Anda di halaman 1dari 20

PKP3113 Penyelidikan Tindakan I - Kaedah Action Research I - Methodology

Jenis-jenis penyelidikan
DISEDIAKAN OLEH : PN NORAINI MD YUNOS JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN

Jenis-jenis penyelidikan
Penyelidikan asas Penyelidikan gunaan Penyelidikan tindakan Penyelidikan penilaian

Jenis-jenis penyelidikan
A) Penyelidikan asas

kajian dibuat hanyalah untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian jenis ini secara amnya dikenali sebagai kajian asas (basic research) atau kajian tulen (pure research). Kajian asas memajukan pengetahuan asas tentang dunia sosial. Ia menjadi sumber kepada kebanyakan idea saintifik dan cara berfikir tentang dunia ini. Cth: untuk mengkajibagaimana pembelajaran berlaku

Jenis-jenis penyelidikan
Penyelidikan gunaan (applied research).

Kajian yang hasilnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah harian. Penyelidik gunaan menggunakan pengetahuan mereka untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan Cth: untuk menyelidik bagaimana guru BI di Sk mengatasi masalah membaca. Maklumat drp kajian dapat memberi maklumat ttg bahanbahan atau aktiviti yg diperlukan utk atasi masalah

PENYELIDIKAN TINDAKAN (Action Research)


Di tempat kerja, misalnya, kita sentiasa menghadapi masalah berkaitan kerja kita, yang tidak mempunyai penyelesaian mudah. Kita tercabar untuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan; menyoal dan mencari kaedah untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul, yang dengan itu dapat memperbaiki amalan profesional kita.

PENYELIDIKAN TINDAKAN (Action Research)


Para guru, seperti juga kumpulan profesional lain, dikatakan menghadapi cabaran yang amat kompleks, iaitu daripada dinamika sosio-budaya, pedagogi, keadaan institusi (institutional setting), polisi kurikulum dan sebagainya. Keadaan ini memaksa mereka membuat adaptasi dan terus berfikir sepanjang mereka menjalankan tugas-tugas mereka. Justeru, amat jelaslah bahawa para guru perlu menjalankan kajian, iaitu inkuiri yang sistematik ke atas masalah dan isu yang telah dikenalpasti berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Pada dasarnya, mereka perlu mendapatkan pengetahuan sedia ada dalam bidang pendidikan, dan juga daripada disiplin-disiplin ilmu erkaitan seperti sosiologi, psikologi, antropologi dan falsafah (Freebody, 2003).

PENYELIDIKAN PENILAIAN (EVALUATION)


Evaluate= to examine and judge Penilaian menggunakan kaedah inkuiri dengan menetapkan piawaian, kemudian mengumpul data untuk menentukan samada nilai, kualiti, keberkesanan atau kepentingan sesuatu program telah mencapai piawai yg ditetapkan. Dengan maklumat ini, pengkaji akan membuat cadangan-cadangan bertujuan untuk mengoptimumkan keberkesanan program atau membantu stakeholders membuat keputusan samada program tersebut diteruskan, diperkembangkan atau dihentikan

Pengenalan kepada pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan pendidikan


Penyelidikan kuantitatif
Kajian eksperimental Kuasi-eksperimental Kajian tinjauan Kajian korelasi

KAJIAN KUANTITATIF
Kajian kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Ary, Jacobs & Razavieh, 2002; Brown & Dowling, 1998). Kelebihan kajian ini ialah ia berasaskan kepada kerangka teori yang berkaitan (framework). Selain itu, data numerik lebih meyakinkan penyelidik dan pengguna tentang fenomena yang secara logik (coherent theoretical ) diselidik, dan penakulan kuantitatif dianggapkan mempunyai lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahan. Bagaimanapun, kajian ini mempunyai kelemahan utama, iaitu pengkuantifan semata-mata tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kebanyakan masalah dalam pendidikan.

