Anda di halaman 1dari 17

KESAN POSITIF

Laman web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat
kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara yang
paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. 

Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman
Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.

Statistik ini menunjukkan 'kegilaan' terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan
menjadi satu 'rutin' dalam kehidupan 'pencinta' laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi
satu 'ketagihan' bagi pengikut fanatik laman web sosial ini sehingga ada yang sanggup berjaga
sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti
Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti
mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan
anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat
global dan seramai 6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.

Fenomena 'kegilaan' terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan
masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai 'sarapan pagi'
sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini
'pencinta' laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar
melalui aplikasi telefon bimbit.

Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi 'keghairahan' pengikut
setia laman web sosial ini untuk terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial
seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan sebagainya dapat mengeratkan tali
silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti
perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang,
nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu
dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.
Realiti Pendakwah

Pendakwah yang bergerak di seluruh negara kini agak ramai tetapi gelanggang mereka tidak
meluas. Banyak lagi gelanggang dakwah yang belum diterokai secara serius. Sikap pendakwah dalam
hal ini adalah antara sebab mengapa perkembangan Islam masih mendatar.

Sasaran pendakwah hanya di masjid dan surau atau pejabat-pejabat yang jumlah kehadirannya
sekitar 50-100 orang. Kalau dibandingkan dengan jumlah penduduk keseluruhannya, mungkin tidak
sampai 10%. Kalau begitulah kedudukannya, bagaimana kita hendak menyampaikan dakwah kepada
yang bakinya?

Umumnya pengetahuan pendakwah terhadap teknologi amat terbatas. Malah ada yang


dikategorikan sebagai buta teknologi, malah membencinya.Walau bagaimanapun pendakwah yang
terdiri daripada pensyarah universiti, guru-guru agama pada masa kini sudah celik internet, mereka
sudah tahu memanfaatkan teknologi.

Sungguhpun begitu masih ramai yang menggunakan pendekatan berceramah di masjid dan surau.
Walaupun ada yang suara mereka dapat dikeudarakan di radio dan wajah mereka dapat ditonton di
layar TV. Mungkin kerana pendekatan dakwah yang masih sama, maka sambutan masih tidak ramai.
Peminat ruangan agama di saluran tersebut masih boleh dikira.

Pada hari ini terdapat juga penceramah yang menggunakan alat bantu sepertiPower Point dan
sebagainya dalam membentangkan kertas kerja, tetapi alat bantu itu tidak mampu membantu
orang ramai memahami ilmu yang disampaikannya. Barangkali mesej yang hendak disampaikan
kabur lalu tidak berjaya mendidik jiwa orang ramai. Jadi, persembahannya tidak melekat pada hati
orang ramai.
Peluang Cerah

Teknologi moden yang menjadi alat komunikasi terpenting masa kini pasti memberi peluang kepada
pendakwah merentas dunia secara maya dengan mudah dan cepat. Tentunya pendakwah tidak
perlu lagi menjelajah seluruh dunia, tetapi cukup menerusi internet, mereka boleh bertemu ramai
orang tanpa batas. Peluang ini memberi ruang kepada mereka dalam menyampaikan mesej Islam
kepada setiap pengunjung yang menyapanya.

Pada masa yang sama pendakwah berpeluang mencari maklumat, menambah ilmu pengetahuan,
dan mengetahui berita semasa bagi membantunya dalam kerja dakwah. Peluang ini amat luas dan
lebih cepat sampai kepada sasaran.

Pengarah Eksekutif Yayasan Ilmuwan, Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh berkata, dengan
menggunakan aplikasi internet dakwah dapat disampaikan dengan lebih interaktif disamping dapat
memperluaskan sempadan penyampaian.

“Dalam satu kajian yang dijalankan menerusi Pew Research Center’s Internet and American
Life Project menunjukkan bahawa 64% daripada 128 juta penduduk Amerika Syarikat
menggunakan rangkaian internet bagi tujuan keagamaan,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, semenjak peristiwa 11 September 1999, internet telah menjadi antara
sumber utama masyarakat dunia untuk mencari maklumat serta kefahaman mengenai Islam.

