Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Kaedah kualitatif merupakan pengkajian yang sukar diukur mengunakan


nombor dan kajian ini selalunya mengunakan pendekatan induktif. Kajian
kualitatif merupakan satu penyelidikan

ke atas sesuatu fenomena bagi

mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. Biasanya dalam


kajian ini penyelidik akan melakukan interaksi dan bersemuka dengan responden
yang akan dikaji. Kajian kualitatif ini sangat penting untuk membantu kefahaman
dalam membuat atau membentuk sesebuah teori yang baru.
Pendekatan Kualitatif
Kajian kualitatif melibatkan suasana atau proses yang sukar diukur oleh
nombor.

Penyelidik

perlu

bersama-sama

dengan

responden

atau

tinggal

bersama-sama bagi menghasilkan data dan maklumat yang tepat. Di samping


itu turut mengutamakan proses dan hasil dalam sesuatu kajiannya. Ini kerana
kaedah kajian adalah untuk mengkaji fenomena sains sosial untuk memahami
dan

menjelaskan

secara

mendalam.

Seterusnya

kajian

ini

menekankan

penghasilan makna yang diambil kira oleh kajian kualitatif seperti pandangan
seseorang dan akibat yang dirancang. Selain daripada itu, kualitatif juga
merupakan satu proses inkuiri interpretative untuk memahami isu atau masalah
sosial

serta

mengamalkan

pendekatan

non-intervantion.

Kajian

ini

juga

menggunakan maklumat yang diperolehi melalui cara pemehatian, temu bual,


analisis dokumen dan lain-lain. Terdapat beberapa ciri-ciri yang ada dalam
pedekatan kualitatif ini. Antaranya adalah

kajian ini mestilah bersifat semula

jadi, tidak banyak mengunakan alat ukur kajian, pemerhatian turut serta,
menggunakan data primer, dan saiz sampel yang kecil, serta bersifat deskriptif
iaitu mempunyai nota catatan lapangan, transkip temu bual dan sebagainya.
Persampelan Dalam Kajian Kualitatif
Menurut Roscoe(1975), persampelan merupakan sebahagian daripad
objek, kejadian, atau individu yang dipilih daripada populasi yang dikaji.
Persampelan ini dilakukan sebagai langkah penting dalam memulakan sesuatu
penyelidikan. Biasanya persampelan jenis bukan keberangkalian digunakan
dalam kajian kualitatif tersebut.
Terdapat empat jenis persampelan yang digunakan iaitu persampelan
mudah, persampelan bertujuan, persampelan Snowball, dan persampelan kuota.

Dalam persampelan mudah, responden yang hendak dikaji mestilah sudah


dikenal pasti. Kemudian bagi persampelan bertujuan pula adalah bersifat khusus
iaitu sekumpulan sampel telah dipilih dan ianya adalah bertepatan dengan objek
yang hendak dikaji. Persampelan Snowball pula adalah bersifat rantaian, iaitu
penyelidik akan menanyakan soalan kepada sekumpulan kecil responden dan
akhirnya menuju ke peringkat yang lebih besar apabila responden menanyakan
pendapat daripada kelompok yang lain.
Etnografi dan Pemerhatian Turut serta dalam kualitatif
Etnografi

merupakan

salah

satu

kaedah

dalam

kajian

kualitatif.

Pendekatan in digunakan untuk meneliti kelompok atau komuniti manusia atau


ianya melibatkan interaksi manusia berkaitan dengan perkembangan sosial dan
budaya masyarakat. Melalui pemerhatian turut serta atau interaksi dengan
penduduk kawasan dikaji, maka pengkaji mampu menggali maklumat secara
mendalam dengan sumber-sumber yang luas. Biasanya jika penyelidik memilih
dalam pemerhatian turut serta tersebut, ianya akan mengambil masa beberapa
bulan dalam proses pencarian maklumat ini.
Temu Bual dalam Kajian Kualitatif
Menurut Kvale(1996), sesuatu topik temu bual lebih menumpukan tematema penting sahaja dan harus berfokus kepada tema tersebut sahaja. Biasanya
kaedah remu bual dalam kajian kualitatif adalah berbeza dengan kaedah
kuantitatif. Dalam kajian kualitatif, temu bual adalah tidak seperti soal jawab
tetapi lebih kepada perbualan penyelidik dengan responden. Penyelidik haruslah
berperanan dengan mengambil sikap ingin tahu kerana dapat menjadikan
responden membuat penjelasan dengan lebih mendalam. Di samping itu,
penyelidik haruslah turut mengambil kira setiap tingkah laku, mimik muka,
pergerakan dan perkataan yang keluar semasa menemu bual.
Kepentingan
Dari

segi

kepentingannya,

kaedah

kualitatif

digunakan

untuk

mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu fenomena, indididu


dan masyarakat. Di samping itu juga dapat menjawab persoalan-persoalan
berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena itu berlaku dan bagaimana ia
berlaku. Seterusnya ia juga dapat mengkaji

suatu suasana atau proses yang

sukar diukur dengan nombor seperti imej diri dan tingkah laku manusia.

Penggunaan kualitatif turut menerangkan sesuatu peristiwa yang diterangkan


secara berkaitan dalam keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang
manipulasi sesuatu pihak.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kaedah yang digunakan dalam kajian kualitatif adalah
lebih sukar berbanding dengan kaedah kuantitatif. Ini kerana kaedah kualitatif
tidak dapat menggunakan cara seperti soal selidik yang digunakan dalam
kaedah kuantitatif. Malahan maklumat yang diperolehi melalui pendekatan
kualitatif juga tidak dapat diukur dengan nombor bagi menjelaskan butiran yang
terdapat dalam kajian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai