Anda di halaman 1dari 18

SEJARAH TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi berasal dari dua kata dalam Bahasa Yunani iaitu tassein bererti

mengklasifikasi dan nomos yang bererti aturan. Dengan ini, Taksonomi bererti klasifikasi

hierarki atas prinsip dasar atau aturan. Istilah ini kemudian digunakan oleh Benjamin Samuel

Bloom, seorang psikologi bidang pendidikan yang melakukan penelitian dan pengembangan

mengenai kemampuan berfikir dalam proses pembelajaran. Bloom, lahir pada 21 Februari

1913 di Lansford, Pennsylvania dan berhasil meraih Ijazah Kedoktoron dalam bidang

Pendidikan dari ‘The University of Chicago’ pada tahun 1942. Beliau dikenali sebagai

penasihat dan aktivis antarabangsa dalam bidang pendidikan dan berhasil membuat

perubahan besar dalam sistem pendidikan di India.

Sejarah Taksonomi Bloom bermula pada awal tahun 1950-an, di ‘American

Phychological Association Conference’, Bloom dan kawan-kawan mengemukakan hasil

penilaian yang dilakukan di sekolah, mereka menyatakan bahawa peratus soalan terbanyak

yang diajukan di sekolah hanya meminta pelajar untuk menyatakan hafalan mereka. Menurut

Bloom, hafalan sebenarnya merupakan aras terendah dalam kemampuan berfikir.

Pada tahun 1956, Bloom beserta kawan-kawanya Englehart, Furst, Hill dan Krathwohl

berhasil mengembangkan konsep kemampuan berfikir yang dinamakan ‘Taxonomy Bloom’.

Taksonomi Bloom mengklasifikasikan sasaran atau tujuan pendidikan kepada tiga domain

(ranah kawasan) iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Ranah Kognitif (Cognitif Domain)

mengandungi tingkah laku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan dan

kemahiran berfikir. Bloom membahagikan ranah kognitif kepada enam tingkat atau kategori

iaitu pengetahuan (knowledge), pemahaman (comprehension), penerapan (application),

analisis (analysis), sintesis (synthesis) dan evaluasi (evaluation).

Ranah Afektif (Affective Domain) merupakan tingkah laku berkaitan dengan emosi

seperti perasaan, nilai, minat, motivasi dan sikap. Pembahagian ranah afektif ini disusun oleh

Bloom bersama dengan David Krathwol, iaitu penerimaan (receiving), membalas


(responding), penilaian (valuing), organisasi (organization) dan pencirian dengan nilai

(characterization by a value).

Ranah Psikomotor mengandungi tingkah laku yang menekankan keterampilan/

kebolehan fizikal. Pembahagian dalam ranah ini tidak dibuat oleh Bloom, sebaliknya dibuat

oleh ahli lain berdasarkan ranah yang dibuat oleh Bloom. Ranah ini terdiri daripada persepsi

(perception), ditetapkan (set), tindak balas berpandu (guided response), tindak balas

mekanikal (mechanical response), tindak balas yang kompleks (complex response), pelarasan

(adjustment), dan kreativiti (creativity). Biasanya ketiga ranah ini dikaitkan dengan

‘Knowledge, Skill and Attitude’ (KSA). Kognitif menekankan pada ‘Knowledge’, Afektif

pada ‘Attitude’ dan Psikomotor pada ‘Skill’. Aras ranah kognitif ini dapat digambarkan

dalam bentuk pyramid seperti di bawah:

Tiga aras pertama (terbawah) merupakan ‘Lower Order Thinking Skill’, manakala tiga aras

berikutnya ‘Higher Order Thinking Skill’.

ARAS SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM


Taksonomi Bloom digunakan sebagai satu penanda aras atau kayu ukur dalam

penghasilan soalan peperiksaan bagi tujuan akademik.

1) Aras: Pengetahuan

 Ciri Soalan : Memerlukan pelajar mengingat semula. Jawapan pelajar menggunakan

bahasa asal.

 Contoh Kata Kerja : Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan,

dan lain-lain.