Penyelidikan kuantitatif
Kajian Eksperimental Kajian ini adalah untuk membuktikan atau memastikan sesuatu keputusan melalui ujian yang dijalankan mengikut sesuatu prosedur atau kaedah sebelum sesuatu rumusan di nyatakan Bergantung kepada kaedah atau teknik ujian dijalankan Bergantung kepada bilangan /unit ujian yang digunakan Bergantung kepada kesahan dan kepbolehpercayaan data dalaman
Kuasi-eksperimental

Penyelidikan kuantitatif
Kajian Tinjauan (Exploratory) Mengkaji sesuatu masaalah, fenomena atau hal baru dalam aturan bertujuan mengetahui, menganalisa atau memperakui masalaah, fenomena atau hal yang dikaji. Dijalankan bagi membolehkan kajian dijalankan atau dijalankan kemudiannya Kajian tinjauan berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalansoalan berikut : samada masaalah itu benar-benar wujud, apakah jenis masaalah yang dihadapi, berapa beratkah masaalah tersebut, patutkah kita menumpukan dan memberi perhatian kepada masaalah tersebut. Bergantung kepada tahap liputan kajian Melibatkan pelbagai disiplin Bergantung kepada objektif kajian eg. Kajian pengesanan awal

Penyelidikan kuantitatif
Kajian Korelasi (Casual Relationship) Kajian ini mencuba untuk menwujudkan hubungkait pembolehubah. Kajian ini bermaksud sesuatu perkara atau hal adalah factor penyebab atau penentu kepada hasilan perkara atau hal yang dikaji. Bergantung kepada penentuan pembolehubah dependent atau independent Bergantung kepada ketepatan data yang dikumpul Bergantung kepada kekuatan hubungkait e.g hubungkait diantara program latihan dengan produktiviti

Pengenalan kepada pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan pendidikan


Penyelidikan kualitatif
Kajian etnografi Kajian kes Kajian sejarah

Kajian naratif

PENYELIDIKAN KUALITATIF
Kajian Kualitatif, sebagaimana yang dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998), ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning). Berlainan daripada hanya bergantung kepada fakta dan rajah, ujian, dan juga persampelan setting dan subjek kajian; kajian kualitatif mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, iaitu pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang (intended & unintended consequences), keanihan seseorang (idiosyncrasies), dan sebagainya.

PENYELIDIKAN KUALITATIF (samb)


kualitatif boleh memberikan huraian yang jelas dan penjelasan yang menunjukkan aliran kronologis peristiwa serta selalu memberikan (peluang) penemuan yang lebih baik. Menurut Miles dan Huberman (1994) kajian kualitatif mempunyai kualiti 'tidakdapat dinafikan' kerana mempunyai perkataan konkrit lebih dari satu dan dengan jelas lebih meyakinkan pembaca daripada halaman-halaman bernombor.

Penyelidikan kualitatif
Kajian etnografi

Kajian keatas satu kumpulan manusia, Melawat setting kumpulan ini, Catatkan bagaimana mereka bertingkahlaku dan berinteraksi dengan orang-orang lain

Penyelidikan kualitatif
Kajian kes

menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian melibatkan pemerhatian seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, masyarakat, peristiwa atau budaya. Kajian kes memfokus kepada subjek yang mempunyai sesuatu criteria atau ciri yang ingin dikaji. Ini bermakna kajian kes mengkaji tentang individu atau peristiwaperistiwa dalam lingkungan budaya dan persekitaran mereka (Burn,1995).

Kajian Kes samb.


untuk meningkatkan kefahaman yang mendalam tentang subjek yang dikaji , memfokus kepada aspek proses berbanding output, mementingkan penemuan bukan pengesahan sesuatu teori atau dapatan.

Ia membolehkan penyelidikan yang menyeluruh atau holistic bagi mengetahui cirri-ciri dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan sebenar.(Yin, 1995)

Penyelidikan kualitatif
Kajian Sejarah (Historical) Membina semula perkara yang selepas secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan sintesiskan fakta bagi menemukan rumusan yang dipertahankan. e.g. Kajian Asal-Usul Agama Islam di Malaysia bergantung kepada data sekunder yang diperhatikan atau pengamatan; mestilah mantap, bersistematik dan banyak serta bercambah; bergantung kepada data primer, dimana penulis memerhatikan kejadian yang direkodkan; kritikan asas mengambil kira nilai data dalam bentuk kritikan luaran yang mempersoalkan kesahan dokumen dan kritikan dalaman yang mempersoalkan ketepatan dan kerelevanan data; menyelidik informasi dari sumber yang banyak termasuk bahan-bahan lama dan yang tidak diterbitkan.
Kajian sejarah

Penyelidikan kualitatif
Kajian naratif Menerangkan populasi atau kehendak minat secara sistematik dan tepat e.g. Kajian keatas petani-petani Malaysia berteraskan perasaan untuk menerangkan keadaan pengumpulan rumusan data yang bercirikan petikan Menceritakan sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya Cth : autobiografi, biografi, cerita peribadi, sejarah lisan dll.

Anda mungkin juga menyukai