Anda di halaman 1dari 4

PENGANTAR E-SASTERA (JIX2002)

KUMPULAN 11

1. NUUR AQILAH BINTI ROSNAN (JID190036/17205260)

2. FATMARUHANI BINTI IBRAHIM (JID190005/17206552)

3. NUR MUNIRAH BINTI HARON (JIC190031/17206781)

4. NUR ATIKAH BINTI MUSTAPHA (JIC190028/17205100)

5. NUR EZYAN SYUWARI BINTI MUHAMMAD ZAKI (JIC190029/17205072)

KONSEP E-SASTERA / SASTERA ELEKTRONIK

TOKOH: JOHAN JAAFAR

PERNYATAAN:

Sastera siber bukan sahaja bermaksud maklumat mengenai buku, karya, penulis atau
informasi semata-mata, tetapi meliputi debat, wacana dan chat room yang khusus. Sastera
siber mempunyai “komuniti sasterawan” yang tersendiri. Sebahagian besar daripada mereka
tidak kita kenal di dunia nyata sebagai penyair atau cerpenis atau novelis, namun dalam dunia
maya, mereka mempunyai pengikut dan pembaca yang bukan sedikit.

RUJUKAN:

Isu-isu Perkembangan Sastera Siber di Malaysia. (2021). Retrieved October 31, 2021, from
ResearchGate website: https://www.researchgate.net/publication/304775210_Isu
isu_Perkembangan_Sastera_Siber_di_Malaysia


TOKOH: LEONARDO FLORES

PERNYATAAN:

Sastera elektronik sebagai seni berpusatkan penulisan yang melibatkan potensi ekspresif
media elektronik dan digital. Kesusasteraan elektronik meneroka penulisan dalam bentuk
media elektronik dan media digital yang mengintegrasikan perkomputeran, multimedia, dan
interaktiviti melalui pelbagai peranti input, data rangkaian dan budaya digital itu sendiri.
Apabila ia berkembang maju, budaya digital tersebut akan menjadi pengaruh yang semakin
penting dalam penciptaan sastera elektronik, terutamanya terhadap generasi akan datang.

RUJUKAN:

Leonardo Flores. (2019). Third Generation Electronic Literature. Retrieved October 31, 2021,
from Electronic Book Review website: http://electronicbookreview.com/essay/third
generation-electronic-literature/

TOKOH: ESPEN J. AARSETH

PERNYATAAN:
Sastera elektronik atau kesusasteraan digital adalah genre sastera yang merangkumi kerja
kerja yang dibuat secara eksklusif dan untuk peranti digital, seperti komputer, tablet, dan
telefon bimbit. Beberapa platform dunia digital yang baru ini termasuk fiksyen blog, twitter
serta cerita facebook. Ini bermakna bahawa tulisan-tulisan ini tidak boleh dicetak dengan
mudah, atau tidak boleh dicetak sama sekali, kerana unsur-unsur penting untuk teks tidak
dapat dibawa ke versi cetak. Dunia kesusasteraan digital terus memperbaharui konvensyen
cetak sambil mencabar sempadan antara literasi digital dan kesusasteraan elektronik.

RUJUKAN:

Espen Aarseth (1998). Cybertext: Perspectives on Ergodic Literature; Baltimore and


London: The Johns Hopkins University Press, Retrieved October 31,2021,
From electronic book review website:
https://www.researchgate.net/publication/249828936_Espen_Aarseth_Cybertext_Perspective
s_on_Ergodic_Literature_Baltimore_and_London_The_Johns_Hopkins_University_Press_19
97_203pp_ISBN_0-8018-5576-0_hbk_0-8018-5579-9_pbk

TOKOH: WAN ABU BAKAR WAN ABAS (IRWAN ABU BAKAR)

PERNYATAAN

Sastera siber bukan sahaja “ditulis” semata-mata sebaliknya “digubah” untuk


mendapatkan adunan yang baik antara ciri-ciri multimedia dan adunan yang baik pula dengan
ciri interaktif. Berasaskan hal ini, maka pengukuran kualiti sastera siber perlu dibuat dengan
melihat kepada pelbagai ciri yang tersebut. Pada amnya, kualiti sastera siber tidak wajar
diukur dengan menggunakan kayu ukur yang sama dengan kayu ukur yang digunakan untuk
menilai kualiti karya sastera cetakan konvensional.

RUJUKAN:

Mamat, M. (2009). Penulisan & Dunia Siber II. Retrieved October 31, 2021, from
Wordpress website: https://maharammamat.wordpress.com/tag/sastera-siber/

TOKOH : KATHERINE HAYLES

PERNYATAAN :

Konsep sastera elektronik atau kesusteraan digital ialah tidak termasuk sastera cetakan yang
telah digitalkan. Ini kerana ianya dianggap sebagai digital bom atau dilahirkan sebagai
digital. Beliau juga berpendapat bahawa karya yang diciptakan ini merupakan objektif digital
generasi pertama yang dicipta pada komputer dan ianya juga boleh dibaca pada komputer.
Dalam pada itu, karya yang dicipta ini juga bukanlah dikategorikan sebagai karya sastera
elektronik kerana pembacaan sastera elektronik hanyalah di komputer.

RUJUKAN :

Hayles, N. K. (2008). Electronic Literature: New Horizons. Retrieved from website:


http://www.goodreads.com/book/show/2625125-electronic-literature

Anda mungkin juga menyukai