Anda di halaman 1dari 15

http://www.beritasemasa.com.

my/beban-tugas-guru-sekolah RUJUK LAMAN WEB INI


UNTUK ARTIKEL/SURAT KHABAR BUKTI CABARAN GURU

Guru. Terangkan maksud guru.
Fungsi guru/ peranan guru

Terangkan tentang pendidikan.
Fungsi pendidikan
Tujuan pendidikan

Terangkan maksud cabaran.
Listkan antara cabaran/cabaran yang ada
Listkan anatar usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani cabaran yang
dihadapi oleh guru.

Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
Terangkan definasi pengaruh
Terangkan mksud teknologi maklumat dan komunikasi

Kepentingan dan kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan masa
kini. @kebaikan


Kegunaan dalam pendidikan khususnya guru. (cari artikel berkaitan usaha kerajaan dalam
nak memajukan tmk)
Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek
pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme.
Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang
ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh
yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.
Meluaskan pengetahuan guru secara global.
guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen
perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di
Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain
tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan
teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan
konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah.
Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan
pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung
berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video
pendidikan di internet.
Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf
profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang
dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.
Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang
penting.
Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu
menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan
negara maju yang lain.



Sebagaimana yang dinyatakan sebentar tadi, teknologi maklumat dan komunikasi
sememangnya dapat membantu perkembangan penguasaan ilmu pengetahuan khususnya
dalam bidang pendidikan. Namun begitu, sebagai seorang guru yang sememangnya
merupakan agen perubahan yang bertindak sebagai seorang pendidik, perkembangan
teknologi dan maklumat dan komunikasi turut memberikan pengaruh dan menjadi satu
isu atau cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka. Hal yang demikian adalah
kerana..


Bagitahu isu atau cabaran tersebut (boleh rujuk http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-
dalam-pendidikan.html)
Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada
arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan
paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap
kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan
kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah
diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran
dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network
(LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran
daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar
mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail
pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses
ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar
dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan
pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan
memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai
perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan
pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku
teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan
sebagainya.
Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa
dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang
berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin
masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru
bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif
global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat
melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia
pendidikan.

1. Keberkesanan kurikululum di sekolah

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran
maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau
porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv
banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma
mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan
berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.

Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif
ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa
menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan
akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem
pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing
persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.




Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi
kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi
dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang
kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah
sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya
mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan
bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang
sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar
membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru
apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti
idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan
guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna
penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap
pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak
memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran
seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti
berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_
Utama&pg=ru_02.htm Rujuk laman web ini sebagai bukti beban kerja guru bertamabah.
Ini dikukuhkan lagi dengan laporan akhbar yang telah dikeluarkan oleh akhbar harian kosmo
bertajuk Ramai guru Sakit Jiwa. Dalam kenyataan akhbar tersebut, penulis telah menyatakan
bahawa
guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh
membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan
kemurungan.

Artikel
Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Re
ncana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3AexVTQmQ
Hakcipta terpelihara


4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan
kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:

a) kewangan

b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan

d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan

e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama
berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja
secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan
kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

Masalah-Masalah Yang Timbul/Wujud Dari Penggunaan Komputer Di Dalam Pendidikan
Sebagaimana yang telah dihuraikan tadi, aplikasi komputer dalam bidang pendidikan boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pentadbiran pendidikan, penyelidikan pendidikan dan
pengajaran dan pemelajaran. Disebabkan masalah-masalah yang timbul di dalam ketiga-tiga
bahagian ini hampir sama, kita akan membincangkan masalah-masalah aplikasi komputer dalam
pendidikan ini secara bersepadu.

a) Latihan Ulangan
Terdapat banyak perisian aplikasi pengautomasian pejabat di pasaran. Terdapat juga berbagai-
bagai jenis perisian untuk penyelidikan mahupun untuk pendidikan. Setiap orang perseorangan
yang ditugaskan mengendalikan perisian-perisian ini samada guru, kerani, pegawai penyelidik
atau lain-lain, perlu menjalani latihan menggunakan perisian tersebut di samping mempelajari
cara penggunaan komputer itu sendiri. Masalah akan timbul sekiranya orang perseorangan atau
pekerja terbabit berhenti atau ditukarkan ke bahagian lain. Latihan perlu dilakukan semula
kepada pengguna pengganti.

h) "Computer Phobia"
Disebalik perkembangan pesat dalam pengkomputeran, wujud juga segolongan manusia yang
tidak berupaya atau berpeluang mengikuti perkembangan pesat teknologi maklumat. Mereka ini
boleh bersikap takutkan komputer atau tidak mahu menggunakan komputer kerana kurang
keyakinan mereka terhadap komputer. Di hati mereka boleh juga wujud rasa rendah diri apabila
berada di kalangan individu yang celik komputer.



Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa

. Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai
alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji
sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk
menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai
matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal
di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan
kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan
mereka. Sabah dan serawak.masih ada diantara murid murid disana masih ketinggalan dari segi
kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini jurang pendidikan antara desa dan
Bandar masih ketara.

Peranan Pendidik

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan.
Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah
dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri
generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
kekuatan minda (krestif dan proaktif)
nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para
pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:

menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkini
dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialahSekolah
Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan
yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran.
Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd.
Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan
bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. "
Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya
bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan
menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa,

sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus
memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk
mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:



1. Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan

perkembangan semasa, seperti:

a . Teknologi dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk
melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia
menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan
menjadi mekanisme urusan harian.

b. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk
melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual
tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga
terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

c. Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori
dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran
secaradevelopmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai
kemahiranthoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan
dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan
kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:

@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)

@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)

@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)

@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

d. Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak

nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.




Tunjuk contoh masalah-masalh guru berkaitan teknologi (tengok keratin akhbar)


Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah
dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan
sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan
negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan
generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan
cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya dunia era globalisasi
kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi
maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem
pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan
cabaran dalam sistem pendidikan kita.

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan

politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita
terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi
gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada
pembangunan bangsa dan negara.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam
ucapan sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah
meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini.
Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan
teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-
masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu
bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah
seiringdengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat
kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalamu capannya
memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".

Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara kita Malaysia juga tidak
terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan
negara yang dihormati dan bertaraf dunia.








http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN (POINT NI BOLEH GUNA UNTUK TERANGKAN BERKAITAN DENGAN
PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)


1.1.6 Cabaran Globalisasi

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei
2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa
dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan
liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang
pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang
berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.

Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah
dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini.
Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan
pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan
pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di
peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada
hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).

Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu
ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini
juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan
arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini
perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu
kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok
Soon Sang, 2010).

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village,
tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus
sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki,
2010). Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus
Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini,
antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak
dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau,
kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala
melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain
memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah
meningkatkan kualiti pendidikan.

Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang disiarkan dalam Berita Harian
bertajuk, Selamat Pagi Cikgu bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang Bagaimana anda
simpulkan cabaran profesion guru pada hari ini? Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru
pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak pengajaran.
Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak langsung manakala ketiga ialah cabaran dari
segi kemajuan teknologi maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk
menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.

1.3 IMPLIKASI HUJAH

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah menyediakan diri
mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis
dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kata David Ryans dalam bukunya Characteristics
Of TeachersTheir Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan
dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa,
baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu,
elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan
pada masa kini ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme,
peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai