Anda di halaman 1dari 26

Top i k X Kajian

6 Kualitatif

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan proses utama yang terlibat dalam pembentukan,
penyediaan dan permulaan kajian kualitatif;
2. Menggunakan strategi dan teknik pengutipan dan penganalisisan data;
dan
3. Membangun alat kajian yang sesuai dengan rekabentuk kajian yang
digunakan.

X PENGENALAN
Sebagaimana yang dijelaskan dalam Topik 1, kajian kualitatif ialah kajian yang
menekankan kepada penghasilan makna untuk kita memahami fenomena sosial.
Bagi mencapai tujuan ini, kajian kualitatif mengambil kira perkara-perkara yang
tidak disentuh oleh kajian kualitatif, seperti pandangan dan keanehan seseorang,
akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang. Dari segi pengutipan data dan
penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi
bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori.
Rekabentuk kajian juga ditentukan pada peringkat peringkat awal kajian
dijalankan, yang menggantikan kajian rintis dalam kajian kuantitatif. Selain itu,
kajian kualitatif juga menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara
terfokus dan mendalam serta membuat analisis secara penghuraian dan
interpretasi naratif. Seterusnya, topik ini akan memberi fokus kepada bentuk
kajian kualitatif dengan memberi beberapa contoh kajian serta penjelasan
tentang pembinaan alat kajian, kesahihan dan kesahan, persampelan, pengutipan
data dan penganalisisan data.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 103

6.1 REKABENTUK DAN ALAT KAJIAN KUALITATIF


Bahagian berikut akan menjelaskan tentang beberapa rekabentuk kajian
kualitatif dan beberapa alat kajian kualitatif.

6.1.1 Rekabentuk Kajian Kualitatif


Secara literal, rekabentuk kajian kualitatif merupakan satu rancangan bagaimana
kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu,
seperti memikirkan tentang sesuatu, membayang dan menggambarkan
bagaimana kajian yang dirancangkan itu akan dijalankan. Secara ringkas,
keputusan yang dibuat tentang kajian tersebut mesti memenuhi elemen berikut:
(a) Jangka masa kajian;
(b) Jenis data yang hendak dikutip;
(c) Alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;
(d) Di mana kajian tersebut hendak dijalankan;
(e) Kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;
(f) Strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;
(g) Jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan
(h) Bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.

Pada peringkat awal, merekabentuk kajian melibatkan beberapa keputusan


penting yang berkait dengan idea dan persoalan kajian. Pada peringkat
pembentukan kajian, anda sebagai pengkaji perlu membuat beberapa kerangka
aktiviti yang melibatkan keseluruhan proses kajian. Ini perlu dibuat untuk
mengelakkan masalah/ganguan yang mungkin berlaku semasa kajian
dijalankan.

Contoh topik kajian/pernyataan-pernyataan:


(a) Ciri-ciri tabiat ponteng.
(b) Kepercayaan mengorientasi pelajar yang terlibat dengan dadah.

Seeloknya kita memberi perhatian kepada beberapa contoh objektif kajian,


persoalan kajian dan definisi operasional bagi topik-topik kajian di atas.
104 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

(a) Contoh A: Ciri-ciri Tabiat Pemonteng


(i) Objektif kajian
• Mengenalpasti ciri-ciri tabiat pemonteng semasa berada di dalam
kelas.
(ii) Persoalan kajian
• Apakah ciri-ciri yang boleh dikenalpasti daripada pemonteng
apabila berada di dalam kelas?
(iii) Definisi operasional
• Ciri-ciri tingkah laku di dalam kelas boleh disifatkan sebagai
tingkah laku yang dapat dilihat (overt), yakni tingkah laku luaran
pelajar yang boleh dilperhatikan. Tingkah laku ini boleh
dikategorikan sebagai tingkah laku pro-pembelajaran, tingkah
laku pembelajaran neutral dan tingkah laku anti-pembelajaran.
(iv) Tingkah laku pro-pembelajaran
• Memberi perhatian ketika guru mengajar, mengambil nota,
menjawab soalan dan membuat kerja rumah dengan senang hati.
(v) Tingkah laku pembelajaran neutral
• Separuh mendengar, tidak mengambil nota, tidak menjawab
soalan dan tidak menunjukan minat membuat kerja rumah.
(vi) Tingkah laku anti-pembelajaran
• Tidak langsung mendengar (memusat perhatian terhadap perkara
lain), tidak berasa senang apabila diminta menjawab soalan dan
tidak juga mahu menerima kerja rumah.

(b) Contoh B: Orientasi Kepercayaan Pelajar tentang Sebab Penagihan Dadah


(i) Objektif kajian
• Mengenal pasti orientasi kepercayaan pelajar tentang bagaimana
mereka terlibat dengan dadah.
(ii) Persoalan kajian
• Apakah orientasi kepercayaan pelajar yang terlibat dengan
dadah?
(iii) Definisi pengoperasian
• Orientasi kepercayaan adalah perasaan yang dilahirkan oleh
pelajar dan memikirkan tentang sebab utama mereka mempunyai
tabiat tersebut. Orientasi kepercayaan wujud secara luaran atau
dalaman. Orientasi luaran dikaitkan dengan faktor luaran seperti
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 105

rakan, ibu bapa, guru dan penagih itu sendiri. Orientasi dalaman
dikaitkan dengan faktor yang datang dari dalam penagih itu
sendiri seperti kesunyian, tidak bermaya dan kegagalan
mengawal diri sendiri.

