Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/328736941

Pengantar Kajian Kualitatif

Book · November 2018

CITATIONS READS

0 4,085

1 author:

Kalbin Salim
Universiti Teknologi Malaysia
25 PUBLICATIONS 62 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

education View project

All content following this page was uploaded by Kalbin Salim on 05 November 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


BAB I
PENGANTAR KAJIAN KUALITATIF

Pentakrifan

Kajian kualitatif adalah suatu kajian yang membentangkan dan


menganalisis fenomena, peristiwa, aktiviti sosial, persepsi, pemikiran
seseorang mahupun kelompok.

Kajian kualitatif menekankan lebih kepada proses dan kandungan tidak


diuji atau diukur dari segi kuantiti ataupun bilangan kali. Tafsiran terhadap
2

kes yang dikaji bergantung kepada pengkaji itu sendiri dan masing-masing
orang mempunyai tafsiran yang berbeza.

Kajian kualitatif bersifat induktif maknanya pengkaji memulakan suatu


permasalahan-permasalahan muncul secara am dan terbuka terlebih dahulu
untuk interpretasi data dan kemudian daripada semasa ke semasa menjurus
kepada hal yang spesifik.

Satu hal yang terpenting dalam kajian kualitatif adalah pengkaji tidak
bersifat untuk menilai orang lain (responden) menurut cara pandang
pengkaji, tetapi memahami cara pandang responden. Kualiti data
bergantung pada kemampuan pengkaji untuk menggali data berulang kali
dan sedalam mungkin.

Kajian Kualitatif Vs Kuantitatif

a. Berazaskan jenis data


Jenis data kualitatif berupa naratif (non numerik) atau teks berupa
transkrip data (temubual, catatan lapangan, foto video dll). Data
kuantitatif yang bersifat numerik angka-angka (skala liker).

b. Berazaskan Tujuan
Kajian kualitatif bertujuan untuk melakukan penafsiran terhadap
fenomena sosial. Metod yang dipakai adalah multi metodologi, sehingga
sebenarnya tidak ada metodologi yang khusus. Tujuan Kajian Kuantitatif
adalah mengembangkan dan menggunakan model-model matematis,
teori-teori dan hipotesis yang berhubung kait dengan fenomena alam.
Kajian kuantitatif banyak digunakan untuk menguji suatu teori, untuk
3

memaparkan suatu fakta, untuk menunjukkan hubungan antara variabel,


dan ada pula yang bersifat mengembangkan konsep.

c. Berasarkan Obyek kajian


Kaeadah kualitatif lebih berfokus pada satu objek kajian saja sedangkan
kaeadah kuantitatif boleh lebih dari satu objek kajian.

d. Berazaskan Instrumen yang digunakan


Instrumen kajian kuantitatif biasa digunakan adalah soal selidik, ujian
pencapaian dll. Instrumen kualitatif digunakan adalah dokumen,
pemerhatian, temu bual dan pengkaji itu sendiri.

e. Berazaskan orientasi
Kajian kualitatif lebih beroreintasi pada proses kajian sedangkan kajian
kuantitatif lebih berorientasi pada hasil kajian.

f. Berazaskan Proses
Kaeadah kuantitatif mengunakan proses deduktif-induktif. sedangkan
kaeadah kualitatif adalah induktif.

g. Berazaskan hubungan Variabel


Pada kajian kualitatif hubungan antara variabel adalah timbal balik atau
interaksi. Pada kajian kuantitatif lebih kepada sebab akibat.

h. Berazaskan sifat realitas


Kajian kuantitatif berasaskan pada falsafah positivism, realitas
dipandang sebagai suatu yang kongkrit, dapat diamati dengan panca
indera, dapat dikategorikan menurut jenis, bentuk, warna, dan perilaku,
tidak berubah, dapat diukur dan diverivikasi. Dengan demikian dalam
4

kaeadah ini, pengkaji dapat menentukan hanya beberapa variabel saja


dari objek yang diteliti, dan kemudian dapat membuat instrument untuk
mengukurnya.
Dalam kajian kualitatif yang berlandaskan pada filsafat postpositivisme
atau paradigma interpretive, suatu realitas atau objek tidak dapat dilihat
secara sebahagian dan diselesaikan kedalam variabel.

i. Berazaskan penggunaan
Kaeadah kuantitatif digunakan apabila :
- Bila pengkaji ingin mendapatkan informasi yang luas dari suatu
populasi.
- Bila masalah yang merupakan titik tolak kajian sudah jelas.
- Bila ingin diketahui pengaruh perlakuan/ treatment tertentu terhadap
yang lain.
- Bila pengkaji bermaksud menguji hipotesis kajian.
- Bila pengkaji ingin mendapatkan data yang akurat, berasaskan
fenomena yang empiris dan dapat diukur.
- Bila ingin menguji terhadap adanya keragu- raguan tentang kesahan
pengetahuan, teori dan produk tertentu.

