Anda di halaman 1dari 21

TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

PENGENALAN
Sebagaimana yang dijelaskan dalam Topik 1, kajian kualitatif ialah kajian yang
menekankan kepada penghasilan makna untuk kita memahami fenomena sosial. Untuk
mencapai tujuan ini, kajian kualitatif mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh
oleh kajian kualitatif, seperti pandangan dan keanihan seseorang, akibat yang dirancang
dan yang tidak dirancang. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif
banyak menggunakan kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan
induktif untuk menjana teori. Reka bentuk kajian juga ditentukan pada peringkat peringkat
awal kajian dijalankan, yang menggantikan kajian rintis dalam kajian kuantitatif. Selain itu,
kajian kualitatif juga menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara terfokus dan
mendalam serta membuat analisis secara penghuraian dan interpretasi naratif.
Seterusnya, topik ini akan memberi fokus kepada bentuk kajian kualitatif dengan memberi
beberapa contoh kajian serta penjelasan tentang pembinaan alat kajian, kesahihan dan
kesahan, persampelan, pengutipan data dan penganalisisan data.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini diharapkan anda akan dapat:

1. menjelaskan proses utama yang terlibat dalam pembentukan, penyediaan dan


permulaan kajian kualitatif;
2. menggunakan strategi dan teknik pengutipan dan penganalisisan data; dan
3. membangun alat kajian yang sesuai dengan reka bentuk kajian yang digunakan.

OUM
85
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

PETA MINDA TOPIK

6.1 REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN KUALITATIF


Bahagian berikut akan menjelaskan tentang beberapa reka bentuk kajian kualitatif dan
beberapa alat kajian kualitatif.

6.1.1 Reka Bentuk Kajian Kualitatif

Secara literal, reka bentuk kajian kualitatif merupakan satu rancangan bagaimana kajian
akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu, seperti memikirkan
tentang sesuatu, membayang dan menggambarkan bagaimana kajian yang dirancangkan
itu akan dijalankan. Secara ringkas, keputusan yang dibuat tentang kajian tersebut mesti
memenuhi elemen berikut:
(i) jangka masa kajian;
(ii) jenis data yang hendak dikutip;
(iii) alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;
(iv) di mana kajian tersebut hendak dijalankan;
(v) kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;
(vi) strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;
(vii) jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan
(viii) bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.
Pada peringkat awal, mereka bentuk kajian melibatkan beberapa keputusan penting yang
berkait dengan idea dan persoalan kajian. Pada peringkat pembentukan kajian, anda
sebagai pengkaji perlu membuat beberapa kerangka aktiviti yang melibatkan keseluruhan
proses kajian. Ini perlu dibuat untuk mengelakkan masalah/ganguan yang mungkin
berlaku semasa kajian dijalankan.

OUM
86
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Contoh topik kajian/pernyataan-pernyataan:

(a) Ciri-ciri tabiat pemonteng


(b) Kepercayaan mengorientasi pelajar yang terlibat dengan dadah.

Elok sekiranya kita memberi perhatian kepada beberapa contoh objektif kajian, persoalan
kajian dan definisi operasional bagi topik-topik kajian di atas.

(a) Contoh A: Ciri-ciri Tabiat Pemonteng

Objektif Kajian
• Mengenal pasti ciri-ciri tabiat pemonteng semasa berada di dalam kelas.

Persoalan Kajian
• Apakah ciri-ciri yang boleh dikenalpasti daripada pemonteng apabila berada di
dalam kelas?

Definisi Operasional
• Ciri-ciri tingkah laku di dalam kelas boleh disifatkan sebagai tingkah laku yang
dapat dilihat (overt), yakni tingkah laku luaran pelajar yang boleh dilperhatikan.
Tingkah laku ini boleh dikategorikan sebagai tingkah laku pro-pembelajaran,
tingkah laku pembelajaran neutral dan tingkah laku anti-pembelajaran.

Tingkah Laku Pro-pembelajaran


• Memberi perhatian ketika guru mengajar, mengambil nota, menjawab soalan dan
membuat kerja rumah dengan senang hati.

Tingkah Laku Pembelajaran Neutral


• Separuh mendengar, tidak mengambil nota, tidak menjawab soalan dan tidak
menunjukan minat membuat kerja rumah.

Tingkah Laku Anti-Pembelajaran


• Tidak langsung mendengar (memusat perhatian terhadap perkara lain), tidak
berasa senang apabila diminta menjawab soalan dan tidak juga mahu menerima
kerja rumah.

(b) Contoh B: Orientasi Kepercayaan Pelajar tentang Sebab Penagihan Dadah

Objektif Kajian
• Mengenal pasti orientasi kepercayaan pelajar tentang bagaimana mereka terlibat
dengan dadah.

Persoalan Kajian
• Apakah orientasi kepercayaan pelajar yang terlibat dengan dadah?

Definisi Pengoperasian
• Orientasi kepercayaan adalah perasaan yang dilahirkan oleh pelajar dan
memikirkan tentang sebab utama mereka mempunyai tabiat tersebut. Orientasi
kepercayaan wujud secara luaran atau dalaman. Orientasi luaran dikaitkan
dengan faktor luaran seperti rakan, ibu bapa, guru dan penagih itu sendiri.
Orientasi dalaman dikaitkan dengan faktor yang datang dari dalam penagih itu
sendiri seperti kesunyian, tidak bemaya dan kegagalan mengawal diri sendiri.

OUM
87
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

Setelah definisi operasional disediakan, anda perlu membuat keputusan penting selepas
itu. Anda perlu putuskan tentang bentuk kajian yang hendak dilakukan. Apakah bentuk
kajian yang akan anda gunakan untuk kajian anda?

6.1.2 Pemilihan Bentuk Kajian

Kita mempunyai beberapa pilihan dalam memilih bentuk kajian kualitatif. Bentuk yang
diputuskan tertakluk pada jenis idea kajian dan persoalan kajian yang kita ingin kaji (sila
rujuk contoh yang diberi dalam “Pernyataan Kajian” dan “Persoalan Kajian”.

Beberapa contoh pilihan bentuk kajian kualitatif dalam kajian pendidikan disenaraikan di
bawah:

(a) Bentuk Kajian Lapangan


Ramai pengkaji menggunakan bentuk kajian lapangan ini untuk menjalankan kajian
mereka. Dalam bentuk kajian lapangan, data dikutip melalui temubual dengan
responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

(b) Bentuk Kajian Kes


Secara ringkasnya, kajian kes adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes.
Kes-kes ini mungkin berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal,
projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Sat kes adalah satu unit asas
analisis. Data kes mengandungi semua informasi yang anda dapati daripada
sesuatu kes, termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan
pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut.

Teknik utama yang digunakan dalam kajian kes ialah pemerhatian lapangan,
temuduga dan analisis dokumen. Huraian tentang teknik-teknik ini dapat dilihat di
bawah topik “Kaedah Mengutip Data”. Kajian kes memberi peluang pada pembaca
berada di dalam sesuatu situasi, iaitu liku-liku hidup seseorang, liku-liku hidup
sesuatu kumpulan manusia atau perjalanan sesuatu program.

(c) Bentuk Kumpulan Terfokus


Bentuk ini melibatkan proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khas
untuk kumpulan kecil. Anda perlu mengambil berbincang menggunakan psikologi
secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar serta memahami ciri-ciri sosio-
budaya pelbagai kumpulan. Ia adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat
berasaskan pendapat, pengalaman and sikap. Kumpulan terfokus ini boleh wujud
secara terpimpin atau tidak terpimpin.

(d) Bentuk Kajian Tindakan


Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini
melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Ia memberi pengkaji
satu ruang untuk bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah
spesifk.

(e) Bentuk Analisis Dokumen


Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk
mendapatkan data kajian. Anda perlu mewujudkan satu set kriteria tentang
maklumat yang diperlukan sebelum data dikutip dan dianalisis.

OUM
88
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

(f) Bentuk Pelbagai Pendekatan


Dewasa ini, telah menjadi suatu kebiasaan bagi pengkaji menggunakan pelbagai
bentuk untuk menjalankan kajian mereka. Pendekatan ini mencantumkan dua atau
lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Dalam bentuk pelbagai ini, anda perlu
mengutip data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah pengutipan data.

Latihan 6.1

Berikan satu topik kajian kualitatif. Nyatakan objektif dan persoalan


kajiannya.

6.1.3 Membina Alat Kajian Kualitatif

Bagi kajian kualitatif, anda sendiri perlu membina alat-alat kajian menurut definisi
operasional perkara-perkara yang anda ingin kaji. Kaedah membina alat-alat kajian
mengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikut:

(a) Penilaian Dokumen

Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau
tindakan seseorang. Dokumen juga dikaitkan dengan rekod bertulis tentang sejarah
institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Jadi, dokumen termasuklah rekod yang
tidak terhad kepada diari, surat, memo, nota, surat rasmi, gambar, pita audio/video,
filem, artikel, buku, rekod internet dan manuskrip.

Dokumen dianalisis untuk melihat bentuk dan tren yang berlaku di masa lampau.
Dokumen juga diguna untuk menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti
kaedah temuduga dan pemerhatian.

Sebagai contoh, anda mungkin ingin membangunkan alat “Penganalisisan Dokumen”


untuk mengutip data bagi Objektif Kajian I dalam Contoh B: ”Orientasi kepercayaan
pelajar tentang sebab pengagihan dadah, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1.

OUM
89
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

Jadual 6.1: Senarai Semak Penganalisisan Dokumen

Peringkat Kriteria Semakan/Pandangan

Pra masuk 1. Jenis dokumen yang diperlukan:


x rekod kaunseling
x rekod anekdotal

2. Lokasi dokumen
x sekolah
x pusat kaunseling dadah

3. Aksesibiliti
x Komunikasi khusus
x Kebenaran untuk akses
x Siapa yang di akses?
x Bagaimana hendak mengakses?
x Bila hendak diakses?

4. Jangka masa
x Masa menuggu
x Fotokopi

Rekoding 1. Isi Koding


x Jenis kod yang hendak digunakan
x Membangun kertas koding yang
x sesuai
x Memproses rekod isi

Memproses 1. Pengurangan Data


x Bagaimana hendak mentranskripsi data?

2. Mempamir Data
x Format yang digunakan

3. Verifikasi Data
x Triangulasi Data

Interpretatasi 1. Dapatan
x Dapatan utama
x Dapatan sekunder

2. Menginterpretasi penemuan
x Konteks teoretis
x Konteks kajian
x Konteks lokal/sekolah

(b) Alat Pemerhatian

Pemerhatian sebagai alat untuk mengutip data mempunyai ciri-ciri berikut:

• Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu
dan pada masa yang ditetapkan.

OUM
90
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

• Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.


• Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian.
• Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian
• Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

Secara umumnya, anda perlu membina alat pemerhatian yang piawai apabila anda
menggunakan khidmat beberapa pemerhati semasa pemerhatian dijalankan. Jadual
6.2 menunjukkan satu contoh alat pemerhatian yang bersifat separuh-berstruktur.
Alat ini telah dibangun berdasarkan Objektif Kajian 1 daripada Contoh A: Mengenal
pasti ciri-ciri tabiat pemonteng di dalam bilik darjah.

Jadual 6.2: Contoh Pemerhatian Separuh-Berstruktur

Nama Pemerhati: Responden #:


Tempat Pemerhatian:
Masa/Jangka Waktu Pemerhatian:

Item Nota Pemerhatian


Perhati tabiat mereka sebelum masuk kelas.
Perhati tabiat mereka ketika guru masuk kelas.
Perhati apa mereka buat ketika guru sedang mengajar.
Perhati reaksi mereka apabila diminta menjawab.
Perhati reaksi mereka apabila diberi kerja rumah.
Perhati tabiat mereka apabila guru hendak meninggalkan kelas.

Sekiranya anda menggunakan alat pemerhatian yang berstruktur, item yang sama dalam
alat ini boleh digunakan untuk semua subjek kajian yang diperhati.

(c) Alat Menemuduga

Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu. Ia disifatkan


sebagai suatu proses pencarian makna yang aktif apabila fenomena yang diselidik
tidak dapat dilihat secara langsung. Secara spesifik, tujuan temuduga adalah untuk
mengutip maklumat. Temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek melalui
soalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal atau
tanpa verbal. Temuduga boleh bersifat kasual atau mendalam.

Terdapat tiga (3) jenis temuduga yang masing-masing mempunyai struktur tersendiri:

• Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk


mendapat respons yang spesifik. Contoh: "Di mana anda tinggal?" "Berapa umur
anda?"
• Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan pra-penentuan
atau soalan terbuka telah dibangunkan.
• Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.

OUM
91
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

Jadual 6.3 memberi contoh alat yang berbentuk separuh struktur.

Jadual 6.3: Contoh Alat Temuduga Separuh Struktur

Nama Yang Ditemuduga: Responden#:


Tempat Temuduga
Masa Temuduga:

Item Respon
Pada fikiran anda apakah sebab anda menjadi penagih
dadah?
Apakah sebab anda menjadi seorang penagih?

Menurut contoh yang diberi, “Alat Temuduga Separuh Berstruktur” dibentuk untuk
mendapatkan data dengan menggunakan satu set soalan yang telah ditetapkan, yang
boleh membantu kita mendalami pemikiran, pandangan dan sikap subjek tentang sebab-
musabab mereka tercebur dengan dadah. Kita boleh membuat andaian bahawa
pemikiran, pandangan dan sikap seseorang berkait rapat dengan kepercayaan individu.
Sila ambil perhatian bahawa jumlah item boleh ditingkatkan atau diturunkan menurut
definisi operasional yang digunakan pengkaji.

6.1.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

“Kesahan” dan “kebolehpercayaan” merupakan dua aspek yang berbeza daripada


kepercayaan kajian. Isu isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi:
(1) alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data; dan (3) kaedah analisis
data. Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya
berorientasikan proses.

Dalam kajian kualitatif, alat mengutip data, secara amnya, boleh digolongkan kepada tiga
(3) jenis, iaitu: (1) temuduga, (2) pemerhatian dan (3) dokumentasi.

Diskusi mengenainya boleh difokuskan dalam hal-hal berikut:

• kebolehpercayaan dan kesahan alat; dan


• triangulasi

(a) Kebolehpercayaan dan Kesahan Alat


Kebolehpercayaan dan kesahan tidak akan dibincangkan di sini. Kedua-dua konsep
ini telah pun diterangkan sebelum ini. Oleh itu, perbincangan akan ditumpukan
kepada triangulasi.

(b) Triangulasi
Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan,
membuat peta, navigasi dan latihan militer. Dalam sains sosial, triangulasi digunakan
untuk tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga, beberapa strategi pengutipan data
digunakan untuk mengukur sesuatu konsep. Masalah berkaitan kebolehpercayaan
dan kesahan boleh dikurangkan melalui triangulasi. Denzin (1978) mengenal pasti
empat (4) kategori triangulasi seperti berikut:

OUM
92
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

(i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk
menyelidik fenomena yang sama.

(ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding


dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.

(iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk
menyelidik fenomena yang sama.

(iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk


menyelidik fenomena yang sama.

Dalam kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan teknik yang berbeza untuk
mengumpul data. Kita juga perlu menggunakan strategi yang berbeza untuk
menyelidik fenomena yang sama. Untuk memperoleh kebolehpercayaan dan
kesahan, kita tidak boleh mengenepikan penggunaan triangulasi, sebab cara ini
dipercayai lebih berkesan jika digunakan dalam kajian kualitatif.

Latihan 6.2
Nyatakan bentuk kajian yang sesuai untuk topik dan objektif kajian yang
anda pilih dalam Latihan 6.1.

6.2 PENGUTIPAN DATA


Dalam kajian kualitatif, proses mengutip data adalah sama sahaja dengan kajian
kuantitatif. Perbincangan kita tentang pengutipan data dibahagikan kepada dua (2)
bahagian, iaitu:
• persampelan dalam kajian kualitatif; dan
• kaedah mengumpul data

6.2.1 Persampelan dalam Kajian Kualitatif

Persampelan dalam kajian kualitatif merupakan suatu pengalaman yang berbeza daripada
kajian kuantitatif. Berikut adalah beberapa strategi pemerhatian persampelan yang
digunakan dalam kajian kualitatif.

(a) Strategi Persampelan


Dalam kajian kuantitatif, besar kemungkinan kita akan meggunakan strategi
persampelan berkebarangkalian (probabilty sampling), sebaliknya, dalam kajian
kuanlitatif, kita akan menggunakan strategi persampelan bukan-berkebarangkalian
(non-probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian
adalah seperti berikut:

(i) persampelan mudah;


(ii) persampelan bertujuan;
(iii) persampelan snowball; dan
(iv) persampelan kuota (quata sampling).

OUM
93
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

Persampelan Mudah
Sampel mudah (convinience sampling) disifatkan juga sebagai sampel “accidental”
atau available (Babbie, 1998). Sampel jenis ini dipilih berasaskan kepada subjek
kajian yang mudah diperoleh untuk kajian tertentu. Sebagai contoh, adalah menjadi
kebiasaan bagi guru menggunakan pelajar mereka sendiri sebagai subjek kajian
mereka.

Persampelan Bertujuan
Persampelan bertujuan (purposive sampling) juga dikenali sebagai “persampelan
membuat keputusan” (judgmental sampling). Logik persampelan bertujuan dalam
kaedah kualitatif adalah amat berbeza dengan logik persampelan berkebarangkalian
dalam kajian kuantitatif. Dalam persampelan bertujuan, pengkaji menggunakan
pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek
yang hendak dikaji daripada populasi.
Dalam kes tertentu, sampel bertujuan dipilih selepas kajian lapangan dibuat
terhadap kumpulan tertentu untuk memastikan jenis individu yang mempunyai
sesuatu atribut dapat digunakan dalam kajian yang dijalankan. Sebagai contoh,
pemonteng sekolah, walaupun jumlah mereka kecil, mereka masih boleh digunakan
untuk kajian berkaitan dengan ponteng sekolah.

Persampelan Snowball
Persampelan snowball (snowball sampling) merupakan kaedah persampelan yang
paling popular digunakan oleh pengkaji kualitatif. Ia adalah cara terbaik bagi
mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita
menjalankan kajian. Misalnya, persampelan ini adalah terbaik untuk digunakan oleh
guru yang berminat mengkaji kumpulan pelajar yang terjebak dengan penagihan
dadah.

Sebagai pengkaji, anda perlu mengenal pasti pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri
tertentu. Kumpulan pelajar ini kemudiannya akan memberi nama pelajar-pelajar lain
yang mempunyai atribut yang sama dengan mereka. Sebagai contoh, sekiranya
anda ingin mengetahui penggunaan dadah di kalangan pelajar, anda dari awal lagi
perlu mengenal pasti pelajar yang mempunyai ciri-ciri penggunaan dadah.
Kemudian, kumpulan pelajar ini diminta memberi nama pelajar-pelajar lain yang
menggunakan dadah.

Persampelan Kuota
Persampelan kuota (quota sampling) adalah pemilihan sampel secara mudah
mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan. Untuk
menggunakannya, anda perlu menyediakan satu jadual yang menerangkan ciri-ciri
sampel seperti jantina, umur, pendidikan dan atribut lain yang ditentukan oleh
pengkaji. Kemudian, anda perlu menentukan pembahagian setiap ciri/atribut apabila
anda meneliti atribut populasi kajian. Sebagai contoh, seorang guru ingin mengkaji
persepsi keganasan sekolah antara pelajar dalam sesuatu daerah sekolah dengan
memberi perhatian kepada kumpulan pelajar mengikut umur mereka. Sebagai
langkah pertama, guru tersebut perlu mewujudkan beberapa kategori pelajar,
misalnya 15 tahun ke atas dan 15 tahun ke bawah.
Selepas itu, guru perlu mengenal pasti semua populasi pelajar sekolah dalam
daerah tersebut. Kemudian guru perlu membahagikan mereka mengikut kategori-
kategori yang dikehendaki (umur, jantina, dan sebagainya.) dan menentukan jumlah
pelajar dalam setiap kategori tersebut. Selepas itu, guru memilih sebuah sekolah

OUM
94
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

dalam daerah tersebut dan membuat persampelan daripada pelajar-pelajar sekolah


ini, dan kemudiannya membahagikan mereka kepada kategori-kategori berkadaran
dengan bilangan pelajar bagi kategori-kategori ini dalam populasi.

6.2.2 Kaedah Pengutipan Data

Dalam kajian kualitatif, pengkaji lazimnya menggunakan tiga (3) jenis strategi pengutipan
data, iaitu:

• data yang didapati daripada dokumen;


• data yang didapati daripada temuduga; dan
• data yang didapati daripada pemerhatian.

(a) Data Daripada Dokumen


Dokumen manakah yang hendak diakses atau dinilai? Umumnya, anda perlu
mengikuti prosedur tertentu untuk mengutip data.

Langkah Pengutipan Data

(i) Sediakan kriteria persampelan dokumen. Anda perlu menyediakan kriteria


pemilihan berdasarkan persoalan kajian anda. Ini perlu dilakukan sebelum
penganalisisan data sebenar. Dokumen yang manakah yang anda ingin akses?
Bolehkan ia diakses? Di mana dokumen ini diperoleh? Siapa orangnya yang
hendak dihubungi? Bila perlu dihubungi? Berapa lama doumen perlu diteliti?

(ii) Tubuhkan sistem organisasi data yang lebih praktikal untuk anda (lihat Jadual
6.4). Sebagai contoh, Jadual 6.4 menunjukkan nota data yang dirumuskan
daripada rekod kaunseling yang didapati daripada pusat kaunseling. Buat masa
ini, hanya dua dokumen yang akan diakses.

Latihan 6.3

Huraikan alat kajian yang sesuai digunakan bagi kajian yang dipilih dalam
Latihan 6.1.

OUM
95
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

Table 6.4: Nota Data daripada Pemeriksaan Rekod Kaunseling

Jenis Dokumen Data/Informasi (Rumusan)

Rekod Kaunseling Kes 1: Seorang pelajar yang pendiam yang bergantung


(daripada kaunselor sekolah). kuat pada rakan-rakannya; seorang rakan menjatuh
maruahnya; mencari sebab dengan gurunya.
Kes 2: Semua orang/guru tidak memahaminya;
mempunyai sedikit sahaja kawan; semua kawannya lemah
dalam pelajaran.
Kes 3: Jatuh cinta dengan seorang lelaki; prestasi
akademik rendah; ibu bapa sering mengganggu
perasaannya.
Kes 4: Terpengaruh dengan budak lelaki supaya
mengambil dadah; tidak dapat menyesuaikan diri dengan
pelajar lain; seorang dalam kesunyian.
Kes 5: Tidak tahu apa yang hendak dilakukan sepanjang
hayatnya; sering cemas dan mudah melenting; tidak upaya
mengawal diri.

Rekod Kaunseling Kes 1: Semasa menerima rawatan mempunyai tendensi


(didapati daripada kaunselor menentang warden dan kakitangan di pusat rawatan.
dadah)
Kes 2: Lemah dalam kemahiran sosial; tidak dapat
menyesuaikan diri dengan penghuni lain; sering
bersendirian.
Kes 3: Tidak asertif; terlalu bersandar pada orang lain;
dibuli oleh penghuni lain; tidak mahu bersemuka dengan
warden atau kaunselor.
Kes 4: Tidak dapat bergaul dengan baik; tidak suka
apabila dibawa ke pusat rawatan; mahu mengubah cara
hidup.
Kes 5: Tidak mahu bekerjasama ketika menerima
rawatan; sering menyalahkan semua orang termasuk
dirinya sendiri tentang apa yang telah berlaku.

(b) Data Pemerhatian


Pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah
laku subjek kajian secara langsung. Anda memerhati tabiat dan dokumenkan atribut
subjek yang dikaji. Isu kritikal yang berkait rapat dengan pemerhatian yang sering
ditimbulkan ialah sejauhmanakah penglibatan pengkaji dalam proses pengutipan.
Dalam teknik pengutipan data melalui pemerhatian, penyelidik membuat andaian
bahawa sesuatu tabiat itu mempunyai tujuan dan dilahirkan melalui nilai dan
kepercayaan tertentu.

Data pemerhatian membantu anda:


• memahami konteks;
• mendapat pengalaman terus; dan
• melihat benda yang mungkin terlepas daripada pandangan.

OUM
96
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Sebagai ilustrasi, hanya satu pemerhatian dijalankan untuk mengenal pasti ciri
tabiat pemonteng ketika mereka berada dalam kelas. Jadual 6.5 mengandungi
nota bagi data yang didapati daripada sesi pemerhatian berstruktur tunggal untuk
lima (5) orang pelajar ketika mereka berada dalam kelas.

Jadual 6.5: Nota Data daripada Pemerhatian Berstruktur

Items Nota Pemerhatian


Memerhati tabiat mereka Kes 1: Mengasingkan diri dan mimpi di siang hari.
sebelum guru memasuki kelas.
Kes 2: Banyak becakap dengan budak lelaki; sering
berjalan ke sana sini .
Kes 3: Membaca tabloid yang popular; nampak berminat
dengan orang lain.
Kes 4: Bercakap dengan lelaki yang duduk dihadapannya.
Kes 5: Bercakap dengan perempuan lain.

Memerhati tabiat mereka Kes 1: Sikap tidak peduli, memerhati sahaja guru masuk
semasa guru memasuki kelas. kelas, tidak senang hati.
Kes 2: Ia terus bercakap.
Kes 3: Terus membaca tabloid.
Kes 4: Berhenti bercakap dengan budak lelaki di hadapan.
Kes 5: Dia berhenti bercakap.

Memerhati apa mereka buat Kes 1: Tidak memberi perhatian pada guru, terus bermimpi
ketika guru mengajar. di siang hari.
Kes 2: Sekali sekala budak perempuan itu bercakap
dengan orang bersebelahan dengannya; sekali sekala
memberi perhatian kepada guru.
Kes 3: Membaca tabloid sekali sekala; sering tidak memberi
perhatian.
Kes 4: Mengganggu perempuan yang duduk dihadapannya,
tidak memberi perhatian langsung.
Kes 5: Memberi perhatian setiap masa; mengambil nota
sekali sekala.

Memerhati bagaimana mereka Kes 1: Kelihatan tidak selesa apabila diminta menjawab;
memberi reaksi apabila diminta tidak upaya menjawab dengan betul.
menjawab soalan.
Kes 2: Menunjuk muka dan mempamirkan sikap ”tidak
peduli”.
Kes 3: Tidak upaya menjawab.
Kes 4: Cuba menjawab, mungkin untuk mengambil hati
guru.
Kes 5: Berupaya menjawab soalan dengan tepat.

OUM
97
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

Memerhati reaksi mereka apabila Kes 1: Mempamirkan sikap ”tidak peduli”.


diberi kerja rumah.
Kes 2: Bertanya guru kenapa diberi kerja rumah;
mengatakan beliau tidak mempunyai masa untuk
membuat kerja rumah.
Kes 3: Membantah sebab terlalu banyak kerja rumah
sudah diberi oleh guru lain.
Kes 4: Sikap ”awak suruh saya buat, saya akan buat”.
Kes 5: Memnunjukkan tanda bersetujuan.

Memerhati tabiat mereka apabila Kes 1: Menunjukkan tanda kepuasan.


guru meninggalkan kelas.
Kes 2: Menunjukkan kepuasan dan mula sambung
bercakap.
Kes 3: Rasa selesa apabila guru meninggalkan kelas.
Kes 4: Menoleh ke belakang dan mula bercakap
dengan budak perempuan dibelakangnya.
Kes 5: Mula bercakap dengan orang yang berada di
hadapan.

(c) Data Temubual


Temubual merupakan satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek
kajian secara langsung. Sebagai aktiviti latihan dalam pengutipan data, sila rujuk alat
temubual berstruktur dalam Jadual 6.6. Sampel tersebut terdiri daripada lima (5)
orang pelajar Tingkatan 5 yang telah dikenalpasti sebagai penagih dadah. Ketika ini
mereka sedang menjalani program pemulihan mandatori selama dua (2) tahun.
Temubual berstruktur digunakan untuk mengutip maklumat untuk menjawab Objektif
Kajian 1 yang diambil daripada Contoh B: Orientasi kepercayan pelajar yang menjadi
penagih dadah.

Jadual 6.6 menunjukkan respons asal yang telah ditranskripsikan ke dalam teks.
Transkripsi dibuat berdasarkan respons yang diberi oleh lima (5) orang subjek yang
telah ditemubual. Temubual dibuat dalam bilik kaunseling dadah. Setiap temubual
mengambil masa 10 minit. Temubual dijalankan daripada pukul 9.00-10.30 pagi.
Sekiranya anda menjalankan kajian, anda perlu menambah jumlah saiz sampel, sesi
pemerhatian dan soalan yang akan dikumukakan dalam temubual.

OUM
98
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Jadual 6.6: Nota Data daripada Temubual Separuh Berstruktur

Respons
Item
(Teks Dipermudahkan)

Apa perasaan anda yang Kes 1: Rasa dianayai oleh rakan; guru terasa mencari
menyebabkan anda menjadi kesalahan sahaja.
penagih?
Kes 2: Rasa diketepikan oleh rakan; guru tidak
memahaminya

Kes 3: Terasa hendak membunuh diri; teman lelaki


meninggalkannya kerana perempuan lain; ibu bapa
mengetepikannya.

Kes 4: Terasa tidak diterima oleh rakan di sekolah;


terasa kesunyian; telah dipelawa oleh pengih dadah
untuk menghadiri satu jamuan.

Kes 5: Terasa hidup di dunia ini tidak bermakna.

Pada fikiran anda apakah Kes 1: Tidak memikir langsung tentang bahaya dadah.
sebab utama anda menjadi
seorang penagih? Kes 2: Terasa yang guru tidak memahami dirinya; tidak
fikir ibu bapa memahami dirinya sendiri; terasa bahawa
rakan-rakannya tidak boleh dipercayai.

Kes 3: Tidak boleh bayangkan rakan lelakinya akan


menjatuhkan meruahnya; ibu bapa tidak memahami
masalahnya dan memikirkan bahawa dirinya perempuan
“tidak baik”.

Kes 4: Terlalu sebuk dengan pemikiran negatif dan


perkara yang tidak baik dan halangan-halangan; rakan
tidak boleh dipercayai.

Kes 5: Memarahi diri sendiri kerana tidak membantu


rakan pada masa lalu; tidak dapat memikir mencari jalan
mendapatkan rakan baru yang bukan penagih dadah.

6.3 ANALISIS DATA

Anda telah pun melalui proses pengutipan data melalui pemerhatian dan temubual subjek
kajian anda. Anda juga telah membuat penilaian terhadap dokumen-dokumen kajian anda.
Sekarang anda mempunyai timbunan data di tangan anda. Bagaimana caranya anda
hendak menyusun dan menganalisis data yang anda dapati itu. Dalam bahagian ini,
perkara-perkara berikut akan dibincangkan:
• proses analisis data; serta
• dapatan dan interpretasi.

OUM
99
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

6.3.1 Proses Menganalisis Data

Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip
dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang anda
gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan
data:
(i) Tahap pra-analisis;
(ii) Tahap kemasan data;
(iii) Tahap pamiran data ;
(iv) Tahap verifikasi data; dan
(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi).

Setiap satu daripada lima (5) tahap ini boleh diterjemahkan kepada beberapa item yang
akan anda gunakan sebagai senarai rujukan (sila lihat Jadual 6.7)

Jadual 6.7: Analisis Data untuk Rujukan

Langkah Item Tanda

I Tahap Pra-analisis
Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan.
Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut
urutan tertentu. Data direkod seperti yang dikehendaki. Sediakan
dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. Mengkod dan
mengkod semula respons terbuka dan data yang didokumenkan.
Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder. Mula mengambil
nota tema dan bentuk yang wujud. Pastikan data mudah diakses.

II Tahap Kemasan Data


Pada tahap kemasan data (data reduction), data ditranskrip-sikan
dalam ”word processing” atau dalam format analisis tekstual
menggunakan komputer. Data yang telah ditranskripsikan
dipermudahkan dan bersifat terfokus.

III Tahap Pamiran Data


Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan
rumusan. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau
tindakan tambahan yang perlu dibuat.

IV Tahap Verifikasi Data


Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik
yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosedur yang
membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Proses
dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.

V Tahap Dapatan
Penyemakan dan interpretasi dapatan.

OUM
100
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Latihan 6.4

Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 6.1, nyatakan kaedah


triangulasi kajian yang sesuai untuk kajian tersebut.

6.3.2 Interpretasi Data

Interpretasi melibatkan memberi makna dan kesignifikanan kepada analisis. Ia melibatkan


penerangan dan penetapan bentuk deskriptif dan penentuan hubungan sesama bentuk.
Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan disiminasi.

Jadual 6.8: Rujukan untuk Interpretasi

Item Tanda
Interpretasi
Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda
Interpretasi berdasarkan teori
Interpretasi berdasarkan maklumat
Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat

(a) Data Dokumen

Dalam analisis isi kandungan, pengkaji menilai dokumen atau transkrip dan
kemudian membuat inferens berdasarkan isi kandungan yang didapati dari
dokumen. Tahap analisis isi kandungan adalah seperti berikut:

(i) Data dikutip dan diubah menjadi teks.


Contoh: transkrip daripada nota kaunseling diubah menjadi teks.
(ii) Teks dilabel dan dikategorikan.
(iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan
Menjelma.
(iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang
sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya.
(v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

(b) Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan

(i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan.
Patutkah ia berbentuk kualitatif atau kuantitatif?
(ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi
kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak natural atau mempunyai
isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent pula mempunyai
makna dalaman bagi sesuatu mesej.
(iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanya
dalam sesuatu label atau tema.

OUM
101
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

Jadual 6.9 mengandungi data daripada nota teks yang dikutip daripada lima (5) subjek
kajian. Lihat semula data yang telah dianalisis yang dimuatkan dalam Jadual 6.9 dan cuba
beri interpretasi anda sendiri tentang data tersebut.

Jadual 6.9: Analisis Data dan Kategori Orientasi Kepercayaan Penagih Dadah

Deskripsi Orientasi Dalaman


Faktor Orientasi Luaran Deskripsi/Label
Descriptors
Rekod Kaunselor Sekolah
Rakan/rakan sebaya Ditipu, mudah terpengaruh, Suka mencari kesalahan
dan mempunyai masalah orang, bersandar pada orang
pembantu. lain, pencapaian rendah, tidak
sependapat dengan orang
lain, tidak mempunyai arah
Ibu bapa Cerewet tuju, kesunyian, tidak upaya
mengarah, mudah melenting,
Guru Tidak memahami diri mereka gelisah.
Rekod Kaunselor Dadah
Penghuni Dibuli oleh penghuni, Tidak sosial, tidak seronok
menyalahkan orang lain semasa rawatan, tidak
tentang masalah diri sendiri. memberi kerjasama, terlalu
bersandar pada orang lain,
Ibu bapa Tiada maklumat kurang kemahiran sosial, tidak
Salahkan warden, mencari asertif, mengasingkan diri,
Warden
fasal dengan warden. dan salahkan orang lain

Dua (2) rumusan boleh dibuat hasil daripada data yang diperoleh daripada Jadual 6.9.
Pertama, faktor dalaman adalah sebab utama lima (5) orang responden menjadi penagih
dadah. Bagaimanapun, menurut responden sendiri, mereka berpendapat bahawa faktor
luaran adalah sebab utama mereka terjebak menjadi penagih dadah.
Kedua, terdapat perchanggahan apa yang dilaporkan oleh responden kepada kaunselor
dan persepsi kaunselor tentang sebab responden menagih dadah. Responden
mempunyai sistem kepercayaan yang berorientasi luaran. Responden percaya faktor
luaranlah yang menyebabkan mereka menjadi penagih.
Dapatan ini diperkukuhkan lagi apabila data triangulasi diambil kira, yakni, apabila dua set
data, satu daripada rekod kaunselor sekolah dan satu lagi daripada rekod kaunselor
dadah dibandingkan. Hasilnya, terdapat persetujuan antara kedua-dua dapatan tersebut.
Justeru, berdasarkan dapatan tersebut, kita boleh memebuat interpretasi bahawa penagih
dadah mempunyai mekanisme pemikiran yang tidak menentu.

(c) Data Temubual


Data daripada temubual berstruktur seperti yang terdapat dalam Jadual 6.10
digunakan untuk menganalisis orientasi kepercayaan penagih dadah.

OUM
102
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Jadual 6.10: Analisis Data daripada Temubual Berstruktur untuk


Orientasi Keprcayaan Penagih Dadah

Orientasi Luaran Orientasi Dalaman

Rakan/rakan sebaya
Dianiaya oleh rakan, ditinggalkan rakan lelaki, Kesunyian dan perlu
dijemput oleh penagih dadah untuk menghadiri majlis kawan supaya diterima
sosial, rakan yang tidak boleh dipercayai, dijatuhkan dengan mudah.
maruah oleh rakan.

Ibu bapa
Disingkir oleh ibu bapa, ibu bapa tidak perasaan
terhadap anak

Guru
Guru selalu mencari kesalahan, selalu meleter, guru
tidak memahami mereka.

Analisis daripada temubual menunjukkan penagih percaya bahawa faktor luaran


adalah penyebab utama mereka menjadi penagih. Penemuan yang dihasilkan ini
sama sahaja dengan penemuan yang didapati daripada penelitian dokumen.

(d) Data Pemerhatian

Analisis ini dihasilkan berdasarkan data dalam Jadual 6.11.

Jadual 6.11: Analisis Data daripada Pemerhatian Berstruktur untuk Ciri Tabiat
Pemonteng Ketika Berada dalam Kelas

Item Nota Pemerhatian

Tabiat Pro- Tabiat Tabiat Anti-pembelajaran.


pembelajaran pembelajaran
Neutral

Tabiat yang diperhati Tiada. Tiada. Mimpi di siang hari, bercakap


sebelum guru dan berjalan ke sana sini.
memasuki kelas.

Tabiat yang diperhati Tiada. Tiada. Secara tidak senang


semasa guru memerhati guru, sambung
memasuki kelas. bercakap, berjalan, sambil
membaca tabloid.

Tabiat yang diperhati Beri perhatian, Beri perhatian Tidak beri perhatian, mimpi di
ketika guru mengajar. ambil nota. sekali sekala. siang hari, baca tabloid,
ganggu orang lain.

Tabiat yang diperhati Boleh Cuba mengambil Tidak berminat, tidak peduli.
apabila diminta menjawab hati guru.
menjawab soalan soalan.

OUM
103
KAJIAN KUALITATIF TOPIK 6

Tabiat yang diperhati Sukacita Patuh kepada Tidak peduli, tidak ada masa
apabila guru memberi mendapat peraturan, untuk kerja rumah.
kerja rumah. kerja rumah. bantahan kerana
terlalu banyak
kerja rumah.

Tabiat yang diperhati Tiada Tiada Merasa kepuasan, terus


bila guru meninggalkan bercakap, suka meliahat guru
kelas meninggalkan kelas.

Sebagai kesimpulan, daripada data pemerhatian kita boleh menyatakan bahawa


pemonteng mempunyai ciri-ciri tingkah laku anti-pembelajaran lebih tinggi daripada tingkah
laku pro-pembelajaran. Kesahihan kesimpulan ini boleh disahkan melalui triangulasi teori.

Latihan 6.5

Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 6.1, nyatakan kesimpulan


yang mungkin dan bagaimana kesahihannya dapat dibuktikan?

RUMUSAN
Dalam mana-mana kajian kualitatif, isu pengenalan pengkaji sering diketengahkan.
Setakat manakah anda boleh memperkenalkan diri anda kepada subjek kajian? Isu-isu
lain berkait rapat dengan aktiviti pengkaji. Selain itu, sejauh manakah anda boleh
mengaktifkan diri anda? Beberapa isu perudangan dan profesional serta isu etika juga
perlu diketengahkan.

GLOSARI
Kebolehpercayaan – Ketekalan data yang diperoleh sekiranya pengutipan
data dibuat semula.

Kesahan – Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apa


yang kita ingin tahu.

Pemerhatian – Satu teknik pengutipan data dengan memerhati


tingkah laku subjek kajian secara langsung.

Temubual – Satu teknik pengutipan data dengan menemubual


subjek kajian secara langsung.

Triangulasi – Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahan


maklumat untuk kajian kualitatif.

OUM
104
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

UJIAN 1
1. Anda telah didedahkan kepada kajian kuantitatif dan kualitatif. Apakah perbezaan
dari segi tujuan antara dua (2) jenis kajian ini?

2. Terdapat beberapa bentuk kajian kualitatif. Jelaskan dengan ringkas bentuk kajian
lapangan.

3. Selepas data melalui proses pra-analisis, pengkaji perlu mengemaskan data yang
dikutip. Jelaskan apa yang anda faham tentang maksud “mengemas data”.

UJIAN 2
Gunakan kantin sekolah anda sebagai tempat anda memerhati tingkah laku pelajar-pelajar
anda selama seminggu. Sebagai seorang pengkaji, jelas perkara-perkara berikut:

(a) Pilih satu tingkah laku yang ingin diperhatikan.

(b) Jelaskan alat kajian yang boleh digunakan untuk mencerap tingkah laku ini.

(c) Jelaskan bagaimana data kajian dianalisis.

OUM
105

Anda mungkin juga menyukai