Soalan berasaskan pengetahuan

Apakah maksud perkataan ‘culas’

A. rajin C. lalai

B. malas D. cergas

2) Aras: Kefahaman

 Ciri Soalan : Memerlukan pelajar memahami fakta dan menghuraikannya, memberi

contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri.

 Contoh Kata Kerja : Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah dan

lain-lain.

Soalan berasaskan kefahaman


Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai mencari kerja.
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan tersebut
A. Ada ubi ada batas
B. Ada gula ada semut
C. Ada udang disebalik batu
D. Banyak udang banyak ragam

(LENAKA A/P VADIVALU)

2) Aras : Aplikasi

 Ciri Soalan : Memerlukan pelajar menyelesaikan masalah ‘non-routine’ atau masalah

baru. Ciri soalan adalah ‘problem-solving’. Masalah diselesaikan dengan cara

tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah

penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.

 Contoh Kata Kerja : Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan,

Demostrasikan dan lain-lain.

Soalan berasaskan aplikasi

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

i. ‘Radio ini ada kelasnya yang tersendiri,’ kata Adib.

ii. ‘Jangan makan di dalam kelas!’ kata pegawas itu.

iii. Mereka masyarakat kelas menengah

iv. Kulitnya kelas kerana terkena api

A. i, ii dan iv sahaja

B. ii, iii dan iv sahaja

C. I, ii, dan iii sahaja

D. Semua di atas

3) Aras : Analisis
 Ciri Soalan : Memerlukan pelajar menganalisis, memecah/ mecerakinkan fakta untuk

mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza,

mengupas dan membukti.

 Contoh Kata Kerja : Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis,

Cerakinkan, Tafsirkan dan lain-lain.

Soalan berasaskan analisis

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan berikut

Tiba-tiba aku tersedar,

Lamunan yang merugikan terlepas kini,

Sejarah hempedu pahit ku lupakan,

Kini, ku semaikan benih-benih harapan,

Bersama jutaan impian,

Aku kan tempuh segala cabaran.

Ku semai benih-benih harapan bermaksud.

A. Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya

B. Pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh

C. Pemuisi menanam benih-benih baru di ladangnya

D. Pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan

(SUNTHARAVALLI A/P VADIVALU)

4) Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk

menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini

penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid dapat

menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Misalnya

kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah

fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan
yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan

kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori,

hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.

Contohnya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat

membuat suatu teori mengikut data atau faktor yang diberi.

Soalan pada aras sistesis ini melihat tentang kreativiti pelajar dalam melahirkan
ciptaan yang baru.

Contoh ayat bagi aras ini seperti:

Apakah cara yang anda fikirkan baik untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan
dalam situasi tersebut ?
5) Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini untuk menguji keupayaan murid

menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu

Soalan pada aras penilaian ini menggalakkan pelajar menggunakan kriteria untuk
menilai atau mengadili sesuatu.

Contoh ayat bagi aras ini ialah:

Adakah kesimpulan yang dibuat oleh kumpulan itu sejajar dengan data yang
didapati dari kajian tersebut?

membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,

sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti

tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian

ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea,

kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangan sejauh mana

sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian

juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu

menilai ketepatan menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh

kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang

dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalah pertimbangan dari segi kriteria

luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau

yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generalisasi dan

fakta mengenai kebudayaan tertentu.


(GOH SOO LING)

PEMBAHARUAN DALAM TAKSONOMI BLOOM

Pada tahun 1994, Lorin Anderson, David Krathwohl dan para ahli psikologi aliran

kognitif memperbaiki taksonomi bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman. Hasil perbaikan

tersebut diterbitkan pada tahun 2001 dengan nama Revisi Taksonomi Bloom. Penambaikan

hanya dilakukan pada ranah kognitif. Ia meliputi:

1. Perubahan kata kunci dari kata benda menjadi kata kerja untuk setiap aras taksonomi.

2. Perubahan hampir terjadi pada semua aras hierarki, tetapi urutan aras masih sama iaitu dari

urutan rerendah hingga tertinggi. Perubahan asas terletak pada aras 5 dan aras 6.
3. Perubahan- perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:

Pada aras 1, ‘knowledge’ diubah menjadi ‘remembering’ (mengingati)

 Mengingati (Remembering): Menarik kembali maklumat yang tersimpan dalam

memori jangka panjang. Mengingat merupakan proses kognitif yang paling rendah.

Tugas mengingat hendaknya selalu dikaitkan dengan aspek pengetahuan yang lebih

luas dan bukan sebagai suatu yang lepas. Kategori ini mengandungi dua proses

kognitif iaitu mengenali (recognizing) dan mengingat (recalling).

 Mengenali (Recognizing): Proses kognitif untuk menarik kembali maklumat yang

tersimpan dalam memori jangka panjang agar dapat membandingkan dengan

maklumat yang baru. Contoh: Menyebutkan urutan pencernaan makanan dari mulut

hingga anus.

 Mengingat (Recalling): Menarik kembali maklumat yang tersimpan dalam memori

jangka panjang dengan menggunakan petunjuk yang ada. Contoh: Pada saat

ditunjukkan sejumlah tumbuhan siswa dapat mengingat nama-nama ilmiah tumbuhan

tersebut.

Pada aras 2, ‘comprehension’ diubah menjadi ‘understanding’ ( memahami)

 Memahami (Understanding): Membina makna atau pengertian berdasarkan

pengetahuan awal yang dimiliki, atau mengintegrasikan pengetahuan yang baru ke

dalam skema yang telah ada dalam pemikiran siswa. Kategori memahami

mengandungi tujuh proses kognitif iaitu menafsirkan (interpreting), memberikan

contoh (exemplifying), mengklasifikasikan (classifying), meringkas (summarizing),

menyimpulkan (inferring), membandingkan (comparing) dan menjelaskan

(explaining).

 Menafsirkan (interpreting): Mengubah dari satu bentuk informasi ke bentuk

maklumat yang lainnya. Misalnya dari tulisan ke grafik atau gambar ataupun
sebaliknya. Dari tulisan ke angka atau sebaliknya, maupun dari kata-kata ke kata-kata,

misalnya meringkas atau membuat parafrasa.

 Memberikan contoh (exemplifying): Memberikan contoh dari suatu konsep atau

prinsip yang bersifat umum. Memberikan contoh menuntuk kemampuan

mengenalpasti ciri khas suatu konsep dan selanjutnya menggunakan ciri tersebut

sebagai contoh.

 Mengklasifikasikan (classifying): Mengenali bahawa sesuatu (benda atau fenomena)

masuk dalam kategori tertentu. Termasuk dalam kemampuan mengklasifikasikan

adalah mengenali ciri-ciri yang dimiliki suatu benda atau fenomena.

 Meringkas (summarising): Membuat suatu pernyataan yang mewakili seluruh

maklumat atau membuat suatu abstrak dari sebuat tulisan. Meringkas menuntut siswa

untuk memilih inti dari suatu informasi dan meringkasnya.

 Menarik inferensi (inferring): Menemukan suatu pola daripada beberapa contoh atau

fakta.

 Membandingkan (comparing): Mengesan persamaan dan perbezaan yang dimiliki dua

objek atau lebih.

 Menjelaskan (explaining): Membina dan menggunakan model sebab-akibat dalam

suatu sistem.

Pada aras 3, ‘application’ diubah menjadi ‘applying’ (mengaplikasikan)

 Mengaplikasikan (Applying): Mengandungi penggunaan suatu prosedur untuk

menyelesaikan masalah atau mengerjakan tugas. Oleh kerana itu, mengaplikasikan

berkaitan erat dengan pengetahuan. Namun tidak bererti bahawa kategori ini hanya

sesuai untuk pengetahuan prosedur sahaja. Kategori ini termasuk dua proses kognitif

iaitu menjalankan (executing) dan melaksanakan (implementing).


 Menjalankan (executing): Menjalankan suatu prosedur rutin yang telah dipelajari

sebelumnya. Langkah-langkah yang diperlukan sudah tertentu dan juga dalam urutan

tertentu. Apabila langkah-langkah tersebut benar, maka hasilnya sudah tertentu pula.

Contoh: menghitung jumlah gamet dengan 2, 6, dan 17 sifat beza.

 Melaksanakan (implementing): Memilih dan menggunakan prosedur yang sesuai

untuk menyelesaikan tugas yang baru. Contoh: Setelah melakukan percubaan

fotosintesis “Ingenhouz”, siswa merancang percubaan serupa untuk tumbuhan darat.

Pada aras 4, ‘analysis’ diubah menjadi ‘ analyzing’ (menganalisis)

 Menganalisis (Analyzing): Menguraikan suatu permasalahan atau objek ke unsur-

unsurnya dan menentukan bagaimana saling keterkaitan antara unsur-unsur tersebut.

Terdapat tiga proses kognitif dalam menganalisis iaitu membezakan (differentiating),

mengorganisasikan (organizing) dan menemukan pesan tersirat (attributting).

 Menguraikan (differentiating): menguraikan suatu struktur berdasarkan relevansi,

fungsi dan kepentingannya.

 Mengorganisasikan (organizing): Mengenalpasti unsur-unsur suatu keadaan dan

bagaimana unsur-unsur tersebut terkait satu sama lain untuk membentuk suatu

struktur yang padu.

 Menemukan pesan tersirat (attributting): Menemukan sudut pandangan, dan

tujuan dari suatu bentuk komunikasi.

Pada aras 5, ‘synthesis’ dinaikkan aras menjadi aras 6 dengan perubahan mendasar, iaitu

‘creating’ (mencipta). Pada aras 5 ialah ‘Evaluating’ (Menilai).

 Menilai (Evaluating): Membuat suatu pertimbangan berdasarkan kriteria yang ada.

Ada dua macam proses kognitif yang tercakup dalam kategori ini: memeriksa

(checking) dan mengritik (critiquing).

 Memeriksa (Checking): Menguji konsistensi atau kekurangan suatu karya berdasarkan

kriteria dalaman (kriteria yang melekat dengan sifat produk tersebut).


 Mengkritik (Critiquing): Menilai suatu karya baik kelebihan maupun kekurangannya,

berdasarkan kriteria luaran.

Pada aras 6, ‘evaluation’ diturunkan ke aras 5, menjadi ‘evaluating’ (menilai). Pada aras 6

ialah ‘Creating’ (Mencipta).

 Mencipta (creating): Menggabungkan beberapa unsur menjadi suatu bentuk kesatuan.

Ada tiga macam proses kognitif yang tergolong dalam kategori ini, iaitu menjana

(generating), perancangan (planning), dan menghasilkan (producing).

 Menjana (generating): Menguraikan suatu masalah sehingga dapat dirumuskan

berbagai kemungkinan hipotesis yang mengarah pada pemecahan masalah tersebut.

 Perancangan (planning): Merancang suatu kaedah atau strategi untuk menyelesaikan

masalah.

 Menghasilkan (producing): Membuat suatu rancangan atau menjalankan suatu

perancangan untuk menyelesaikan masalah.

Perubahan istilah dan pola aras taksonomi bloom dapat digambarkan seperti di bawah:
(SUNTHARAVALLI A/P VADIVALU & GOH SOO LING)

PENDAPAT PENYELIDIK/PARA SARJANA MENGENAI TAKSONOMI BLOOM


Taksonomi Bloom telah banyak memberi impak positif kepada pengamal serta kumpulan

sasar mereka terutama dalam bidang pendidikan. Taksonomi Bloom mempunyai tiga

taksonomi di dalamnya, iaitu matlamat berasaskan pengetahuan, matlamat berasaskan

kemahiran serta matlamat berpengaruh (lebih kepada keperibadian seseorang) (Susan White,

2010). Walaupun Taksonomi Bloom rata-ratanya difahami sebagai sebuah kaedah khas untuk

pendidikan, penggunaannya selain bidang pendidikan masih wujud. Sarjana M. Francis

Reeves (1990) beranggapan bahawa Taksonomi Bloom dapat mengasah matlamat pengajaran

dan ujian dalam lain-lain bidang. Antara bidang yang dimaksudkan oleh Sarjana M. Francis

Reeves (1990) adalah pengajian alam sekitar, perubatan, komputer dan etika undang-undang.

Beliau menegaskan bahawa dengan pengaplikasian Taksonomi Bloom dalam pelbagai bidang

menyebabkan teknik penialaian untuk mengukur tahap kejayaan menjadi lebih jelas. Jelaslah

bahawa tahap kejayaan yang jelas adalah kerana Taksonomi Bloom menyenangkan tugasan

dalam merancang kurikulum dan pengalaman pembelajaran.

Selain itu, sarjana Susan White (2010) menyatakan bagaimana Taksonomi-taksonomi

yang diperkenalkan oleh Bloom boleh dimasukkan dalam kurikulum pembelajaran dan dinilai

keberkesanannya. Beliau menegaskan salah satu cara adalah dengan memperkenalkan

pemikiran kritis dalam kajian kes, simulasi, aplikasi komputer dan kerja kumpulan. Susan

White juga menyatakan bahawa Taksonomi Bloom boleh digunakan dalam kursus Etika

Perniagaan. Selain itu, Susan White (2010) juga ada membincangkan bahawa Taksonomi ini

boleh digunakan dalam kelas perakaunan yang beliau anggap boleh menggalakkan

pembelajaran tahap tinggi. Beliau menjelaskan lagi situasi ini dengan menyatakan

penggunaannya dalam isu semasa, penghasilan carta alir, penghasilan rancangan perniagaan

dan dalam menghasilkan kajian berilmiah.

(SATIS A/L RAMASAMY)

Antara kajian yang telah dikemukakan oleh Bloom adalah mengenai perubahan

dalam etika manusia (Bloom, 1964). Beliau mendapati bahawa ia dapat diramalkan
daripada pencapaian individu daripada data yang diperoleh tahun sebelumnya. Oleh itu,

kedudukan akademik pelajar apabila mereka mencapai usia awal boleh diramalkan

daripada kestabilan manifestasi determinasi genetic, apa yang disimpulkan oleh Bloom

ialah determinasi sedemikian akan melemahkan pengajaran yang berkesan.

Kokurikulum digunakan sebagai salah satu cara untuk membantu mencapai matlamat

pendidikan. Pandangan Bloom mengenai pembelajaran ialah iconoclastic. Pada asasnya

mesej Bloom kepada dunia pendidikan ialah untuk memberi tumpuan kepada

pencapaian sasaran dan untuk mengingkari matlamat sekolah-sekolah yang hanya ingin

mengenal pasti mereka yang paling cepat.

Selain itu, Bloom juga menekankan bahawa kecekapan bukanla isu tetapi

pencapaian atau penguasaan adalah penting dan ia adalah model yang sepatutnya

digunakan dalam usaha membangun program pendidikan untuk golongan muda. Bloom

juga percaya bahawa pembelajaran kendiri adalah pendekatan optimis untuk

merealisasikan matlamat pendidikan. Selain itu, kanak-kanak yang menikmati faedah

tabiat, sikap, kemahiran lingustik dan kebolehan kognitif boleh berjaya dalam hidup.

Alam sekitar juga memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada mereka

yang sedia ada. Oleh itu sokongan jua perlu diberikan kepada mereka yang tidak

miliki supaya ada perubahan positif dalam diri mereka. Selain itu, Bloom juga

menekankan bagaimana pemikiran tinggi dapat dipromosikan. Bloom juga menekankan

bahawa dalam pembelajaran pelajar tidak patut dibandingkan tetapi perlu membantu

mereka mendapat pencapaian cemerlang dalam akademik. Proses pengajaran perlu

ditujukan kepada mereka secara progresif dan intelektual untuk realisasi objektif yang

menentukan matlamat kokurikulum. Bloom telah memilih pembelajaran ilmu

pengetahuan untuk mencapai matlamat pembelajaran. Bagi Bloom untuk mencapai

matlamat ini ia memerlukan banyak masa. Setiap pelajar mempunyai masa yang

berbeza untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pendidikan bukan satu perlumbaan


dan pelajar perlu membantu antara satu sama lain. Untuk memberikan keistimewaan

kepada mereka yang sudah mempunyai permulaan yang baik adalah untuk mencipta

pelbagai ketidaksamaan yang akan memberi kesan sosial yang luar biasa. Proses

pengajaran perlu ditujukan kepada mereka secara progresif dan intelektual untuk

realisasi objektif yang menentukan matlamat kokurikulum. Setiap pelajar mempunyai

masa yang berbeza untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Secara am Ben Bloom telah memberi pendidikan secara rasional bagi mencapai

matlamat pendidikan. Beliau percaya bahawa pendekatan seperti kokurikulum

pengajaran dan penilaian membantu pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Keyakinannya tentang kuasa persekitaran mempengaruhi prestasi manusia mungkin tidak

digambarkan lebih baik daripada dalam bukunya Membangunkan bakat di kalangan

remaja (Bloom et al, 1985). Di dalam buku tersebut beliau menunjukkan bahawa orang

dewasa yang terkenal di dunia seperti pemain tenis juara, ahli matematik dan saintis,

penulis yang memenangi anugerah jarang dianggap sebagai prodigies kanak-kanak.

Bloom menemui bahawa perhatian dan sokongan individu yang diterima di rumah

daripada ibu bapa mereka adalah penting dalam membantu pencapaian cemerlang

dalam akademik. Pencapaian adalah hasil daripada pembelajaran, dan pembelajaran

dipengaruhi oleh peluang dan usaha. Pada pandangan Bloom terhadap realisasi

keupayaan manusia membentangkan satu peranan yang optimistik untuk pendidikan.

Ramai pelajarnya juga mempelajari kesan persekitaran terhadap prestasi pelajar.

Sebagai contoh, Dave (Dave, 1963) mengkaji persekitaran pendidikan di rumah

dan melihat perbezaan pencapaian antara adik-beradik yang menemui yang satu itu

perlu dibincangkan tidak semata-mata tentang persekitaran pendidikan rumah, tetapi

sebaliknya persekitaran pendidikan untuk orang tertentu di rumah. Beliau mendapati ibu

bapa sering menyediakan peluang dan sokongan yang berlainan kerana jangkaan yang

berlainan bagi setiap anak-anak mereka. Apa yang disediakan dan kesannya tidak dapat
dipelajari oleh pelajar, bukan sahaja di sekolah tetapi juga dalam kehidupan di luar

sekolah. Kesimpulannya, banyak faktor yang mempengaruhi dalam pencapaian

pendidikan.

(JAYASEGARI A/P KULASEKARAN)

RUJUKAN
Anderson, Lorin W. and David R. Krathwohl. ‘A Taxonomy for Learning, Teaching, and

Assessing’. New York: Longman, 2001.

Azmawati, Azman Azwan & Zainal, Azlena (2008). Pengaplikasian Teknik Berfikir. Pulau

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Bloom, B.S., (Ed.). Taxonomy of Educational Objectives: ‘The Classification of Educational

Goals: Handbook I, Cognitive Domain’. New York: Longman, 1956. pp.7-8.

Hj. Abdullah, Abdul Rahman (2005). “Perbandingan Pemikiran Barat dan Pemikiran Islam

Dalam Menyelesaikan Masalah-Masalah Manusia,” Falsafah dan Kaedah Pemikiran. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Krathwohl,D.R (2002). ‘A Revision of Bloom’s Taxanomy: An Overview.’ Theory into

Practice,41(4): pp.212-218.

Lok, Chong Hoe, Peter Gan, Chong Beng & Ab Razak, Ratna Roshida (2009). Pemikiran

Kritis.Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Reeves, M. Francis (1990). “An Application of Bloom’s Taxonomy to The Teaching of

Business Ethics,” Journal of Business Ethics, hlm 609-610.

Simpson E. (1972). The classification of educational objectives in the psychomotor domain.

Washington, DC: Gryphon House.

White, Susan (2010). Bloom’s Taxonomy: Progression In The Finance Lab, Maryland:

University of Maryland, hlm 2-3.

Anda mungkin juga menyukai