Setelah definisi operasional disediakan, anda perlu membuat keputusan penting


selepas itu. Anda perlu putuskan tentang bentuk kajian yang hendak dilakukan.
Apakah bentuk kajian yang akan anda gunakan untuk kajian anda?

6.1.2 Pemilihan Bentuk Kajian


Kita mempunyai beberapa pilihan dalam memilih bentuk kajian kualitatif.
Bentuk yang diputuskan tertakluk pada jenis idea kajian dan persoalan kajian
yang kita ingin kaji (sila rujuk contoh yang diberi dalam “Pernyataan Kajian” dan
“Persoalan Kajian”.

Beberapa contoh pilihan bentuk kajian kualitatif dalam kajian pendidikan


disenaraikan di bawah:

(a) Bentuk Kajian Lapangan


Ramai pengkaji menggunakan bentuk kajian lapangan ini untuk
menjalankan kajian mereka. Dalam bentuk kajian lapangan, data dikutip
melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian
terhadap fenomena yang dikaji.

(b) Bentuk Kajian Kes


Secara ringkasnya, kajian kes adalah kajian tentang sesuatu kes atau
beberapa kes. Kes-kes ini mungkin berkait dengan manusia, kumpulan
manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada
program. Sat kes adalah satu unit asas analisis. Data kes mengandungi
semua informasi yang anda dapati daripada sesuatu kes, termasuk data
temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-
mana ambilan mengenai kes tersebut.

Teknik utama yang digunakan dalam kajian kes ialah pemerhatian


lapangan, temuduga dan analisis dokumen. Huraian tentang teknik-teknik
ini dapat dilihat di bawah topik “Kaedah Mengutip Data”. Kajian kes
memberi peluang pada pembaca berada di dalam sesuatu situasi, iaitu
liku-liku hidup seseorang, liku-liku hidup sesuatu kumpulan manusia atau
perjalanan sesuatu program.
106 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

(c) Bentuk Kumpulan Terfokus


Bentuk ini melibatkan proses pengutipan data melalui temubual yang
dibentuk khas untuk kumpulan kecil. Anda perlu mengambil berbincang
menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar serta
memahami ciri-ciri sosio-budaya pelbagai kumpulan. Ia adalah satu kaedah
untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman and
sikap. Kumpulan terfokus ini boleh wujud secara terpimpin atau tidak
terpimpin.

(d) Bentuk Kajian Tindakan


Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses
kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Ia
memberi pengkaji satu ruang untuk bertindak secara sistematik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah spesifk.

(e) Bentuk Analisis Dokumen


Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan
dokumen untuk mendapatkan data kajian. Anda perlu mewujudkan satu
set kriteria tentang maklumat yang diperlukan sebelum data dikutip dan
dianalisis.

(f) Bentuk Pelbagai Pendekatan


Dewasa ini, telah menjadi suatu kebiasaan bagi pengkaji menggunakan
pelbagai bentuk untuk menjalankan kajian mereka. Pendekatan ini
mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif.
Dalam bentuk pelbagai ini, anda perlu mengutip data dengan
menggunakan lebih daripada satu kaedah pengutipan data.

LATIHAN 6.1

Berikan satu topik kajian kualitatif. Nyatakan objektif dan persoalan


kajiannya.

6.1.3 Membina Alat Kajian Kualitatif


Bagi kajian kualitatif, anda sendiri perlu membina alat-alat kajian menurut
definisi operasional perkara-perkara yang anda ingin kaji. Kaedah membina alat-
alat kajian mengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikut:
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 107

(a) Penilaian Dokumen

Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan,


pendapat atau tindakan seseorang. Dokumen juga dikaitkan dengan
rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau
persembahan. Jadi, dokumen termasuklah rekod yang tidak terhad
kepada diari, surat, memo, nota, surat rasmi, gambar, pita audio/video,
filem, artikel, buku, rekod internet dan manuskrip.

Dokumen dianalisis untuk melihat bentuk dan tren yang berlaku di masa
lampau. Dokumen juga diguna untuk menyediakan bukti kukuh untuk
menguatkan kredibiliti kaedah temuduga dan pemerhatian.

Sebagai contoh, anda mungkin ingin membangunkan alat “Penganalisisan


Dokumen” untuk mengutip data bagi Objektif Kajian I dalam Contoh B:
“Orientasi kepercayaan pelajar tentang sebab pengagihan dadah, seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Senarai Semak Penganalisisan Dokumen

Semakan/
Peringkat Kriteria
Pandangan

Pra masuk (i) Jenis dokumen yang diperlukan:


• rekod kaunseling
• rekod anekdotal

(ii) Lokasi dokumen


• sekolah
• pusat kaunseling dadah

(iii) Aksesibiliti
• Komunikasi khusus
• Kebenaran untuk akses
• Siapa yang di akses?
• Bagaimana hendak mengakses?
• Bila hendak diakses?
(iv) Jangka masa
• Masa menuggu
• Fotokopi
108 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Rekoding (i) Isi Koding


• Jenis kod yang hendak digunakan
• Membangun kertas koding yang
sesuai
• Memproses rekod isi

Memproses (i) Pengurangan Data


• Bagaimana hendak mentranskripsi
data?
(ii) Mempamer Data
• Format yang digunakan
(iii) Verifikasi Data
• Triangulasi Data

Interpretatasi (i) Dapatan


• Dapatan utama
• Dapatan sekunder

(ii) Menginterpretasi penemuan


• Konteks teoretis
• Konteks kajian
• Konteks lokal/sekolah

(b) Alat Pemerhatian


Pemerhatian sebagai alat untuk mengutip data mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada
sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan.
(ii) Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.
(iii) Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian.
(iv) Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat
pemerhatian.
(v) Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

Secara umumnya, anda perlu membina alat pemerhatian yang piawai


apabila anda menggunakan khidmat beberapa pemerhati semasa
pemerhatian dijalankan. Jadual 6.2 menunjukkan satu contoh alat
pemerhatian yang bersifat separuh-berstruktur. Alat ini telah dibangun
berdasarkan Objektif Kajian 1 daripada Contoh A: Mengenalpasti ciri-ciri
tabiat pemonteng di dalam bilik darjah.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 109

Jadual 6.2: Contoh Pemerhatian Separuh-Berstruktur


Nama Pemerhati: Responden #:
Tempat Pemerhatian:
Masa/Jangka Waktu Pemerhatian:

Nota
Item
Pemerhatian
Perhati tabiat mereka sebelum masuk kelas.

Perhati tabiat mereka ketika guru masuk kelas.

Perhati apa mereka buat ketika guru sedang mengajar.


Perhati reaksi mereka apabila diminta menjawab.
Perhati reaksi mereka apabila diberi kerja rumah.
Perhati tabiat mereka apabila guru hendak meninggalkan kelas.

Sekiranya anda menggunakan alat pemerhatian yang berstruktur, item


yang sama dalam alat ini boleh digunakan untuk semua subjek kajian yang
diperhati.

(c) Alat Temuduga

Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu. Ia


disifatkan sebagai suatu proses pencarian makna yang aktif apabila
fenomena yang diselidik tidak dapat dilihat secara langsung. Secara
spesifik, tujuan temuduga adalah untuk mengutip maklumat. Temuduga
adalah teknik mengutip data daripada subjek melalui soalan yang
dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara lisan atau
tanpa lisan. Temuduga boleh bersifat bersahaja atau mendalam.

Terdapat tiga (3) jenis temuduga yang masing-masing mempunyai struktur


tersendiri:
(i) Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan
bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. Contoh: “Di mana
anda tinggal?” “Berapa umur anda?”
(ii) Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri
soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan.
(iii) Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.
110 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Jadual 6.3 memberi contoh alat yang berbentuk separuh struktur.

Jadual 6.3: Contoh Alat Temuduga Separuh Struktur


Nama Yang Ditemuduga: Responden#:
Tempat Temuduga
Masa Temuduga:
Item Respon
Pada fikiran anda apakah sebab anda menjadi
penagih dadah?
Apakah sebab anda menjadi seorang penagih?

Menurut contoh yang diberi, “Alat Temuduga Separuh Berstruktur” dibentuk


untuk mendapatkan data dengan menggunakan satu set soalan yang telah
ditetapkan, yang boleh membantu kita mendalami pemikiran, pandangan dan
sikap subjek tentang sebab-musabab mereka tercebur dengan dadah. Kita boleh
membuat andaian bahawa pemikiran, pandangan dan sikap seseorang berkait
rapat dengan kepercayaan individu. Sila ambil perhatian bahawa jumlah item
boleh ditingkatkan atau diturunkan menurut definisi operasional yang
digunakan pengkaji.

6.1.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan


“Kesahan” dan “kebolehpercayaan” merupakan dua aspek yang berbeza
daripada kepercayaan kajian. Isu isu yang berhubung dengan kepercayaan
kajian ialah dari segi:
(a) alat yang digunakan dalam kajian;
(b) proses mengutip data; dan
(c) kaedah analisis data.

Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya


berorientasikan proses.

Dalam kajian kualitatif, alat mengutip data, secara amnya, boleh digolongkan
kepada tiga (3) jenis, iaitu:
(a) temuduga,
(b) pemerhatian dan
(c) dokumentasi.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 111

Diskusi mengenainya boleh difokuskan dalam hal-hal berikut:


(a) Kebolehpercayaan dan kesahan alat; dan
(b) Triangulasi.

(a) Kebolehpercayaan dan Kesahan Alat


Kebolehpercayaan dan kesahan tidak akan dibincangkan di sini. Kedua-
dua konsep ini telah pun diterangkan sebelum ini. Oleh itu, perbincangan
akan ditumpukan kepada triangulasi.

(b) Triangulasi
Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti
lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer. Dalam sains sosial,
triangulasi digunakan untuk tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga,
beberapa strategi pengutipan data digunakan untuk mengukur sesuatu
konsep. Masalah berkaitan kebolehpercayaan dan kesahan boleh
dikurangkan melalui triangulasi. Denzin (1978) mengenalpasti empat (4)
kategori triangulasi seperti berikut:
(i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data
untuk menyelidik fenomena yang sama.
(ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati
berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena
yang sama.
(iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu
teori untuk menyelidik fenomena yang sama.
(iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah
untuk menyelidik fenomena yang sama.

