Anda di halaman 1dari 23

BAB 1

FACEBOOK DAN ANCAMANNYA TERHADAP PERKAUMAN DI


MALAYSIA
1.1

PENDAHULUAN :
Facebook merupakan salah satu medium rangkaian sosial yang sangat popular bukan

sahaja dalam kalangan muda-mudi bahkan golongan berusia juga memilih Facebook sebagai
wasilah perhubungan mereka dengan sanak-saudara atau sahabat-handai yang jauh. Selain itu,
Facebook juga merupakan salah satu media yang digunakan bukan sahaja untuk memudahkan
pekerjaan bahkan juga sebagai medium untuk menyuarakan pendapat rakyat dan juga
menyalurkan pelbagai maklumat. Dengan adanya kemudahan ini, sesiapa sahaja boleh
terpengaruh dengan berita yang tersebar sama ada ia benar ataupun palsu. Tambahan pula,
Facebook merupakan wadah yang paling pantas untuk menyampaikan maklumat terkini kepada
orang ramai.
Menurut Wikipedia, Facebook merupakan sebuah laman web rangkaian sosial yang
dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook.Inc. Medium ini diasaskan oleh Mark
Zuckerberg bersama rakan-rakannya dan telah ditubuhkan sekitar tahun 2006. Penggunaan
Facebook dibuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun dan ke atas serta memiliki
alamat e-mel yang sah. Keutamaan bagi pengguna Facebook lebih menyasarkan golongan belia
berbanding dewasa.

Melalui Facebook pengguna boleh menambah rakan dan saling

menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakanrakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja,
sekolah, atau kolej bagi berkongsi apa-apa sahaja maklumat.
Kajian ini secara dasarnya adalah kajian tentang facebook dan ancamannya terhadap
perkauman di Malaysia. Kajian tentang Facebook ini adalah dikaitkan dengan ancaman terhadap
perpecahan kaum di Malaysia. Tajuk kajian ini adalah Facebook dan ancamannya terhadap
perkauman di Malaysia. Kajian ini mengandungi 5 bab utama iaitu bab satu yang akan
memaparkan secara ringkas kerangka hasil kajian ini. Ia meliputi perkara-perkara seperti
kandungan dan peranan Facebook serta ancamannya terhadap perkauman Malaysia.
1

Keharmonian sosial juga dilihat mempunyai sedikit perbezaan mengikut kehendak zaman.
Kebanyakan daripada isi-isi kajian ini berkait rapat dengan pemupukan keharmonian dalam
masyarakat majmuk di Malaysia.

1.2

LATAR BELAKANG :
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang

kaum dari pelbagai etnik, agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang
berbeza antara mereka. Penduduk utama di Malaysia adalah terdiri daripada tiga kaum utama
iaitu Melayu, Cina, dan India di samping kaum-kaum yang lain. Oleh itu, Facebook memainkan
peranan yang besar dalam mencapai perpaduan kaum di negara yang bermasyarakat majmuk
terutama di negara Malaysia ini. Hal ini kerana Facebook merupakan salah satu wadah yang
sangat relevan dan dekat dengan kehidupan masyarakat di negara kita yang serba moden pada
hari ini.
Facebook merupakan salah satu medium rangkaian sosial yang terpenting bagi sesebuah
masyarakat terutamanya bagi golongan usahawan dan peniaga industri kecil. Sebagai contoh,
kini para peniaga dan usahawan dapat mempromosikan produk-produk jualan mereka tanpa
perlu lagi bersusah payah ke gerai untuk menjual barangan mereka. Mereka hanya perlu
menggunakan Facebook sahaja sebagai medium untuk mempromosikan barangan tersebut. Hal
ini akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses jualan barangan masing-masing. Namun,
adakalanya Facebook juga boleh mendatangkan keburukan kepada individu, masyarakat, agama
dan negara. Terdapat segelintir daripada masyarakat yang telah menyalahgunakan Facebook
dengan menyebarkan hasutan-hasutan yang berbaur perkauman. Hal ini secara tidak langsung
akan memberi kesan kepada kesatuan kaum terutama di negara kita.
Kini, Facebook telah mula bertapak dan berkembang di Malaysia dan merupakan salah
satu ejen yang boleh membawa kepada kesatuan kaum mahupun perpecahan kaum. Orang ramai
berpendapat bahawa adakalanya Facebook boleh mendatangkan manfaat dan adakalanya juga
Facebook membawa kepada kemusnahan sesuatu kaum. Hal ini bergantung kepada seseorang
individu tersebut untuk menggunakannya ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan.

1.3

PERMASALAHAN KAJIAN :
Dalam meniti dunia globalisasi yang semakin maju, tidak dapat disangkalkan

perkhidmatan internet sangat diperlukan lebih-lebih lagi bagi golongan pelajar dan pekerja. Hal
ini kerana internet menyediakan pelbagai kemudahan dan kebaikan. Oleh sebab itu, internet telah
digunakan dalam beberapa sektor sejak sekian lamanya seperti sektor pendidikan, sektor
perniagaan, sektor sosial, dan sebagainya. Hal ini telah mengakibatkan media sosial juga turut
berkembang berikutan perkembangan internet.
Media sosial merupakan suatu medium di mana seseorang itu dapat membuka laman
sosialnya sendiri dan berhubung dengan setiap orang yang mempunyai akaun sendiri di dalam
laman sosial yang sama. Pada peringkat awal penubuhan media sosial ini adalah untuk berkongsi
maklumat dan menghubungkan perhubungan jarak jauh. Namun, semakin hari perpecahan kaum
mulai tercetus dek perkembangan dan kemajuan dunia teknologi itu sendiri. Hal ini terjadi
kerana terdapat segelintir masyarakat telah menyebarkan ideologi-ideologi yang menyentuh
sensitiviti perkauman.
Selain itu, gejala sosial yang berleluasa juga sering berpunca daripada kewujudan media
sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter, Instagram, dan sebagainya. Hal ini kerana tiadanya
pengawasan daripada ibu bapa dan membiarkan anak-anak remaja hanyut melayan chatingchating yang tidak berfaedah. Akhirnya, mereka sering terjebak dengan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti menyebarkan hasutan di laman sosial, suka membuang masa, lepak, pergaulan
bebas, dan lain-lain lagi.
Oleh itu, kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti peranan Facebook selaku laman
sosial yang popular dalam kalangan remaja serta kesan penggunaannya terhadap perkauman di
Malaysia. Kajian ini juga dilakukan bagi memberi kesedaran dan garis panduan kepada
pengguna Facebook untuk menggunakannya ke arah aktiviti yang lebih berfaedah.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN :

1) Memahami kesan penggunaan Facebook terhadap isu etnisiti di Malaysia.


2) Selain itu, kajian ini juga dibuat untuk memahami kesan penggunaan Facebook terhadap
perkauman di Malaysia.

1.5

KAJIAN AWAL :
Kami telah melakukan pengkajian awal bagi memudahkan lagi kajian kami yang

seterusnya. Kajian awal yang berkaitan dengan tajuk ini telah dikenal pasti dan disenaraikan.
Salah satu kajian yang telah kami kaji ialah hasil tulisan Dr. Zaharuddin Abd. Rahman yang
bertajuk Ledakan Facebook : Antara Dosa dan Pahala (2012). Menurut catatan buku Dr.
Zaharuddin Abd. Rahman ini mengatakan,
Sekiranya ingin mengenali peribadi seseorang, lihat pada pengisian dan item disukai
yang terpapar di Facebook peribadinya.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa Facebook boleh membawa seseorang ke arah kebaikan dan
juga keburukan. Keperibadian individu itu juga dapat dinilai melalui apa-apa yang telah
dikongsikan dan dipaparkan di dalam Facebook peribadinya.
Selain itu, kami juga telah meminta pandangan orang ramai mengenai tajuk kajian kami
iaitu Facebook dan ancamannya terhadap perkauman di Malaysia. Rata-rata masyarakat di
Malaysia berpendapat bahawa Facebook boleh mendatangkan kebaikan dan keburukannya yang
tersendiri. Ia bermula dari diri sendiri untuk menggunakan Facebook ke arah kebaikan ataupun
ke arah keburukan.

1.6

KAEDAH KAJIAN :
Beberapa kaedah telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan kajian

ini. Kaedah-kaedah yang digunakan adalah untuk memastikan dan mendapatkan maklumat yang
diperoleh itu benar dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan kumpulan, bahan rujukan dan
temu bual.
1. PERBINCANGAN KUMPULAN
Bagi memastikan kelancaran kajian, perbincangan antara ahli kumpulan telah diadakan
beberapa kali. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembahagian tugas ahli kumpulan,
penentuan kaedah dan objektif kajian yang dijalankan, penentuan lokasi untuk mencari bahan
rujukan serta pemilihan bahan rujukan yang sesuai dan menepati tajuk dan objektif kajian.
2. BAHAN RUJUKAN
Dalam misi mencari bahan rujukan, kami telah menggunakan dua kaedah iaitu rujukan
kepustakaan dan memuat turun maklumat melalui internet. Penyelidikan di perpustakaan telah di
jalankan di dua buah perpustakaan iaitu perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kaedah ini dijalankan bagi memudahkan kami
mencari rujukan yang tepat, benar dan jelas mengenai tajuk kami iaitu Facebook dan
ancamannya terhadap perkauman di Malaysia. Selain itu, kami juga telah memuat turun beberapa
rujukan, dan laman-laman web mengenai kajian ini melalui internet bagi mendapatkan dan
mengumpulkan variasi maklumat.
3. TEMU BUAL
Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, kami telah menjalankan satu sesi temu bual bersama
beberapa orang pengguna Facebook sama ada dari kalangan pengguna tegar mahupun tidak.
Kaedah kajian ini telah dijalankan di sekitar pasar raya besar Giant cawangan Bandar Baru Nilai
bagi mendapatkan reaksi dan respon orang ramai terhadap ancaman Facebook kepada
perkauman di Malaysia. Temu bual ini dibuat untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai
pendapat dan pandangan orang ramai terhadap peranan Facebook. Kami telah menemu bual
beberapa orang yang merangkumi daripada tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, dan

India. Hasil daripada proses temu bual ini kami selitkan ke dalam hujah-hujah kami mengenai
kajian ini.

1.7

SKOP LIMITASI KAJIAN :


Kami telah menjalankan kajian kepustakaan untuk mencari dan mengumpul maklumat

yang berkaitan tajuk kami iaitu Facebook dan ancamannya terhadap perkauman di Malaysia.
Antara perpustakaan yang telah kami lawati ialah Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Perpustakaan USIM telah menyediakan pelbagai bahan untuk kami jadikan rujukan
dalam kajian kami seperti jurnal-jurnal, majalah-majalah, dan beberapa bahan-bahan ilmiah yang
lain.
Selain itu, kami juga telah berkunjung ke Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Bangi bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai kajian kami. Bagi memudahkan
lagi pencarian maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk, kami telah memilih satu hari di
mana melibatkan semua ahli kumpulan untuk mencari bahan-bahan kajian yang berkaitan di
Perputakaan Tun Sri Lanang, UKM. Kami memfokuskan pencarian bahan-bahan kajian tentang
Facebook dan ancamannya terhadap perkauman di Malaysia. Melalui kaedah ini, kami dapat
mengenal pasti dan mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang dikehendaki.
Seusai bahan-bahan kajian dikumpulkan, kami telah mengadakan perbincangan awal
untuk membahagikan tugas kepada ahli-ahli kumpulan. Kami juga menggunakan medium media
sosial seperti Whatsapp dan Facebook bagi memudahkan dan melancarkan lagi perbincangan
kami serta mengemaskinikan hasil kajian kami.
Kami telah mengambil tempoh selama 8 minggu untuk menyiapkan kajian ini. Melalui
tempoh itu, kami telah mengadakan beberapa kali perbincangan untuk mengemaskini data yang
diperoleh sepanjang tempoh kajian. Akhirnya, kajian mengenai Facebook dan ancamannya
terhadap perkauman di Malaysia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan hasil kerjasama
antara ahli kumpulan dan juga panduan yang diberikan oleh pensyarah kami, Puan Siti Nor Baya
binti Mat Yaakob.

1.8

SIGNIFIKASI / KEPENTINGAN KAJIAN :


Kini, Facebook merupakan salah satu cara yang paling relevan dan pantas untuk

berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walau di mana pun kita berada. Hal ini menyebabkan
beberapa kajian perlu dilakukan bagi memastikan tiada unsur-unsur yang boleh mencetuskan
perbalahan dan perpecahan sama ada dari peringkat persendirian mahupun peringkat
kemasyarakatan iaitu kaum. Kami telah mengambil salah satu inisiatif dengan membuat kajian
mengenai Facebook dan ancamannya terhadap perkauman di Malaysia.
Kajian ini sangat penting untuk dilakukan bagi menjelaskan kepentingan dan peranan
Facebook itu sendiri kepada masyarakat. Facebook memainkan peranan yang sangat penting
sejak dari awal penubuhannya sehingga sekarang. Melalui Facebook masyarakat boleh mencari
duit dengan melakukan bisnes atas talian dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja dapat
meningkatkan sumber kewangan individu itu bahkan juga dapat meningkatkan ekonomi negara,
sekali gus dapat meningkatkan perpaduan kaum.
Melalui kajian ini juga masyarakat dapat mengenal pasti kesan-kesan penyalahgunaan
Facebook terhadap etnisiti di Malaysia. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat menyedari
segala kesalahan yang lazim di kongsikan di laman sosial ini. Kajian ini juga memeberikan
gambaran yang jelas tentang isu-isu yang sering diluahkan dan disuarakan di Facebook.
Akhir sekali, kajian ini dapat memberikan informasi yang berguna serta kesedaran
kepada masyarakat supaya menggunakan laman sosial ke arah kebaikan. Hal ini penting bagi
mewujudkan keharmonian sosial di negara ini.

1.9

KESIMPULAN :
Kami telah menjalankan satu kajian mengenai Facebook dan ancamannya terhadap

perkauman di Malaysia. Antara objektif kajian yang telah dibuat adalah untuk memahami kesan
penggunaan Facebook terhadap isu etnisiti di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dibuat untuk
memahami kesan penggunaan Facebook terhadap perkauman di Malaysia. Kajian ini telah
disempurnakan dalam tempoh 2 bulan bersamaan 8 minggu dengan menggunakan kaedah kajian
kepustakaan, bahan-bahan rujukan, internet, perbincangan berkumpulan, dan temu bual. Antara
perkara yang tidak dapat kami elakkan sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah seperti kekangan
masa dan kekurangan bahan rujukan. Hal ini terjadi kerana kami tidak dapat mencari bahan
rujukan yang mencukupi dan lengkap serta kurangnya kerjasama daripada pihak perpustakaan
mahupun ahli kumpulan itu sendiri. Namun, hal ini dapat diatasi dengan membahagikan tugas
masing-masing mengikut bab-bab yang telah ditetapkan di dalam kajian ini.
Pelbagai maklumat dan data yang penting dan menarik telah kami kumpulkan bagi
memudahkan, menguatkan serta membuktikan keberhasilan kajian kami. Kajian ini lebih
tertumpu kepada peranan Facebook serta kesan penggunaan Facebook terhadap perpaduan kaum
di Malaysia.
Sejak kebelakangan ini, permasalahan mengenai isu perkauman, politik, dunia, dan lainlain sering muncul di media massa terutama di media sosial seperti Facebook, Twitter, Wechat,
Whatsapp, dan sebagainya. Hal ini berlaku disebabkan kepesatan kemajuan sesuatu teknologi
dan tiadanya garis panduan yang betul bagi menyalurkan idea-idea yang bernas melalui
teknologi tersebut. Oleh itu, kami telah membuat kajian ini bagi mengukuhkan lagi pemahaman
masyarakat mengenai isu Facebook dan ancamannya terhadap perkauman. Hasil kajian ini dapat
dilihat dengan jelas apabila kami menyatakan kesan-kesan penggunaan Facebook terhadap
perkauman di Malaysia sama ada dari sudut positif mahupun negatif.
Akhirnya, kajian ini berjaya kami siapkan dalam tempoh masa yang diberikan oleh
pensyarah kami dengan jayanya. Kami berharap kajian ini dapat memberi sedikit panduan bagi
pengguna-pengguna Facebook supaya menggunakannya ke arah kebaikan serta dapat
menguatkan lagi perpaduan dan keharmonian sosial di negara kita.

BAB 2
GLOBALISASI DAN FACEBOOK
Facebook merupakan salah satu jaringan internet yang menghubungkan manusia. Sekitar
175 juta profil aktif di Facebook, rata-rata setiap profil memiliki 120 teman. Lebih daripada 18
juta pengguna mengemaskinikan profil setiap hari. Menurut kajian yang dilakukan oleh
StudentMonitor, Facebook termasuk dalam jajaran benda atau hal yang kedua yang diinginkan
oleh para pelajar serta mahasiswa di Amerika Selatan setelah ipod.
Asal usul facebook bermula ketika Mark Zackerberg yang ketika itu mahasiswa semester
ll Harvad University membuat sebuah laman yang dinamakan Facemash.com. Ia merupakan satu
laman yang dibuat untuk rakan-rakan kampusnya, Zuckerberg yang telah terinspirasi dari
lamannya Hot or Not yang menampilkan dua foto pasangan dimana ia akan dipilih atau diundi
oleh para pengguna laman tersebut untuk menjadi pasangan yang paling popular. Zuckerberg
berusaha dengan segala upaya dan cara untuk mendapatkan foto-foto rakan-rakannya antaranya
kaedah pintu ke pintu untuk meminta foto.
Zuckerberg juga menggunakan akses jaringan computer kampusnya untuk mendapatkan
foto-foto tambahan. Namun tindakan ini dapat dihidu oleh pihak kampus dan mereka
selanjutnya membekukan laman Facemash.com dan dikuti dengan ancaman untuk memecat
Zuckerberg dari Universiti tersebut. Ancaman tersebut tidak dapat direalisasikan kerana
zuckerberg dapat membela diri dengan kenyataan yang pihak kampus tidak menyedari
kemahiran yang dimilikinya dapat meningkatkan nama baik kampus dan suatu hari nanti akan
ada orang lain yang akan membuat laman yang serupa. (The Facebook Effect, 28-29, 2010,
David Kirkpatrik)
Pada awalnya, Facebook merupakan laman eksklusif yang dikhaskan untuk mahasiswa di
Harvad University sahaja. Lalu, berkembang ke tempat-tempat lain seperti wilayah Bostan
seperti :

Bostan College

Bostan University
9

Tufts University

Facebook juga termasuk dalam kategori laman sosial seperti Friendster, MySpace,
Multiply, Yuwie dan sebagainya yang berfungsi sebagai media untuk saling bertukar informasi
dan berinteraksi. The Facebook dilancarkan kali pertama pada 4 Februari 2004 yang beralamat
URL: http://www.thefacebook.com. Genap satu bulan sahaja para penggunanya telah mencapai
lebih dari setengah jumlah mahasiswa Harvad saat itu.
Pada Jun 2004, Zuckerberg memindahkan markas mereka ke Palo Alto, California.
Mereka dibantu oleh Adam DAngelo dan Sean Parker. Pertengahan 2004, thefacebok.com
mendapat pelabur pertamanya daripada pengusaha PayPal, Pieter Thiel.
Pada Mei 2005, thefacebook.com mendapat bantuan kewangan hasil kerjasama dengan
Accel Partners. Tarikh 23 Ogos 2005, secara rasminya thefacebook membeli nama dari
Aboutface.com seharga USD 200.000 dan sejak dari itu penggunaan the tidak digunakan lagi
dan nama rasmi mereka bertukar menjadi facebook.com.
Awal tahun 2006, sebuah perusahaan telah menawarkan harga USD 750 juta, bahkan
tawarannya melonjak sehingga USD 2 milion untuk membeli laman sesawang ini namun hampa.
Pada April 2006, facebook mendapat bantuan dana sebanyak USD 25 juta hasil kerjasama dari
Peter Thiel, Greylock Partners, dan Meritch Capital Partners. Bulan Mei tahun yang sama
Facebook mula menapak ke benua Asia mealui India. Dipertengahan tahun, giliran Israel dan
Jerman. Akhirnya pada 11 September 2006, facebook berubah status registrasinya menjadi free
to join bagi semua pemilik alamat email yang sah.
Selain itu, laman sesawang ini juga melebarkan sayapnya ke Universiti lain seperti
Rochester, Stanford, NYU, Northwestern and Ivy Leugue. Akhirnya kegunaannya meluas lagi ke
sejumlah Universiti seluruh dunia. Facebook juga pernah dituduh kerana meniru hak intelektual
dan source code dari syarikat lain. (The Drop Out Billionaire, 41-43, 2009, Ricardo Hermawan)
Seterusnya, rakan-rakan Zuckerberg turut bergabung memerah idea dan tenaga untuk
memperkukuhkan lagi pasukan thefacebook.com. Mereka adalah Eduardo Saverin, Dustin
Moskovitz, Andrew McCollum dan Chris Hughes.
10

Pada September 2007, Microsoft secara rasminya mengumumkan telah membeli 1.6 %
saham Facebook yang bernilai USD 15 milion dan bersepakat bahawa Microsoft memiliki hak
untuk memaparkan iklan mereka di Facebook. Syarikat gergasi lain seperti Google, Yahoo,
Viacom, Friendster juga mengungkapkan minat mereka untuk membeli saham di Facebook. La
Ka-Shing yang merupakan seorang jutawan turut melabur sebanyak USD 60 juta di Facebook.
Pada Ogos 2008, majalah Business Week telah melaporkan bahawa terdapat beberapa
pihak lain yang turut melabur saham daripada USD 3.75 milion sehingga mencecah USD 5
milion.
Pengguna Facebook kini bebas bergabung ke banyak jaringan yang diatur berdasarkan
kota, lokasi, kerja, sekolah, mahupun Negara. Melalui jaringan-jaringan ini para pengguna dapat
dihubungkan dan saling melihat isi profil pribadi. Para penggunanya bebas untuk membuat profil
masing-masing dengan memuatkan foto dan info-info pribadi. Selain itu, pengguna juga boleh
mengirimkan pesanan,

bergabung dalam satu group atau lebih dan Facebook juga telah

menetapkan yang mana hanya rakan-rakan pemilik profil sahaja yang dapat melihat status
pemilik profil. Namun peraturan ini boleh dipinda diatas keinginan pemilik profil.
Microsoft mendapat tempat istimewa dan eksklusif daripada Facebook, inilah sebabnya
mengapa Facebook hanya menayangkan iklan-iklan yang termuat dalam jaringan Microsoft.
Menurut comScore, disaat ini Facebook telah mengumpul data pengguna sebanyak yang
dikumpulkan oleh Google dan Microsoft. (The Facebook Effect, 178, 2010, David Kirkpatrik)
Facebook sering disbanding-bandingkan dengan MySpace dan Friendster. Namun,
perbezaannya amat ketara kerana laman-laman ini hanya memnenarkan penggunanya
mendekorasi profil dengan fitur HTML dan CSS sedangkan Facebook hanya dengan titur teks
sahaja sehingga semua tampilan profil dilihat seragam.
Wall/Dinding merupakan tempat untuk para pengguna berinteraksi serta mengirimkan
pesanan terbuka, Poke/Colek merupakan sarana untuk saling mencolek secara virtual,
Photos/Foto merupakan ruang untuk meletakkan foto, dan Status yang menampilkan perkara
terkini pengguna. Pada Julai 2007, Facebook membenarkan penggunanya untuk mengirim

11

melalui berbagai lampiran, tautan atau aplikasi terus ke Wall/Dinding, di mana sebelum ini
hanya teks sahaja yang dibenarkan.
Seiring dengan permodenan, Facebook telah menambahkan beberapa fitur baru kedalam
lamannya. Pada September 2006, Facebook mengumumkan pelancaran News Feed/Rangkaian
Khabar Berita yang berisi kilasan informasi dari pengguna. Pada mulanya, fitur ini bersifat
terbuka dan boleh dilihat oleh siapa sahaja. Namun setelah mendapat rungutan daripada
pengguna pihak Facebook meminda aturan fitur sehingga kini pengguna dapat mengatur sendiri
apa yang boleh diperlihatkan mengikut kemahuan di News Feed/Rangkaian Khabar Berita.
Fitur Catatan/Notes pula dimuatkan pada 22 Ogos 2006, pengguna dapat memindahkan
tulisan dari laman-laman lain untuk ditampilkan di Facebook. Pada 8 Februari 2007, fitur
Gifts/Hadiah telah diperkenalkan dan berfungsi untuk saling mengirimkan hadiah yang dibeli
dengan harga USD 1 dan ditambahkan dengan pesanan peribadi. Pada 14 Mei 2007, dengan
wujudnya Marketplace dapat membuka peluang kepada pengguna untuk beriklan secara
percuma. Fitur ini dcipta untuk menyaingi fitur serupa yang diperkenalkan oleh Craiglist. Pada 7
April 2008, Facebook telah melancarkan salah satu fitur Chat/Perbualan merupakan tempat
para pengguna untuk saling berkirim pesanan peribadi secara langsung.
Menurut comScore, Facebook adalah laman jaringan sosial yang terkemuka di dunia
mengalahkan MySpace dan menurut Alexa untuk peringkat global berada di peringkat kelima,
hanya di belakang Google, Yahoo, Youtube dan Live. Facebook juga pernah menerima
penghargaan seperti Top 100 Classic Websites tahun 2007 dari PC Magazine dan Peoples
Voice Award tahun 2008 dari Webby Awards.

12

BAB 3
3.1

STATISTIK PENGGUNAAN FACEBOOK DI MALAYSIA


Statistik penggunaan internet terkini yang di buat pada tahun 2012 menganggarkan 18

juta orang telah menggunakan internet di malaysia dan bilangan ini di jangka meningkat kepada
25 juta orang menjelang 2015. Ini juga adalah termasuk kadar penembusan rangkaian sosial
sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang di gunakan dalam talian adalah untuk
rangkaian sosial. (Berita Harian, 25 Oktober 2013)
Statistik di atas juga adalah termasuk bilangan penggunaan facebook iaitu sebanyak 11.8
juta rakyat Malaysia di anggarkan mempunyai akaun facebook. Ini membuktikan 87.9% rakyat
Malaysia yang aktif di internet akan melawat facebook dan ia adalah satu peratusan yang tinggi
jika di bandingkan dengan peratusan melawat laman sosial yang lain yang terdapat di internet.
(The Star, 2012,14)
Dato Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata,
Facebook merupakan laman yang paling di kunjungi di Malaysia dan mempunyai 12,747,100
pengguna , meletakkan Negara di tempat ke 18 dalam statistik facebook mengikut Negara,
berdasarkan jumlah itu 70% rakyat Malaysia memiliki akaun facebook
(Di petik daripada akhbar Sinar Harian 13 oktober 2013)
Jadi jelaslah kepada kita bahawa penggunaan facebook di Malaysia sangat
memberangsangkan dan mendapat sambutan penggunaan yang luas dari segenap negeri.
Pemikiran rakyat Malaysia pada era ini telah terbukti sudah seiring dengan perkembangan
Negara yang sedang giat membangun.

13

3.2

PENGGUNAAN FACEBOOK DAN KECENDERUNGAN DALAM

MENYEBARKAN FITNAH DAN MAKLUMAT


Jenayah fitnah merupakan suatu jenayah yang boleh berlaku sama ada di alam nyata
mahupun di alam siber, tambah-tambah lagi dengan adanya kemudahan laman-laman rangkaian
media sosial yang membolehkan seseorang berinteraksi dan bertukar pendapat malah
memberikan informasi atau dokumen dengan hanya menekan di hujung jari. (Isu-isu Ketahanan
Nasional Malaysia, 49, 2014, Abdul Rahman Abdul Aziz)
Oleh sebab itu, jika kita lihat pada era pemodenan ini, fitnah lebih cepat tersebar dan
lebih mudah untuk menarik kepercayaan orang lain. Penggunaan facebook yang berleluasa
adalah salah satu punca terbesarnya penyebaran ftnah-fitnah ini kerana penggunaannya adalah
yang paling tinggi berbanding laman-laman sosial yang lain.
Penggunaan facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran
fitnah di ruangan facebook dan penyampain berita yang tidak benar tentang seseorang akan
menimbulkan pergaduhan jika tidak di tegah. Facebook bukan sahaja tempat untuk
menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun medium ini boleh mencetuskan
kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang individu malah berpotensi
memecahbelahkan perpaduan kaum di Negara ini.
Fitnah di alam siber ini seolah menjadi pertaruhan pada mereka, kerana mereka akan
merasa bangga dengan perbuatan fitnah mereka apabila ramai orang yang membaca dan
kemudiannya berita itu di sebarkan lagi oleh orang lain sehinggakan ia menjadi buah mulut.
Penyebaran ini juga sangat mudah berlaku kerana mungkin ia telah di jadikan sebagai satu bahan
perniagaan informasi yang memberi keuntungan yang lumayan kepada pihak-pihak yang
tertentu. ( Islam Dan Cabarannya Di Era Globalisasi Moden, 2013, Ahmad Akil Muda)
Namun hakikatnya jika kita lihat pada sisi pandangan positif, facebook ini mampu
membentuk satu perpaduan kaum yang hebat jika medan ini di gunakan dengan sebaiknya. Ia
mungkin tidak lagi menjadi salah satu punca berpecahnya perpaduan kaum di Malaysia dan kita
mampu merealisasikan harapan ini kerana bukan semua rakyat Malaysia yang gemar melakukan
fitnah siber sebegini.

14

Kita masih lagi boleh membuktikan bahawasanya masih ramai yang menggunakan
laman ini sebagai sesuatu yang boleh memberi kesan baik pada diri dan masyarakat dan masih
ramai yang tidak menerima maklumat-maklumat yang mereka dapat secara membuta tuli,
sebaliknya mereka berusaha memastikan kesahihan maklumat tersebut termasuk merujuk kepada
media arus perdana yang kini mudah di akses menerusi internet. ( Tuhan Aku Kembali, 72, 2013,
Sham Kamikaze Dan Ainuddin Kamaruddin)
Pemimpin Belia 4B, Badrul Hisyam Badruddin berkata,
Bagi saya, media arus perdana masih boleh di percayai, namun ini tidak bermakna kita tidak
boleh terlibat dalam media sosial seperti facebook. Paling penting di sini ialah melibatkan diri
dan orang ramai akan menggunakan media sosial untuk mendapatkan berita daripada media
arus perdana

(Di petik daripada akhbar Bernama 10 Mac 2012)

Melihat pada pandangan Encik Badrul Hisyam di atas, dapat di fahami bahawa tidak
semua yang ada di facebook itu adalah ke arah keburukan sehinggakan kita tidak boleh untuk
menggunakannnya dan mempercayainya. Semuanya terpulang atas diri kita untuk menapisnya
dengan kebaikan dengan menggunakan pelbagai alternatif.

15

BAB 4
IMPLIKASI FACEBOOK TERHADAP PERKAUMAN DI MALAYSIA
Facebook merupakan salah satu alat komunikasi yang mampu mendekatkan hubungan
jarak jauh pada era modenisasi ini. Teknologi yang semakin canggih ini boleh memberi impak
yang positif dan juga mampu menyumbangkan impak yang negatif pada diri, masyarakat dan
Negara. Ia adalah antara sumbangan terbesar kepada hubungan perpaduan kaum di Malaysia ini
sama ada dalam isu yang baik mahupun yang buruk.
4.1

Keburukan facebook pada perkauman


Mengikut kajian, lebih daripada 50 peratus pengguna facebook yang akan daftar masuk

pada setiap hari, dan secara puratanya pengguna facebook ini memiliki 130 kenalan. Dengan
kajian tersebut,tidak mustahil untuk di katakan ada sesetengah pihak yang menggunakan
facebook sebagai alat untuk untuk menyatakan rasa tidak puas hati kepada pihak yang lain.
Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka ke arah perbuatan tersebut dan antara punca
terbesarnya yang dapat kita lihat adalah daripada perbezaan kauman dan juga fahaman politik. Ia
mampu menggugat keharmonian sesebuah bangsa, kauman dan etenisi dengan hanya menekan
pada papan kekunci komputer.
Faktor agama, adat, perkauman dan sebagainya ini membawa kepada ketidakharmonian
di Malaysia kerana kebanyakan daripada kita sangat gemar berkongsi dan menayangkan segala
perkara dalam facebook termasuklah perkara-perkara peribadi yang tidak sepatutnya di kongsi
dengan orang lain. Sebenarnya, pihak facebook ini mempunyai hak dalam menyebarkan
informasi dan maklumat kita termasuk maklumat yang telah di rahsiakan kepada mana-mana
pihak seperti CIA, FBI dan lain-lain tanpa meminta keizinan daripada kita terlebih dahulu. Oleh
sebab itu, kita wajib berhati-hati dan perlu berfikir dua kali sebelum memberi apa-apa maklumat
dalam laman sosial ini.
Selain itu, dalam kita tidak menyedari, kesan daripada penggunaan facebook melampau
juga boleh menyebabkan kualiti anak bangsa kita merundum, dan perkara itulah yang paling di
takuti oleh semua rakyat Malaysia. Ini kerana, Malaysia mempunyai misi dan visi yang tinggi

16

dalam melahirkan masyarakat yang berintegriti dan berwawasan dalam pelbagai aspek.( Ledakan
Facebook, 25-28, 2012, Dr Zaharuddin Abd Rahman)
4.2

Kebaikan facebook pada perkauman


Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia ini telah memberi kebebasan kepada rakyat

untuk bersuara, dan facebook adalah satu wasilah yang baik yang sepatutnya di ambil peluang
oleh semua kaum dalam menyuarakan sesuatu masalah dan pendapat dengan cara yang baik.
Kita boleh menggunakan medan ini untuk menyatakan sesuatu pandangan secara bebas dan
dalam masa yang kita menjaga batasan-batasan penyebaran supaya tidak mengganggu sensitiviti
kaum lain. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesan yang positif bukan sahaja pada
masyarakat malah juga pada Negara kita sendiri.
Pelbagai kaum jika bersatu dan cuba untuk memahami antara satu sama lain pasti tidak
akan berlaku apa-apa perpecahan yang di akibatkan oleh media ini. Sebagai contoh, apabila kita
mendapat sesuatu berita yang kurang baik mengenai sesuatu kauman atau etenisi, justeru itu kita
haruslah bertindak pantas dengan bertanyakan sebaiknya kepada mereka sejauh mana kebenaran
atau kita cuba menganalisis perkara tersebut dalam untuk mendapatkan kesahihan atau lebih baik
kita mendiamkan diri jika perkara itu adalah merupakan satu sensitiviti untuk di tanya kepada
mereka. (Hitam Dan Putih Facebook, 21-23, 2010, Dominikus Juju)
Facebook ini sebenarnya boleh menjadi penghubung yang baik antara kaum-kaum di
Malaysia ini, contohnya, dalam mengadakan sesebuah perayaan semestinya kita juga mahu
menjemput kawan-kawan daripada kaum-kaum lain untuk datang bagi memeriahkan lagi
perayaan, maka sudah tentulah medium facebook ini yang di gunakan untuk menyampaikan
hasrat jemputan tersebut. Namun Cuma sesetengah yang berfikir untuk menggunakan ke arah itu,
selebihnya lebih gemar mencari aib dan menyebarkan sesuatu yang tidak sepatutnya.

17

4.3

Golongan Yang Lebih Cenderung Menggunakan Facebook

Rajah 1.1 Peratus pengguna facebook berdasarkan umur.


Hasil kajian daripada sebuah syarikat pasaran dalam talian di Amerika iaitu Socialbakers
menunjukkan bahawa penggunaan facebook mendapat sambutan hangat

oleh penduduk

Malaysia dalam semua lingkungan umur termasuk yang berumur 55 tahun ke atas walau hanya
dengan peratusan 1%. Ia juga menunjukkan 64% daripada pengguna facebook di Malaysia
adalah yang berumur antara 18-34 tahun

iaitu golongan majoriti yang mempunyai akaun

facebook. (Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia, 46, 2014, Abdul Rahman Abdul Aziz)
Ini membuktikan bahawa golongan yang lebih cenderung menggunakan facebook
sehingga boleh menimbulkan masalah perkauman ialah golongan dewasa dan golongan belia
termasuklah pelajar universiti. Kajian mendapati kebiasaannya pelajar meluangkan masa
sekurang-kurangnya 47 minit dalam sehari untuk melayari dan mengakses facebook.
Berdasarkan tempoh masa menghadap facebook yang agak lama itu, tidak mustahil akan
berlakunya banyak perkara yang menyumbang ke arah yang negatif. (Malaysian Journal Of
Communication Jilid 29(1) : 35-54, 2013, Mohd Zaidi Mahmud Dan Bahiyah Omar)
Walaupun mengikut era ini semua lapisan masyarakat sudah sangat arif menggunakan
facebook, akan tetapi hanya sesetengah golongan sahaja yang aktif dalam menunjukkan rasa
tidak puas hati terhadap kaum lain. Hal ini mungkin kerana mereka terlalu obsess terhadap
politik mahupun persatuan.
18

BAB 5
KESIMPULAN
Facebook adalah satu media perhubungan yang sangat terkenal dan kini hampir keseluruhan
dunia telah menggunakannya. Ini membuktikan betapa besarnya pengaruh facebook terhadap
masyarakat dalam bidang sosial pada sesebuah Negara, dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam
mengejar arus modenisasi ini. Malah jika kita lihat pada statistik penggunaan facebook yang
merangkumi seluruh Negara, Malaysia adalah Negara yang ke 18 paling ramai penggunanya. Ini
seiring dengan konsep Malaysia yang negaranya adalah sebuah Negara membangun yang
sewajarnya rakyatnya juga turut membangun fikirannya.
Kemunculan facebook sebagai alat komunikasi masa kini telah menjanjikan satu wadah
penyebaran maklumat dalam memantapkan ilmu dan meningkatkan pengetahuan kepada
masyarakat. Di dalam perkembangan dan kepesatan serta taburan maklumat daripada facebook
menyebabkan berjuta-juta pengguna facebook memainkan peranan dalam kepesatan dunia siber
ini sukar untuk di kawal.
Tambahan pula,ada pengguna sosial ini menggunakan isu sensitif yang berupaya
menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk. Sudah banyak tulisan berunsur
perkauman dan mengkritik dasar kerajaan yang di siarkan menerusi laman sosial ini, lalu
menimbulkan kemarahan pihak berkuasa. Kehidupan masyarakat kita ini sangat mudah
terganggu dek kritikan yang berunsur perkauman itu membawa kepada pergaduhan besar pula.
Memang tidak dapat di sangkal lagi bahawa facebook ini sangat membantu orang ramai
dalam banyak perkara, namun perlulah di ketahui bahawa facebook juga boleh membawa
keburukan kepada penggunanya sekiranya pengguna facebook itu sendiri tidak pandai
memanfaatkan laman sosial facebook ke arah yang lebih baik. Di tambah pula dengan masalah
budaya akhlak yang agak liar sekarang ini, yang kebanyakannya akhirnya telah menimbulkan
polemik, caci maki dan fitnah yang boleh memporak perandakan institusi kehidupan masyarakat
hanya melalui media sosial.

19

Perpaduan itu hakikatnya datangnya daripada diri kita sendiri, jika kesedaran dalam
memupuk perpaduan ini tinggi maka sudah tentunya kita akan berfikir banyak kali dalam
melakukan sesuatu yang melibatkan sensitiviti perkauman. Kita tidak akan mengambil mudah
dalam isu-isu seperti ini yang boleh mengakibatkan pelbagai kemungkinan dan sudah tentunya
kita juga tidak mahu peristiwa 13 mei dahulu berulang kembali.

20

BIBLIOGRAFI
Zaharuddin Abd. Rahman, 2012, Ledakan Facebook : Antara Dosa dan Pahala, PTS Islamika
Sdn. Bhd.
A.Rahman Zainuddin, 2006, Sejarah Sosial Media : Dari Gutenberg Sampai Internet, Yayasan
Obor Indonesia.
Asdani Kindarto, et. al., 2010, Efektif Blogging dengan Aplikasi Facebook, Percetakan PT
Gramedia, Jakarta.
David Kirkpatrick, 2010, The Facebook Effect, Virgin Books Publishing.
Marcia Amidon Lusted, 2011, Social Networking : Myspace, Facebook, and Twitter, ABDO
Publishing Company.
Marcia Amidon Lusted, 2011, Mark Zuckerberg : Facebook Creator Essential Lives, ABDO
Publishing Company United States.
Susan Dobinick, 2012, Mark Zuckerberg And Facebook Internet Biographies Series, The Rosen
Publishing Group United States.
Ricardo Hermawan, The Drop Out Billionaire Menjual ide ala Mark Zuckerberg, 2009,
Galangpress Group Indonesia.
Abdul Rahman Abdul Aziz, 2014, Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia, Institut Terjemahan
Dan Buku Malaysia, Kuala Lumpur.
Ahmad Akil Muda, 2013, Islam Dan Cabarannya Di Era Globalisasi Moden, Partridge
Publishing Singapore.
Sham Kamikaze dan Ainuddin Kamaruddin, 2013, Tuhan Aku Kembali, PTS Millennia Selangor.
Dominikus Juju, 2010, Hitam Dan Putih Facebook, Elex Media Komputindo Indonesia.
Mohd Zaidi Mahmud Dan Bahiyah Omar, 2013, Malaysian Journal of Communication Jilid
29(1) : 35-54 , Universiti Sains Malaysia.
21

Majalah The Star, Halaman 14, Keluaran 2012.


Akhbar Bernama, 10 Mac 2012.
Akhbar Sinar Harian, 13 oktober 2013.
Akhbar Berita Harian, 25 Oktober 2013.

22

LAMPIRAN
Soalan Temu Bual :
1) Adakah anda kerap menggunakan laman sosial facebook dalam kehidupan harian anda?
2) Apakah pandangan anda tentang penggunaan facebook di Malaysia, adakah ia memberi
kesan baik ataupun kesan buruk pada perkauman di Malaysia ?
3) Adakah anda bersetuju jika saya katakan bahawa ftnah pada zaman sekarang ini sangat
berleluasa kerana adanya facebook, dan mengapa?
4) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu di ambil bagi mengatasi penggunaan
facebook agar ia tidak menjadi salah satu punca berlakunya perpecahan antara kaum?

23

Anda mungkin juga menyukai