Anda di halaman 1dari 20

PENYELIDIKAN KUALITATIF

PENSAMPELAN

DR KAMA SHAFFEEI
JABATAN PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pensampelan
• Pensampelan adalah mengenalpasti dan mendefinisikan populasi
yang disampel secara spesifik.
• Apabila kita mengkaji pelajar menengah atas misalnya, kita mesti
mendefinisikan populasi pelajar menengah atas ,dan menjelaskan
apakah tahap umur bagi golongan yang dimaksudkan sebagai pelajar,
dan menengah atas .
Sambungan….
• Sampel diambil daripada populasi tanpa mengambilkira sama ada
boleh menjadi wakil populasi atau tidak.
• Perkara penting dalam proses memilih pensampelan adalah memilih
sampel daripada populasi yang didefinisikan. Ini dilaksanakan bagi
menjamin sampel yang diambil itu adalah tepat .
Sampel Kajian:
• Empat kaedah yang boleh digunakan untuk memilih sampel kajian
berdasarkan bilangan populasinya, iaitu secara ;
i. Persampelan rawak mudah (simple randomsampling),
ii. Persampelan rawak berstrata (stratified random sampling),
iii. Persampelan sistematik (systematic sampling) dan
iv. Persampelan kelompok (cluster sampling).
Pemilihan sampel kajian:
• Terdapat tiga (3) langkah dalam proses pemilihan sampel, iaitu:
i. tentukan populasinya;
ii. tentukan saiz sampel; dan
iii.pilih sampel yang diperlukan.
Persampelan Dalam Kajian Kualitatif
• Persampelan dalam kajian kualitatif berbeza daripada kajian kuantitatif.
• Berikut adalah cara pemerhatian persampelan yang digunakan dalam kajian
kualitatif:
• Dalam kajian kuantitatif, besar kemungkinan pengkaji akan meggunakan
strategi persampelan berkebarangkalian probabilty sampling, Dalam kajian
kualitatif, kita akan menggunakan strategi persampelan bukan-
berkebarangkalian non-probability sampling.
• Empat jenis persampelan bukan kebarangkalian adalah seperti berikut:
• persampelan mudah;
• persampelan bertujuan;
• persampelan snowball; dan
• persampelan kuota (quata sampling).
Persampelan Mudah

• Sampel mudah convinience sampling disifatkan juga sebagai sampel


“accidental” atau available (Babbie, 1998).
• Sampel dipilih berasaskan kepada subjek kajian yang mudah
diperoleh. Sebagai contoh, guru menggunakan pelajar mereka sendiri
sebagai subjek kajian.
Persampelan Bertujuan
• Persampelan bertujuan purposive sampling atau “persampelan membuat
keputusan” judgmental sampling. Logik persampelan bertujuan dalam kaedah
kualitatif adalah amat berbeza dengan logik persampelan berkebarangkalian
dalam kajian kuantitatif.
• Dalam persampelan bertujuan, pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran
yang khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji
daripada populasi.
• Dalam keadaan tertentu, sampel dipilih selepas kajian lapangan dibuat
terhadap kumpulan tertentu dan memastikan jenis individu yang mempunyai
sesuatu atribut digunakan dalam kajian yang dijalankan. Sebagai contoh,
perlakuan vandelisma, walaupun jumlah mereka kecil, boleh digunakan untuk
kajian berkaitan dengan ponteng sekolah.
Persampelan Snowball
• Persampelan snowball, snowball sampling paling popular digunakan
oleh pengkaji kualitatif. Kaedah ini adalah cara yang terbaik bagi
mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut atau ciri-ciri
tertentu semasa kita menjalankan kajian. Misalnya, persampelan ini
untuk digunakan oleh guru mengkaji kumpulan pelajar yang terjebak
dengan kegiatan lumba haram. Pengkaji perlu mengenal pasti pelajar-
pelajar yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
• Kumpulan pelajar ini kemudian akan memberi nama pelajar-pelajar lain
yang mempunyai atribut yang sama dengan mereka. Sebagai contoh,
sekiranya anda ingin mengetahui kegiatan lumba haram dalam kalangan
pelajar, anda dari awal lagi perlu mengenal pasti pelajar yang mempunyai
ciri-ciri tersebut. Kemudian, kumpulan pelajar ini diminta memberi nama
pelajar-pelajar lain yang terlibat.
Persampelan Kuota
• Persampelan kuota quota sampling ialah cara pemilihan sampel
secara mudah mengikut pembahagian kuota dan berdasarkan ciri-ciri
sampel yang ditentukan. Pengkaji perlu menyediakan satu jadual yang
menerangkan ciri-ciri sampel seperti jantina, umur, pendidikan dan
atribut lain yang akan ditentukan oleh pengkaji. Seterusnya, pengkaji
perlu menentukan pembahagian setiap ciri atribut apabila meneliti
atribut populasi kajian.
Sambungan….
• Sebagai contoh, seorang guru hendak mengkaji pandangan pelajar terhadap
perkhidmatan kaunseling di sekolah dengan memberi perhatian kepada
kumpulan pelajar mengikut umur. Langkah pertama, pengkaji perlu megkategori
pelajar, mengikut umur. Selepas itu, mengenal pasti populasi pelajar dalam
sekolah tersebut.
• Kemudian pengkaji perlu membahagikan pelajar mengikut kategori-kategori yang
dikehendaki sepeerti umur, jantina, dan sebagainya dan menentukan jumlah
pelajar dalam setiap kategori. Selepas itu, pengkaji memilih persampelan
daripada pelajar-pelajar sekolah ini, dan membahagikan mereka kepada
kategori-kategori dengan bilangan pelajar bagi kategori-kategori dalam populasi.
Persampelan Dan Bias.
• Tidak mewakili ciri-ciri demografi dan budaya dalam situasi berkenaan.
• Berfokus kepada satu bahagian hierarki dan mengabaikan yang lain.
• Tidak memasukkan peristiwa atau aktiviti yang mencirikan konteks dan tidak
sedar tentang beberapa faktor dan pengecualian yang lain.
• Penumpuan melampau terhadap yang eksotik atau dramaik dan
mengecualikan yang biasa.
• Tidak memberikan perhatian yang mencukupi terhadap pemilihan masa atau
tidak menyedari penyelidikan dipengaruhi masa.
• Hanya berbual dengan orang yang disukai atau senang ditemui.
• Terlampau menghargai sumbangan orang tertentu kerana kesesuaian, tarikan
persahabatan dll..
• Kegagalan untuk mengambil kira non-response dan membezakan sampel yang
dikehendaki dengan sampel yang diperolehi.
PENYELIDIKAN KUALITATIF

KESAHAN

DR KAMA SHAFFEEI
JABATAN PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Kesahan dan Kebolehpercayaan

• Kesahan adalah konsep yang penting dalam konteks pengukuran


konstruk ataupun gagasan seperti sikap, motivasi, persepsi,
kecergasan dan pencapaian.
• Apabila penyelidik telah berjaya menghasilkan serta membina
instrumen bagi alat mengukur data yang sepatutnya diukur, hasil
kajian akan dianggap baik dan sesuai bagi menjalankan kajian.
Kesahan didefinisi sebagai, dapat mengukur apa yang hendak diukur.
Jenis-jenis kesahan
i)Kesahan muka
• Kesahan muka atau kesahan lahiriah dan kesahan zahir.
• Bailey (1984) menyatakan bagi mengetahui sama ada instrumen ataupun soal selidik
mempunyai kesahan, penyelidik perlu tahu konsep yang hendak diukur dan didefinisikan
dan sama ada maklumat yang dikumpul berkaitan.
• Contoh ; penyelidik ingin mengukur sikap pelajar pada matapelajaran
bahasa sains, maka dia tidak wajar memasukkan item „saya suka
belajar bahasa matematik „ daripada kawan‟.
• Justeru itu, kesahan muka perlu dipertimbangkan oleh penyelidik.
• Kesahan muka ialah kesahan penunjuk awal soal selidik itu mempunyai kesahan dan
dapat digunakan.
• Soal selidik ini dapat mengukur apa yang hendak diukur dan sesuai.
ii) Kesahan Kandungan
• Kesahan kandungan akan dikenalpasti selepas kesahan muka.
• Penyelidik perlu menteliti ayat, perkataan susunan ayat sesuai dengan komponen-
komponen pengukuran tadi.
• Borang soal selidik perlu mengukur konsep-konsep yang hendak diukur. Contoh ;
apabila peperiksaan ataupun ujian bagi menguji kebolehan pelajar berkaitan
tatabahasa, penyelidik hendaklah memasukkan topik yang lazim diliputi dalam
subjek itu.
• Item-item soalan atau kenyataan adalah sesuai bagi mengukur seperti kehendak
objektif kajian.
• Periksa item dari segi ayatnya, perhatiannya dan istilah-istilah yang digunakan.
• Semakin banyak item yang mewakili komponen bagi konstruk ataupun konsep itu,
semakin baik kesahan kandungan.
• Kenalpasti permasalahan atau isi kandungan bagi mengukur isi kandungan yang
dapat diukur.
• Kesahan dapat dilakukan oleh pengadilan ataupun pakar penilaian.
Data Triangulasi
• Konsep yang digunakan dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan
militer. Dalam sains sosial, triangulasi digunakan untuk tujuan pengesahan. Beberapa
strategi pengutipan data digunakan untuk mengukur sesuatu konsep. Masalah berkaitan
kebolehpercayaan dan kesahan boleh dikurangkan melalui triangulasi. Denzin (1978)
mengenal pasti empat (4) kategori triangulasi seperti berikut:

• Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang
sama.
• Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati
tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.
• Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik
fenomena yang sama.
• Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena
yang sama.
Di bawah kaedah triangulasi, data juga boleh dikumpulkan melalui 3
aspek yang berbeza iaitu ;
• i) Masa
• ii) Ruang
• iii) Individu
Rajah 1: Kaedah triangulasi ,Dipetik dari Chua Yan Piaw (2004)
Rumusan
• Persampelan kajian yang dipilih perlu sesuai dan membantu
menjawab persoalan kajian yang dibina oleh penyelidik.
• Kesahan penting bagi menentukan instrumen kajian sesuai atau tidak
dalam sesuatu kajian.
• Kebolehpercayaan dalam kajian perlu ditentukan dengan menguji alat
kajian tersebut dan mengetahuan tahap pengukuran supaya sesuai
dalam sesuatu kajian.

Anda mungkin juga menyukai