Shaik Mohd Saifuddeen ketika membentangkan kertas kerjanya di seminar IKIM itu mengesahkan
pertambahan mendadak penggunaan internet dalam kalangan pelayar maya. Rangkaian sosial
seperti Facebook, Twitter, Friendster dan sebagainya telah menjadi pilihan pelayar internet masa
kini. Malah 300 juta pelayar menggunakan Facebook (fb) untuk mencari kenalan, yang lama mahu
pun yang baru di seluruh dunia.

Peluang ini jika digunakan oleh pendakwah sudah pasti mereka boleh berdakwah kepada rakan-
rakan fb di seluruh dunia. Tetapi berapa ramai pendakwah masa kini yang mengambil peluang ini?
Memang ada beberapa ustaz menjadi rakan Facebook, tetapi amat kurang yang menyampaikan
dakwah kepada rakan fb atau peminat mereka.
CONTOH;
Tertarik dengan berita mengenai seorang pelajar di dakwa kerana komen berhubung isu
kalimah Allah di laman social Facebook tertarik untuk memberi sedikit pandangan Facebook
dari sudut pelajar yang menggunakannya. Jika diimbas kembali, pada awalnya media hanya
berkembang dengan adanya media cetak, media elektronik dan kini munculnya media baru.
Kemunculan media baru dengan pelbagai aplikasi digunakan di seluruh dunia termasuklah
Malaysia.
Pelbagai laman social wujud dalam talian seperti Friendster, Facebook, Tagged dan Myspace.
Pengguna laman social ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kebanyakan
penggunanya adalah remaja terutamanya pelajar kerana pada mulanya akaun Facebook ini
dibuka untuk memudahkan kerja pelajar itu sendiri dan jika disalahguna keadaan sebaliknya
akan berlaku. Seperti yang diketahui Facebook mempunyai kesan positif dan negative.
Berbalik kepada isu Kalimah Allah ia memberikan kesan negative kepada pengguna laman
social tersebut.
Facebook sebenarnya boleh dijadikan medium dalam merapatkan lagi hubungan interaksi
sesama kaum. Hal ini dapat dilihat dalam akaun laman social seseorang yang mempunyai
rakan pelbagai kaum sama ada Cina, India mahupun Melayu. Hubungan interaksi antara
kaum menjadi semakin rapat dalam alam maya, walaupun secara lumrahnya masing-masing
mempunyai perasaan malu untuk bertegur sapa. Melalui laman ini juga konsep gagasan 1
Malaysia dapat direalisasikan. Dari pandangan negative, laman social seperti Facebook ini
jika digunakan secara berlebihan akan menyebabkan mahasiswa itu sendiri daripada aktif
menjadi pasif dan ia akan membawa kesan positif pada awalnya dan berakhir dengan kesan
negative.
Jika diingat kembali pada dahulunya komunikasi dua hala amat berkesan kerana jika ingin
berbincang atau ingin menyalurkan maklumat, seseorang individu terpaksa berjumpa dengan
individu yang lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi kini, keadaan itu semakin
kurang dipraktikkan kerana masing-masing mempunyai akaun laman social yang boleh
digunakan untuk berteraksi tanpa bersua muka. Sebagai contoh setibanya hari lebaran iaitu
hari raya aidilfitri, adat menghantar kad raya semakin dilupakan. Para pengguna facebook
terutamanya pelajar sanggup scan kad tersebut dan hanya menanda nama rakan mereka
sebagai tanda ucapan. Adat dan budaya menhantar kad raya seperti dahulu kian pupus ditelan
zaman.
Sebagai mahasiswa sememangnya Facebook tersebut digunakan untuk kegunaan dan
kepuasan masing-masing menurut Teori Kegunaan dan Kepuasan oleh Bumbler dan Katz
(1974). Dalam teori tersebut menerangkan bagaimana ciri-ciri individu yang berlainan watak
menggunakan saluran media seperti laman sosial (Facebook) untuk memuaskan kehendak
dan juga untuk menyelesaikan masalah. Individu-individu tertentu seperti pengguna laman
sosial sendiri mempunyai tujuan yang berlainan untuk menyokong perlakuannya.
Daripada perspektif teori ini, kepuasan individu terutamanya pelajar dalam menggunakan
laman sosial mempunyai baik dan buruk bergantung kepada cara ia digunakan selain dapat
membantu menyokong perlakuan dalam melakukan sesuatu pekara ke arah kebaikan. Sebagai
pelajar yang mempunyai tahap pendidikan dan waras akal fikirannya, gunakan sebaik
mungkin kemudahan laman sosial seperti Facebook ini untuk kebaikan bersama disamping
dapat merealisasikan gagasan 1 Malaysia.
KESAN NEGATIF

Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini. 