Kaedah Kualitatif digunakan apabila :


- Bila masalah kajian belum jelas.
- Untuk memahami makna terhadap data yang tampak.
- Untuk memahami interaksi sosial.
- Memahami perasaan orang.
- Untuk mengembangkan teori.
- Untuk memastikan kebenaran data.
- Meneliti sejarah perkembangan.
5

Kaeadah Kualitatif Kaeadah Kuantitatif


Rekabentuk: Rekabentuk:
• Umum • Spesifik, jelas, terinci
• Fleksibel • Ditentukan sejak awal
• Berkembang tampil dalam • Menjadi pegangan langkah demi
proses penyelidikan langkah
Matlamat: Matlamat:
• Memperoleh pemahaman • Menunjukkan hubungan antara
variabel
• Mengembangkan teori • Menguji teori
• Mengembangkan realiti yang • Mencari generalisasi yang
kompleks mempunyai nilai yang boleh
dikira
Kaedah penyelidikan: Kaedah penyelidikan:
• Pemerhatian, participant • Eksperimen, survey, Pemerhatian
observation berstruktur
• Temubual terbuka • Temubual berstruktur
Instrumen penyelidikan: Instrumen penyelidikan:
• Peneliti sebagai instrument • Ujian, soal selidik, temubual
(human instrument) tertutup
• Buku catatan, tape recorder, • Perisian komputer, kalkulator
kamera
Data: Data:
• Deskripsi kualitatif • Deskripsi kuantitatif
6

• Dokumen pribadi, catatan • Hasil pengukuran berasaskan


lapangan, ucapan atau perkataan variabel yang dioperasionalkan
responden, dokumen, dan lain- dengan menggunakan instrumen
lain
Sampel: Sampel:
• Kecil • Besar
• Tidak representatif • Representatif
• Purposif (ditentukan) • Sedapat mungkin digunakan
rawak (acak)
Analisis: Analisis:
• Terus menerus sejak mula • Pada taraf akhir setelah
sampai akhir penyelidikan pengumpulan data selesai
• Induktif • Deduktif
• Mencari pola, model, thema • Menggunakan pengiraan statistik
(discovery)
Hubungan dengan responden: Hubungan dengan responden:
• Empati, akrab • Berjarak sering tanpa kontak
langsung
• Kedudukan sama, setingkat • Hubungan antara pengkaji
langsung kepada subjek
penyelidikan
• Masa lama • masa pendek
Rekabetuk Kajian: Rekabetuk Kajian:
• Singkat • Luas dan terperinci
7

• Sorotan (terfokus hanya • Banyak sorotan yang berhubung


menggunakan satu variabel yang kait dengan pemboleh ubah
diungkap) (menggunakan lebih dari satu
pemboleh ubah)
• Pendekatan secara am • Prosedur yang khas dan terperinci
langkah-langkahnya
• Masalah yang diduga relevan • Masalah dihuraikan dan ditujukan
kepada fokus tertentu
• Tidak memiliki hipotesis • Hipotesis dirumuskan dengan
jelas
• Fokus penyelidikan karap ditulis • Ditulis terperinci dan lengkap
selepas ada data yang sebelum turun ke lapangan.
dikumpulkan dari lapangan

Tujuan Kajian Kualitatif

Loncoin and Cuba (1985), Bungin (2003), kajian kualitatif bersifat


naturalistis, bermakna hubungan yang erat antara pengkaji dengan yang
dikaji/objek kajian, adanya sebab akibat yang menghasilkan suatu
keputusan. Pengkaji membangun pandangan untuk memaknai
persekitarannya.

Ada dua tujuan kajian kualitatif iaitu;

- Melukiskan dan memaparkan (to describe and explore)


8

Kebanyakan Kajian kualitatif bersifat deskriptif dan eksplanatori.


Beberapa Kajian memberikan deskripsi tentang situasi yang kompleks,
dan arah bagi Kajian selanjutnya.

- Melukiskan dan menjelaskan (to describe and explain).. Kajian lain mem-
berikan eksplanasi (kejelasan) tentang hubungan antara peristiwa dengan
makna terutama menurut persepsi partisipan.