Dalam kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan teknik yang


berbeza untuk mengumpul data. Kita juga perlu menggunakan strategi
yang berbeza untuk menyelidik fenomena yang sama. Bagi memperoleh
kebolehpercayaan dan kesahan, kita tidak boleh mengenepikan
penggunaan triangulasi, sebab cara ini dipercayai lebih berkesan jika
digunakan dalam kajian kualitatif.

LATIHAN 6.2
Nyatakan bentuk kajian yang sesuai untuk topik dan objektif kajian
yang anda pilih dalam Latihan 6.1.
112 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

6.2 PENGUTIPAN DATA


Dalam kajian kualitatif, proses mengutip data adalah sama sahaja dengan kajian
kuantitatif. Perbincangan kita tentang pengutipan data dibahagikan kepada dua
(2) bahagian, iaitu:
(a) Persampelan dalam kajian kualitatif; dan
(b) Kaedah mengumpul data.

6.2.1 Persampelan dalam Kajian Kualitatif


Persampelan dalam kajian kualitatif merupakan suatu pengalaman yang berbeza
daripada kajian kuantitatif. Berikut adalah beberapa strategi pemerhatian
persampelan yang digunakan dalam kajian kualitatif.

(a) Strategi Persampelan


Dalam kajian kuantitatif, besar kemungkinan kita akan meggunakan
strategi persampelan berkebarangkalian (probabilty sampling), sebaliknya,
dalam kajian kuanlitatif, kita akan menggunakan strategi persampelan
bukan-berkebarangkalian (non-probability sampling). Empat (4) jenis
persampelan bukan kebarangkalian adalah seperti berikut:
• Persampelan mudah;
• Persampelan bertujuan;
• Persampelan snowball; dan
• Persampelan kuota (quota sampling).
(i) Persampelan mudah
Sampel mudah (convenience sampling) disifatkan juga sebagai
sampel “accidental” atau available (Babbie, 1998). Sampel jenis ini
dipilih berasaskan kepada subjek kajian yang mudah diperoleh untuk
kajian tertentu. Sebagai contoh, adalah menjadi kebiasaan bagi guru
menggunakan pelajar mereka sendiri sebagai subjek kajian mereka.
(ii) Persampelan bertujuan
Persampelan bertujuan (purposive sampling) juga dikenali sebagai
“persampelan membuat keputusan” (judgmental sampling). Logik
persampelan bertujuan dalam kaedah kualitatif adalah amat berbeza
dengan logik persampelan berkebarangkalian dalam kajian
kuantitatif. Dalam persampelan bertujuan, pengkaji menggunakan
pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk
memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 113

Dalam kes tertentu, sampel bertujuan dipilih selepas kajian lapangan


dibuat terhadap kumpulan tertentu untuk memastikan jenis individu
yang mempunyai sesuatu ciri dapat digunakan dalam kajian yang
dijalankan. Sebagai contoh, pemonteng sekolah, walaupun jumlah
mereka kecil, mereka masih boleh digunakan untuk kajian berkaitan
dengan ponteng sekolah.
(iii) Persampelan snowball
Persampelan “snowball‰ (snowball sampling) merupakan kaedah
persampelan yang paling popular digunakan oleh pengkaji kualitatif.
Ia adalah cara terbaik bagi mengenalpasti lokasi subjek yang
mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian.
Misalnya, persampelan ini adalah terbaik untuk digunakan oleh guru
yang berminat mengkaji kumpulan pelajar yang terjebak dengan
penagihan dadah.

Sebagai pengkaji, anda perlu mengenalpasti pelajar-pelajar yang


mempunyai ciri-ciri tertentu. Kumpulan pelajar ini kemudiannya
akan memberi nama pelajar-pelajar lain yang mempunyai ciri yang
sama dengan mereka. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin
mengetahui penggunaan dadah di kalangan pelajar, anda dari awal
lagi perlu mengenalpasti pelajar yang mempunyai ciri-ciri
penggunaan dadah. Kemudian, kumpulan pelajar ini diminta
memberi nama pelajar-pelajar lain yang menggunakan dadah.
(iv) Persampelan kuota
Persampelan kuota (quota sampling) adalah pemilihan sampel secara
mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang
ditentukan. Bagi menggunakannya, anda perlu menyediakan satu
jadual yang menerangkan ciri-ciri sampel seperti jantina, umur,
pendidikan dan atribut lain yang ditentukan oleh pengkaji.
Kemudian, anda perlu menentukan pembahagian setiap ciri apabila
anda meneliti atribut populasi kajian. Sebagai contoh, seorang guru
ingin mengkaji persepsi keganasan sekolah antara pelajar dalam
sesuatu daerah sekolah dengan memberi perhatian kepada kumpulan
pelajar mengikut umur mereka. Sebagai langkah pertama, guru
tersebut perlu mewujudkan beberapa kategori pelajar, misalnya 15
tahun ke atas dan 15 tahun ke bawah.

Selepas itu, guru perlu mengenalpasti semua populasi pelajar sekolah


dalam daerah tersebut. Kemudian, guru perlu membahagikan mereka
mengikut kategori-kategori yang dikehendaki (umur, jantina, dan
sebagainya.) dan menentukan jumlah pelajar dalam setiap kategori
tersebut. Selepas itu, guru memilih sebuah sekolah dalam daerah
114 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

tersebut dan membuat persampelan daripada pelajar-pelajar sekolah


ini, dan kemudiannya, membahagikan mereka kepada kategori-
kategori berkadaran dengan bilangan pelajar bagi kategori-kategori
ini dalam populasi.

6.2.2 Kaedah Pengutipan Data


Dalam kajian kualitatif, pengkaji lazimnya menggunakan tiga (3) jenis strategi
pengutipan data, iaitu:
• Data yang didapati daripada dokumen;
• Data yang didapati daripada temubual; dan
• Data yang didapati daripada pemerhatian.

(a) Data Daripada Dokumen


Dokumen manakah yang hendak diakses atau dinilai? Umumnya, anda
perlu mengikuti prosedur tertentu untuk mengutip data.

Langkah Pengutipan Data


(i) Sediakan kriteria persampelan dokumen. Anda perlu menyediakan
kriteria pemilihan berdasarkan persoalan kajian anda. Ini perlu
dilakukan sebelum penganalisisan data sebenar. Dokumen yang
manakah yang anda ingin akses? Bolehkan ia diakses? Di mana
dokumen ini diperoleh? Siapa orangnya yang hendak dihubungi? Bila
perlu dihubungi? Berapa lama doumen perlu diteliti?
(ii) Tubuhkan sistem organisasi data yang lebih praktikal untuk anda
(lihat Jadual 6.4). Sebagai contoh, Jadual 6.4 menunjukkan nota data
yang dirumuskan daripada rekod kaunseling yang didapati daripada
pusat kaunseling. Buat masa ini, hanya dua dokumen yang akan
diakses.

LATIHAN 6.3

Huraikan alat kajian yang sesuai digunakan bagi kajian yang dipilih
dalam Latihan 6.1.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 115

Table 6.4: Nota Data daripada Pemeriksaan Rekod Kaunseling

Jenis Dokumen Data/Informasi (Rumusan)

Rekod Kaunseling Kes 1: Seorang pelajar yang pendiam yang bergantung


(daripada kaunselor kuat pada rakan-rakannya; seorang rakan menjatuh
sekolah) maruahnya; mencari sebab dengan gurunya.
Kes 2: Semua orang/guru tidak memahaminya;
mempunyai sedikit sahaja kawan; semua kawannya
lemah dalam pelajaran.
Kes 3: Jatuh cinta dengan seorang lelaki; prestasi
akademik rendah; ibu bapa sering mengganggu
perasaannya.
Kes 4: Terpengaruh dengan budak lelaki supaya
mengambil dadah; tidak dapat menyesuaikan diri
dengan pelajar lain; seorang dalam kesunyian.
Kes 5: Tidak tahu apa yang hendak dilakukan sepanjang
hayatnya; sering cemas dan mudah melenting;
tidak upaya mengawal diri.

Rekod Kaunseling Kes 1: Semasa menerima rawatan mempunyai tendensi


(didapati daripada menentang warden dan kakitangan di pusat
kaunselor dadah) rawatan.
Kes 2: Lemah dalam kemahiran sosial; tidak dapat
menyesuaikan diri dengan penghuni lain; sering
bersendirian.
Kes 3: Tidak asertif; terlalu bersandar pada orang lain;
dibuli oleh penghuni lain; tidak mahu bersemuka
dengan warden atau kaunselor.
Kes 4: Tidak dapat bergaul dengan baik; tidak suka
apabila dibawa ke pusat rawatan; mahu mengubah
cara hidup.
Kes 5: Tidak mahu bekerjasama ketika menerima rawatan;
sering menyalahkan semua orang termasuk dirinya
sendiri tentang apa yang telah berlaku.
116 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

(b) Data Pemerhatian


Pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati
tingkah laku subjek kajian secara langsung. Anda memerhati tabiat dan
dokumenkan atribut subjek yang dikaji. Isu kritikal yang berkait rapat
dengan pemerhatian yang sering ditimbulkan ialah sejauh mana
penglibatan pengkaji dalam proses pengutipan. Dalam teknik pengutipan
data melalui pemerhatian, penyelidik membuat andaian bahawa sesuatu
tabiat itu mempunyai tujuan dan dilahirkan melalui nilai dan kepercayaan
tertentu.

Data pemerhatian membantu anda:


(i) Memahami konteks;
(ii) Mendapat pengalaman terus; dan
(iii) Melihat benda yang mungkin terlepas daripada pandangan.

Sebagai ilustrasi, hanya satu pemerhatian dijalankan untuk mengenalpasti


ciri tabiat pemonteng ketika mereka berada dalam kelas. Jadual 6.5
mengandungi nota bagi data yang didapati daripada sesi pemerhatian
berstruktur tunggal untuk lima (5) orang pelajar ketika mereka berada
dalam kelas.

Jadual 6.5: Nota Data daripada Pemerhatian Berstruktur

Items Nota Pemerhatian

Memerhati Kes 1: Mengasingkan diri dan mimpi di siang hari.


tabiat mereka Kes 2: Banyak becakap dengan budak lelaki; sering berjalan ke
sebelum guru sana sini .
memasuki kelas.
Kes 3: Membaca tabloid yang popular; nampak berminat
dengan orang lain.
Kes 4: Bercakap dengan lelaki yang duduk dihadapannya.
Kes 5: Bercakap dengan perempuan lain.

Memerhati Kes 1: Sikap tidak peduli, memerhati sahaja guru masuk kelas,
tabiat mereka tidak senang hati.
semasa guru Kes 2: Ia terus bercakap.
memasuki kelas.
Kes 3: Terus membaca tabloid.
Kes 4: Berhenti bercakap dengan budak lelaki di hadapan.
Kes 5: Dia berhenti bercakap.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 117

Memerhati apa Kes 1: Tidak memberi perhatian pada guru, terus bermimpi di
mereka buat siang hari.
ketika guru
Kes 2: Sekali sekala budak perempuan itu bercakap dengan
mengajar.
orang bersebelahan dengannya; sekali sekala memberi
perhatian kepada guru.
Kes 3: Membaca tabloid sekali sekala; sering tidak memberi
perhatian.
Kes 4: Mengganggu perempuan yang duduk dihadapannya,
tidak memberi perhatian langsung.
Kes 5: Memberi perhatian setiap masa; mengambil nota sekali
sekala.

Memerhati Kes 1: Kelihatan tidak selesa apabila diminta menjawab; tidak


bagaimana upaya menjawab dengan betul.
mereka memberi
Kes 2: Menunjuk muka dan mempamirkan sikap “tidak
reaksi apabila
peduli”.
diminta
menjawab Kes 3: Tidak upaya menjawab.
soalan.
Kes 4: Cuba menjawab, mungkin untuk mengambil hati guru.
Kes 5: Berupaya menjawab soalan dengan tepat.

Memerhati Kes 1: Mempamirkan sikap “tidak peduli”.


reaksi mereka
Kes 2: Bertanya guru kenapa diberi kerja rumah; mengatakan
apabila diberi
beliau tidak mempunyai masa untuk membuat kerja
kerja rumah.
rumah.
Kes 3: Membantah sebab terlalu banyak kerja rumah sudah
diberi oleh guru lain.
Kes 4: Sikap “awak suruh saya buat, saya akan buat”.
Kes 5: Menunjukkan tanda bersetujuan.
118 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Memerhati tabiat Kes 1: Menunjukkan tanda kepuasan.


mereka apabila guru
Kes 2: Menunjukkan kepuasan dan mula
meninggalkan kelas.
sambung bercakap.
Kes 3: Rasa selesa apabila guru meninggalkan
kelas.
Kes 4: Menoleh ke belakang dan mula bercakap
dengan budak perempuan dibelakangnya.
Kes 5: Mula bercakap dengan orang yang berada
di hadapan.

(c) Data Temubual


Temubual merupakan satu teknik pengutipan data dengan menemubual
subjek kajian secara langsung. Sebagai aktiviti latihan dalam pengutipan
data, sila rujuk alat temubual berstruktur dalam Jadual 6.6. Sampel tersebut
terdiri daripada lima (5) orang pelajar Tingkatan 5 yang telah dikenalpasti
sebagai penagih dadah. Ketika ini mereka sedang menjalani program
pemulihan mandatori selama dua (2) tahun. Temubual berstruktur
digunakan untuk mengutip maklumat untuk menjawab Objektif Kajian 1
yang diambil daripada Contoh B: Orientasi kepercayan pelajar yang
menjadi penagih dadah.

Jadual 6.6 menunjukkan respons asal yang telah ditranskripsikan ke dalam


teks. Transkripsi dibuat berdasarkan respons yang diberi oleh lima (5)
orang subjek yang telah ditemubual. Temubual dibuat dalam bilik
kaunseling dadah. Setiap temubual mengambil masa 10 minit. Temubual
dijalankan daripada pukul 9.00-10.30 pagi. Sekiranya anda menjalankan
kajian, anda perlu menambah jumlah saiz sampel, sesi pemerhatian dan
soalan yang akan dikemukakan dalam temubual.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 119

Jadual 6.6: Nota Data daripada Temubual Separuh Berstruktur

Respons
Item
(Teks Dipermudahkan)

Apa perasaan anda yang Kes 1: Rasa dianayai oleh rakan; guru terasa
menyebabkan anda mencari kesalahan sahaja.
menjadi penagih?
Kes 2: Rasa diketepikan oleh rakan; guru tidak
memahaminya
Kes 3: Terasa hendak membunuh diri; teman lelaki
meninggalkannya kerana perempuan lain;
ibu bapa mengetepikannya.
Kes 4: Terasa tidak diterima oleh rakan di sekolah;
terasa kesunyian; telah dipelawa oleh pengih
dadah untuk menghadiri satu jamuan.
Kes 5: Terasa hidup di dunia ini tidak bermakna.

Pada fikiran anda apakah Kes 1: Tidak memikir langsung tentang bahaya
sebab utama anda menjadi dadah.
seorang penagih?
Kes 2: Terasa yang guru tidak memahami dirinya;
tidak fikir ibu bapa memahami dirinya
sendiri; terasa bahawa rakan-rakannya tidak
boleh dipercayai.
Kes 3: Tidak boleh bayangkan rakan lelakinya akan
menjatuhkan meruahnya; ibu bapa tidak
memahami masalahnya dan memikirkan
bahawa dirinya perempuan “tidak baik”.
Kes 4: Terlalu sebuk dengan pemikiran negatif dan
perkara yang tidak baik dan halangan-
halangan; rakan tidak boleh dipercayai.
Kes 5: Memarahi diri sendiri kerana tidak
membantu rakan pada masa lalu; tidak dapat
memikir mencari jalan mendapatkan rakan
baru yang bukan penagih dadah.
120 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

6.3 ANALISIS DATA


Anda telah pun melalui proses pengutipan data melalui pemerhatian dan
temubual subjek kajian anda. Anda juga telah membuat penilaian terhadap
dokumen-dokumen kajian anda. Sekarang anda mempunyai timbunan data di
tangan anda. Bagaimanakah caranya anda hendak menyusun dan menganalisis
data yang anda dapati itu. Dalam bahagian ini, perkara-perkara berikut akan
dibincangkan:
(a) Proses analisis data; serta
(b) Dapatan dan interpretasi.

6.3.1 Proses Menganalisis Data


Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal
yang dikutip dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil
kira kaedah yang anda gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut
perlu diikuti dalam penganalisisan data:
(a) Tahap pra-analisis;
(b) Tahap kemasan data;
(c) Tahap pameran data ;
(d) Tahap verifikasi data; dan
(e) Tahap dapatan (termasuk interpretasi).

Setiap satu daripada lima (5) tahap ini boleh diterjemahkan kepada beberapa
item yang akan anda gunakan sebagai senarai rujukan (sila lihat Jadual 6.7).

Jadual 6.7: Analisis Data untuk Rujukan

Langkah Item Tanda

I Tahap Pra-analisis
Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan.
Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun
menurut urutan tertentu. Data direkod seperti yang dikehendaki.
Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. Mengkod
dan mengkod semula respons terbuka dan data yang
didokumenkan. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder.
Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud. Pastikan data
mudah diakses.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 121

II Tahap Kemasan Data


Pada tahap kemasan data (data reduction), data ditranskrip-sikan
dalam „word processing‰ atau dalam format analisis tekstual
menggunakan komputer. Data yang telah ditranskripsikan
dipermudahkan dan bersifat terfokus.

III Tahap Pameran Data


Data dipamerkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan
rumusan. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau
tindakan tambahan yang perlu dibuat.

IV Tahap Verifikasi Data


Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan
analitik yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua
prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan
tepat. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan
dengan tepat.

V Tahap Dapatan
Penyemakan dan interpretasi dapatan.

LATIHAN 6.4

Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 6.1, nyatakan kaedah


triangulasi kajian yang sesuai untuk kajian tersebut.

6.3.2 Interpretasi Data


Interpretasi melibatkan memberi makna dan kesignifikanan kepada analisis. Ia
melibatkan penerangan dan penetapan bentuk deskriptif dan penentuan
hubungan sesama bentuk. Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan
interpretasi dan disiminasi.
122 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Jadual 6.8: Rujukan untuk Interpretasi

Item Tanda

Interpretasi

Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda

Interpretasi berdasarkan teori

Interpretasi berdasarkan maklumat

Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat

(a) Data Dokumen


Dalam analisis isi kandungan, pengkaji menilai dokumen atau transkrip
dan kemudian membuat inferens berdasarkan isi kandungan yang didapati
dari dokumen. Tahap analisis isi kandungan adalah seperti berikut:
(i) Data dikutip dan diubah menjadi teks.
Contoh: transkrip daripada nota kaunseling diubah menjadi teks.
(ii) Teks dilabel dan dikategorikan.
(iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan
menjelma.
(iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenalpasti bentuk frasa
yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau
perbezaannya.
(v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

(b) Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan


(i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi
kandungan. Patutkah ia berbentuk kualitatif atau kuantitatif?
(ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi
kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak asli atau
mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan padat
pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej.
(iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan
semuanya dalam sesuatu label atau tema.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 123

Jadual 6.9 mengandungi data daripada nota teks yang dikutip daripada lima (5)
subjek kajian. Lihat semula data yang telah dianalisis yang dimuatkan dalam
Jadual 6.9 dan cuba beri interpretasi anda sendiri tentang data tersebut.

Jadual 6.9: Analisis Data dan Kategori Orientasi Kepercayaan Penagih Dadah

Faktor Orientasi Deskripsi Orientasi Dalaman


Deskripsi/Label
Luaran (Descriptors)

Rekod Kaunselor
Sekolah

Rakan/rakan sebaya Ditipu, mudah Suka mencari kesalahan orang,


terpengaruh, dan bersandar pada orang lain,
mempunyai masalah pencapaian rendah, tidak sependapat
pembantu. dengan orang lain, tidak mempunyai
arah tuju, kesunyian, tidak upaya
mengarah, mudah melenting, gelisah.
Ibu bapa Cerewet.

Guru Tidak memahami


diri mereka.

Rekod Kaunselor
Dadah

Penghuni Dibuli oleh Tidak sosial, tidak seronok semasa


penghuni, rawatan, tidak memberi kerjasama,
menyalahkan orang terlalu bersandar pada orang lain,
lain tentang masalah kurang kemahiran sosial, tidak
diri sendiri. asertif, mengasingkan diri, dan
salahkan orang lain.
Ibu bapa Tiada maklumat.

Warden Salahkan warden,


mencari fasal
dengan warden.

Dua (2) rumusan boleh dibuat hasil daripada data yang diperoleh daripada
Jadual 6.9. Pertama, faktor dalaman adalah sebab utama lima (5) orang
responden menjadi penagih dadah. Bagaimanapun, menurut responden sendiri,
mereka berpendapat bahawa faktor luaran adalah sebab utama mereka terjebak
menjadi penagih dadah.
124 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Kedua, terdapat percanggahan maklumat yang dilaporkan oleh responden


kepada kaunselor dan persepsi kaunselor tentang sebab responden menagih
dadah. Responden mempunyai sistem kepercayaan yang berorientasi luaran.
Responden percaya faktor luaranlah yang menyebabkan mereka menjadi
penagih.

Dapatan ini diperkukuhkan lagi apabila data triangulasi diambil kira, yakni,
apabila dua set data, satu daripada rekod kaunselor sekolah dan satu lagi
daripada rekod kaunselor dadah dibandingkan. Hasilnya, terdapat persetujuan
antara kedua-dua dapatan tersebut. Justeru, berdasarkan dapatan tersebut, kita
boleh memebuat interpretasi bahawa penagih dadah mempunyai mekanisme
pemikiran yang tidak menentu.

(c) Data Temubual


Data daripada temubual berstruktur seperti yang terdapat dalam Jadual
6.10 digunakan untuk menganalisis orientasi kepercayaan penagih dadah.

Jadual 6.10: Analisis Data daripada Temubual Berstruktur untuk


Orientasi Kepercayaan Penagih Dadah

Orientasi Luaran Orientasi Dalaman

Rakan/rakan sebaya Kesunyian dan


Dianiaya oleh rakan, ditinggalkan rakan lelaki, dijemput perlu kawan supaya
oleh penagih dadah untuk menghadiri majlis sosial, diterima dengan
rakan yang tidak boleh dipercayai, dijatuhkan maruah mudah.
oleh rakan.

Ibu bapa
Disingkir oleh ibu bapa, ibu bapa tidak perasaan
terhadap anak.

Guru
Guru selalu mencari kesalahan, selalu meleter, guru
tidak memahami mereka.

Analisis daripada temubual menunjukkan penagih percaya bahawa faktor


luaran adalah penyebab utama mereka menjadi penagih. Penemuan yang
dihasilkan ini sama sahaja dengan penemuan yang didapati daripada
penelitian dokumen.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 125

(d) Data Pemerhatian


Analisis ini dihasilkan berdasarkan data dalam Jadual 6.11.

Jadual 6.11: Analisis Data daripada Pemerhatian Berstruktur untuk Ciri Tabiat
Pemonteng Ketika Berada dalam Kelas

Item Nota Pemerhatian

Tabiat Pro- Tabiat Tabiat Anti-pembelajaran.


pembelajaran. pembelajaran
Neutral.

Tabiat yang diperhati Tiada. Tiada. Mimpi di siang hari,


sebelum guru bercakap dan berjalan ke
memasuki kelas. sana sini.

Tabiat yang diperhati Tiada. Tiada. Secara tidak senang


semasa guru memerhati guru, sambung
memasuki kelas. bercakap, berjalan, sambil
membaca tabloid.
Tabiat yang Beri perhatian, Beri perhatian Tidak beri perhatian, mimpi
diperhati ketika ambil nota. sekali sekala. di siang hari, baca tabloid,
guru mengajar. ganggu orang lain.

Tabiat yang diperhati Boleh menjawab Cuba mengambil Tidak berminat, tidak peduli.
apabila diminta soalan. hati guru.
menjawab soalan.

Tabiat yang diperhati Sukacita Patuh kepada Tidak peduli, tidak ada masa
apabila guru memberi mendapat peraturan, untuk kerja rumah.
kerja rumah. kerja rumah. bantahan kerana
terlalu banyak
kerja rumah.

Tabiat yang diperhati Tiada. Tiada. Merasa kepuasan, terus


apabila guru bercakap, suka meliahat guru
meninggalkan kelas. meninggalkan kelas.
126 X TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Sebagai kesimpulan, daripada data pemerhatian kita boleh menyatakan bahawa


pemonteng mempunyai ciri-ciri tingkah laku anti-pembelajaran lebih tinggi
daripada tingkah laku pro-pembelajaran. Kesahihan kesimpulan ini boleh
disahkan melalui triangulasi teori.

LATIHAN 6.5
Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 6.1, nyatakan
kesimpulan yang mungkin dan bagaimana kesahihannya dapat
dibuktikan.

• Dalam mana-mana kajian kualitatif, isu pengenalan pengkaji sering


diketengahkan. Isu-isu lain berkait rapat dengan aktiviti pengkaji.
• Beberapa isu perundangan dan profesional serta isu etika juga perlu
diketengahkan.
• Strategi dan teknik mengutip dan menganalisa data dibincangkan.

Kebolehpercayaan Temubual
Kesahan Triangulasi
Pemerhatian

1. Anda telah didedahkan kepada kajian kuantitatif dan kualitatif. Apakah


perbezaan dari segi tujuan antara dua (2) jenis kajian ini?

2. Terdapat beberapa bentuk kajian kualitatif. Jelaskan dengan ringkas bentuk


kajian lapangan.
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF W 127

3. Selepas data melalui proses pra-analisis, pengkaji perlu mengemaskan data


yang dikutip. Jelaskan apa yang anda faham tentang maksud “mengemas
data”.

4. Gunakan kantin sekolah anda sebagai tempat anda memerhati tingkah laku
pelajar-pelajar anda selama seminggu. Sebagai seorang pengkaji, jelas
perkara-perkara berikut:
(a) Pilih satu tingkah laku yang ingin diperhatikan.
(b) Jelaskan alat kajian yang boleh digunakan untuk mencerap tingkah
laku ini.
(c) Jelaskan bagaimana data kajian dianalisis.

Anda mungkin juga menyukai