Terdapat segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman ini untuk
memerangkap gadis-gadis yang mudah dipujuk rayu.

Bermula dengan sembang secara maya, lama kelamaan kemesraan yang terjalin
membangkitkan 'keinginan' untuk bersua muka bagi mengeratkan lagi hubungan. Natijahnya,
ibarat habis madu sepah dibuang, lelaki yang tidak bertanggungjawab meninggalkan gadis
yang terpaksa mengandung anak hasil daripada keterlanjuran.

Dengan angka pengguna Internet di Malaysia menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut
dijangka terus meningkat, pastinya tindakan sewajarnya perlu dilakukan sebelum lebih ramai
lagi wanita-wanita Malaysia akan menjadi 'korban'.

Kita juga khuatir jika 'kegilaan' laman web sosial ini membantu meningkatkan kes perceraian.
Apa yang lebih membimbangkan jika anak-anak yang masih di bangku sekolah turut terpalit
hasil kecanggihan teknologi maklumat ini.

Fenomena ini perlu dikawal agar tidak ada lagi gadis Malaysia yang terperangkap dengan
jerat 'cinta ekspres' maya.

 Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat
membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh
menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya
melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan
dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang
membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah
dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan
seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas
dunia.
         Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam
komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi
laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk
memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada
pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam
komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga
melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat
kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai
skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat
dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada
banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan
Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
         Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu
berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda
“demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan
mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin
memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa
batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya,
akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu,
Internet merenggangkan hubungan sesama  manusia.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa.
Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru,
bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau  menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu
mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang
menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.

Kesan laman lucah

Umat Islam sekarang ini jauh dihanyutkan oleh peredaran masa sehingga lupa kepada Allah
dan banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Kali ini saya nak mengajak
dan memberikan pendedahan mengenai video lucah atau pornografi yang saya baca di
Majalah Al-Islam keluaran Disember 2009. 

Rasa terpanggil untuk menyediakan artikel yang berkaitan masalah ini untuk disebarkan
kepada umum. Mencegah perkara yang batil ini menjadi kewajipan kita bersama untuk
membersihkannya dengan segala upaya yang Allah anugerahkan kepada kita. Maka tepat
pukul 12.32 malam tanggal 02 Disember 2009 hari Rabu saya menghasilkan sebuat artikel
yang berkaitan pornografi.Saya datangkan statistik jumlah pengunjung laman web pornografi
seperti :

1. Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.


2. Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
3. Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.

Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat
menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google,
Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan
negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

1. Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.


2. Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
3. Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
4. Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
5. Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.
Wahai muslimin dan musliman sesungguhnya cara inilah yang paling mustajab pihak musuh
Islam menyerang pemikiran umat Islam. Kesannya sangat buruk dikalangan umat Islam
sehingga ramai remaja Islam terdedah dan menonton filem ini. Hal ini dapat dibuktikan oleh
sepasang kekasih dari tingkatan 2 dan 4 yang melihat pornografi di dalam telefon sehingga
menyebabkan mereka terangsang dan berkeinginan untuk melakukan hubungan seks.
Malangnya mereka ditangkap oleh guru mereka dan mendapati dalam telefon mereka ada
video mereka berdua melakukan seks di dalam sebuah longkang berhampiran sekolah.
Contoh yang paling mudah lagi ialah banyak video seks anak muda melayu Islam di dalam
internet yang sangat memalukan bangsa, agama dan negara kita.

Menurut Islam menonton pornografi adalah haram berdasarkan kepada sebuah hadis
Rasulallah yang bermaksud : “janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan
janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.

Jelas di sini sesungguhnya menonton video porno ini adalah haram di sisi Islam dengan apa
jua alasan sekalipun, kerana video porno ini menayangkan aurat dan kemaluan orang lain
sehinggakan ada penontonnya menjadi khayal dan seronok melihat aksi pelakonnya. Paling
menakutkan ialah penonton tersebut akan mencari pasangannya untuk melakukan hubungan
seks dengan aksi-aksi yang telah ia lihat, melakukan hubungan seks dengan isterinya seolah-
olah dia sedang bersama dengan pelakon tersebut, ini sangat bahaya, Datuk mencari cucunya
untuk menikmati seks seperti yang ditontonnya, Bapa mencari anaknya untuk mencuba
teknik yang ditontonnya dan banyak lagi yang tak perlu disebut.

Lagipun jika ditinjau dari sudut aksi dan teknik hubungan seks yang dilakukan pelakon video
porno sangat bertentangan dengan kaedah hubungan seks menurut Islam. Bagi sesiapa yang
hendak berumah tangga carilah buku-buku yang berkaitan hubungan seks menurut Islam
dipasaran sangat banyak dan jangan sesekali menjadikan video porno sebagai tempat
pembelajaran teknik hubungan seks setelah berkahwin.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari
menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang
berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu
isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga
rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”.

Ketagihan permainan video


online

PERMAINAN video bukan lagi perkara asing bagi kana


Permainan video bukan lagi perkara asing bagi kanak-kanak pada zaman ini.

Era teknologi semakin mendekati jiwa mereka membuatkan permainan video menggantikan
banyak permainan tradisional seterusnya membayangkan masa depan digital nanti.

Namun perasaan takut mengenai kesan negatif melalui permainan video menjadi bualan ibu
bapa sehingga menyebabkan mereka bimbang pengaruh �jahat´ dibawa konsol menyerap
dalam pemikiran anak-anak mereka.

Sejarah permainan video bermula lewat 1940-an lagi apabila idea menciptanya
dikembangkan dan diberi paten oleh Thomas T Goldsmith Jr serta Estle Ray Mann.

Pada 1958, William Higinbotham pula mempopularkan �Tennis For Two´ sebelum
permainan �Spacewar´ dibangunkan yang kemudian dianggap permainan video komputer
pertama di dunia.

Konsol permainan video pertama bergelar Magnavox Odyssey dicipta Ralph Baer pada 1972
sebelum beliau dijulang kerana melakukan penampilan sulung untuk prototaip itu.

Selepas teknologi itu berkembang, permainan arked menjadi tarikan baru dalam dunia remaja
tetapi hiburan yang diharap, menghamburkan kegelisahan memandangkan permainan video
mampu menjadi pendorong nilai tidak baik dalam jiwa manusia terutama remaja.

Isu yang membelenggu permainan video sebenarnya sudah lama dibincangkan dan masih
hangat diperkatakan hingga hari ini.

Tidak dapat dinafikan, media hiburan alternatif elektronik itu banyak menampilkan unsur
ganas melalui permainan yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja.

Ada yang berpendapat, permainan video alat berhibur masa lapang, tidak berbahaya dan
selamat untuk kanak-kanak jika dibandingkan apabila mereka bermain di luar rumah.

Tiada salahnya jika ada yang berpendapat sedemikian memandangkan kanak-kanak akan
lebih selamat jika mereka berada dalam rumah mengadap televisyen tapi harus diingat,
permainan video adalah media yang menguasai dan membasuh minda anak secara tidak
langsung.

Ia berlaku apabila kanak-kanak terlalu menikmati hiburan permainan video sehingga lupa
kehidupan lain yang sepatutnya dinikmati.

Permainan video boleh membawa kanak-kanak ke kancah jenayah juvana berbahaya jika
tidak dibendung atau memberi �tafsiran´ yang salah mengenai alam dunia sebenar.
Kebanyakan permainan video di pasaran kini menggunakan watak popular yang
berkeupayaan menjadi ikon kanak-kanak seperti watak hero.

Oleh itu, watak hero yang ditampilkan kebiasaannya menjadi ikutan mereka sehingga
mempengaruhi tingkah laku, bahkan setiap gerak geri hero terbabit akan jadi ikutan.