Interaksi Pada Kajian Kualitatif

Data kajian kualitatif merupakan hasil interaksi antara pengkaji dan


responden. Kajian kualitatif merupakan suatu hubungan sosial antara
pengkaji dan responden secara akrab. Hubungan ini diasaskan terhadap
penilaian yang berbeza antara pengkaji dengan responden.

Dalam kajian kualitatif kerap terjadi bias dan ini bergantung ada tafsiran
pengkaji. Kajian kualitatif bersifat induktif iaitu memulakan sesuatu secara
umum kemudian munuju kepada hal yang spesifik. Pengkaji kualitatif
perlu menggali secara mendalam nilai-nilai yang berbeza untuk
mendapatkan maklumat lebih banyak., Kajian kualitatif sepenuhnya
mendasarkan kekuatan pada diri pengkaji sendiri yang dianggap sebagai
pakar dalam pengambilan data (Abd Hafizd, 2009).

Responden Kajian Kualitatif

Tidak ada bilangan pasti untuk responden dalam kajian kualitatif. Yang
terpenting adalah responden mampu memberikan maklumat dan
pemahaman teoretis yang lebih baik mengenai aspek yang dikaji. Seorang
9

pengkaji kualitatif akan berhenti mencari responden atau informan


bilamana sudah sampai pada titik tepu. Titik tepu iaitu pengkaji tidak
menemukan lagi maklumat baru ataupun dengan soalan yang berbeza
pengkaji hanya mendapatkan maklumat yang sama setiap responden.

Kebolehpercayaan Data Kualitatif

Penyelidikan adalah proses pencarian suatu kebenaran ilmiah dan data


empiris yang dapat di verifikasi adalah sumber kebenaran ilmiah. Data yang
sama dapat di interpretasikan secara berbeza karena perbezaan sudut
pandang pengkaji. Maknanya, persamaan sudut pandang dalam kajian
kualitatif melihat dan memahami data berasaskan kepada konsistensi
pemberian kode/nodes.

Ada 4 cara kebolehpercayaan data kualitatif iaitu:

Aspek Data Kuantitatif


Menilai kebenaran Kredibility
data (credibility)
Penerapan Transferability/
keteralihan
Konsistensi Dependability
Auditability,
Natralis Confirmability

a) Kredibiliti (credibility)
10

Menilai kebenaran data kualitatif dengan cara: memperpanjang masa


pemerhatian (semakin percaya degan data yang diperoleh), melakukan
pemerhatian dengan lebih mendalam dan berulang kali, Triangulasi
(sumber = kepada pakar, Teknik/cara = sumber yang sama dengan teknik
yang berbeza, Waktu = sumber yang sama dengan waktu yang berbeza,
analisis kasus, menggunakan bahan referensi, menggunakan member
chek dan lain-lain)

b) Transferability (keteralihan)

Iaitu data penyelidikan dapat digeneralisir atau di transfer secara umum


dan hasil penyelidikan tersebut dapat diaplikasikan di tempat lain.

c) Dependability

Merupakan data yang konsisten iaitu mendapatkan data yang sama untuk
waktu dan tempat yang berbeza.

d) Confirmability
Merupakan netralisasi iaitu Bilamana hasil penyelidikan merupakan
fungsi dari proses penyelidikan yang dilakukan, dapat dikatakan bahwa
kajian tersebut telah memenuhi standar conformability

Kesahan Data Kualitatif

Dalam kajian kualitatif, dapatan data dinyatakan sah apabila tidak ada
perbezaan antara yang dilaporkan pengkaji dengan apa yang sesungguhnya
terjadi pada objek yang dituju, tetapi perlu diketahui bahawa kebenaran
realita data menurut penyelidikan kualitatif tidak bersifat tunggal, tetapi
jamak dan tergantung pada konstruksi manusia. Bilamana terdapat 4 orang
11

pengkaji dengan latar belakang yang berbeza mengkaji pada objek yang
sama akan mendapatkan 4 teman, dan semuanya dinyatakan sah, kalau apa
yang ditemukan itu tidak berbeza dengan kenyataan yang sesungguhnya
yang terjadi pada objek yang dikaji dalam objek yang sama penyelidik yang
berlatar belakang berbeza.

Kesahan maknanya semakin tepat pengkajian dalam memahami data yang


ada, maka semakin kuat pula keputusan daripada analisis kajian.
Keputusan yang pengkaji ambil semakan yakin dengan apa yang terjadi
pada persekitaran (fakta empiris), bukan tentang kemahuan pengkaji
sendiri.
Kesahan dalam kajian kualitatif terdapat pada item-item instrumen, salah
satunya adalah proses 'data reduction' dengan cara membuang item-item
yang tidak memenuhi statistik kajian.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai