• Instrumen ditentukan
• Data berbentuk numerikal
• Penglibatan responden yang ramai
• Penilaian yang lebih objektif dan tidak bias
Jenis-jenis kajian kuantitatif:

• terbahagi kepada 2 jenis


• kajian intervensi - rekabentuk kajian yang sesuai
adalah kajian eksperimen – (menerangkan sama ada
intervensi mempengaruhi hasil satu kumpulan
berbanding kumpulan yang satu lagi)
• kajian non-intervensi - rekabentuk kajiannya adalah
kajian korelasi (meramal perkaitan atau hubungan
antara pemboleh ubah) dan kajian tinjauan
(menerangkan trend bagi satu populasi)
Tujuan kajian kuantitatif
Jenis-Jenis Reka Bentuk Penyelidikan
Kuantitatif

1. Deskriptif
2. Kajian Eksperimental /Kuasi-Eksperimental
3. Kajian Tinjauan
4. Kajian Korelasi
5. ex post facto
6. causal comparative
Deskriptif

• Tujuan - untuk menghuraikan status semasa


pembolehubah menarik minat penyelidik
• contoh
Berapa ramai pelajar tercicir dari sekolah di Georgetown?
Apakah sikap ibu bapa, pelajar, dan guru-guru mengenai
pelanjutan satu tahun persekolahan?
Apakah aktiviti biasanya berlaku dalam kelas seni gred
enam, dan berapa kerap setiap ia berlaku?
Sejauhmana guru sekolah rendah menggunakan manipulatif
matematik?
Korelasi

• Tujuan - untuk menentukan sejauh mana dua atau


lebih pembolehubah adalah berkaitan secara statistik
• contoh
Apakah hubungan antara skor MUET dan gred mahasiswa?
Adakah efikasi guru berkaitan dengan keberkesanan /
beliau?
Adakah hubungan yang signifikan wujud antara jenis-jenis
aktiviti yang digunakan di dalam kelas matematik dgn
pencapaian pelajar?
Reka bentuk ini TIDAK membayangkan penyebab
Eksperimen/Kuasi Eksperimen

• Tujuan - untuk mewujudkan sebab dan akibat


hubungan antara pembolehubah
• contoh
Apakah kesan pengajaran dengan (1) strategi kumpulan
koperasi atau (2) pendekatan kuliah tradisional ke atas
pencapaian pelajar?
Apakah kesan pengajaran dengan manipulatif vs
pendekatan algoritma tradisional markah ujian pelajar?
• Ciri-ciri penting adalah bahawa penyelidik
memanipulasi pembolehubah bebas dan mengawal
pembolehubah luaran
Instrumen Kajian Kuantitatif
Soal Selidik
• Terbuka - memberi kebebasan kepada responden untuk mengemukakan
pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung dengan soalan yang
dikemukakan

Contoh soal selidik jenis terbuka


• Tertutup
Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden

1.Dichotomus

2.Skala Likert

4.Maklumat Demografi

3.Susunan Mengikut Keutamaan


•Senarai semak
•Ujian bertulis
Kesahan
Kesahan menentukan sama ada penyelidikan yang
benar-benar mengukur apa yang ia bertujuan untuk
mengukur atau sejauh mana benar hasil
penyelidikan

1. Kesahan kandungan
 ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur
kandungan bidang yang hendak diukur.
 dijalankan bagi memastikan item yang dibina mewakili
konstruk yang disenaraikan.
 cara – melantik/rujuk pakar yang mempunyai pengetahuan
tentang perkara yang dikaji
Kesahan
2. Kesahan konstruk
ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat
mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori
tertentu.
Contohnya: ‘minat’.

3. Kesahan muka sesuatu instrumen/ujian ‘nampak


pada permukaannya’dapat mengukur apa yang
hendak diukur. Contohnya: bagi instrumen yang
mengukur ‘minat’, kita sepatutnya nampak item-
itemnya berkait dengan ciri-ciri ‘minat’.
4. Kesahan hubungan kriteria (criterion-related validity)
perbezaan antara kesahan semasa dan kesahan ramalan
bergantung kpd prosedur pentadbiran ujian – jangka masa
singkat/serentak (concurrent validity) atau setelah masa
beberapa bulan (predictive validity).
Kesahan semasa/serentak (concurrent validity)
- Hubungkait antara skor ujian dgn kumpulan pelajar berdasar
kriteria tertentu
- Ditadbir pada masa yg sama / jarak masa terdekat
Kesahan ramalan (predictive validity)
Dapat ditentukan dgn membuat penilaian setepat mana
ramalan yg dibuat (berdasarkan instrumen) masa kini
disahkan drp maklumat yg dikumpulkan pad masa hadapan
Kebolehpercayaan/realibility

Adakah instrumen tersebut konsisten mengukur


apa yang ia bertujuan untuk mengukur?
Sejauh mana keputusan yang konsisten dari
masa ke masa dan gambaran yang tepat
daripada jumlah populasi dalam sesuatu kajian
jika keputusan kajian yang boleh dihasilkan
semula di bawah kaedah yang serupa, maka
instrumen kajian adalah dianggap sebagai
boleh dipercayai
Kajian rintis

i. menyemak kejelasan item-item, arahan dan susun atur


soal selidik.
ii. mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item
soal selididk.
iii. mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-
item dan format jawapan
iv. mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan
bagi item-item tertutup.
Kajian rintis

v. mendapatkan maklum balas tentang daya


tarikan soal selidik.
vi. menyemak masa yang diperlukan untuk
menjawab soal selidik.
vii. mengenal pasti item-item yang tiada
kaitan dalam soal selidik.
viii. menyediakan kod untuk kemasukan data
dalam fail data komputer..
Populasi dan Persampelan
• Populasi - kumpulan orang, perkara, benda yang
dikaji. Jika bilangan populasi tidak besar (kurang dari
100) maka diambil semua populasi tersebut. Populasi
hendaklah relevan dengan kajian
• Sampel - sebahagian daripada populasi. Sampel yang
dipilih mesti bersifat representative.
• Pensampelan adalah satu proses memilih individu
bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu supaya
mereka mewakili populasi di mana mereka dipilih.
Sampel hendaklah terdiri daripada populasi
Jenis-jenis persampelan
•Pensampelan Rawak Mudah
(SimpleRandom Sampling)
•Pensampelan Rawak Berlapis (Stratified
Random Sampling)
•Pensampelan Bersistematik (Sistematic
Sampling)
•Pensampelan Bertujuan (Purposive
Sampling)
Persampelan Rawak Mudah
(Simple Random Sampling)

• Persampelan rawak mudah merujuk kepada andaian


bahawa setiap unit/objek/ elemen/ responden
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
sampel tanpa sebarang bias pemilihan
• Setiap unit/objek/elemen/responden perlulah
diberikan peluang untuk pilihan
• pengkaji mempunyai satu senarai kerangka populasi
yang lengkap dan setiap sampel akan dipilih secara
rawak
Persampelan Sistematik
(Systematic Sampling)
• Persampelan bersistematik menetapkan cara
yang lebih mudah untuk mendapat atau
memilih sampel
• contoh, nisbah sampel kepada populasi ialah 1
: 10 (100 : 1000)
• Merupakan kaedah yang efisien
Persampelan Rawak Berstratifikasi
(Stratified Random Sampling)

• pemilihan responden dalam kelompok atau


strata tertentu yang mewakili populasi kajian
• sekiranya diandaikan wujud perbezaan-
perbezaan tertentu dalam kumpulan atau strata
yang berlainan
• kumpulan-kumpulan pembolehubah yang
bermakna yang membolehkan pengkaji membuat
perbandingan mengenai isu2 tertentu
• Cth; perbezaan jantina, pilih 50 lelaki & 50 wanita
Persampelan Rawak Berstratifikasi Tidak Bernisbah
(Disproportional Stratified Random Sampling)

• berstratifikasi bernisbah kadangkala


menyebabkan jumlah sampel dalam sesuatu
strata itu terlalu kecil
• analisis statistik yang berkesan sukar
dijalankan
• dilakukan melalui proses yang sama seperti
persampelan rawak berstratifikasi bernisbah
Persampelan bertujuan
(Purposive Sampling)
• Persampelan bertujuan digunakan bagi
mengumpul maklumat dari sekumpulan
sampel yang khusus dan spesifik serta
bertepatan dengan objektif kajian
• merujuk kepada sesuatu perwakilan formal
• memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam
kajian dan tergolong dalam populasi kajian
• Cth; pakar
MENENTUKAN SAIZ SAMPEL

• sampel yang terlalu besar akan menyukarkan


pengkajian menjalankan kajian kerana akan
memakan masa yang agak lama dan kos yang
tinggi
• sampel yang terlalu sedikit akan memberi
kesan kepada analisis statistik serta kesahan
sampel dalam mewakili populasi
• Rujuk Krejcie dan Morgan (1970) jadual 4.1
halaman 50.
Statistik Deskriptif
• Statistik deskriptif adalah statistik yang digunakan
menganalisis data dengan cara mendeskripsikan atau
menggambarkan data yang telah terkumpul
sebagaimana adanya tanpa bermaksud membuat
kesimpulan yang berlaku untuk umum atau generalisasi.
• Analisis ini hanya berupa pengumpulan data dasar
dalam bentuk deskripsi semata-mata, tidak
mencari atau menerangkan hubungan, menguji
hipotesis, membuat ramalan, atau membuat
inferen.
Statistik deskriptif melibatkan

• Penyajian data dalam bentuk jadual atau taburan


frekuensi dan penjadualan silang (crosstab).
Dengan analisis ini akan diketahui kecenderungan hasil
penyelidikan, apakah masuk dalam kategori rendah,
sedang atau tinggi.
• Penyajian data dalam bentuk visual seperti histogram,
poligon, ogive, graf (bar, garis), carta pai dan diagram
lambang.
Cont…

•Mengira kecenderungan memusat(min,


median, mod).
•Mengira saiz susun atur (kuartil dan
persentil).
•Mengira ukuran penyebaran (sisihan piawai,
varians, julat, sisihan min dll)
Statistik Inferensial

•Usaha untuk membuat inferen dan


membuat keputusan berdasarkan
analisis yang telah dilakukan.
•mengambil sampel tertentu dari sebuah
populasi yang jumlahnya banyak, dan dari
hasil analisis terhadap sampel tersebut
digeneralisasikan terhadap populasi.
Analisis inferensi terdiri drp dua:
analisis korelasi

• analisis statistik yang bertujuan untuk mencari hubungan


atau pengaruh antara dua atau lebih pembolehubah.
Dalam analisis korelasi ini, pembolehubah dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu:
pembolehubah bebas - pembolehubah yang
kewujudannya tidak dipengaruhi oleh pembolehubah
lain.
Pembolehubah bersandar - pembolehubah
yang kewujudannya dipengaruhi oleh pembolehubah lain.
Analisis perbandingan

• teknik analisis statistik yang bertujuan untuk


membandingkan keadaan dua atau lebih
kumpulan. Teknik analisis yang digunakan juga
cukup banyak, penggunaan teknik analisis itu
bergantung kepada jenis skala data dan bilangan
kumpulan.
• Contoh – ujian t, ANOVA dll
Kajian Kualitatif
• satu bentuk kajian yang dijalankan untuk memahami
sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri.
•bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi,
menjalani kehidupan harian secara neutral,
menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku
kehidupan yang ditempuh.
• output akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi
kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan
sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985).
Tujuan Am

• Untuk menyiasat secara mendalam bagi


mendapatkan yang kefahaman yg mendalam mengenai
sesuatu perkara, kenapa ia seperti itu, dan bagaimana
responden menerimanya
kefahaman yg
• Keperluan untuk mewujudkan
mendalam, membolehkan penyelidik
untuk mendedahkan perkara yang
kecil/halus, yang kurang jelas/terang
Tujuannya ialah:
1. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan
memahaminya
2. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan
kurang dikaji
3. Memahami perspektif responden kajian
terhadap sesuatu fenomena yang dipilih
4. Memahami sesuatu fenomena sosial secara
mendalam
5. Membina teori melalui pendekatan induktif
(teori yang dibina berasaskan data kajian)
contoh

Mengapa guru masih tidak


1.
menggunakan pendekatan
konstruktivisme dalampengajaran dan
pembelajaran mereka?
2. Bagaimana guru menjalankan aktiviti
konstruktivisme dalam pengajaran
matapelajaran Sains di sekolah rendah?
Ciri-ciri

• Tiada hipotesis membimbing penyelidik, cuma bayangan


masalah
• Masalah dan kaedah cenderung untuk berkembang
sepanjang kajian selaras dgn pemahaman tentang konteks
penyelidikan dan peserta menjadi lebih mendalam
• Fenomena dikaji dan wujud dalam konteks semula jadi,
dan mereka dilihat dari perspektif peserta
• Hanya beberapa peserta yang terlibat dalam kajian ini
• Analisis data adalah bersifat penterjemahan secara semula
jadi
• Penyelidik berinteraksi secara meluas dengan peserta
Naratif
• Tujuan - memberi tumpuan kepada seseorang dan mengumpul
data melalui koleksi cerita-cerita yang digunakan untuk
membina naratif tentang pengalaman individu dan makna
fenomena itu kepadanya
• contoh
Apakah pengalaman seorang guru veteran yang telah menjadi
pentadbir di sekolah dia?
Apakah maksud “inclusion“ kepada kanak-kanak berkeperluan
khas yang diletakkan di dalam bilik darjah pendidikan biasa?
Etnografi
• “portrait of a people”
• penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya,
tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang
berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang
dikumpulkan dari kajian lapangan
• satu kajian yang mendalam tentang perlakuan
spontan dan semulajadi dalam sesuatu kelompok
sosial
Tujuan –
untuk mendapatkan pemahaman tentang kepercayaan
dan amalan yang dikongsi daripada kumpulan atau budaya
tertentu
untuk mengetahui kepercayaan, nilai, perspektif, motivasi
dan bagaimana perkara-perkara ini berkembang dan
berubah mengikut masa dan situasi.
contoh
Apakah masalah yg guru hadapi apabila mereka mula
menggunakan pendekatan konstruktivis selepas mengajar
menggunakan pendekatan yang tradisional untuk sepuluh
tahun?
Mengapa timbul rasa kegagalan tentang sekolah tertentu?
• Kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar di rumah.
Kajian Kes
•untuk memahami secara mendalam tentang
subjek yang dikaji, berfokus tentang proses
berbanding output,
•mementingkan penemuan bukannya
pengesahan sesuatu teori atau dapatan.
•Melibatkan seorang individu, sekumpulan
manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah.
Contohnya, kajian tentang tanda tingkah laku
bermasalah dan penyebab ; cara seorang
pelajar meluahkan perasaan dan emosi
Grounded theory (Asas Teori)
•melibatkan penemuan teori melalui analisis
data.
•kaedah penyelidikan yang terbalik daripada
penyelidikan sains sosial tradisional (bermula
dengan hipotesis)
•langkah pertama adalah koleksi data, melalui
pelbagai kaedah. Daripada data - ditanda
dengan satu siri kod, yang dipetik daripada
teks. Kod dikumpulkan ke dalam konsep yang
sama. Daripada konsep-konsep, kategori
dibentuk, yang merupakan asas bagi
pembentukan teori,
Grounded theory (Asas Teori)

• GT bertujuan untuk membina teori-teori tentang


dunia sosial berdasarkan pemerhatian (daripada
cuba untuk menggunakan teori abstrak).
• Seorang penyelidik GT bermula tanpa prasangka
mengenai tempat / orang yang mereka belajar, dan
cuba mengambil penjelasan dari segi teori ‘as they
go along’
Instrumen Kajian Kualitatif

•Penyelidik adalah instrumen utama


memungut data. Penyelidik perlu
berada dalam situasi yang dikaji,
mendengar dan memerhati sendiri
fenomena yangingin dikaji.
•Protokol temu bual
Pengumpulan Data Kualitatif

•Pemerhatian
•Temubual
•Analisis Dokumen
Data berbentuk penceritaan
Mengkaji apa, bagaimana dan
mengapa tingkah laku berlaku
Pemerhatian
• Perhatikan kumpulan sasar dengan melihat,
mendengar (dan bertindak seperti ahli kumpulan )
• Penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta.

Matlamat:
1) Memerhati kegiatan, individu dan aspek
fizikal sesuatu situasi
2) Melibatkan diri dalam aktiviti yang bersesuaian yang
membekalkan maklumat berguna.
Temu bual

• Teknik mengutip data daripada subjek melalui


soalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi
secara lisan.
• Jenis temu bual:-
Berstruktur
Separa struktur
Kumpulan fokus

Merekod dan menyalin temuduga membolehkan data dikaji dengan lebih


terperinci
Analisis Dokumen

• Dokumen merujuk kepada suatu rekod tentang


pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan
seseorang.
• Rekod bertulis
bercetak: artikel, laporan, diari
tidak bercetak: rakaman, pita video, gambar

• Jenis – jenis Sumber-


Primer: karya asal-
Sekunder: tafsiran karya asal oleh pihak kedua
• Digunakan untuk mengesahkan data pemerhatian dan
temu bual
kebolehpercayaan dan kesahan
(trustworthiness) dalam penyelidikan
kualitatif
• bolehdilakukan dalam banyak cara,
Triangulasi
Penilaian rakan
dll.
Triangulasi

• Merupakan teknik kesahan silang ( cross-validation )


• Bagi menilai sama ada data yang diperoleh
mencukupi melalui pemusatan maklumat.
• Proses silangan adalah diantara ;-
Temubual
Pemerhatian
hasil kerja
lain-lain dapatan
Triangulasi dalam kaedah

http://www.scribd.com/doc/117748757/Kaedah-Kajian-Kualitatif

Triangulasi dalam kaedah adalah berkaitan dengan


mereplika penyelidikan bagi memastikan kebolehpercayaan
dan pengesahan teori melalui sumber data yg pelbagai
Triangulasi Antara kaedah

Pemerhatian Temu bual

Amalan Pengajaran Guru

Analisis
Soal Selidik
Dokumen

Penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data


Penilaian Rakan

•Strategi dimana dapatan kajian tertakluk


kepada komen serta pandangan individu
lainyang sanggup membaca dan
meneliti dapatanserta memberi
pandangan
Kaedah Gabungan
• gabungan teknik kajian kuantitatif dan kualitatif
dalam satu kajian (Johnson & Onwuegbuzie, 2004)
• melibatkan kutipan & analisis data kuantitatif &
kualitatif (Creswell & Clark, 2007)
• Boleh dijalankan serentak (concurrent) atau satu
persatu (sequential)
• Boleh sama berat atau memberatkan mana-mana satu
• Boleh dimulai dengan mana-mana teknik
FIKIR ITU PELITA HATI…

insyaALLAH anda boleh ….

Terima kasih……

Anda mungkin juga menyukai