Kalau kita lihat dalam permainan video, hero akan sentiasa menjadikan pertarungan sebagai
jalan penyelesaian menangani konflik yang dihadapi.

Pakar Motivasi, Dr Rubiah K Hamzah berpendapat, kanak-kanak yang bermain permainan


video secara kerap boleh menyebabkan mereka hilang daya berkomunikasi sehingga mampu
mengakibatkan diri terasing daripada masyarakat.

“Mereka yang kerap bermain permainan video tanpa kawalan berpotensi menjadi individu
yang terpinggir kerana hidup dalam dunia menyendiri,” katanya.

Menurutnya, daya berbual golongan yang kerap bermain permainan video juga rendah kerana
kekurangan kaedah berkomunikasi dengan betul.

“Kekerapan bermain dalam sehari mengundang masalah komunikasi dan menyebabkan


kanak-kanak hilang minat lain seperti membaca kerana pengaruh visual dan audio sangat
kuat,” kata Dr Rubiah.

Tambahnya, pengaruh media elektronik seperti permainan video mampu mempengaruhi


mental kanak-kanak kerana ia menyerap kandungan lebih pantas berbanding media cetak.

“Kanak-kanak terutama pelajar akan menjadi malas membaca kerana visual dengan warna
ditambah pula audio lebih diminati dan diingati berbanding membaca,” katanya.

Katanya, pengaruh permainan video mampu mengakibatkan pelajar malas untuk bergerak
atau lupa perkara yang diingati sebelum ini.

“Paling teruk, sampai mandi pun mereka akan lupa,” tambahnya lagi.

Dr Rubiah berkata, kanak-kanak yang dipengaruhi permainan video akan kerap bosan jika
melakukan aktiviti tanpa membabitkan tangan atau mata kerana terlalu biasa dengan
permainan video.

“Melalui pendekatan permainan video, kanak-kanak menggunakan peluang untuk


mempraktikkan tindakan ganas yang ditonton ketika bermain permainan video,” katanya.

Peniruan inilah yang dikhuatiri meresap ke dalam sanubari kanak-kanak hingga terbawa-
bawa ketika menempuh alam dewasa kelak akibat terlalu terpengaruh dengan aksi ganas.
Menurut Dr Rubiah, kanak-kanak kerap bermain permainan video berpotensi menjadi
golongan yang obesiti kerana kurang bergerak dalam kehidupan seharian mereka.

“Mereka akan makan dan minum di depan televisyen sehingga menjejaskan masa yang
sepatutnya digunakan sebaiknya untuk mengisi perut,” kata Rubiah.

Di sebalik kebimbangan mengenai pengaruh permainan video, Dr Rubiah tidak menyangkal


aktiviti itu perlu kawalan ibu bapa kerana ia turut memberi faedah kepada kanak-kanak.

“Tak semua yang diperkatakan mengenai permainan video dari sudut negatif semata-mata,
ada ruang positif yang boleh dimanfaatkan.

“Contohnya, ia aktiviti masa lapang yang baik untuk digunakan kanak-kanak selain peluang
menyegarkan diri daripada tekanan peperiksaan atau masa belajar,” katanya.

Tambahnya, permainan video turut memberi keyakinan diri dalam menghadapi sebarang
situasi serta menambah pengetahuan mengenai persekitaran melalui maklumat tambahan
yang diperoleh.

Jika kita tinjau mengenai aliran industri permainan video hari ini, rata-rata permainan video
memaparkan unsur ganas yang diperoleh dari Barat.

Akibatnya, kanak-kanak terdedah kepada bahaya kerana babak ganas termasuk pergaduhan
atau pertempuran disisip dengan aksi yang hampir nyata dengan bantuan teknologi grafik
yang canggih.

Teknologi grafik canggih yang memberikan visual terbaik dan tampak seolah-olah dunia
realiti mengakibatkan kanak-kanak ingin menambah kepuasannya di luar permainan.

Terdapat kajian yang dijalankan mengenai pengaruh media terhadap kanak-kanak


menunjukkan media

terutama televisyen mempunyai pengaruh kuat terhadap penonton kanak-kanak.

Zaman kanak-kanak adalah zaman pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dan sebarang
input diperoleh akan menyelami jiwa mereka.

Sebarang maklumat yang diterima dan mungkin memberikan kesan kepada kanak-kanak
bergantung kepada pemerhatian, interpretasi, penerimaan dan perbezaan mereka terhadap
mesej diterima.

Malangnya, mereka belum cukup bijak membuat pilihan tepat dan mungkin apa diterima hari
ini akan terbawa-bawa kesannya hingga remaja, seterusnya dewasa.

Majlis penasihat bagi kumpulan doktor terbesar di Amerika Syarikat tahun lalu mengatakan,
remaja yang ketagih permainan video boleh menyebabkan mereka tidak mengendahkan
rakan, keluarga, enggan makan, malah tidak mahu mandi, dianggap mengalami gangguan
psikiatri.

Mereka menyatakan bahawa pengaruh permainan video bagi sebilangan remaja, sama
bahayanya dengan masalah ketagih heroin atau minuman keras.

Dalam laporan yang disediakan untuk mesyuarat tahunan Persatuan Perubatan Amerika
(AMA) di Chicago, majlis berkenaan meminta kumpulan itu melobi agar masalah ketagihan
video dimasukkan dalam manual yang diterbitkan Persatuan Psikiatri Amerika.

Walau apapun masalah dihadapi dengan permainan video, masyarakat terutama ibu bapa
perlu memberi keseimbangan terhadap masa yang diluangkan bermain selain menyediakan
jadual khas untuk anak mereka.

Kes Berkaitan Permainan VideoKes 1


SEORANG lelaki sanggup �putus saudara´ untuk dua jam dengan dua anak saudaranya
yang di bawah umur semata-mata tidak mahu disalahkan kerana membawa mereka ke pusat
permainan video hingga lewat pagi di Klang.

Bapa saudara tidak bertanggungjawab itu turut membiarkan anak saudaranya, masing-masing
berusia 11 dan 14 tahun, disoal penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang
melakukan operasi di pusat itu manakala dia meneruskan permainan video.

Kanak-kanak berkenaan pula walaupun hanya ditanya butiran diri dan mengapa ke sana
bermain permainan video hingga lewat pagi, mula hendak menangis dan kerap mengalihkan
pandangan pada bapa saudaranya yang langsung tidak mengendahkannya.

Penguat kuasa MPK yang mula syak dengan perkara itu terus bertanyakan dengan siapa
mereka datang ke sana sebelum kedua-dua kanak-kanak berkenaan mengatakan datang
bersama bapa saudara mereka.

Kes 2
PENJUALAN permainan video yang didakwa menjadi punca terbunuhnya seorang remaja
Britain laris selepas pembeli cuba mendapatkannya sebelum pihak berkuasa
mengharamkannya.

Publisiti meluas mengenai permainan yang diberi nama �Manhunt´ itu menyebabkan
pengguna tidak melepaskan peluang membelinya di kedai.
Dilaporkan pembunuhan Stefan Pakeerah, 14, didakwa dibunuh temannya, Warren Leblanc,
17, yang ketagih dengan permainan itu di London.

Kes 3
SEORANG wanita yang sedang tidur di atas bot ditolak ke dalam sungai dan mati lemas.
Seorang lelaki dipukul sehingga mati dengan kayu besbol. Seorang lagi dibakar hidup-hidup
di atas kerusi rodanya.

Itu hanya beberapa contoh aliran kegilaan di kalangan remaja dan belia di Amerika yang
gemar menjadikan golongan tidak punya tempat tinggal mangsa keseronokan mereka dengan
memukul atau membunuh tanpa sebarang alasan tetapi sekadar suka-suka.

Peguam bela golongan tidak berumah dan pakar jenayah berpendapat, amalan berkenaan
menyebabkan sekurang-kurangnya seorang yang tidak berumah dibunuh setiap bulan dalam
tempoh lima tahun lalu.

Pada 2007, 16 orang tidak berumah dibunuh di seluruh Amerika Syarikat, kebanyakannya
dilakukan remaja.

Peguam bela berkata, peningkatan keganasan itu sebahagiannya berpunca daripada populariti
video yang dipanggil �Bumfight´ dan video seperti itu memaparkan golongan tidak berumah
diserang, didera dan dicaci.

Kes 4
ANGGOTA keluarga kepada tiga mangsa yang dibunuh remaja berusia 14 tahun di sebuah
ladang, menyaman pembuat permainan video �Grand Theft Auto: Vice City´ pada 2006 di
Albuquerque, New Mexico.

Dia mendakwa kejadian berkenaan tidak akan berlaku sekiranya remaja itu tidak bermain
permainan video ganas.

Saman RM2.2 bilion itu difailkan yang menamakan beberapa syarikat iaitu Sony, Rockstar
dan Take-Two serta Cody Posey yang didakwa bermain permainan video secara keterlaluan
beberapa bulan sebelum membunuh bapa, ibu tiri serta kakak tirinya pada Julai 2004.

Posey yang kini berusia 16 tahun, dijatuhkan hukuman tahanan juvana sehingga berusia 21
tahun.

Kes 5
PASANGAN Michael dan Iana Straw mengalami ketagihan bermain video sehingga
�terlupa´ dua anak mereka yang dibiar tanpa penjagaan sama sekali di Reno, Nevada.

Ketika diselamatkan pekerja sosial di rumah itu bulan lalu, budak lelaki berusia 22 bulan dan
perempuan, 11 bulan itu ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Mereka tidak diberi makanan berkhasiat mencukupi dan hampir mati.

Ketika didakwa di mahkamah, pasangan itu didapati mempunyai makanan mencukupi tetapi
memilih bermain video daripada memberi makan anak mereka.

Pegawai pendakwa, Kelli Ann Viloria, berkata pasangan itu terlalu taksub dengan permainan
siri fantasi Dungeons & Dragons.

PENGGUNAAN INTERNET SECARA


POSITIF SECARA ISLAMIK

Perkembangan teknologi masa kini dikatakan mencabar iman umat Islam terutama remaja
malah keruntuhan akhlak remaja dikaitkan dengan media moden tersebut. Kalau suatu ketika
dahulu kanak-kanak dan remaja suka menonton TV atauvideo game, tetapi kini sukar
berenggang dengan internet dan berchatting dan sebagainya.

Persoalannya, salahkah teknologi memenuhi alam ini pada masa sekarang atau kita yang
tidak tahu memanfaatkan teknologi hingga remaja kini tiada pilihan? Asyik menyalahkan
satu pihak tanpa berusaha mengatasinya adalah tindakan yang tidak adil. Kalau tidak tahu
menari jangan dikatakan bumi tinggi rendah. Sepatutnya mereka kena belajar cara menari
yang betul supaya mereka tidak terjatuh-jatuh di atas pentas.

Sebenarnya teknologi moden tidak salah, sebaliknya kitalah yang seharusnya pandai


menggunakan teknologi itu untuk kebaikan. Barangkali anak-anak kita lebih pandai
memanfaatkan teknologi itu, maka kita harus mendorong mereka supaya memanfaatkannya
ke arah kebaikan. Tetapi dalam keadaan ibu bapa sekarang ini, bolehkah mereka
membimbing anak-anak ke arah itu?
Baru-baru ini, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengadakan seminar
“Memperkasa Peranan Tekno-Daie: Cabaran dalam Pembangunan dan Penggunaan ICT”
cuba merungkai peranan teknologi dalam cabaran dakwah masa kini. Para peserta didedahkan
kepentingan teknologi moden dan apakah sumbangan cerdik pandai Islam dalam era
teknologi kini.

Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam ucapan perasmian berkata,
sebarang usaha berkaitan dakwah kepada orang ramai perlu berlandaskan panduan yang
digariskan dalam Islam.

Namun sesuai dengan perkembangan teknologi kini, para pendakwah juga harus


meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan menguasai ICT. Apabila
pendakwah dapat menguasainya sudah pasti sasaran dakwahnya akan sampai kepada remaja
dan mereka yang banyak hidup bergantung dengan ICT.

“Jadi, perlunya pendakwah teknologi ini untuk menghampiri dan mendekati golongan
techno-savvy atau masyarakat celik IT yang telah begitu selesa dengan perkembangan
teknologi,” kata Datuk Nik Mustapha.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan
pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu
Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.” (Surah an-Nahl 16: 125)

Menurut beliau lagi, perkembangan teknologi masa kini boleh membantu usaha dakwah para
tekno-daie dalam menyampaikan ajaran Islam, malah lebih pantas.

“Pengetahuan tentang penggunaan ICT dapat memperkasakan lagi peranan tekno-daie


supaya boleh digunakan untuk kepentingan umat Islam dan perkembangan Islam.
Kalau umat Islam tidak menggunakannya ia sudah pasti akan digunakan oleh pihak
lain untuk memusnahkan kita,” katanya.

JALAN PENYELESAIAN

Jelas di sini kemajuan pendakwah tidak seimbang dengan kemajuan teknologi masa


kini. Pendakwah dilihat seperti tidak peka dengan perkembangan itu, malah ada yang
mengutuk perkembangan teknologi.Mereka salahkan internet, salahkan TV, malah
salahkan telefon bimbit yang kononnya menjadi punca mengapa remaja jauh daripada agama.

Sikap beginilah yang sebenarnya membantutkan gerakan dakwah pada zaman teknologi
canggih ini. Tumpuan mereka di surau dan masjid langsung tidak memberi ruang yang luas
dalam usaha dakwah kepada golongan remaja. Padahal golongan remaja ini lebih perlu diberi
keutamaan dalam mendidik.

Cabaran dakwah masa kini seharusnya disambut oleh pendakwah secara profesional lebih
daripada para pendakwah masa lalu. Perkembangan ini seharusnya tidak menjadi satu
kejanggalan lagi kalau pendakwah memiliki laman web sendiri. Malah mereka boleh
bangunkan laman blog yang mudah bagi menyampaikan mesej dakwah secara terus.

Dalam laman web atau blog pendakwah boleh disediakan ruang untuk pengunjung
berkomunikasi secara langsung, disamping memaparkan artikel yang mampu mendidik
pelayar menjadi Mukmin bertaqwa.

Percayalah persembahan yang baik dengan layout yang menarik akan memberi impak
kepada pengunjung. Selain itu pengisian artikel yang lebih mantap dengan hujah yang
kuat akan menyebabkan pelawat terus berkunjung dan bertambah. Boleh disediakan
ruangan soal jawab yang merangkumi hukum hakam, akidah, tasawuf dan sebagainya.

Kewujudan laman web dan blog tersebut secara tidak langsung dapat menolak laman web
agama songsang yang banyak bercambah kini. Ratusan laman web menyeleweng yang
sengaja diwujudkan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pengetahuan agama.

Selain itu pendakwah juga boleh aktif menjadi rakan Facebook atau seumpamanya, di mana
mereka boleh berhubung terus dengan rakan-rakan fb. Lebih penting daripada itu, kesalahan
dan kebiadapan rakan-rakan Facebook dalam berkomunikasi boleh ditegur secara
terus dan berhikmah.Mungkin sekali dua tidak berkesan tetapi lambat laun akan difahami
dan seterusnya membawa perubahan.

Percayalah jika semua pendakwah boleh aktif dalam bidang yang baru ini disamping ceramah
yang sedia ada, Islam akan lebih difahami secara menyeluruh. Bukan sahaja rakan-
rakan beragama Islam, tetapi rakan yang lain juga berpeluang memahami
perbincangan secara maya ini. Dengan ini Islam akan difahami oleh semua golongan
walaupun mereka tidak mahu memeluk Islam.

Pendakwah seperti inilah yang wajar kita gelarkan mereka sebagai “Tekno-daie”, bukan alat
teknologi yang mereka gunakan. Ingatlah, komputer, internet, televisyen dan juga telefon
bimbit hanyalah penghubung yang ada unsur positif dan negatif. Maka tekno-daie yang
pandai mengendalikan alat di atas mampu membawa mesej yang baik supaya sampai kepada
sasaran dengan sempurna.
RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/33345208/Ketagihan-Remaja-Terhadap-Permainan-V -: http://gadget
s.emedia.com.my/product.phpideo

Anda mungkin juga menyukai